Senarai Filem Malaysia Berdasarkan Kutipan Tertinggi

Perfileman tanah air dibentuk secara rasmi pada tahun 1980 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

rencana senarai Wiki

Filem kebiasaannya menjana pendapatan daripada beberapa aliran hasil, termasuk pameran teater, cakera padat, penyiaran televisyen dan barangan dagangan. Walau bagaimanapun, pendapatan box-office filem ialah metrik utama untuk penerbitan perdagangan dalam menilai kejayaan sesebuah filem, kebanyakannya kerana ketersediaan data berbanding angka jualan daripada cakera padat dan hak penyiaran televisyen. Di dalam senarai ini ialah carta penerima filem yang mempunyai kutipan tertinggi mengikut tahun kalendar dan garis masa yang menunjukkan peralihan rekod filem dengan kutipan tertinggi serta siri filem dengan kutipan tertinggi. Semua carta disenaraikan mengikut prestasi box-office panggung wayang di seluruh Malaysia. Kutipan yang ditulis adalah tidak termasuk daripada penjualan cakera padat, penyiaran televisyen iaitu melalui Astro First dan tayangan secara OTT seperti Netflix, Disney+ Hotstar dan Amazon Prime.

Senarai Filem Malaysia Berdasarkan Kutipan Tertinggi
Filem Sembilu II arahan Yusof Haslam telah mencatatkan sejarah dalam industri kerana telah menjadi filem box-office Melayu pertama untuk mencapai kutipan sebanyak RM 6.1 juta. Filem keluaran Skop Productions ini telah ditayangkan pada tahun 1995.

Secara tradisinya, filem perang, komedi, aksi, animasi dan seram telah menjadi genre yang paling popular dan digemari di kalangan rakyat Malaysia, kebiasaanya filem francais telah menjadi dominasi filem yang paling laris di abad ke-21. Francais bagi siri filem Polis EVO telah mencatatkan penerima kutipan tertinggi siri filem Malaysia setakat ini, dimana filem Polis EVO 3 telah memegang rekod sebagai filem Malaysia yang mempunyai kutipan kedua tertinggi serta filem Polis EVO 2 juga turut memegang filem Malaysia yang ke-12 yang mempunyai kutipan tertinggi serta Polis EVO yang menjadi bualan hangat dan membangkitkan serta menaikkan martabat filem tempatan yang merundum kerana kualiti yang teruk sejak permulaan abad ke-21. Ketiga-tiga buah filem ini telah menerima kutipan sebanyak RM 90.19 juta. Turut diikuti oleh francais siri filem daripada Animonsta Studios dengan 3 filem animasi mereka arahan Nizam Razak (Mechamato Movie - terbitan bersama Astro Shaw, BoBoiBoy Movie 2 dan BoBoiBoy: The Movie) dengan jumlah kutipan kumulatif keseluruhan siri RM81.68 juta, siri filem Munafik arahan Syamsul Yusof dengan kutipan kedua-dua filem tersebut RM67.04 juta, Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof (adik Syamsul) mendapat kutipan sebanyak RM58.61 juta sekaligus menjadikan keluarga Dato' Yusof Haslam (Dato' Yusof sendiri, Syamsul dan Syafiq) menjadi 3 pengarah termahal di Malaysia menurut Harian Metro.

Setakat ini, Syamsul Yusof adalah pengarah yang mendominasi industri filem tempatan daripada aspek kutipan filem tertinggi. Pada tahun 2022, Syamsul telah mempunyai 11 filem arahannya di mana filem pertamanya, Evolusi KL Drift (2008) yang menerima kutipan sebanyak RM 4.5 juta turut diikuti oleh filem keduanya Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009, RM 4.2 juta), Evolusi KL Drift 2 (2010, RM 5.5 juta), Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011, RM 8.5 juta), KL Gangster (2011, RM 11.74 juta), Aku Bukan Tomboy (2011, RM 2.2 juta), Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012, RM 4.98 juta), KL Gangster 2 (2013, RM 4.96 juta), Munafik (2016, RM19.04 juta), Munafik 2 (2018, RM 48 juta) dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022, RM 97 juta) telah mencipta sejarah sebagai filem Malaysia paling laris mengatasi semua filem-filem antarabangsa.

