Nelissa Nizam

Nelissa Edreena Nizam (lahir 4 Januari 1998) ialah seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya lakonan sejak 2016 dan telah membintangi puluhan drama TV, namun beliau paling dikenali menerusi watak Maria dalam Budak Tebing 2. Beliau juga merupakan bekas ahli kumpulan The Gadys.

Nelissa Nizam
Kelahiran
Nelissa Edreena binti Nizam

(1998-01-04) 4 Januari 1998 (umur 26)
PendidikanIjazah Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2016–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2021–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
The Gadys (2021-23)

Kerjaya

Selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nelissa Nizam memulakan kerjaya lakonan atas desakan ibunya yang merupakan pemilik agensi pelakon iklan komersial. Di awal kerjaya lakonannya, beliau dikreditkan di bawah nama sebenarnya, Nelissa Edreena. Drama pertama lakonannya ialah Dia Semanis Honey arahan Michael Ang yang dibintangi oleh Siti Nordiana dan Alif Satar dengan memegang watak sebagai Dahlia.

Selepas Dia Semanis Honey, Nelissa berlakon dalam drama Dendam Aurora dengan melakonkan watak sebagai Rossa dan Samudera Rindu sebagai Eliza. Sejak itu, beliau berlakon dalam beberapa lagi siri drama TV termasuk Isteri Bukan Untuk Disewa, Perempuan Paling Bahagia dan Senafas Rindu. Pada tahun 2017, Nelissa menjadi salah seorang daripada 10 peserta Pertandingan Pencarian Gadis Panca 2017, yang turut disertai oleh Silfeny Osman dan Nynaa Harizal. Peranan lakonan di layar lebar hadir apabila beliau membintangi filem pertamanya, Tombiruo: Penunggu Rimba (2017) yang mana beliau berlakon bersama pelakon bertaraf A-list seperti Zul Ariffin, Farid Kamil dan Nabila Huda, ini kemudian diikuti oleh Polis EVO 2 (2018).

Pada tahun 2019, beliau mencuba nasib dengan menghadiri sesi uji bakat Dewi Remaja 2018/2019 namun rezeki tidak berpihak kepadanya apabila tidak terpilih sebagai peserta. Nelissa kemudian menjadi salah seorang daripada 10 peserta pertandingan The Next Malaysian Star musim pertama yang turut disertai oleh Syazlin Zainal. Beliau mula mendapat perhatian meluas menerusi watak lakonannya sebagai Maria dalam drama Budak Tebing 2 lakonan bersama Aedy Ashraf, Adam Lee, Eyka Farhana dan Bella Dowanna. Nelissa kemudian berlakon dalam filem The Disappearance of Irdina Adhwa (2021) arahan Kyle A. Halim yang mana beliau melakonkan watak Yana. Dalam temubual bersama Berita Harian, beliau berkata: "...Inilah kali pertama saya diberikan watak penting. Selama ini, saya hanya melakonkan watak pembantu dan sampingan. Jadi, tawaran Kyle ini sesuatu sangat bermakna untuk portfolio kerjaya seni. Ini kerana akhirnya ada juga penerbit yakin dengan kemampuan dan bakat saya".

Nelissa turut bergiat aktif dalam bidang muzik dengan menyertai kumpulan The Gadys yang turut dianggotai oleh Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini. Kumpulan ini muncul dengan single sulung, bertajuk "Gadys Raya" yang dikeluarkan pada 8 April 2022. Akan tetapi, pada tahun 2023, beliau meninggalkan kumpulan itu kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada bidang lakonan.

Beliau menjadi pelakon utama bersama Zul Ariffin dalam drama Tarik Aku Ke Syurga untuk siaran di Slot Samarinda TV3 yang mana beliau memegang watak sebagai Zara Adelia. Drama ini menandakan kali pertama beliau memegang watak utama. Selepas Tarik Aku Ke Syurga, Nelissa menjadi salah seorang pelakon utama drama Cinta Hilang Kata di Astro Prima yang mana beliau melakonkan watak Sabby.

Beliau menjadi pelakon utama bersama Mia Sara Shauki, Tami Anadan dan Aniq Durar dalam siri drama Astro Originals, Riot! yang disiarkan di Astro Premier. Beliau memegang watak sebagai Sal, vokalis dan gitaris kumpulan Langkah Mayat. Nelissa turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi drama ini.

