Zakaria Ahmad atau lebih dikenali sebagai A.
Galak (lahir 29 November 1941) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau turut dikenali dengan gelaran Sarjan Misai kerana penampilan misainya dalam drama-drama kepolisan.
A. Galak | |
---|---|
Kelahiran | Zakaria bin Ahmad 29 November 1941 |
Nama lain | Sarjan Misai |
Pekerjaan | Pelakon, penolong pengarah, penyelaras aksi |
Tahun aktif | 1959–kini |
Pasangan | Rusimah Iskandar |
Anak-anak | 5 |
Ibu | Rokiah Jaafar |
Bapa | Ahmad Jaafar |
Beliau dilahirkan sebagai Zakaria bin Ahmad pada 29 November 1941 di Johor Bahru, Johor dan dibesarkan di Singapura sebelum kembali ke Malaysia. Beliau merupakan bapa kepada lima orang anak dan datuk kepada 13 orang cucu.
Pada 27 Mei 2019, beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas diserang angin ahmar. Keadaan kesihatan beliau dilaporkan stabil.
Ibu beliau, Rokiah Jaafar meninggal dunia pada 27 Julai 2020.[perlu rujukan]
Mewarisi bidang lakonan daripada arwah ibunya, Rokiah Jaafar yang menjadi heroin filem Antara Senyum dan Tangis dan Putus Harapan, seangkatan dengan Kasma Booty. A. Galak memulakan kerjaya awalnya di Studio Jalan Ampas di bahagian solekan untuk lelaki. Beliau menjaga pakaian dan sesekali menyolek para pelakon. Beliau pernah menyolekkan Aziz Jaafar dan Dato' Ahmad Mahmud.
Beliau seterusnya menjadi pelakon tambahan dalam filem Nujum Pak Belalang, Ali Baba Bujang Lapok, Gerak Kilat, Aksi Kuching dan A-Go-Go '67 sekaligus menjadi penari untuk sesetengah babak. Waktu itu beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon secara serius. Beliau hanya berlakon secara suka-suka sahaja.
Apabila Studio Jalan Ampas ditutup pada tahun 1967, beliau melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup. Beliau turut menyertai Persatuan 4PM dan Persatuan Ali Fiji sebagai penari yang sering mengadakan persembahan di sekitar Singapura ketika itu. Malah beliau pernah menyertai kursus tarian di Kuala Kubu Baru selama sebulan.
Pada tahun 1984, beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap di sana. Beliau tidak memilih kerja, Deddy M. Borhan dari Sabah Film Productions dan menawarkan beliau berlakon dalam filem Azura. Beliau juga muncul dalam filem Darah Satria sebagai Sarjan Razak.
Rezekinya dalam bidang lakonan terus berkembang apabila Datuk Yusof Haslam memberi kepercayaan padanya untuk mengarah drama Debu-Debu Kotaraya, Remang-Remang Kota Raya dan berlakon dalam Roda-Roda Kotaraya.