Sejarah kutipan filem tertinggi

Sebelum tubuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1980, sutradara yang mendominasi tanah air dan digelar sebagai epik filem tempatan adalah Seniman Agung Negara, Tan Sri P. Ramlee (22 Mac 1929 – 29 Mei 1973). Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah mengeluarkan lebih daripada 50 filem hasil dan arahannya yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1950-an, 1960-an dan 1970-an, dimana filem-filem beliau semuanya menerima kutipan yang tertinggi pada ketika itu. Namun demikian, disebabkan tiada rekod bilangan penjualan tiket dan kutipan yang tepat, dengan ini secara rasminya tidak dapat menyatakan bahawa jumlah hasil kutipan filem keluarannya secara kasar.

Kutipan filem tertinggi sepanjang zaman

Pada carta ini, filem disenaraikan mengikut hasil daripada pameran teater pada nilai nominalnya, bersama-sama dengan kedudukan tertinggi yang mereka capai. 10 filem secara keseluruhannya telah memperoleh kutipan melebihi RM 30 juta dengan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berada di kedudukan teratas. Semua filem telah ditayangkan di pawagam pada abad ke-20 dan abad ke-21.

       Lorek latar belakang menunjukkan filem ini sedang ditayangkan pada 22 April 2024 di panggung wayang.
Senarai filem Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman:
K. Tajuk Pengarah Kutipan (RM) Tahun Ruj.
1 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Syamsul Yusof RM 97,420,000 2022
2 Polis EVO 3 Syafiq Yusof RM 54,110,000 2023
3 Munafik 2 Syamsul Yusof RM 48,000,000 2018
4 Hantu Kak Limah Mamat Khalid RM 36,400,000 2018
5 Mechamato Movie Nizam Razak
Dzubir Mohammed Zakaria
RM 35,880,000 2022
6 MALBATT: Misi Bakara Adrian Teh RM 32,500,000 2023
7 Ejen Ali: The Movie Usamah Zaid Yasin RM 30,050,000 2019
8 BoBoiBoy Movie 2 Nizam Razak
Dzubir Mohammed Zakaria
RM 29,570,000 2019
9 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Zulkarnain Azhar
Frank See
RM 29,380,000 2022
10 PASKAL Adrian Teh RM 28,980,000 2018
11 Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Ahmad Razuri Roseli
Adam Amiruddin
Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim
RM 26,190,000 2019
12 Abang Long Fadil 3 Syafiq Yusof RM 24,200,000 2022
13 Polis EVO 2 Joel Soh
Andre Chiew
RM 22,450,000 2018
14 Abang Long Fadil 2 Syafiq Yusof RM 18,150,000 2017
15 Polis EVO Ghaz Abu Bakar RM 17,740,000 2015
16 Munafik Syamsul Yusof RM 17,040,000 2016
17 The Journey Chiu Keng Guan RM 16,870,000 2014
18 Sheriff: Narko Integriti Syafiq Yusof RM 16,300,000 2024
19 Ola Bola Chiu Keng Guan RM 15,850,000 2016
20 BoBoiBoy: The Movie Nizam Razak RM 15,800,000 2016
21 Pusaka Razaisyam Rashid RM 13,700,000 2019
22 KL Special Force Syafiq Yusof RM 12,220,000 2018
23 Sangkar Kabir Bhatia RM 12,000,000 2019
24 KL Gangster Syamsul Yusof RM 11,740,000 2011
25 Ombak Rindu Osman Ali RM 10,900,000 2011
26 Dukun Dain Said RM 10,000,000 2018
27 Misteri Dilaila Syafiq Yusof RM 9,440,000 2019
28 Hantu Bonceng Ahmad Idham RM 8,540,000 2011
29 Ngangkung Ismail Bob Hashim RM 8,180,000 2010
30 Didi & Friends The Movie Akmal Aziz Asmawi
Roshfaizal Ariffin
RM 8,140,000 2023
31 Kongsi Farid Kamil RM 8,090,000 2011
32 Khurafat: Perjanjian Syaitan Syamsul Yusof RM 8,080,000 2011
33 Tombiruo: Penunggu Rimba Seth Larney RM 7,970,000 2017
34 Hantu Kak Limah Balik Rumah Mamat Khalid RM 7,900,000 2010
35 Bikers Kental 2 Helmi Yusof RM 7,680,000 2019
36 Adnan Semp-It Ahmad Idham RM 7,660,000 2010
37 WIRA Adrian Teh RM 7,600,000 2019
38 Ah Beng The Movie: Three Wishes Silver Chung RM 7,550,000 2012
39 Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham RM 7,400,000 2007
40 J Revolusi Zulkarnain Azhar RM 7,130,000 2017
