Kota Bharu: Ibu kota negeri Kelantan Darul Naim

Kota Bharu (sebutan dalam loghat tempatan: Koto Baru, Tulisan Jawi: كوت بهارو, ringkasan: KB) ialah ibu negeri bagi Kelantan Darul Naim, Malaysia.

Bandar ini mula dibuka pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Gemuroh, Kuala Terengganu seterusnya meneruskan perjalanan melalui Laluan Persekutuan 3 (FT 3 Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu) sehingga ke Kota Bharu atau menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang Pulai yang melalui Tanah Tinggi Cameron menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.

Kota Bharu
Koto Baru
Bandar Kota Bharu
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiكوت بهارو
 • Tulisan Cina哥打峇鲁 (Simplified)
哥打峇魯 (Traditional)
 • Tulisan Thaiโกตาบารู Kotābārū
โคตูบาโร Khotūbāro
Kota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca
Kota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca
Kota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca
Kota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca
Kota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca
Kota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca
Kota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca
Kota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca
Kota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca
Kota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca
Dari atas, kiri ke kanan:
Gerbang Sultan Ismail Petra, Menara jam Tuan Padang, Muzium Islam Kelantan, Muzium diraja Istana Jahar, Masjid Muhammadi, Muzium Kraftangan , Muzium Kelantan, Bank Kerapu, KB Mall dan Pasar Besar Siti Khadijah
Mohor rasmi Kota Bharu
Nama panggilan: KB, Bandaraya Islam
Kota Bharu is located in Bumi
Kota Bharu
Kota Bharu (Bumi)
Koordinat: 6°8′N 102°15′E / 6.133°N 102.250°E / 6.133; 102.250 102°15′E / 6.133°N 102.250°E / 6.133; 102.250
NegaraKota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca Malaysia
NegeriKota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca Kelantan
JajahanKota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca Kota Bharu
First settled1844
Status perbandaran1 January 1978
Pentadbiran
 • Yang di-Pertua MPKBMohamad Anis Bin Hussein
Keluasan
 • Jumlah115 km2 (44 batu persegi)
Penduduk
 (2022)
 • Jumlah568,900
 • Kepadatan4,900/km2 (13,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Not observed
Postcode
15xxx
Kod kawasan+60-09-7
Laman sesawangmpkbbri.kelantan.gov.my

Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang Dan Lojing.

Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.

  • Masjid Sultan Ismail Petra.
  • Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
  • Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Pantai Senok

Kini Kota Bharu ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Sejarah

Kota Bharu telah dibuka secara rasminya pada tahun 1844 oleh Duli Yang Maha Kulia [[Sultan Muhammad II] sebagai ibu negeri Kelantan yang baharu bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan bencana banjir. Baginda sultan bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.

Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk di negeri ini. Pada hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk 491,237 orang (banci 2010).

Penduduk Kota Bharu kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya oleh DYMM Sultan Ismail Petra. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya Islam".

Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan pertama oleh angkatan tentera Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.

Kota Bharu sebagai bandaraya Islam

Kota Bharu diisytiharkan sebagai bandaraya Islam pada hari Sabtu 1 Oktober 2005 jam 10 malam oleh Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra di Stadium Sultan Mohammed Ke IV. Perasmian diiringi pertunjukan bunga api sebagai gimik perasmian dan persembahan sajak, dikir barat, nasyid dan nyanyian oleh jemputan khas iaitu Mawi, M. Nasir, Halim Yazid, Kumpulan Rabbani dan Akhil Hayy. Perasmian turut disaksikan oleh ribuan hadirin sehingga terpaksa menonton di layar yang dipasang di beberapa tempat di sekitar Kota Bharu.

Selepas perasmian tersebut, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) ditukar nama baru iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Akan tetapi pengisytiharan ini bukan bermakna bandar Kota Bharu telah mendapat status bandaraya seperti yang lain, tetapi sekadar menggelarkan Kota Bharu sebagai bandar yang bercirikan Islam.

Iklim dan cuaca

Kota Bharu beriklim monsun tropika yang baik di mana hujan lebat turun berselang-seli dan berterusan pada bulan November, Disember dan Januari (musim tengkujuh). Suhu setiap hari dianggarkan dari 21° C hingga 32° C.

