Intan Ladyana: Pelakon wanita Malaysia

Intan Nurladyana Mohamat Yahaya (lahir 2 Jun 1982) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia.

Beliau mula dikenali ramai melalui drama Puteri yang disiarkan di TV3. Selain itu, Intan juga terkenal dengan filem-filem lakonannya termasuk Tipah Tertipu The Movie (2006), Jangan Pandang Belakang (2007), Adnan Sempit (2010-14) dan Banglo Berkunci (2015).

Intan Ladyana
Kelahiran
Intan Nurladyana binti Mohamat Yahaya

(1982-06-02) 2 Jun 1982 (umur 41)
PekerjaanPelakon, model, pengacara, pengarah, penerbit
Tahun aktif2005–kini
PasanganHarris Alif (k. 2021)
Anak-anak2

Kehidupan awal

Intan Ladyana dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan berdarah peranakan Melayu dan Siam. Intan merupakan penuntut dalam jurusan undang-undang di United Kingdom. Beliau pernah menetap di Budapest, Hungary selama enam bulan sebelum pulang ke Malaysia.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada usia 23 tahun dengan menyertai Pusingan Kedua Dewi Remaja 2005/06 dan terpilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja edisi keluaran 15 Jun 2005.

Intan membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie (2006) lakonan kumpulan Ruffedge arahan pelakon dan pengarah Ahmad Idham. Beliau membintangi filem ini tanpa dirancang apabila agensi peragaan yang disertainya memintanya menghadiri uji bakat. Drama pertama lakonannya ialah Jelatang bersama Ryzal Jaafar yang bersiaran di Slot Lestary TV3.

Pada 5 April 2007, beliau berlakon bersama Pierre Andre dalam filem seram Jangan Pandang Belakang arahan Idham yang mana beliau memegang watak pasangan kembar perempuan, Rose dan Seri. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan, sekaligus menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Filipina.

Pada tahun 2010, Intan sekali lagi berlakon di bawah arahan Idham menerusi filem aksi komedi pecah panggung, Adnan Sempit bersama Shaheizy Sam dan Yana Samsudin, yang mana beliau memegang watak sebagai Nadia. Kejayaan filem ini membawa kepada penghasilan tiga filem susulan - Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014) yang mana Intan kembali menjayakan wataknya.

Intan kembali menjayakan watak sebagai Riana dalam drama Bini-Bini Perkasa, yang diadaptasi dari filem Bini-Biniku Gangster lakonannya; beliau kembali digandingkan bersama Yana Samsudin, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Aksi TV3 bermula 3 September 2012.

Pada tahun 2014, beliau melakonan watak Seri Umairah dalam drama Jika Itu Takdirku bersama Shah Iskandar yang bersiaran di Slot Samarinda di TV3.

Selain menjadi pelakon, Intan juga merupakan jurucakap bagi produk kecantikan Shurah.

Pada tahun 2020, Intan telah diberi amanah oleh AG Nutrition sebagai Duta rasmi pertama produk kecantikan popular itu. Pemilihan tersebut dibuat dek kerana wajah Intan yang tidak seperti dimamah usia.[perlu rujukan]

Kehidupan peribadi

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan jurulatih kecergasan, Kevin Zahri dan juga pelakon, Kamal Adli. Pada hujung 2020 beliau mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Harris Alif yang 17 tahun lebih muda daripadanya. Intan dan Harris berkahwin pada 5 Februari 2021.

Intan mengumumkan telah hamil cahaya mata sulung pada Ogos 2021. Beliau dan suaminya, Harris disahkan positif COVID-19 dan telah menjalani perintah kuarantin kendiri pada Disember 2021.

Beliau dikurniakan seorang anak yang dilahirkan pada 31 Januari 2022. beliau kini sedang mengandung anak kedua. Anak kedua beliau iaitu anak lelaki lahir pada 26/4/2024.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Tipah Tertipu The Movie Tipah Filem pertama
2007 Jangan Pandang Belakang Rose / Suri
2008 I'm Not Single Lisa
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak Penampilan khas
2010 Adnan Sempit Nadia
V3 Samseng Jalanan Lisa
2011 Kembar Siang Ana / Ani
Flat 3A Fiqah
Bini-Biniku Gangster Riana
2012 Adnan Sempit 2 Nadia
X Arisa
Halim Munan Suriati
Apa Celop Toqq... Laila
2013 Pada Suatu Cinta Dahulu Azura
Kecoh Hantu Raya Tok Chai
Adnan Sempit 3 Nadia
Aku Pilih Kamu Qesya
Dampak Qyra
2014 Fobia Malam Pertama Moyang Zaty Penampilan khas
Adnan Sempit Sawadikap Nadia
2015 Abang Lejen Intan
Hantu Bungkus Ikat Tepi Nadia Penampilan khas
Misi Rayyan Dan Danish: Jangan Ambil Rumah Kami Katrina
Banglo Berkunci Kesuma
2020 Town Mall Maria
2024 Banglo Seksyen 12 Dr. Saleha Juga sebagai pengarah dan penerbit