41 All In Matt Lai RM 7,120,000 2024
42 Nasi Lemak 2.0 Namewee RM 7,000,000 2011
43 Adnan Sempit 2 Ismail Bob Hashim RM 6,820,000 2012
44 Cicak-Man Yusry Abdul Halim RM 6,700,000 2006
45 Hikayat Merong Mahawangsa Yusry Abdul Halim RM 6,500,000 2011
Great Day Chiu Keng Guan 2011
46 Lagi-Lagi Senario Aziz M. Osman RM 6,330,000 2001
47 Geng: Pengembaraan Bermula Nizam Razak RM 6,200,000 2009
48 Sembilu II Yusof Haslam RM 6,100,000 1995
49 Jangan Pandang Belakang Congkak Ahmad Idham RM 6,090,000 2009
50 Imaginur Nik Amir Mustapha RM 6,030,000 2023
51 The Kid from the Big Apple Jess Teong RM 6,010,000 2016
52 Rahsia Shamyl Othman RM 6,000,000 2023
53 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Sharuddin Dali
Saiful Reza Shukor
RM 5,900,000 2024
54 Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Mamat Khalid RM 5,890,000 2013
55 Once Upon a Time Silver Chung RM 5,800,000 2013
56 Lee Chong Wei: Rise of the Legend Teng Bee RM 5,720,000 2018
57 Abang Adik Jin Ong RM 5,710,000 2023
58 Evolusi KL Drift 2 Syamsul Yusof RM 5,670,000 2010
59 Rock Bro! Mamat Khalid RM 5,600,000 2016
60 What! The Heist Matt Lai RM 5,300,000 2023
61 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Pitt Hanif RM 5,000,000 2023
Think Big Big Chiu Keng Guan 2018
62 Jalan Kembali: Bohsia 2 Syamsul Yusof RM 4,980,000 2012
63 KL Gangster 2 Syamsul Yusof RM 4,960,000 2013
64 Nur Kasih The Movie Kabir Bhatia RM 4,930,000 2011
65 Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Eirma Fatima
Hajah Ainon Ariff
RM 4,900,000 2016
66 Mael Lambong Ahmad Idham RM 4,880,000 2012
67 Leftenan Adnan Aziz M. Osman RM 4,800,000 2000
68 Maria Mariana Yusof Haslam RM 4,720,000 1996
69 Bini-Biniku Gangster Ismail Bob Hashim RM 4,710,000 2011
70 Duyung Abdul Razak Mohaideen RM 4,670,000 2008
71 The Wedding Diary Adrian Teh RM 4,610,000 2013
72 Abang Long Fadil Syafiq Yusof RM 4,600,000 2014
73 Senario The Movie Aziz M. Osman RM 4,580,000 1999
74 Gerak Khas The Movie Yusof Haslam RM 4,400,000 2001
75 Mat Moto Pekin Ibrahim
Syafiq Yusof
RM 4,390,000 2016
Sembilu Yusof Haslam 1994
76 Senario Lagi Aziz M. Osman RM 4,370,000 2000
77 Karak Yusry Abdul Halim RM 4,280,000 2011
Lagenda Budak Setan Sharad Sharan 2010
78 Senario The Movie - Episod 1 Ahmad Idham RM 4,260,000 2008
79 Woo Hoo! Chiu Keng Guan RM 4,200,000 2010
80 War On Terror: KL Anarki Kroll Azry
Frank See
RM 4,140,000 2023
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Syamsul Yusof 2009
81 Talbis Iblis Kabir Bhatia RM 4,120,000 2022
82 Suatu Malam Kubur Berasap Ernie Chen RM 4,090,000 2011
83 Ah Beng: Mission Impossible Silver Chung RM 4,080,000 2014
84 Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Ahmad Idham RM 4,030,000 2010
85 Bulan dan Pria Terhebat Ghaz Abu Bakar RM 4,000,000 2020
Ice Kacang Puppy Love Ah Niu 2010
Remp-It Ahmad Idham 2006
Hingga Hujung Nyawa Abdul Razak Mohaideen 2004
86 Rock Oo! Mamat Khalid RM 3,950,000 2013
87 Adnan Sempit 3 Ismail Bob Hashim RM 3,940,000 2013
88 Evolusi KL Drift Syamsul Yusof RM 3,900,000 2008
89 V3: Samseng Jalanan Farid Kamil RM 3,880,000 2010
90 Cinta Kolestrol Abdul Razak Mohaideen RM 3,820,000 2003
91 Congkak Ahmad Idham RM 3,800,000 2008
92 Niyang Rapik Ahmad Idham RM 3,720,000 2010
93 Raya Tak Jadi! Abdul Razak Mohaideen RM 3,640,000 2011
94 Istanbul Aku Datang! Bernard Chauly RM 3,580,000 2012
95 Anak Perjanjian Syaitan 2 Ahmad Idham RM 3,500,000 2024
Bisik Pada Langit Kabir Bhatia 2017
Adik Manja Othman Hafsham 1980
96 Santau Azhari Zain RM 3,480,000 2009
97 Alamak... Toyol! Ismail Bob Hashim RM 3,470,000 2011
Otai Abdul Razak Mohaideen 2007
98 Hantu Gangster Namewee RM 3,450,000 2012
99 Jangan Tegur Pierre Andre RM 3,420,000 2009
100 Papadom Afdlin Shauki RM 3,370,000 2009

