Azhar Sulaiman (lahir 22 Julai 1971) merupakan seorang pelakon, pengacara, arkitek dan pereka Malaysia.
Azhar Sulaiman | |
---|---|
Kelahiran | Azhar bin Sulaiman 22 Julai 1971 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, arkitek, pereka |
Tahun aktif | 1989–kini |
Pasangan | Chempaka Emalin Pahamin (k. 1995) |
Anak-anak | 3 (termasuk Kasih Iris Leona) |
Ibu bapa | Sulaiman Ismail (bapa) Wook Mat Adan (ibu) |
Hubungan | Pahamin Rajab (bapa mertua) |
Beliau mula berlakon pada tahun 1989 menerusi drama Cinta Dan Sayang bersama Norlida "Connie" Ahmad. Perjalanan kerjaya beliau sebagai pelakon TV dan filem berjalan serentak semasa beliau menuntut di ITM Manjung. Beliau juga ialah bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama Esma Daniel dan Badrul Muhayat, sekaligus memenangi tempat ketiga.
Di era 90an, Azhar merupakan antara pelakon lelaki terlaris memegang watak utama dalam filem-filem Melayu. Wajah tampannya menghiasi banyak filem-filem bergenre romantik dan drama. Filem Mira Edora menaikkan namanya sebagai pelakon popular dan kemudian mula meraih tumpuan menerusi filem Interlud gandingan bersama Sofia Jane dan filem Abang 92 bersama Deanna Yusof. Kedua-dua filem ini melayakkan Azhar tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) di usia yang sangat muda. Seterusnya Azhar muncul dalam filem Jimi Asmara dan Sayang Salmah. Menerusi Sayang Salmah Azhar memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin dan pada tahun 1995 bergelar Pelakon Filem Lelaki Popular (Watak Pembantu) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Azhar cukup popular dengan penyanyi/pelakon terkenal Amy Mastura apabila gandingan serasi mereka dalam Impian (1996), KLU (1999) dan Trauma (2004) meraih kutipan pecah panggung.
Beliau terus aktif berlakon disamping melakukan perkerjaan yang lain seperti bekerja sebagai arkitek sepenuh masa di Design Nexus Architect dan mereka cipta set untuk drama dan filem. Beliau ialah arkitek untuk bangunan Studio Filem baru syarikat KRU di Cyberjaya dan juga pereka set untuk filem Cicakman terbitan KRU. Azhar Sulaiman pernah menjadi pengacara rancangan Kunci Khazanah musim pertama dan kedua. Perpustakaan Negara pernah menjadikan Azhar Sulaiman sebagai IKON Perpustakaan Negara untuk Kempen Bulan Membaca pada tahun 2008. Beliau kini juga sangat aktif didalam kerja kerja amal dan kemasyarakatan seperti memberi ceramah motivasi dan teknik kemahiran hidup kepada para pelajar sekolah dan juga universiti.
Azhar merupakan anak bongsu daripada 14 beradik. Bapanya, Kapten Sulaiman Ismail ialah bekas tentera yang merupakan Ketua Platon Batu Malim.
Pada tahun 1989, beliau memulakan pengajian dalam bidang Diploma Senibina di ITM Manjung, Perak Darul Ridzuan dan tamat sekitar tahun 1995. Beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Newcastle Upon-Tyne, Newcastle, United Kingdom (UK) dalam bidang sama.
Beliau berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 23 Julai 1995 dikurniakan tiga anak, Kasih Leia Ixora (lahir 1998) dan dua anak kembar, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin (lahir 2002). Chempaka Emalin ialah anak sulung pengasas bersama AirAsia dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Pahamin Abdul Rajab @ Abdul Razak.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1990 | Mira Edora | Fauzi | Filem pertama |
Riang Tirana | Ikram | ||
1992 | Interlud | Haris | |
Abang 92 | Imran Zainal Abidin | ||
1995 | Bisikan Cinta | Johari | |
Jimi Asmara | A. Rafee | ||
Sayang Salmah | Salleh | ||
1996 | Impian | Zahari Azman | |
Litar Kasih | Hisyam | ||
1999 | KLU | Shahril | |
2000 | Senario Lagi | Pelayan Warung | Penampilan khas |
2003 | Black Maria | Razlan | |
2004 | Trauma | Huzir | |
2006 | Cicak-Man | Penjual Tiket | |
2007 | 1957: Hati Malaya | Anwar Malek | |
2010 | Belukar | Encik Hassan | |
Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami! | Ayob | ||
2012 | Jangan Pandang-Pandang | Abang Bob | |
2015 | Love, Supermoon | Azman | |
