Harian Metro

Harian Metro merupakan akhbar harian tabloid petang berbahasa Melayu di Malaysia di bawah naungan The New Straits Press (Malaysia) Berhad.

Harian Metro
Harian Metro
Logo Harian Metro (2013-kini).
FormatTabloid
Diasaskan25 Mac 1991; 33 tahun yang lalu (1991-03-25)
Ibu pejabatBalai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
PemilikNew Straits Times Press
Laman sesawanghttp://www.hmetro.com.my/

Meskipun unggul sebagai akhbar pilihan pembaca, banyak benda yang Harian Metro sedikit ketinggalan berbanding akhbar saingannya, Kosmo!.

Sejarah penubuhan

Harian Metro 
Logo Harian Metro (2006-2013).

Sebelum kehadiran Harian Metro, terdapat di kalangan penyokong media sudah merasakan perlunya ada sebuah akhbar harian petang berbahasa Melayu di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, ia masih tidak menjadi kenyataan sehinggalah New Straits Times Press menyahut cabaran itu. Akhbar petang pertama Malaysia berbentuk tabloid dilancarkan pada 25 Mac 1991 dengan pesanan cetakan awal 30,000 sehari. Sejak itu, Harian Metro diterbitkan enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu) oleh Berita Harian Sdn Bhd. Pada 25 Mac 1992, Harian Metro melancarkan edisi selatannya di Johor Bahru. Edisi selatan itu diterbitkan sebagai tabloid pagi. Pesanan cetakan pertama di kilang New Straits Times Press di Senai ialah 15,000.

Pada Julai 2020, ia telah dilaporkan bahawa Harian Metro bersama beberapa akhbar tempatan lain iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times (NST) dan The Malaysian Reserve bakal memindahkan lokasi operasinya dari Kuala Lumpur ke Shah Alam, Selangor menjelang penghujung 2020 hingga pertengahan 2021. Pemindahan itu sebagai sebuah pelan pemulihan Media Prima Berhad yang berdepan dengan kemelut kewangan.

Metro Ahad

Harian Metro 
Logo Metro Ahad

Sejak itu, Harian Metro memperkembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mewujudkan edisi utara dan timur untuk memenuhi selera tempatan. Harian Metro mencatatkan jualan tertingginya iaitu 390,019 naskhah pada 31 Oktober 2009. Penerbitan Harian Metro menjadi lengkap apabila ia mengeluarkan edisi Ahadnya, iaitu Metro Ahad pada 20 Ogos 1995 dengan keluaran pertama mencatat 100,003 naskhah. Metro Ahad mencatat jualan tertingginya sebanyak 433,480 naskhah pada 8 November 2009.

Matlamat

Harian Metro 
Akhbar Harian Metro

Matlamatnya pada peringkat awal ialah untuk menyampaikan maklumat bagi penduduk Lembah Klang mengenai peristiwa yang berlaku di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Namun, berdasarkan sambutan menggalakkan, Kumpulan NSTP kemudiannya meluaskan pengedaran akhbar berkenaan ke seluruh Semenanjung. Selain berita tempatan, Harian Metro juga menyajikan berita terkini di peringkat nasional dan global.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Harian Metro Sejarah penubuhanHarian Metro MatlamatHarian Metro RujukanHarian Metro Pautan luarHarian MetroMalaysiaMelayuNew Straits Times Press

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Aliff Syukri KamarzamanMenteri Pendidikan MalaysiaKlangUlul AzmiAliff Dalam 7 DimensiHishammuddin HusseinWan Junaidi Tuanku JaafarAlissonBadarBendaharaCharlie AdamNabi Muhammad SAWAlat kebesaran diraja MalaysiaShah AlamEtnik MelayuFadhlina SidekTengku Permaisuri NorashikinA. GalakBahasa LampungCristiano RonaldoAeril ZafrelImam MahdiPakistanTerlanjur Cinta (drama)Undang-undangSunan MuriaCabang dan mazhab IslamSalomaUEFA Euro 2020Syafiq YusofZUS Coffee18 Puasa di Kampong PisangSerembanFadhli MasootKesultanan Melayu MelakaBola sepakLaila NasirJohan GhazaliGeografi IndonesiaMetadataNorish KarmanAzira ShafinazAmerika SyarikatYouTubeNombor perdanaPerang BadarPenanda wacana16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil FitriPerempuan Itu (drama)Kecerdasan buatanTembikaiKetua Polis Negara MalaysiaPandemik COVID-19 di MalaysiaAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminBatik Air MalaysiaTuakAtikah SuhaimeKamparSyurgamu RamadhanMira FilzahNasi tangasSimpulan bahasaFadlan HazimJuzNasrizal NgasriKerajaan Persekutuan MalaysiaKanun PerubatanBruneiJudiSenarai bandar bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiYamanSenarai stesen televisyen di MalaysiaSingapuraYang di-Pertua Negeri SarawakFateh Iskandar Mohamed MansorAzhar SulaimanNadia BrianCongkak🡆 More