Garis masa kutipan filem tertinggi sepanjang zaman

Senarai Filem Malaysia Berdasarkan Kutipan Tertinggi 
Filem Adik Manja adalah filem yang paling lama untuk memegang rekod sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi, iaitu selama 14 tahun.

Sekurang-kurangnya sepuluh filem telah memegang rekod 'filem dengan kutipan tertinggi' sejak filem Adik Manja menduduki tempat teratas pada tahun 1980. Filem Adik Manja memegang rekod filem dengan kutipan tertinggi yang paling lama iaitu selama 14 tahun, dan diikuti oleh filem Sembilu II dan Lagi-Lagi Senario, dimana kedua-dua filem tersebut adalah filem kedua dan ketiga yang memegang rekod dengan kutipan tertinggi iaitu selama 6 tahun (selepas Adik Manja). Kini, rekod ini dipegang oleh filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, arahan Syamsul Yusof, iaitu sebanyak RM 97 juta.

Garis masa rekod filem dengan kutipan tertinggi
Tahun Filem Tetapan rekod kasar (RM)
1980 Adik Manja RM 3,500,000
1994 Sembilu RM 4,390,000
1995 Sembilu II RM 6,100,000
2001 Lagi-Lagi Senario RM 6,330,000
2007 Jangan Pandang Belakang RM 7,400,000
2010 Ngangkung RM 8,150,000
2011 KL Gangster RM 11,740,000
2014 The Journey RM 17,280,000
2015 Polis EVO RM 17,470,000
2017 Abang Long Fadil 2 RM 18,140,000
2018 Munafik 2 RM 48,000,000
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan RM 97,420,000

Kutipan filem tertinggi mengikut tahun

Berikut merupakan kutipan filem tertinggi mengikut tahun.