Beliau meraih kemasyhuran pada 1999 apabila memegang watak Sarjan (kemudian Sub-Inspektor) Hashim dalam Gerak Khas di mana beliau telah membintanginya selama 13 tahun. Beliau membuat kemunculan semula dalam siri drama itu pada 2014. Selain itu, beliau muncul dalam dua filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1959 | Nujum Pak Belalang | Penduduk kampung | Filem pertama, pelakon tambahan |
1961 | Ali Baba Bujang Lapok | Penyamun | |
1963 | Korban | ||
1966 | Gerak Kilat | Pengikut Komander G-Man | Pelakon tambahan |
Aksi Kuching | Pekerja Stesen Minyak | ||
1967 | A-Go-Go '67 | Wartawan | |
Antara Dua Nisan | |||
1981 | Setinggan | ||
1982 | Kami | — | Juga sebagai pengolah cerita |
1983 | Aku Yang Berhormat | ||
Darah Satria | Sarjan Razak | ||
1984 | Azura | Datuk Puteh | |
1991 | Juara | Aziz | |
Bayangan Maut | Taji Samprit | Juga sebagai penolong pengarah | |
1993 | Pemburu Bayang | Pak Ahmad | |
1996 | Maria Mariana | Sufian Zakaria | |
1997 | Gemilang | Osman | |
1998 | Maria Mariana II | — | |
1999 | Bara | Bapa Arni | |
2000 | Pasrah | Bapa Fara Diba | |
2001 | Gerak Khas The Movie | Sarjan Hashim | |
2002 | Gerak Khas The Movie II | ||
2003 | Gila-Gila Pengantin | Galak | |
MX3 | Sarjan Misai | Pelakon undangan | |
2005 | GK3 The Movie | Sarjan Hashim | |
Pontianak Menjerit | Datuk Pengiran Abdul Rahman | Tiada babak | |
2011 | Khurafat: Perjanjian Syaitan | Pak Aziz | Pelakon undangan |
2014 | Abang Long Fadil | Salim | |
2015 | Polis EVO | Penyelia Inspektor Khai | Penampilan khas |
2016 | Munafik | Imam Ali | |
Lu Mafia Gua Gangster | Inspektor | ||
2017 | Abang Long Fadil 2 | Taji Samprit | |
Jibam | Pak Itam | ||
2018 | 3: AM | Paman | |
2021 | Budak Kripto | Datuk Mira | |
2022 | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Pak Deris | |
2023 | Syaitan Munafik | ||
2024 | Jiwa 8 Belas | Kudin |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1986 | Remang-Remang Kota Raya | Sarjan Polis | TV1 | |
1987 | Harimau Rimba | |||
1989–1990 | Debu-Debu Kotaraya | Sarjan Polis | ||
1993 | Roda-Roda Kotaraya (Musim 1) | |||
1998–1999, 2012–2013 | Roda-Roda Kuala Lumpur | Sarjan Senin / Pak Hashim | TV1, TV2 | Pelakon utama, pelakon undangan |
1999–2011, 2014–2021 | Gerak Khas | Sub. Inspektor / Pak Hashim | TV1, TV2, TV3 | Pelakon utama (1999-2011), pelakon undangan (2014-2021) |
2000 | Maria Mariana The Series | Sufian | TV3 | |
2006 | Janji Diana | Ahmad (Atuk) | TV2 | |
2009–2011 | Si Capik | Hussein | ||
2011 | Serapah Darah Bulan Madu | Tok Kelana | Astro Prima | |
2012 | Sopi Sekuriti | Yahya | Astro Warna | |
Metro Skuad (Musim 1) | TV2 | Episod: "Amuk" | ||
Tanah Kubur (Musim 5) | Tok Guru | Astro Oasis | Episod: "Makrifat" | |
Atuk PHD | MediaCorp Suria | |||
2014 | Pulangnya Tok Misai | Tok Misai | Hypp Sensasi | |
Jalan Kembali | TV2 | |||
2014–2015 | Bercakap Dengan Jin | Tamar | Astro Mustika HD | |
2015 | Nyiur Nan Setandan | Dukun Meon | TV2 | |
Cinta Dari Marikh | Datuk Harun | |||
2017 | Arluna | Bapa Arluna | Astro Prima | |
Jangan Ikut Aku | Tok Misai | TV3 | ||
Dendam Aurora | Din Brinchang | Astro Prima | ||
Cerita Dari Mastika | Episod: "Kereta Rosak" | |||
My Sweet Lavender | Pak Lan | TV9 | ||
Raisha | Bomoh | TV3 | Pelakon undangan | |
2018 | Sejadah Untuk Dia | Hj. Omar | Astro Oasis | |
KL Gangster: Underworld | Pak Iji | Iflix | 5 episod | |
Mata Ketiga | Katar | Tonton | Pelakon undangan | |
2019 | Ajak Oh Ijal | Tok Kassim | TV3 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Akhil Yang Bakhil | TV9 | |
2023 | Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa | Nayan | TV3 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Sepahtu Reunion Live | Pegawai Imigresen | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod: "Dari Keratong Ke Kota London" |
2022 | Kameo | Episod: "Budi Si Beca Antik" |
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2010 | Sri Mersing | Pak Malau |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article A. Galak, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.