Aizat Amdan: Penyanyi Malaysia

Aizat Amdan (lahir 21 Januari 1989) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima bersama Dafi, Mila Jirin dan Heliza Helmi.

Beliau suka mencipta lagu dan lirik. Beliau juga pandai menari dan mempunyai kebolehan melukis komik. Lagu beliau yang paling popular ialah "Kau Aku" yang menjadi tema untuk drama Merah Putih. Pada tahun 2010 beliau telah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 serta bergelar pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-16 menerusi lagu "Lagu Kita". Beliau merupakan pemenang termuda untuk kedua-dua anugerah itu setakat ini.

Aizat
Aizat Amdan: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga
Aizat ketika Jerayawara Borneo tahun 2011
Kelahiran
Muhammad Aizat bin Amdan

(1989-01-21) 21 Januari 1989 (umur 35)
Nama lainAizat AF (semasa bersama Akademi Fantasia), Aizat, Aizat Amdan, Ai.Z
PekerjaanPenyanyi, pencipta lagu, pelakon
PasanganElyssa Alka Ilias (k. 2022)
Kerjaya muzik
Instrumenvokal, gitar
Tahun aktif2007–kini
Pengkarya berkait
Go Gerila
Laman sesawang
www.aizatamdan.com

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 21 Januari 1989 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kelima daripada enam beradik, lima lelaki dan seorang perempuan kepada pasangan Amdan Mat Din (1957 – 9 Januari 2019), seorang pesara hakim dan Fina Norhizah Baharu Zaman. Ibu bapanya bercerai ketika Aizat masih kecil.Beliau bersekolah di St.John Institution

Kerjaya

Beliau telah menulis lagu dan menyanyi sejak berusia 12 tahun ketika mula belajar bermain gitar bersama abangnya, Anas. Aizat beraksi di persembahan sekolah dan tampil di pertandingan peringkat sekolah. Beliau menulis lagu "Lagu Kita" ketika menuntut Tingkatan 3, yang kemudiannya dimuatkan dalam album pertama Aizat, Percubaan Pertama.

Setelah tamat pengajian dari sekolah menengah, Aizat menyertai Akademi Fantasia (AF) musim kelima dan diterima sebagai seorang daripada 12 orang peserta akhir. Beliau menyanyikan lagu "Perpisahan" nyanyian Anuar Zain dan persembahannya dianggap sebagai salah satu persembahan terbaik. Aizat mendapat tempat ke-7.

Pada 7 Julai 2007, beliau dan keluarganya menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE). Dari situ, beliau melancarkan tiga buah album melalui label ini dan telah menganjurkan beberapa konsert di seluruh Semenanjung Malaysia dan Borneo.

Pada 14 September 2011, Aizat bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof telah terpilih sebagai penerima anugerah Tokoh Muda Negara 2011 yang disampaikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato' Sri Najib Tun Razak bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54. Aizat membuat penampilan khas sebagai Ijoi dalam filem Istanbul Aku Datang! arahan Bernard Chauly pada tahun 2012.

Beliau melancarkan EP pertamanya, Legasi pada 27 Mei 2014 dalam format piring hitam. Bagi menyiapkan album ini, beliau terbang ke Jerman untuk mencetak piring hitam ini kerana Malaysia tidak mempunyai kemudiahan mencetak kulit hitam. Legasi memuatkan sebanyak lima buah lagu dengan kolaborasi bersama Yuna Zarai, Zee Avi, Noh Salleh dan Azlan & The Typewriter. Bagaimanapun, album ini hanya boleh didapati melalui bidaan dan tidak dijual di pasaran terbuka.

Keluarga

Pada 9 Januari 2019 pukul 1.09 pagi, bapa beliau Datuk Amdan Mat Din yang ketika itu berumur 62 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur selepas menderita serangan angin ahmar sejak Disember 2017.

Diskografi

Album studio

EP

Runut bunyi

Single

Tahun Tajuk Lagu Album
2008 "Sahabat" Percubaan Pertama
"Hanya Kau Yang Mampu"
"Lagu Kita"
2009 "Fikirlah"
"Pergi / I Go" OST Talentime
"Kau Aku" OST Merah Putih
2010 "Susun Silangkata" Urusan Aizat Amdan
"Erti Hari Ini"
"Sungai Lui"
2011 "Di Mana Kan Ku Cari Ganti"
bersama Dayang Nurfaizah,Vince Chong,
Atilia Haron,Stacy, Bunkface, Ning Baizura,
KRU, Shahir Zawawi,Azlan & The Typewriter, Ella
& Jaclyn Victor
Astro Tribute to P. Ramlee
"Perpisahan Ini"
duet bersama kumpulan 1st Edition
1st Edition
"Years From Now" Urusan Aizat Amdan
"Mana Oh Mana"
2012 "Jerrypah" Non-album single
"In My Heart"
"Hadiah"
sebagai Go Gerila!
2018 "Sampai Ke Hari Tua"
"Harapan Jadi Nyata"
"Hari-Hariku"
duet bersama Intan Serah dan Annabel Michael
OST Gol & Gincu Vol. 2
2019 "Angin Lalu"
"Waktu"
2020 "Dup Dup" (duet Bunga)
"Ku Mau" (duet bersama Hanin Dhiya)
"Tekad"
2021 "Nogga (duet bersama Monoloque)
"The Last Thing" Sebagai Ai.Z.
"Use Me"
2022 "Hanya Kita Dua"

