Shuib Sepahtu: Pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia

Shahmira Muhammad (lahir 12 September 1984) atau lebih dikenali sebagai Shuib merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan usahawan Malaysia.

Beliau ialah bekas ahli kumpulan Sepah yang telah menjadi juara rancangan realiti Raja Lawak musim 3 pada tahun 2009 dan juga Maharaja Lawak pada tahun 2011. Selepas Sepah berpecah, Shuib menganggotai Kumpulan Sepahtu bersama Jep.

Shuib
Shuib Sepahtu: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Shuib ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 30 September 2014.
Kelahiran
Shahmira bin Muhammad

(1984-09-12) 12 September 1984 (umur 39)
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio, usahawan
Tahun aktif2009–kini
Majikan
Pasangan
  • Siti Sarah (k. 2011; m. 2021)
  • Watie Hanifiah (k. 2023)
Anak-anak4
IbuSalamiah Jalani
BapaMuhammad Arshad
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem, radio
GenreLawak, satira, sketsa
SubjekBudaya masyhur, peristiwa semasa
AhliSepahtu (2011–2020)

Kehidupan awal

Shuib dilahirkan pada 12 September 1984 di Johor Bahru, Johor dan dibesarkan di Kuala Kurau, Perak. Beliau ialah anak tunggal kepada pasangan Muhammad Arshad dan Salamiah Jalani. Selepas tamat Tingkatan 5 dan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Shuib bekerja di syarikat perkilangan yang menghasilkan produk elektronik, tisu dan kayu dan menjana pendapatan sebanyak RM1,200 setiap bulan.

Kerjaya

Shuib memulakan kerjaya lawak sebagai salah seorang peserta Raja Lawak musim ketiga bersama bekas kumpulannya, Sepah yang turut dianggotai oleh Jep dan Mamat yang mana mereka dinobatkan sebagai juara. Sepah bagaimanapun dibubarkan, Shuib dan Jep menarik diri daripada Sepah. Shuib dan Jep kemudian menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Sepahtu.

Kerjaya radio Shuib bermula pada 2015 apabila beliau bersama Jep dan Rahim R2 menjadi penyampai radio Sinar menerusi segmen Sepahtu Sinar. Beliau bagaimanapun, mengundurkan diri dari Sinar hanya selepas 2 tahun berkhidmat.

Di luar kerjaya hiburan, Shuib berkecimpung dalam bidang perniagaan apabila beliau bersama isterinya, Siti Sarah dan rakan kongsi mereka menubuhkan rangkaian teh susu berasaskan madu lebah, Bubblebee yang mula beroperasi pada 2019 yang mana beliau dan isterinya berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah.

Beliau juga berbakat dalam bidang muzik, berduet bersama isterinya, menerusi lagu "Semakin Benci Semakin Cinta" hasil nukilan Ajai, ia dikeluarkan pada Jun 2021.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan penyanyi Siti Sarah pada 26 Februari 2011. Pasangan ini dikurniakan empat anak. Pada 26 Februari 2017, Shuib dan Siti Sarah bersanding sempena ulang tahun ke-6 perkahwinan mereka. Siti Sarah, bagaimanapun, meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 di HUKM.

Shuib ialah seorang yang buta warna.

Pada 23 Jun 2023, Shuib selamat melangsungkan perkahwinan kedua bersama Watie Hanifiah. Pasangan ini dinikahkan oleh abang pengantin perempuan iaitu Qadhaffi Hanifiah di Putra Glass House, Putra Heights dan disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchong Encik Zubairi Ghazal.

Diskografi

Single

Tahun Tajuk lagu Catatan
2012
"Cinta Itu Nyawa"
Duet bersama Siti Sarah
2017
"Senorita"
Duet bersama Syamsul Yusof & Dato' AC Mizal (OST filem Abang Long Fadil 2)
2019
"Honey Juana"
2020
"Teh Terakhirku"
Duet bersama Mark Adam & Zynakal
2021
"Semakin Benci Semakin Cinta"
Duet bersama Siti Sarah
"Sampai Tua"
2023
"Lenalah"

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Man Sewel Datang KL Man Filem pertama
Mael Lambong Ejen
Sepah The Movie Shuib
2013 Oh Mak Kau (O.M.K) Mun
2014 Amir dan Loqman Pergi ke Laut Amir
2016 Usin UFO Usin
Rock Bro! Cik Not
2017 Abang Long Fadil 2 Inspektor Shuib
2020 Tyickoouns Dagu Penampilan khas
2022 Abang Long Fadil 3 Inspektor Shuib

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Bujang Sepah Silalitampom Shuib Astro Prima
Lemang Si Bujang Sepah
2010 Ibu Mee Segera Astro Ria
Burger Layan Diri Abdol Astro Prima
2012 Bila Shuib Speaking London Shuib Astro Warna
Siapa Dapat Lisa Astro Prima
2013 Bini Aku Hantu Langsuir TV9
2014 Muaddib Super Amin Astro Ria
Sepahtu Kepok Bonda Astro Warna
2015 Ayah Den Lopeh Mustaqim Astro Ria
Awaklah Imam Saya Mail
2016 Bujang Sepahtu Kepok Bonda Shuib Astro Mustika HD
Sepahtu Kisah Tauladan Astro Ria
Sepahtu Mercun Raya
Sepahtu Cinta Plastik
2018 Matilahnak Hantu Raya Astro Citra
2023 Baby-Sita Astro Warna