Tahun Tajuk Syarikat Penerbitan Kutipan (RM) Fakta
1980 Adik Manja Merdeka Film Productions RM 3,500,000 Filem pertama dengan kutipan tertinggi dan bertahan selama hampir 15 tahun
1981 Bukit Kepong Jins Shamsuddin Productions RM 1,700,000
1991 Bayangan Maut Skop Productions RM 1,100,000
1992 XX Ray Nizarman (M) Sdn. Bhd. RM 1,200,000
1993 Pemburu Bayang Skop Productions RM 1,800,000
Perempuan, Isteri & .....? Berjaya Film Production
1994 Sembilu Skop Productions RM 4,390,000
1995 Sembilu II RM 6,100,000 Filem pertama mendapat kutipan lebih RM5 juta
1996 Maria Mariana Skop Productions & Grand Brilliance RM 4,720,000
1997 Puteri Impian Grand Brilliance RM 2,220,000
1998 Maria Mariana 2 Skop Productions & Grand Brilliance RM 3,200,000
1999 Senario The Movie Grand Brilliance & Paradigm Film RM 4,580,000
2000 Senario Lagi RM 4,580,000
2001 Lagi-Lagi Senario RM 6,330,000
2002 Anak Mami The Movie Grand Brilliance RM 2,980,000
2003 Cinta Kolestrol Metrowealth Pictures RM 3,300,000
2004 Hingga Hujung Nyawa RM 4,000,000
2005 Gangster Tayangan Unggul RM 2,880,000
2006 Cicak-Man KRU Studios RM 6,070,000
2007 Jangan Pandang Belakang Metrowealth Pictures RM 7,400,000
2008 Duyung KRU Studios, Grand Brilliance & Lineclear Motion RM 4,670,000
2009 Geng: Pengembaraan Bermula Les' Copacue Productions RM 6,200,000 Filem animasi 3D Malaysia pertama berada dalam senarai filem kutipan tetinggi
2010 Ngangkung Metrowealth Pictures RM 8,180,000
2011 KL Gangster Skop Productions RM 11,740,000 Filem pertama Malaysia mendapat kutipan lebih RM10 juta
2012 Ah Beng The Movie: Three Wishes Film Engine RM 7,550,000
2013 Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Tayangan Unggul RM 5,890,000
2014 The Journey Astro Shaw RM 17,280,000 Filem pertama mendapat kutipan lebih RM15 juta serta filem cina dengan kutipan tertinggi
2015 Polis EVO Astro Shaw & Tayangan Unggul RM 17,470,000
2016 Munafik Skop Productions RM 19,040,000
2017 Abang Long Fadil 2 Skop Productions & Astro Shaw RM 18,150,000
2018 Munafik 2 Skop Productions & President Productions RM 48,000,000 Filem pertama mendapat kutipan lebih daripada RM40 juta serta filem terpantas mendapat kutipan tertinggi selepas 4 hari
2019 Ejen Ali: The Movie WAU Animation RM 30,050,000
2020 Bulan dan Pria Terhebat Nizra Entertaiment, Astro Shaw & Skop Productions RM 4,000,000
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Studio Kembara RM 97,420,000 Filem pertama mendapat kutipan lebih RM50 juta, RM60 juta, RM70 juta, RM80 juta, RM90 juta dan menghampiri RM100 juta
2023 Polis EVO 3 Astro Shaw, Skop Productions, Blackflag & TGV Cinemas RM 54,000,000 Filem terpantas mendapat kutipan tertinggi selepas 1 minggu

Kutipan filem tertinggi berdasarkan siri filem

Berikut merupakan kutipan filem berdasarkan siri filem. Siri filem bermaksud koleksi filem yang berkaitan antara satu sama lain (sama ada sekuel, prekuel atau spin-off).

Kedudukan Tajuk Studio Kutipan (RM) Jumlah Filem Tahun
1 Polis EVO Astro Shaw
Blackflag
Skop Productions
Tayangan Unggul
Surya Citra Media
93.53 juta 3 2015-2023
2 BoBoiBoy: The Movie Animonsta Studios
Astro Shaw
81.68 juta 3 2016-2022
BoBoiBoy Movie 2
Mechamato Movie
3 Munafik Skop Productions
President Productions
67.04 juta 2 2016-2018
4 Abang Long Fadil Skop Productions
Astro Shaw
58.61 juta 3 2014-2022
5 Kampung Pisang Tayangan Unggul
Enjit Semut Productions
Astro Shaw
Infinitus Productions
48.21 juta 5 2007-2018
trilogi Hantu Kak Limah Tayangan Unggul
Astro Shaw
Infinitus Productions
6 Upin & Ipin Les' Copaque Production 37.3 juta 3 2009-2019
7 Senario Grand Brilliance
Paragdim Film