2020 | Keluarga Iskandar The Movie | Kamarul (Abang Teh) | |
Bikin Filem | Zaidi Bahrom | ||
2022 | Rompak | Pakcik Kassim | |
TBA | Harimau Malaya: The Untold Story | Pos produksi |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1989 | Cinta Dan Sayang | TV3 | Drama pertama | |
1993 | Keluarga Ithnin | Haikal Ithnin | TV1 | |
Lepak | TV3 | |||
Roda-Roda Kotaraya | TV2 | |||
1993–1994 | Hawa | TV1 | ||
1996 | Identiti | TV3 | ||
Cinta Korporat | Azhar | |||
1997 | Cinta Antara Benua | Zack | ||
1999 | Romeo & Juliet | TV3 | Penampilan khas | |
2001–2002 | Astana Idaman | Sulaiman Firdaus | Astro Ria | |
2002 | Secarik Wajah Rindu | TV2 | ||
2005 | Mahligai Gading | Mustafa | ||
2006 | Mya Zara | Ezahar | TV3 | |
2007 | Manjalara | Kamarul Azlan | ||
2008 | Ayyad | |||
Bella | Shah | |||
Ampang Medikal | Amir Shah Stephens | ntv7 | ||
2009 | Korban 44 | Astro Prima | ||
Segalanya Ku Terima | Ashraff | TV3 | ||
E-Toyol.com | Dato Sabarudin | |||
2010 | Ilusi | Rashid | ||
Chinta | Kamal | |||
Suatu Ketika: Soldadu Merah | Astro Citra | |||
2011 | Samson & Delaila | Jamil | TV3 | |
Stanza Cinta | Dr. Ikram | |||
Soffiya | Kamal | |||
2011–2013 | 6 Progresif | Kamal | TV9 | |
2012 | Citra Juwita | Ihsan | ||
Bukan Bidadari | Roy | TV3 | ||
2012–2015 | Keluarga Iskandar | Abang Teh | Astro Prima, Astro Warna | |
2013 | Karlos | IO Mahadhir | TV3 | |
Terukir Di Bintang | Chef Mukhriz | |||
Plus One | Coach Fairuz | TV9 | ||
2013–2014 | Bukan Kerana Aku Tak Cinta | Wahab | Astro Mustika HD | |
2014 | 7 Suami | Kamal | TV9 | |
Azam Ramadan Su | Halim | TV3 | ||
2015 | Hati Perempuan | Tuan Izuddin | Pelakon undangan | |
Dunia Generasi Baru | Rio | TV9 | ||
2016 | Isteri Tuan Ihsan | Sholeh | Astro Ria | |
2018 | Lafazkan Kalimah Cintamu | Tengku Hashim | Pelakon undangan | |
Alamatnya Cinta | Hamzah | |||
Gantung The Series | Ustaz Mohd Zahim | Astro First | ||
Cekelat Honey | Suffian | Astro Citra | ||
2021 | Di Sebalik Kasyaf | Shamil | TV3 | |
2022 | Hantu Raya Pergi Perang | Boss Lawyer | Sooka | Penampilan khas |
Cinta Hilang Kata | Dato Aaron | Astro Prima | ||
Reen Putus Cinta | Awesome TV | |||
Hilang | Dato Jamil | Viu | ||
Budak Tebing 3 | Badass | TV3 | ||
2023 | Projek: High Council | Firdaus Ismet | Astro Ria | |
Bintang | Zubir | TV3 | ||
Kau Yang Bernama Seri | Ariffin | Awesome TV | Sitkom | |
Bunga, Aku Tunggu | Tuan Syukri | TV3 | ||
Metro Crimes Series: Siapa Lelaki Itu? | Tonton | |||
2024 | Hawt Fellas | Nasir | TV3 | |
Otai@Kolej | Encik Zafian | TV1 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1998 | 25 Tahun 5 Minit | TV3 | |
2002 | Tarantula | ||
2003 | Jangan Jadi Tak | VCD | |
Neon | Sungkai | ||
2007 | Aku Bukan Buaya | NTV7 | |
2010 | Rahsia Shaliza | Hisham | TV3 |
2011 | Sayang Ika | Azman | TV2 |
2012 | Demi Suffian | TV3 | |
Mariam Kampung Putat | |||
2015 | Aku Mahu Ke New York 1 | Dato' Hisham | Astro Ceria |
Aku Mahu Ke New York 2 | |||
Cucuku Ustaz | |||
Melrose | Hussein | Astro Citra | |
Bila Ajal Menanti | Hazman | TV AlHijrah | |
2016 | Bila Kau Tiada | TV1 | |
2017 | Di Pintu Syurga | TV3 | |
Raya Diva | Astro Warna | ||
2023 | Demi Masa | Syam | TV3 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1992 | Lagu Popular Minggu Ini | Pengacara (bersama Maria Farida) | TV1 |
2005 | Kunci Khazanah (Musim 1) | Pengacara | Astro Ria |
2015 | Harta Dalam Stor (Musim 1) |
Sebagai arkitek, beliau terlibat didalam beberapa Projek Senibina semasa bekerja di Firma Arkitek di Malaysia dan London United Kingdom. Ketika di London, Azhar telah bekerja di Firma Arkitek Norman Foster and Partners yang mana ianya sebuah Firma Arkitek yang terkenal di United Kingdom dan Eropah.Bermula dengan jawatan sebagai Pembantu Teknikal kepada Arkitek Senior dan kini memegang jawatan Associate di Firma Arkitek tempatan.Telah terlibat secara langsung didalam beberapa projek didalam dan luar negara.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Azhar Sulaiman, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.