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Bujang Sepah Lalalitampom Shuib Astro Prima
Tok Ketua Astro Warna
Biar Betul Bendul
2012 Sepahtu: Angan Tak Sudah Shuib
2013 Jep & Judin Judin
2015 Mail & Sudin Sambut Ramadan Sudin Astro Oasis
2019 Sepahtu Reunion Raya Gear 5 Dato' Shuib Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Gelak Khas Pelbagai watak Astro Warna
2012–2014 Betul ke Bohong? Kapten pasukan bersama Jep Sepahtu
2013 Romantika Dirinya sendiri Astro Ria bersama isterinya Siti Sarah
2015 Sepahtu Reunion Pelbagai watak Astro Warna
2016–2020 Sepahtu Reunion Live
2017 Meja Bulat Sepahtu Pengacara Astro Prima
Konti Karat
2018 Jenaka Kampung Kalut (Musim 4) Ismail TV3 Episod: "Kau Tetap Dalam Anganku"
Teka Tekan Pengacara Hypp Sensasi mengacara bersama Shamsul Ghau Ghau, Acong Sweetchild & Anas Ridzuan
2021 Warung Sepahtu Sarip Astro Warna
Sepahtu Reunion Live Cameo Episod: "Mencari Sepatu Yang Hilang"
2022 Mencari Sepahtu Yang Hilang Juri jemputan
Diari Daddy Dirinya sendiri TV3
Semakin Cinta, Shuib Astro Ria
Opocot Next Level Pengacara Astro Warna mengacara bersama Atu Zero
2022–2023 The Masked Singer Malaysia (musim 3) Juri
2023 Ubi Superstar Live Pelbagai watak
Dapur Tempur Selebriti Dirinya sendiri TV9 bersama isterinya Watie

Peserta

Tahun Tajuk Kumpulan
2009 Raja Lawak Musim 3 Sepah
2011 Maharaja Lawak
2013 Redah Kasi Pecah Ekstravaganza Dirinya Sendiri
Super Spontan 2013 Ketam Konfius
Maharaja Lawak Mega 2013 Sepahtu
2014 Super Spontan 2014 Biawak Lazer
Maharaja Lawak Mega 2014 Sepahtu
2015 Juara Parodi Slumber Blur
2017 Temasya Sukan Ke Laut Dirinya Sendiri
Super Spontan Superstar 2017 King Musang

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
30 November 2015 – 29 November 2017 Sepahtu Sinar Sinar
18 Februari 2019 – 22 Januari 2021 Geng Pagi Hot Hot FM
29 Ogos 2022 – 4 Disember 2023 Morning Morning Suria Suria

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009 Raja Lawak Musim 3 Juara Sepah
  • Jep
  • Mamat
  • Shuib
Menang
2011 Maharaja Lawak Juara Menang
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 Juara Sepahtu
  • Jep
  • Shuib
  • Rahim
Menang
2014 Super Spontan 2014 Tempat Ketiga Shuib Menang
Maharaja Lawak Mega 2014 Naib Juara Sepahtu
  • Jep
  • Shuib
Menang
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Artis Komedi Lelaki Popular Shuib Sepahtu Tercalon
Juara Parodi 2015 Tempat Keempat Selamber Blur
  • Mark Adam
  • Shuib
Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 Artis Versatil Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Shuib Sepahtu Kehidupan awalShuib Sepahtu KerjayaShuib Sepahtu Kehidupan peribadiShuib Sepahtu DiskografiShuib Sepahtu FilemografiShuib Sepahtu RadiografiShuib Sepahtu Anugerah dan pencalonanShuib Sepahtu RujukanShuib Sepahtu Pautan luarShuib SepahtuJep SepahtuMaharaja LawakRaja LawakSepah (kumpulan pelawak)Sepahtu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Erma FatimaNabi Nuh a.s.Tengku Permaisuri NorashikinPitt HanifTravelokaHukum madNajis dalam IslamAwieSiti HariesaBahasa ArabJam 12 jamHantu dalam masyarakat MelayuFahmi FadzilTauhidMerdeka 118Tayamum1Chacha MaembongNabi Lut a.s.Tanda dan gejalaDaerah LangkawiTalbis IblisKerajaan Persekutuan MalaysiaKota KinabaluGabenor Bank Negara MalaysiaDollaAsmidarMeerqeenAhmad Zahid HamidiMajlis Raja-RajaPuteri Gunung LedangKanun KeseksaanPembentukan MalaysiaPandemik COVID-19 di MalaysiaRindu Kasih 2Telaga BarhutSekali Lagi Cinta KembaliBiokepelbagaianMohamad bin HasanCik Siti Wan KembangHael HusainiBahagian di SarawakUniversiti Teknologi MARAPak Ketipak KetipungUndang-Undang Laut MelakaKetua Polis Negara MalaysiaMilo (minuman)Kadet Remaja Sekolah MalaysiaImam MahdiHari BumiDubaiJam 24 jamNombor perdanaMenara Jam Condong Teluk IntanPerkhidmatan awam di MalaysiaGerakan Aceh MerdekaPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Sifat-sifat AllahHadisGayatri Su-Lin PillaiHantu Kak Limah Balik RumahRujukan kehormatMegat SharizalSolatSenarai negara mengikut sistem kerajaanKhalid bin al-WalidKL Gangster 2KucingEtnik MelayuMenteri Kesihatan MalaysiaJoseph KurupImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Laluan Kelana JayaSistem SuriaRicheese FactoryPiala FA InggerisLee Chong WeiSrivijaya🡆 More