Metrowealth Movies Production

31.90 juta 10 1999-2011
8 Adnan Semp-It Metrowealth Movies Production 21.17 juta 4 2010-2014
9 Jangan Pandang Belakang Metrowealth Movies Production 19.9 juta 4 2007-2010
10 KL Gangster Skop Productions
Grand Brilliance
16.7 juta 2 2011-2013
11 Anak Mami Grand Brilliance
Metrowealth Movies Production
MIG Beats Sdn Bhd
Gitu-Gitu Productions
NAJ Productions Sdn. Bhd
Lineclear Motion Pictures
FiTA Studios
15.01 juta 7 2002-2016
12 Ah Beng The Movie The Film Engine Sdn. Bhd. 11.64 juta 2 2012-2014
13 Sembilu Skop Productions 10.45 juta 3 1994-2005
Cicakman KRU Studios
Grand Brilliance
Astro Shaw
10.45 juta 3 2006-2015
14 Gerak Khas Skop Productions 10.36 juta 3 2001-2005
15 Evolusi KL Drift Skop Productions
Grand Brilliance
9.57 juta 2 2008-2010
16 Bohsia Skop Productions
Grand Brilliance
9.12 juta 2 2009-2012
17 Maria Mariana Skop Productions
Grand Brilliance Sdn Bhd
7.9 juta 2 1996-1998
18 Remp-It Metrowealth Movies Production
MIG Production
7.82 juta 2 2006-2010
19 Lagenda Budak Setan Astro Shaw
Tarantella Pictures
7.36 juta 3 2010-2014
20 Pontianak Harum Sundal Malam Pesona Pictures 5.95 juta 2 2004-2005

Rujukan

Tags:

Senarai Filem Malaysia Berdasarkan Kutipan Tertinggi Sejarah kutipan filem tertinggiSenarai Filem Malaysia Berdasarkan Kutipan Tertinggi Kutipan filem tertinggi sepanjang zamanSenarai Filem Malaysia Berdasarkan Kutipan Tertinggi Garis masa kutipan filem tertinggi sepanjang zamanSenarai Filem Malaysia Berdasarkan Kutipan Tertinggi Kutipan filem tertinggi mengikut tahunSenarai Filem Malaysia Berdasarkan Kutipan Tertinggi Kutipan filem tertinggi berdasarkan siri filemSenarai Filem Malaysia Berdasarkan Kutipan Tertinggi RujukanSenarai Filem Malaysia Berdasarkan Kutipan TertinggiAmazon PrimeAstro FirstCakera padatDisney+ HotstarMalaysiaNetflixPanggung wayangPerbadanan Kemajuan Filem NasionalTeaterTelevisyen

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

AssalamualaikumA FamosaMenara Kuala LumpurPasukan bola sepak kebangsaan JordanKedah TuaQueen of TearsSenarai peribahasa (A–M)Proton Saga (generasi kedua)Bani SyaibahTwitterZul AriffinAmelia HendersonJalaluddin HassanKuala Kubu BharuKhadijah IbrahimPolitik balas budiJ RevolusiPerlembagaan MalaysiaHarimau MudaR.A. KartiniPeribahasa MelayuLemangPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaMalang Si PuteriAnugerah AidilfitriNur Amira SyahiraNasi goreng (Nusantara)Sejarah IslamTembikaiAbang Long FadilKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Teknologi hijauDoa IftitahMusang PulutSenarai negara mengikut sistem kerajaanSifat-sifat AllahRemy IshakJulietNabiInsya-AllahNegara PalestinMandi wajibAzlee JaafarOne Cent ThiefBaby ShimaAisyah Abu BakarRaysha RizroseEmelda RosmilaPemboleh ubahMuhyiddin YassinJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaAbang AdikTerengganuPencemaran udaraZakar manusiaFacebookSharisa HarisSiapa Tutup Lampu?Pemerintahan berajaSalasilah keturunan Nabi MuhammadGanjaBella AstillahRinggitBahasa Melayu MalaysiaDonald TrumpIskandar ChempakaOrang Melayu MalaysiaHadas besarMierul AimanAnna JoblingPerceraian dalam IslamSari YantiMark AdamPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Dayang AreedaWohnenLiza Abdullah🡆 More