Lafazkan Kalimah Cintamu

Lafazkan Kalimah Cintamu merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2018 disiarkan di Astro Ria dari 15 Januari hingga 8 Mac 2018, diadaptasi dari novel 2010 dengan judul sama karya Siti Rosmizah Semail yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip.

Ia mengisahkan tentang suka dan duka kehidupan Tengku Aqilah yang mengharapkan kasih bapanya dan cinta kekasihnya, Tengku Ryan. Drama arahan Along Kamaludin ini dibintangi oleh Farid Kamil sebagai Tengku Ryan dan Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah.

Lafazkan Kalimah Cintamu
GenreMelodrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Siti Rosmizah
Ditulis olehPGR'S Team
Rozie Rashid
Ainaa Hanez
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Nelydia Senrose
Farid Kamil
Nadiyah Shahab
Azri Iskandar
Lagu pembukaan"Kesilapan Keegoanmu -Siti Nurhaliza
Lagu penutup"Kesilapan Keegoanmu -Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod32
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitSiti Rosmizah Semail
Mazelan Zainol Abidin
PenyuntingMin Johari
NJohari
SinematografiAbdul Malek Marwi
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
SR One
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Siaran asal15 Januari 2018 – 8 Mac 2018
Kronologi
MengikutiMy Coffee Prince
Diikuti olehTak Ada Cinta Sepertimu

Sinopsis

Tengku Aqilah (Nelydia Senrose), seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha (Nadiyah Shahab) yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer (Farid Kamil), jejaka tampan berdarah kacukan Inggeris dan Melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? 

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Pelakon kanak-kanak

Muzik

Lagu tema drama ini ialah, "Kesilapanku Keegoanmu" nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza. Selain itu, lagu lain termasuk "Pesan" nyanyian Irfan Haris dan lagu "Cinta Yang Telah Mati" nyanyian kumpulan Neon 5. Berikut ialah senarai lengkap runut bunyi drama ini:

  1. "Kesilapanku Keegoanmu" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
  2. "Aku Cinta Padamu" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
  3. "Saat dan Ketika" - Sazrin Aizul
  4. "Bersumpah Demi Cinta" - Sazrin Aizul
  5. "Aku dan Kekasih" - Sandra
  6. "Cinta Yang Telah Mati" - Neon
  7. "Urusan Hati" - Sarah Fazny
  8. "Pesan" - Irfan Haris

Sambutan

Lafazkan Kalimah Cintamu menjadi sohor kini di media sosial berikutan penahanan pelakon utamanya, Datuk Farid Kamil atas kes mahkamah beliau pada Januari 2018. Menerusi tanda pagar #lafazkankalimahcintamu, ia menjadi topik utama Malaysia pada malam Isnin dengan 40,000 Tweet di Twitter. Meskipun berhadapan dengan kontroversi, drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton.

Drama ini turut mendapat tajaan daripada CCM Duopharma Biotech Berhad yang memasarkan produk kesihatan dan kecantikan Flavettes Effervescent.

Rujukan

Tags:

Lafazkan Kalimah Cintamu SinopsisLafazkan Kalimah Cintamu PelakonLafazkan Kalimah Cintamu MuzikLafazkan Kalimah Cintamu SambutanLafazkan Kalimah Cintamu RujukanLafazkan Kalimah CintamuAlong KamaludinAstro RiaFarid KamilLafazkan Kalimah Cintamu (novel)Nelydia Senrose

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Chacha MaembongAliff Syukri KamarzamanAzizulhasni AwangBunga rayaGayatri Su-Lin PillaiMalaysiaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiPolemik kedudukan bahasa Melayu di MalaysiaOrang Melayu MalaysiaBendera MalaysiaJabatan Peguam Negara MalaysiaTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahKerenggaSifat-sifat AllahFadhlina SidekParti Rakyat India MalaysiaHari Kebangsaan MalaysiaErry PutraIsham JalilAssalamualaikumKata kerjaMenteri Pertahanan MalaysiaPerkahwinan menurut IslamHukum Kanun MelakaSyafiq YusofJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaElektroterapiSyafiq KyleDaiyan TrishaKadet Remaja Sekolah MalaysiaRogolMustafa Kemal AtatürkNasionalismeSusukSepahtu Reunion LiveRukun NegaraPasukan Udara Tentera Darat MalaysiaKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Pilihan raya umum Malaysia 2022JohorShuib SepahtuKanun KeseksaanSenarai Surah Al-QuranSenarai Sultan Empayar UthmaniyahSitiawanBuliRiena DianaKedah TuaBahasa InggerisHadis MutawatirShakira (drama)Earth HourSenarai Kementerian di MalaysiaRosyam NorTayamumPutri JannahTok JanggutBahasa Melayu BruneiInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KebangsaanSurah al-FatihahKerajaan SalakanagaraParlimen MalaysiaMokhtar DahariHemoroidSunan MuriaPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaKL Special ForceFrekuensi radio di Negeri SembilanKota BharuMakam PahlawanHari Raya AidiladhaTanda dan gejalaSultan PerakPerang UhudKuala Kubu BharuAntipsikotikHantu Kak Limah Balik RumahTanda-tanda KiamatZaman air batu🡆 More