Perpaduan: Bergabung menjadi satu, sepakat, penggabungan

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.

Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.Misalnya, perpaduan antara kita.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

Ibn Khaldun

Maklumat lanjut: Asabiyyah

Asabiyyah merujuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan kepaduan sosial, pada asalnya di dalam konteks "kepuakan" dan "kesukuan", tetapi kadangkala digunakan untuk nasionalisme moden, menyerupai sistem komunalisme. Istilah Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan.

Ibn Khaldun dengan secara efektif menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau menerangkan bahawa keluarga yang memerintah lazimnya muncul dari pinggir empayar dan lerjb r libeelif hlqrigr lih ekepaduan yang terdapat dalam masyarakat pinggiran untuk membawa perubahan kepada pimpinan.

Durkheim

Mengikut Émile Durkheim, jenis-jenis perpaduan masyarakat itu seiringan dengan jenis masyarakat. Durkheim memperkenalkan istilah perpaduan mekanikal dan organik sebagai sebahagian daripada teorinya berkaitan pembangunan masyarakat dalam karyanya, The Division of Labour in Society (1893) (Pembahagian Tenaga Kerja dalam Masyarakat). Dalam sesuatu masyarakat yang mempamirkan perpaduan mekanikal, kejeleketan dan perpaduan datang daripada warga yang serupa – warganya berasa terkait melalui kerja, pendidikan dan latihan keagamaan, dan cara hidup. Perpaduan mekanikal terdapat dalam masyarakat yang "tradisional" dan masyarakat kecil. Perpaduan organik pula muncul daripada pergantungan saling dalam kalangan ahli masyarakat. Keadaan saling bergantung ini pula muncul ekoran pengkhususan kerja dan warga masyarakat yang saling melengkapi, yakni perkembangan yang terdapat dalam masyarakat "moden" dan "industri".

Nota

Rujukan

  • Jary, David (1991), Collins Dictionary of Sociology, Glasgow: Harper Collins, m/s. 774, ISBN 0-00-470804-0

Bacaan lain

  • Ankerl, Guy: Toward a social contract on worldwide scale: Solidarity contract. Geneva, ILO, 1980, ISBN 92-9014-165-4

Tags:

Perpaduan Ibn KhaldunPerpaduan DurkheimPerpaduan NotaPerpaduan RujukanPerpaduan Bacaan lainPerpaduanSosiologi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

YouTube RewindNilai, Negeri SembilanPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaMy Lovely DriverKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaFauziah NawiKucingAbang AdikSlot SamarindaDaiyan TrishaAyam BrandAhli Sunah WaljamaahShahrulezad MohameddinNabi Nuh a.s.Tuanku Zara SalimMandi wajibMaya KarinAyamMelakaJohan GhazaliGoogle ScholarProton ExoraSuhaimi IbrahimSenarai saluran AstroSingapuraHarimauTayamumIntan LadyanaSuria RecordsDini SchatzmannCinta Buat DaraJosiah HoganNazim OthmanKerisMark AdamPiala Sumbangsih 2024Negeri SembilanMustapha KamalDasar Ekonomi BaruAzad JasminFikry IbrahimHari GuruHentaiTalbis IblisMira FilzahFrekuensi radio di Negeri SembilanFilem Malaysia tahun 2024Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaInsya-AllahUmar bin Al-KhattabAzan dan iqamatMartin Cooper (pereka)Adi PutraAman Ramli JaafarLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaHantu Kak LimahSyafiq KyleAgama di MalaysiaEmelda RosmilaAmyza AznanMenara Berkembar PetronasPutrajayaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMadinah al-MunawwarahMohd Shukri RamliNabi Isa a.s.PetronasTelefon bimbitMega Movie (Slot TV3)Kuala LumpurSalomaSekali Lagi Cinta KembaliMarsyal TUDMPeristiwa Kampung MedanArena Lieya🡆 More