Harris Alif

Nor Harris Alif Nor Rashidi (lahir 2 September 1999) merupakan penyanyi, pengacara dan pelakon Malaysia.

Harris adalah juara program Idola Kecil musim 3 pada 2010. Mula berlakon dalam Kelab Idola pada tahun 2010.

Harris Alif
Kelahiran
Nor Harris Alif bin Nor Rashidi

(1999-09-02) 2 September 1999 (umur 24)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara, model
Tahun aktif2010–kini
PasanganIntan Ladyana (k. 2021)
Anak-anak2
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Universal Music
Rumpun Records

Kerjaya

Mula menceburi bakat dalam program Idola Kecil 3. Selain itu, beliau juga mempromosikan baju hasil daripada Harris Alif by Chemboja.

Single pertama ialah Kisah Yang Terindah dan single kedua ialah Akulah Pelindungmu oleh Rumpun Records. Harris Alif juga antara artis yang mendendangkan lagu Raikan Raya pada tahun 2016.

Idola Kecil 3

Harris telah memulakan kerjaya nyanyiannya pada usia 11 tahun apabila beliau menyertai program realiti TV9 iaitu Idola Kecil (musim 3) pada tahun 2010. Beliau juga berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut dan sekaligus memecahkan rekod sebagai peserta lelaki pertama yang dinobatkan sebagai juara ketika itu setelah dua musim berturut-turut program tersebut dimenangi oleh peserta perempuan. Berikut adalah persembahan beliau;

Konsert Tema Lagu (penyanyi asal) Rank
Minggu 1 Bebas "Pelesit Kota" (Search) Selamat
Minggu 2 Pop & Balada "Adrenalin" (Faizal Tahir) Selamat
Minggu 3 Duet "Permata Permotong Permata" (Ella)
(duet Adiba IK3)
Selamat
Minggu 4 Indie Rock "Mengapa" (Nicky Astria) Selamat
Minggu 5 Tribute Dato' Siti Nurhaliza "Pastikan" (Dato' Siti Nurhaliza) Selamat
Minggu Separuh Akhir Road to Final "Oh Juwita" (Nubhan) Selamat
Minggu Akhir Grand Finale "Sampai Ke Bulan" (Harris)
(Lagu: Alfa Booty / Lirik: Tisya)
Juara
"Drama King" (Meet Uncle Hussain)

Perkahwinan

Pada 5 Februari 2021 beliau telah menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi pelakon popular Intan Ladyana. Mereka telah selamat dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Muhammad Alzan Marukum selaku wakil wali yang juga adalah merupakan Penolong Pengarah JAWI dengan majlis akad nikah yang berlangsung mengikuti peraturan SOP yang sangat ketat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari jumaat jam 10 pagi. Menurut Harris tarikh sebenar akad nikah mereka sepatutnya adalah 6 Februari 2021 iaitu pada keesokan harinya namun majlis terpaksa diawalkan sehari disebabkan mereka terpaksa mengikuti jadual kerja JAWI pada ketika itu.

Isterinya, Intan mengumumkan telah hamil cahaya mata sulung pada Ogos 2021. Beliau dan isterinya, Intan disahkan positif COVID-19 dan telah menjalani perintah kuarantin kendiri pada Disember 2021.

Beliau dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 31 Januari 2022. Kini Intan Ladyana isterinya mengandung anak kedua mereka.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Kelab Idola TV9 Drama pertama
2011 Sunat 21 TV1
Maafkan Kami
2012 Misteri Buluh Lemang
2013 Geng Bas Sekolah (Musim 5) Astro Ceria
2013-2015 Ema Emyliana Joey TV3
2014 Lembayung Kasihmu TV2
Bila Chacha Masuk Asrama TV3
2015 Destinasi G4 Harris TV9
2017 Cerita Ramadan Hazim Hazim TV2
Cerita Dari Mastika Amran Astro Prima Episod: “Kereta Rosak”
2023 Kau Yang Bernama Seri Safwan Awesome TV Sitkom

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Aku, Kau & Dia
Bola Kampung The Movie Azizul Suara
2024 Mami Jarum Kembali Alif

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Dodol-Dodol Cinta TV2
2017 Si KIjang Merah Ammar TV3 Penyokong Pasukan Kelantan FA
2022 Anak Bomoh Alif TV9

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Berita Adik Pengacara TV9
2012 The V-Squad ntv7
2014 Chichi & Chacha Astro Ceria Bersama Afieq Shazwan, Sweet Qismina, Farisha Iris & Jaza Shazleen
4 Teman
Bananana Squad
2015 Lari: Misi Mr. X Peserta TV9
2015-2016 BoBoiBoy (Musim 3) Kapten Kaizo TV3 Suara
2019 Generasi Z Pengacara TV3
Pop Express
2020 M-Pop
2021 Raya bersama Harris & Intan Astro Ria

Diskografi

Single

  1. Kisah Yang Terindah
  2. Akulah Pelindungmu
  3. Pencinta
  4. Anugerah

Kedutaan

  • Steadler Malaysia – Erra Art Club Power of Ten Cent oleh Korea Global Peace
  • Harris Alif by Chemboja

Pencapaian

  • Juara Bintang Kecil RTM (2009)
  • Juara Idola Kecil 3 TV9 (2010)
  • Tempat ketiga Idola Kecil Ultra TV9 (2015)

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Harris Alif KerjayaHarris Alif Idola Kecil 3Harris Alif PerkahwinanHarris Alif FilemografiHarris Alif DiskografiHarris Alif KedutaanHarris Alif PencapaianHarris Alif RujukanHarris Alif Pautan luarHarris AlifIdola Kecil (musim 3)Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai perbandingan pangkat tenteraSenarai Surah Al-QuranPontianak Harum Sundal Malam IIBaju MelayuSultan Mizan Zainal AbidinPerlembagaan MalaysiaZizan RazakEmma MaembongNeelofaNajis dalam IslamNabi Musa a.s.Nabi Isa a.s.Kadet Remaja Sekolah MalaysiaWilayah PersekutuanAwieBahagian di SarawakPolis EVOPremier SarawakMahligai PermataBajauPerpaduanAngel (penyanyi)Ali bin Abi TalibRuhainiesSenarai sistem badan manusiaPendidikan di MalaysiaAbdul Rahim Mohd NoorSekolah Menengah Kebangsaan TebobonSikorsky S-61A-4 NuriMalaysia TimurGolongan kata (bahasa Melayu)Orang Kampung Otak KimiaSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Senarai Kementerian di MalaysiaAfdlin ShaukiIsrafilAaron AzizPiala Asia B-23 AFC 2024Kesan perubahan iklimHadis MutawatirOne Cent ThiefNa’im BrundagePencemaran udaraInsya-AllahPiala Asia B-23 AFCSheila RuslyKasih Iris LeonaPasukan Kadet Bersatu MalaysiaTengkolokAnna JoblingSudirman (penyanyi)Bola jaringTeluk IntanFil MarsyalPemboleh ubahNasi kandarAyob Khan Mydin PitchayKKN di Desa Penari (filem)PenggunaPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaKhairy JamaluddinYusof HaslamSingkatan kataRosyam NorMalayan UnionBaju kurungSultan JohorKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Kesultanan Johor-RiauKementerian Dalam Negeri MalaysiaPembahagian kuasaGerakan Aceh MerdekaRisteena MunimNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuPilihan raya umum Malaysia 2022Al-QuranSolat Sunat RawatibPrivate BodyguardShahrulezad Mohameddin🡆 More