Polis Evo 2: Filem aksi komedi Malaysia 2018 arahan Joel Soh dan Andre Chiew

Polis EVO 2 (juga dikenali sebagai Police Evo untuk keluaran Indonesia) ialah filem aksi kepolisan Malaysia 2018 diarahkan bersama oleh Joel Soh dan Andre Chiew serta merupakan kesinambungan daripada filem 2015 dengan tajuk sama dan filem kedua dalam siri filem Polis EVO.

Barisan pelakon terdiri daripada Shaheizy Sam, Zizan Razak, Hairul Azreen, Hasnul Rahmat, Shafie Naswip, Riz Amin, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Raline Shah, Mike Lucock, dan Tanta Ginting. Ia mengisahkan sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan.

Polis EVO 2
Pengarah
Penulis
  • Joel Soh
  • Kyle Goonting
  • Anwari Ashraf
  • Salman Aristo (bersama)
  • Alfie Palermo (bersama)
  • Chi-Ren Choong (bersama)
  • Azhar Amirulhisyam (bersama)
Dihasilkan olehJoel Soh
Dibintangi
SinematografiTan Teck Zee
Disunting olehNazim Shah
Muzik olehLuka Kuncevic (komposer utama)
Maveriq Studios (muzik tambahan)
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 22 November 2018 (Malaysia)
  • 18 April 2019 (Indonesia)
Masa tayangan
138 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM 8 juta
Pecah panggungRM 22.45 juta

Penggambaran dijalankan dari Oktober 2017 dan berakhir pada Januari 2018, filem ini ditayangkan pada 22 November 2018 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem serta telah meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM 20 juta dalam tempoh 17 hari, menjadikannya sebagai salah satu dari filem tempatan dengan kutipan pecah panggung tertinggi di Malaysia. Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Polis EVO 2 sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018. Filem ini ditujukan khas bagi memperingati Allahyarham Rahmat Razali yang kembali ke Rahmatullah sebelum keluaran filem ini. Kesinambungan ketiga filem ini, Polis EVO 3 dalam penerbitan, dengan Syafiq Yusof menggalas tanggungjawab sebagai pengarah.

Sinopsis

Tiga tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Khai (Shaheizy Sam) kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari (Hasnul Rahmat) menyerang dan menawan pulau Cherong, Pahang.

Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon undangan

Penerbitan

Penerbit Polis EVO Joel Soh menggalas tanggungjawab sebagai pengarah, menggantikan Ghaz Abu Bakar yang mengarahkan filem pertama. Penerbitan Polis EVO 2 mengambil masa yang lama untuk dijalankan akibat masalah pemilihan lokasi. Rancangan asal penggambaran sepatutnya bermula sebelum Ramadhan (sekitar Mei) 2017. Untuk filem ini, beliau mengarahkannya bersama Andre Chiew. Menurut Soh: "Bagi kami, pra-penerbitan ialah satu proses yang agak lama dan mahal. Skrip ini mengambil masa sebulan (untuk disiapkan). Segala-galanya dirancang dengan cermat, kami tidak hanya menaruh kostum pada seseorang tanpa meneliti. Kami melihat apa yang masuk ke dalam baju paramedik, alat penembak jitu dan sebagainya." Polis Evo 2 ialah percubaan sulung Soh dan Chiew untuk mengarahkan filem cereka. Soh telah mengarahkan filem-filem pendek sebelum ini tetapi lebih aktif sebagai penerbit filem dan penulis skrip, manakala Chiew telah mengarahkan beberapa iklan televisyen. Zizan Razak dan Shaheizy Sam kembali menjayakan peranan mereka masing-masing, dengan penambahan pelakon baru termasuk Hairul Azreen, Hasnul Rahmat, Syafie Naswip, Riz Amin dan Erra Fazira. Pelakon Singapura Fir Rahman dan pelakon Indonesia Raline Shah menyertai barisan pelakon Polis EVO 2.