Data iklim untuk Kota Bharu
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 29.3
(84.7)
30.2
(86.4)
31.3
(88.3)
32.6
(90.7)
32.9
(91.2)
32.6
(90.7)
32.2
(90.0)
32.0
(89.6)
31.7
(89.1)
31.2
(88.2)
29.6
(85.3)
28.9
(84.0)
31.2
(88.2)
Purata suhu harian, °C (°F) 26.1
(79.0)
26.6
(79.9)
27.3
(81.1)
28.3
(82.9)
28.7
(83.7)
28.3
(82.9)
28.0
(82.4)
27.8
(82.0)
27.6
(81.7)
27.4
(81.3)
26.5
(79.7)
26.1
(79.0)
27.4
(81.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 22.8
(73.0)
22.9
(73.2)
23.3
(73.9)
24.0
(75.2)
24.4
(75.9)
24.0
(75.2)
23.7
(74.7)
23.6
(74.5)
23.4
(74.1)
23.5
(74.3)
23.4
(74.1)
23.3
(73.9)
23.5
(74.3)
Purata kerpasan, mm (inci) 79.9
(3.15)
53.9
(2.12)
117.9
(4.64)
89.9
(3.54)
103.8
(4.09)
114.0
(4.49)
157.8
(6.21)
171.2
(6.74)
189.9
(7.48)
256.4
(10.09)
690.3
(27.18)
580.1
(22.84)
2,605.1
(102.57)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1 mm) 8 5 6 6 8 9 11 13 14 15 20 17 132
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 213.9 228.8 260.4 267.0 241.8 210.0 223.2 213.9 201.0 186.0 141.0 148.8 2,535.8
Sumber 1: World Meteorological Organisation.
Sumber 2: Hong Kong Observatory.

Pusat beli-belah

Kota Bharu: Sejarah, Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Iklim dan cuaca 
Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu
  • Pasar Siti Khadijah
  • Zon Beli-belah Wakaf Che Yeh
  • KB Mall
  • Kota Bharu Trade Centre
  • Kota Seri Mutiara @ Billion
  • G-Orange Mall
  • Pantai Timur Shopping Centre
  • Lotus's Lembah Sireh
  • Giant Superstore Tunjong
  • MYDIN Emporium
  • MYDIN Hypermarket Kubang Kerian
  • MYDIN Hypermarket Tunjong
  • Bazar Tok Guru
  • Bazar Tengku Anis
  • Bazar Buluh Kubu
  • AEON Mall Kota Bharu
  • Pasar Terapung Kota Pengkalan Datu
  • Platinum Mall (pusat pemborong terbesar di Pantai Timur) - akan dibuka

Demografi

Jumlah penduduk bagi kawasan bandar Kota Bharu dianggarkan berjumlah 314,964 (2010) daripada jumlah keseluruhan penduduk di dalam Jajahan Kota Bharu yang berjumlah 491,237 orang. Kaum Melayu/ Orang Melayu Kelantan merupakan kaum majoriti di Kota Bharu . Di samping itu terdapat juga etnik Siam, Cina dan juga India. Bahasa utama yang digunakan di Kota Bharu ialah Bahasa Melayu Kelantan ataupun disebut kkecek klate oleh penduduk Kelantan.

Bandar kembar

Kota Bharu merupakan bandar kembar dengan:


Rujukan

Pautan luar

Tags:

Kota Bharu SejarahKota Bharu sebagai bandaraya IslamKota Bharu Iklim dan cuacaKota Bharu Pusat beli-belahKota Bharu DemografiKota Bharu Bandar kembarKota Bharu RujukanKota Bharu Pautan luarKota BharuBahasa Melayu KelantanGua MusangIbu negeriKelantan Darul NaimLaluan Persekutuan 3Lebuhraya Pantai TimurLebuhraya Utara SelatanMalaysiaPantai Timur, Semenanjung MalaysiaSimpang PulaiStesen keretapi Wakaf BharuSultan Muhammad IISungai KelantanTanah Tinggi CameronTulisan JawiWakaf Bharu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sunan AmpelPulau TiomanNike ArdillaDuerra MitildaKota BharuKetua Polis Negara MalaysiaPandemik COVID-19 di MalaysiaHazama AzmiKucingAedy AshrafHinduismeSyafiq KyleMona FandeyPenggunaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaPegawai Waran IIBintara KananZahirah MacWilsonLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurMustaqim BahadonAeril ZafrelNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuGas rumah hijauJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaKuantanRokokTadau KaamatanHarris AlifFikry IbrahimYang di-Pertua Negeri SabahSepahtu Reunion LiveIwan SyahmanShaheizy SamKongkekSyerifAzira ShafinazMenteri Pendidikan MalaysiaAbang Long Fadil 3Senarai negara berdaulatFrekuensi radio di KedahPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948BadmintonRuhainiesPutri Kuswisnu WardaniLaluan Kelana JayaMalayan UnionSijil Pelajaran MalaysiaFadhlina SidekIslamJohorPiala Asia B-23 AFCShuk Sahar1GajusKesultanan DemakPemboleh ubahSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaFalsafah Pendidikan MalaysiaAdnan bin SaidiProton WiraAzhar SulaimanUmar bin Al-KhattabMaya KarinRosyam NorAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaOrang Kampung Otak KimiaJanna NickTeluk IntanKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaAfdlin ShaukiPulau RedangKemalangan helikopter Lumut 2024Armizan Mohd AliOrganisasi tenteraKesultanan Melayu MelakaNegeri SembilanKeris🡆 More