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Istanbul Aku Datang! Ijoi Filem pertama
2013 Bola Kampung The Movie Mat (suara)

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Industri Muzik

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan
2009 (AIM16) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Lagu Kita Percubaan Pertama Menang
Lagu Pop Terbaik Tercalon
Album Pop Terbaik Tercalon
2010 (AIM17) Lagu Pop Terbaik Pergi OST Talentime Tercalon
2011 (AIM18) Kulit Album Terbaik Urusan Aizat Amdan Menang
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Years From Now Tercalon
Lagu Pop Terbaik Sungai Lui Tercalon
Video Muzik Terbaik Susun Silang Kata Menang
Album Terbaik Tercalon
2013 (AIM20) Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu In Love With You (bersama Noh Salleh) Tercalon
Video Muzik Terbaik Dwihati (bersama Yuna) Tercalon

Anugerah Juara Lagu

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2008 (AJL 23) Lagu Kita Percubaan Pertama Aizat Aizat Balada Tercalon
2009 (AJL 24) Kau Aku Aizat Aizat Terbuka Tercalon
Aizat Aizat Persembahan Terbaik Menang
Pergi OST Talentime Pete Teo Amran Omar Terbuka Menang
Juara Lagu
2011 (AJL 26) Sungai Lui Urusan Aizat Amdan Aizat & Anas Aizat & Anas Terbuka Tercalon

Anugerah Planet Muzik

Anugerah Planet Muzik
Tahun Kategori Karya Tercalon Album Keputusan
2009 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu bagi Artis Baru Lelaki Hanya Kau Yang Mampu Percubaan Pertama Menang
Lagu Malaysia Paling Popular Menang
Artis Lelaki Terbaik Tercalon
Album Terbaik Tercalon
Artis Malaysia Paling Popular Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2008 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2009 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2010 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2011 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2015 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2018 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Lain-lain

  1. Tempat ke-3 Lagu Terbaik Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009 menerusi lagu "Lagu Kita"
  2. Anugerah Khas Juri sebagai penghibur terbaik Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Aizat Amdan Kehidupan awalAizat Amdan KerjayaAizat Amdan KeluargaAizat Amdan DiskografiAizat Amdan FilemografiAizat Amdan Anugerah dan pencalonanAizat Amdan RujukanAizat Amdan Pautan luarAizat AmdanAkademi Fantasia (musim 5)Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009Anugerah Industri Muzik ke-16DafiHeliza HelmiMerah Putih (drama)Mila JirinPenyanyi Lelaki Popular (ABPBH)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Zaki AzemanSenarai perbandingan pangkat tenteraMalang Si PuteriErma FatimaMenteri Pendidikan MalaysiaEkarNike ArdillaSumazauFrekuensi radio di Negeri SembilanLaskar MudaBumiputera di SabahSenarai gunung di MalaysiaKelapa sawitHarimauKumpulan Wang Simpanan PekerjaAbdullah bin Ahmad BadawiCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahRita RudainiWanita SyurgaSyed Mokhtar Al-BukharyDini SchatzmannKetupatPerang BadarPasukan Gerakan AmChempaka Emalin PahaminHael HusainiAsmara (drama)Proton PersonaJamal AbdillahPerang AhzabKerajaan KutaiMohd Shuhaily Mohd ZainSharifah AiniIbanKesultanan Samudera PasaiAstro MalaysiaPerodua AxiaTelefon bimbitMarsyal TUDMPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaTok JanggutBajauNelissa NizamTeknologi hijauDuerra MitildaSingapuraSkop ProductionsSusukHantu Kak Limah Balik RumahKementerian Pendidikan MalaysiaAngel (penyanyi)Amir NafisSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanJohan GhazaliZambry Abdul KadirPendidikan di IndonesiaShah IskandarAbdul Taib MahmudKesultanan DemakMark AdamBahasa Melayu SabahInsya-AllahSiksa NerakaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailAcryl Sani Abdullah SaniBatik Air MalaysiaAisha RetnoPolis Diraja MalaysiaBadarawuhi Di Desa PenariNegeri SembilanSharifah HusnaSenarai poskod di MalaysiaPentaksiran Tingkatan TigaSarafLaskar Udara KananSelangor🡆 More