Zizan dilaporkan mengalami kecederaan ketika melakukan aksi lagak ngeri semasa penggambaran dijalankan. Raline memegang watak sebagai Rian, Polis EVO 2 merupakan filem aksi pertama lakonannya. Dalam satu temubual bersama MStar Online, Raline berkata beliau menolak tawaran lain hampir dua tahun semata-mata ingin memberi fokus kepada Polis EVO 2. "Ya, terpaksa tolak tawaran untuk dua tahun kerana saya perlu buat persiapan latihan-latihan fizikal. Ini pula filem aksi pertama saya, jadi perlukan banyak latihan terutama seni mempertahankan diri, cara memegang senjata dan berbagai-bagai lagi,". Beliau menggantikan Nora Danish yang berlakon dalam filem pertama.

Untuk menjayakan Inspektor Khai, Shaheizy Sam memutuskan untuk menuju ke gim pada waktu malam untuk memerah dalam satu latihan terakhir, "Saya bimbang badan saya tidak kelihatan bersedia untuk penggambaran, jadi saya menolak diri sendiri. Saya pergi ke gim dan mula berlari,". Menurut Joel, Polis Evo 2 diinspirasikan daripada insiden sebenar yang berlaku pada tahun 2013 di mana militan dari Filipina selatan menyerang Lahad Datu di Sabah dan mendakwa tanah itu sebagai milik mereka. Penggambaran dijalankan pada penghujung Oktober 2017 melibatkan lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Kuantan dan berakhir pada Januari 2018. Lokasi penggambaran juga termasuk Pulau Paku di Pahang.

Keluaran

Polis EVO 2 ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 November 2018. Treler teaser filem ini telah dikeluarkan pada 12 Oktober 2018 di saluran YouTube rasmi Astro Shaw manakala treler rasmi dikeluarkan pada 30 Oktober 2018. Filem ini ditayangkan di Indonesia pada 18 April 2019 dengan judul Police Evo dan menampilkan poster berbeza, ia menjadi filem Polis EVO pertama yang ditayangkan di sana.

Sambutan

Kutipan

Polis EVO 2 mencipta rekod baharu dengan mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM3.5 juta pada hari pembukaan sekali gus mengatasi kutipan hari pertama filem Munafik 2 sebanyak RM2.5 juta. Polis EVO 2 mendapat RM10 juta di dalam masa lima hari yang terus mengatasi kutipan Hantu Kak Limah yang kutipannya sebanyak RM9 juta. Dalam tempoh 11 hari sahaja, filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM17 juta sejak hari pembukaan tayangan di Malaysia dan Brunei. Sehingga 11 Disember 2018, filem ini berjaya melakar sejarah tersendiri dengan meraih kutipan melebihi RM20 juta selepas 17 hari ditayangkan di pawagam, sekali gus mengatasi kutipan filem prekuelnya.

Ulasan kritis

Filem ini menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem. Kenneth Chaw menulis untuk Star2 menyifatkan Polis EVO 2 sebagai sebuah "filem yang berani" dan memberikan penarafan 7.5 dari 10 bintang. Beliau berkata: "Polis Evo 2 tidak hanya menawarkan pelbagai aksi, namun pengajaran yang mengejutkan tentang kehidupan, persahabatan, dan kesihatan emosi kita". Aidil Rusli dari The Malay Mail mempunyai pandangan tersendiri, "...sebuah filem yang tahu formulanya dengan sangat baik, melekat padanya, melakukan semua perkara yang perlu dilakukan dengan jayanya, dan ia juga dilakukan dengan tahap kraf yang tidak menghina mata, telinga dan kecerdasan. Nilai tambah di sini adalah, tentu saja, dalam cara pembikin filem menyusun formula."

Shazryn Mohd Faizal dari mSTAR Online melihat Polis EVO 2 menekankan isu yang lebih serius meskipun isu ajaran sesat dan militan ini bukan sesuatu yang baharu.

Kontroversi

Pada 10 November 2018, sebelum tayangan perdana rasmi, Polis EVO 2 menjadi subjek kontroversi apabila filem itu didapati mengandungi adegan didakwa menghina Islam sekali gus memberikan gambaran buruk kepada Muslimin dan Muslimat, sehingga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Riduan Md Nor menggesa rakyat Malaysia memboikot filem ini.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Polis EVO 2 tidak mengandungi mesej yang jelas menghina Islam, sebaliknya lebih terarah kepada pemahaman terhadap fanatik sesat dan pelampau agama yang boleh mengancam ketenteraman negara. Malah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat dakwaan filem tersebut memberi imej buruk kepada Islam.

