Insya-Allah

Insya-Allah (Arab: إن شاء الله) bererti "jika Allah menghendaki". Ini menunjukkan bahawa kita tidak tahu masa hadapan, apa yang berlaku kepada kita. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa manusia punya rencana, Allah punya kuasa. Dengan demikian, kata Insya-Allah menunjukkan kerendahan hati seorang hamba sekali gus kesedaran akan kekuasaan Allah.

Kisah Sirah Rasulullah

Beberapa penduduk Mekkah datang ke Nabi Muhammad SAW. bertanya tentang roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain. Nabi menjawab, "Datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan." Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi, sehingga Nabi gagal menjawab hal-hal yang ditanyakan. Tentu saja "kegagalan" ini menjadi cemuhan kaum kafir.

Saat itulah turun ayat menegur Nabi

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya-Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (TMQ Surah Al-Kahfi 18:24)

Pengajaran dari Kisah Sirah Rasulullah

Dari kisah di atas kita tahu bahkan Nabi pun mendapat teguran ketika alpa mengucapkan insya-Allah. Beginilah kita harus memahami makna ungkapan insya Allah; ia menegaskan kesedaran manusia akan keterbatasannya, perasaan rendah hati seseorang yang hendak berbuat sesuatu mengetahui bahawa atas semua yang ia lakukan dan katakan, Tuhanlah yang memiliki kekuasaan untuk mewujudkannya.

Namun begitu, ada sebahagian antara kita sering melupakan peranan dan kekuasaan Allah ketika hendak berencana atau mengerjakan sesuatu. Sebahagian antara kita malah secara keliru mengamalkan kata insya-Allah sebagai cara untuk tidak mengerjakan sesuatu. Ketika kita diundang, kita menjawab dengan kata insya-Allah bukan dengan keyakinan bahawa Allah yang punya kuasa tetapi sebagai cara berbaik-baik untuk tidak memenuhi undangan tersebut. Kita rupanya berdalih dan berlindung dengan kata insya-Allah.

Jika berjanji, mesti tunaikan

Begitu pula halnya ketika kita berjanji, sering kali kata insya-Allah keluar begitu saja sebagai perkataan biasa dalam pergaulan. Yang benar adalah, ketika kita diundang atau berjanji pada orang lain, kita ucapkan insya-Allah, lalu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi undangan ataupun janji itu.

Apabla tiba-tiba datang halangan seperti sakit, hujan, dan lainnya, kita tidak mampu memenuhi undangan ataupun janji itu, maka di sinilah letak kekuasaan Allah. Di sinilah baru berlaku makna insya-Allah.

Rujukan

  • ‘Muhammad Rasul Zaman Kita’ karya dari Tariq Ramadan
  • Daarut Tauhiid

Tags:

Insya-Allah Kisah Sirah RasulullahInsya-Allah Pengajaran dari Kisah Sirah RasulullahInsya-Allah Jika berjanji, mesti tunaikanInsya-Allah RujukanInsya-Allah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pontianak Harum Sundal Malam IIUltrabunyiPendidikan di MalaysiaCongkakKementerian Perhubungan Republik IndonesiaParti Islam Se-MalaysiaDatuk (gelaran)Masjid Sri SendayanJudiBani SyaibahSharnaaz AhmadGerak KhasNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaSultan Sharafuddin Idris ShahPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaLambang negeri di MalaysiaHari Raya AidiladhaFrekuensi radio di JohorPuteri KhareezaNur FazuraPerodua KancilHarumanisMonyetHadis MutawatirSenarai Yang di-Pertuan AgongAstro MalaysiaSenarai kaum di MalaysiaBumiputeraZahirah MacWilsonNabi Nuh a.s.KedahGayatri Su-Lin PillaiSenarai poskod di MalaysiaKata hubung (bahasa Melayu)Timbalan Perdana Menteri MalaysiaAl-QuranGoogle ScholarCik ManggisSurah al-FatihahFasha SandhaTulisan JawiLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaPerang PadriRazarudin HusainSiti SalehaMelakaHukum madIstinjakSultan Muhammad VBella DallySultan SallehuddinBugisHadha min fadhle RabbiPegawai memerintahSetelah Cinta Itu PergiPuchong, SelangorMarissa YasminKerajaan Bani UmaiyahZarina ZainoordinOrang Melayu MalaysiaSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahAhmad Zahid HamidiPuasa (Islam)Bintara KananPuteri Gunung LedangSepak takrawBrendan GanKelurSenarai mukim di PerakIman TroyeParti Rakyat India MalaysiaKata adjektifKerajaan MataramJamal AbdillahPerlisHassan MaricanWawasan 2020🡆 More