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Jelatang Suria TV3 Drama pertama
2007–2008 Puteri Nadia
2008 Sutera Maya Maya Karina
2009 Suria Kasandra Suria Kasandra
Bio-Nik Aina
Jangan Pandang Belakang The Series Rose / Suri TV2
2010 Sepuluh
Adnan Semp-It The Series Nadia Astro Warna
Blogger Boy Cindy 8TV Episode 34
2011 Kekasihku Puyu Bidasari TV3
Terowong Nadia Episod: "Penunggu"
2012 Bini-Bini Perkasa Riana
Beruk Tok Ayah Junaidah
Tanah Kubur (Musim 4) Nina Astro Oasis Episod: "Fitnah"
2013 Dewi Lasak Dewi Seri TV3
Fira Ayuni Rozita
2014 Jika Itu Takdirku Seri Umairah
Dee The Series Cikgu Astro Ceria Penampilan Khas
2015 Quddus TV2
Kampung Semarah Padi TV1
2017 Semusim Rindu Hajar / Nani Astro Prima
Dia Michelle TV3
2019 Rumah Siti Khadijah Zara
2020 Ironi Kasih Emilia
U-Turn Ke Syurga Indah Awesome TV
One Two Hantu
Bougainvillea Aryanna TV3
2021 Hari Kita Jatuh Cinta Mariam Sophia Awesome TV
Kelmarin Cinta Milah TV Okey
Checklist Mr. Right Serena TV3
2022 Puteri Reunion Nadia
Sayap Bagimu Intan
2023 Derhaka Sebuah Cinta Kyra Astro Ria
Geng Daddy Daddy Nadira TV3 Episod 7

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Taxi Driver NTV7
2009 Puaka Topeng Putih Suzy Astro Ria
Naik Hantu
Kekasihku Is Setan
Tuah Kembali
2010 Denai Berbisik
Madu Sorok Sara TV3
2011 Tunang Pak Lang Drebar Pak Lang Astro Warna
2012 Diari Suami 9 Bulan TV3
Blueberry Cafe Melati TV1
Apa Dah Jadi Rita Astro Warna
2013 7 Dulang Asam Pedas TV1
Pengancam Perkahwinan Arianna Astro Ria
Adnan Sempit Balik Raya Nadia TV3
Mulut Murai Tempayan Zarina Astro Maya HD
2014 Misteri Bulan Madu Hana / Nina Unifi TV
Gugurl Propa Melda
2015 Sayang Awak Sangat-Sangat Hana / Nina
2017 Anda Telah Di Prank
Misi Papa Aiman Yati Tv 3
2018 Ustaz Evo The Movie Astro Warna
2019 Anak Syurga Azah TV3
Antara Dua Deru Hana TV2
2022 Suri Rumah Terfeeling Zahra Awesome TV
2023 Surat Cinta Untuk Jannah Sharina TV AlHijrah
Nur Tanpa Cahaya Nur TV2

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006 Hello Minda Pengacara TV1
2011 Chopp TV9
2011 Dimensi Muzik Astro
2017 Sepahtu Reunion Live Chief Marshall Lulu Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Koboi dan Lampu Ajaib"
2020 Studio Drama Sangat Artis Jemputan TV3
TravGang Pengacara Youtube Mermaid Studios
MPop Artis Jemputan TV3
Glam ke Ten'Glam Awesome TV
Sinema YouTube FINAS Interview episod pertama
The Sherry Show Artis Jemputan TV3
Jenaka Kampung Kalut TV3
Huru Hara Unifi TV
2021 Raya Bersama Harris dan Intan Dirinya Sendiri Astro Ria Episod Khas
Borak Dulu Baru Buka Artis Jemputan TV1

Aktivisme

Pada April 2012, Intan bersama-sama dengan Nazim Othman, Fizo Omar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL). Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni'. Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni."

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Bini - Biniku Gangster Tercalon
2012 Anugerah Skrin 2012 Pelakon Wanita Terbaik Filem Flat 3A Tercalon
2013 Anugerah Lawak Warna 2013 Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem Adnan Sempit 2 Tercalon
2014 Anugerah Lawak Warna 2014 Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem Adnan Sempit 3 Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Intan Ladyana Kehidupan awalIntan Ladyana KerjayaIntan Ladyana Kehidupan peribadiIntan Ladyana FilemografiIntan Ladyana AktivismeIntan Ladyana Anugerah dan pencalonanIntan Ladyana RujukanIntan Ladyana Pautan luarIntan LadyanaAdnan SempitBanglo BerkunciJangan Pandang BelakangPuteri (siri TV)TV3Tipah Tertipu The Movie

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Riezman KhuzaimiAyah PinShiqin KamalSemenanjung MalaysiaOperasi LalangAman Ramli JaafarNabi Musa a.s.Pandemik COVID-19 di MalaysiaKata adjektifSifat-sifat AllahPeti pertolongan cemasKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Kumpulan Rock MalaysiaJoe FlizzowNabila HudaSunan AmpelTadau KaamatanDoa IftitahPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaTrisha OoiKhairy JamaluddinSlot AkasiaJohan GhazaliPahamin RajabRosyam NorSepahtu Reunion Al-RayaMalaysia TimurPemancutan maniVanny RossyaneSerembanPulau PinangHarumanisWang LeehomJambatan Pulau PinangTimbalan Perdana Menteri MalaysiaProton PersonaDatuk (gelaran)Saiful ApekGrup Gerak KhasAmelia HendersonMohd Shukri RamliAyamHari Raya AidilfitriPeta GoogleSunan Gunung JatiAisyah Abu BakarRespirasi selKugiran MasdoDidi AstillahTuanku Ja’afarLelaki ItuHospital Sultan Idris Shah SerdangBadarawuhi Di Desa PenariHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaMatlamat Pembangunan MampanRita NadiraKumpulan Wang Simpanan PekerjaBola tamparPukimakJabatan Akauntan NegaraBatu PahatSujud sahwiFardu KifayahRukun NegaraKuala TerengganuKetua Polis Negara MalaysiaJangkitanHannah DelishaKapal terbangPerang Dunia PertamaMusang PulutAngkatan Tentera MalaysiaNasi lemakMalaysia MadaniRaja Zarith SofiahPeribahasa MelayuJean Retno Aryani🡆 More