Muzik

Runut bunyi rasmi bagi filem Polis EVO 2 ialah "Sang Saka Biru" dipersembahkan oleh Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, dan Alif, dikeluarkan pada 14 Oktober 2018 oleh Rocketfuel Entertainment dan boleh didapati untuk muat turun digital di iTunes dan penstriman digital di Spotify. Selain itu, terdapat juga dua lagu lain yang turut menjadi runut bunyi filem ini - "Mogok (Apa Kau Berani)" nyanyian Emmett dan "Selagi Masih Mampu" nyanyian Froya.

Tayangan media

Polis EVO 2 telah dipertontonkan buat pertama kalinya di televisyen di mana pelanggan ASTRO boleh melanggan dan menonton filem ini Astro First mulai 1 Februari 2019. Ia dipertontonkan di Astro Ria pada 5 Jun 2019 sempena Hari Raya Aidilfitri pertama. Filem ini sudah berada di Netflix dan boleh ditonton umum.

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Hasnul Rahmat Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Menang
Joel Soh & Andre Chiew Pengarah Harapan Tercalon

Kesinambungan

Selepas kejayaan dua filem terdahulu, kesinambungan ketiga Polis EVO telah diumumkan pada September 2019, Syafiq Yusof menggalas tanggungjawabnya sebagai pengarah, sekaligus mengambil alih tugas daripada Ghaz Abu Bakar yang mengarahkan filem pertama dan Joel Soh dan Andre Chiew yang mengarahkan filem kedua. Zizan Razak dan Shaheizy Sam telah menandatangani untuk menjayakan semula watak mereka, turut kembali berlakon dalam siri ketiga filem ini ialah Nora Danish dan Eyka Farhana.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Polis Evo 2 SinopsisPolis Evo 2 PelakonPolis Evo 2 PenerbitanPolis Evo 2 KeluaranPolis Evo 2 SambutanPolis Evo 2 KontroversiPolis Evo 2 MuzikPolis Evo 2 Tayangan mediaPolis Evo 2 Anugerah dan pencalonanPolis Evo 2 KesinambunganPolis Evo 2 RujukanPolis Evo 2 Pautan luarPolis Evo 2Erra FaziraHairul AzreenHasnul RahmatJoel SohPolis EVOPolis EVO (siri filem)Raline ShahRiz AminShafie NaswipShaheizy SamTanta GintingZizan Razak

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

AgamaPerang TabukAdat resamDugongSiti Khadijah HalimBola tamparPeristiwa 13 MeiSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaKematian Zulfarhan Osman ZulkarnainBahasa LampungLee Kee HiongRock Oo!MaryamPutri ArianiKuala LumpurWadi AnnuarCik ManggisSibuTyzo XanderMeerqeenToyota AgyaNabi Musa menyeberangi Laut MerahIndiaHans IsaacMinyak sapiSenarai bank di MalaysiaBendera PalestinRukun solatLaman UtamaIbnu KhaldunAmelia HendersonNabila RazaliSurah al-AlaqFrekuensi radio di SarawakMasjidHun HaqeemAssalamualaikumEman MananAzhar IdrusYasmin AhmadNorish KarmanMalaysia MadaniTanah Melayu BritishM. NasirBadmintonIsteri-isteri Nabi MuhammadPemboleh ubahFadhlina SidekMuhammad al-FatihOne Cent ThiefJabatan Imigresen MalaysiaBruneiNasi kerabuJepunSharifah HusnaSyiahBaju kurungBadli Shah bin AlauddinLengkuasKerisHannah DelishaSimpulan bahasaIjazah sarjanaPrivate BodyguardLionel MessiMenteri Besar JohorAzhan RaniPersekutuan Tanah MelayuAbdul Razak HusseinEtnik MelayuLabuanIpohNombor perdanaAn-Nuayman bin AmrHukum madAdi PutraSultan Muhammad VBulan🡆 More