Kehidupan peribadi

Nelissa dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan dibesarkan oleh ibunya yang berstatus ibu tunggal. Beliau ialah pelajar jurusan Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon, Sophia Albarakbah.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Tombiruo: Penunggu Rimba Tobugi Filem pertama
2018 Polis EVO 2 Ain
2021 Belaban Hidup: Infeksi Zombie Ayu
2022 The Disappearance of Irdina Adhwa Yana
Ada Hantu 2 Nenek Badariah
2024 Saka Perawan Pos-produksi
2025 Sahak Gangster Suriani Pos-produksi
Reeza Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Dia Semanis Honey Dahlia Astro Ria Drama pertama
Dendam Aurora Rossa Astro Prima
Samudera Rindu Eliza TV3
Cinta FB Ina Unifi TV Drama online
2017 Syurga Yang Kedua Anita Astro Prima
Duda Pujaan Dara Syifa Astro Ria
Titian Cinta Nora TV3
2018 Perempuan Paling Bahagia Jasmin Astro Prima
Isteri Bukan Untuk Disewa Irdina Astro Ria
Cik Sempurna Izan TV3
Cinta Nasi Ambeng 2 Julia TV1
Sesegar Nailofar Tasneem TV1
Cinta Fatamorgana Melly TV3
2019 Senafas Rindu Azila Astro Ria
2020 Aku, Dia dan Pinky Promise Hanim TV Okey
Drama 7 Petang Shasha Unifi TV
Jalan Sesat Ke Syurga Ain Astro Prima
SMK (Musim 2) Cikgu Juwita Astro Ceria Pelakon undangan
2021 Single Terlalu Lama Azwin TV3
Budak Tebing 2 Maria Pelakon pembantu
Sitik Tok Jaja
Checklist Mr. Right Mia
2022 Tarik Aku Ke Syurga Zara Adelia
Cinta Hilang Kata Sabby Astro Prima
Budak Tebing 3 Maria TV3
2023 Kampung Mat Saleh Zana
Riot!: Rebel With A Cause Sal Astro Premier
2024 Anak Ex-Stray Ebok TV3
Bawah Payung Awan Hanan Viu

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Rongples Rongtaim Peserta pertandingan ratu cantik Astro Citra Watak tambahan
Dia Neng Luar Biasa Yaya Mediacorp Suria Telefilem Singapura
2017 Cinta Sticky Note HyppTV
SYIF Sharifah TV2
2018 Gerabak Cinta Anis TV9
Wali Untuk Wadihah Lily HyppTV
2019 7 Netizen Emy Astro Citra
2021 My Future Husband
2022 Pak Kodi Diserang Zombie Soya TV3
2024 Daddy Duda Fasha

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Ujian Menantu Dirinya sendiri Awesome TV Episod 2 bersama Fify Azmi
The Masked Singer Malaysia (musim 1) Peserta Astro Warna Peserta Kumpulan Wau
2024 Sepahtu Reunion Al-Moreh Episod: "Kasihku Disalah Erti"

Diskografi

Single

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2022 "Gadys Raya" The Gadys
"Gelek Jambu"
2023 "Gadis dan Bunga"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2024 Anugerah Telenovela ke-9 Artis Bintang Harapan Telenovela Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Nelissa Nizam KerjayaNelissa Nizam Kehidupan peribadiNelissa Nizam FilemografiNelissa Nizam DiskografiNelissa Nizam Anugerah dan pencalonanNelissa Nizam RujukanNelissa Nizam Pautan luarNelissa NizamBudak Tebing (musim 2)The Gadys

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pulau PangkorPeristiwa 13 MeiSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahMerdeka 118Piala Asia B-23 AFC 2024Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013Terlanjur Cinta (drama web)Bella DowannaLiberalismeKucingMaktab MahmudTakdir Itu Milik AkuTakbirFrekuensi radio di PerakFrekuensi radio di TerengganuSultan PahangKelurWikipediaNoor AzizahAngkatan Tentera MalaysiaAppleMega Movie (Slot TV3)Tracie SinidolSarimah AhmadPuaka Cuti SemesterZainol MacWilsonAbang Long FadilPersekutuan Tanah MelayuSenarai Surah Al-QuranNegarakuPahangBendera ThailandAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamWudukAstrolabOmbak Rindu (filem)Plat pendaftaran kenderaan MalaysiaM. NasirErick ThohirUnifi TVYasmin AhmadSultan Muhammad VPutri JannahHari PekerjaLimau nipisPulau TiomanSoffi JikanSarawakPASKAL (filem)Farah AhmadNasha AzizSabronzoPasukan Gerakan AmZahirah MacWilsonKelantanProton WiraKodi RasheedParti Rakyat India MalaysiaRogolMusang PulutStadium Petaling JayaSiksa NerakaBruneiSenarai Yang di-Pertuan AgongProton PersonaMalang Si PuteriVAT 69/UTKOktovia ManroseNur FazuraAnwar IbrahimProton Saga (generasi kedua)Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaLaluan Kelana JayaPerak F.C.🡆 More