Pengasingan Kuasa Dalam Perlembagaan Malaysia

Pengasingan Kuasa dalam Perlembagaan Malaysia ialah secara umumnya merupakan proses di mana kuasa politik atau pentadbiran dijalankan dengan memisahkan fungsi dan tanggungjawab antara institusi-institusi yang berbeza dalam kerajaan.

Konsep ini bertujuan untuk mengelakkan dan mencegah penyalahgunaan kuasa, memastikan keseimbangan kuasa, dan mengelakkan kezaliman serta dominasi satu entiti ke atas yang lain. Pengasingan kuasa lazimnya melibatkan tiga cabang utama kerajaan iaitu Kuasa Eksekutif (pentadbiran), Kuasa Legislatif (parlimen) dan Kuasa Kehakiman.

Pengasingan Kuasa Dalam Perlembagaan Malaysia
Bangunan Parlimen Malaysia

Dalam konteks demokrasi di Malaysia yang turut mengamalkan Sistem Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan, Kuasa Eksekutif merangkumi pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang. Contohnya jabatan perdana menteri, kabinet, dan badan-badan kerajaan yang menjalankan dasar dan peraturan negara. Manakala Kuasa Legislatif bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang dan membuat keputusan politik seperti parlimen atau badan perundangan yang terdiri daripada wakil rakyat yang dipilih secara demokratik. Seterusnya, Kuasa Kehakiman yang melibatkan sistem perundangan dan pengadilan yang bertanggungjawab untuk menafsirkan undang-undang dan memutuskan kes-kes undang-undang di mana melibatkan mahkamah dan hakim. Prinsip pengasingan kuasa memberi kuasa kepada setiap cabang kerajaan untuk berfungsi secara bebas dan independen (secara sendiri), dengan mekanisme imbang dan periksa-mengimbangi.

Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

Dengan adanya prinsip pemisahan kekuasaan, setiap badan pemerintahan dapat mengawasi dan memastikan bahawa badan pemerintahan lain tidak melampaui batas kekuasaan yang ditetapkan oleh konstitusi. Oleh kerana itu, parlimen akan membuat undang-undang untuk memberikan kuasa kepada pihak eksekutif dalam melakukan pemerintahan, dan jika terjadi perselisihan administrasi, akan diselesaikan oleh lembaga peradilan. Prinsip pemisahan kekuasaan akan memastikan tidak terjadi perselisihan administrasi, akan diselesaikan oleh lembaga peradilan. Prinsip pemisahan kekuasaan akan memastikan tidak terjadi penyalahgunaan kekuasaan. Oleh kerana itu, setiap badan pemerintahan harus memiliki posisi yang setara. Suatu badan organisasi tidak boleh mengendalikan atau mendominasi badan yang lain kerana hal ini akan menggangggu sistem demokrasi.

Isu dan Cabaran Pengasingan Kuasa di Malaysia

Apabila Parlimen, sebuah badan kerajaan yang bertugas untuk membuat undang-undang, dapat membatasi kekuasaan kehakiman dan memberikan kuasa yang berlebihan kepada eksekutif, kita akan memiliki sebuah pemerintahan yang dikuasai oleh eksekutif di mana tindakan mereka tidak dapat disengketakan di Mahkamah kerana Parlimen telah membatasi kekuasaan kehakiman. Ini adalah sebuah situasi yang menakutkan kerana negara kita yang dulunya demokratik akan berubah menjadi sebuah pemerintahan yang autokratik. Namun, ini adalah fakta yang sedang dihadapi oleh negara kita.

Dalam sistem Westminster yang diambil ini, kehadiran badan kehakiman yang bebas terbukti bukan sahaja penting tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak malahhan penting dengan kegunaannya seniri yang melindungi dan memperkukuhkan perlembagaan serta menyelesaikan pertikaian di antara mana-mana pihak yang bergaduh seperti individu, syarikat mahupun sesama kerajaan (Persekutuan dan Negeri). Selain itu, keberadaan badan kehakiman tanpa mendapat kepercayaan rakyat juga tidak akan membawa apa-apa makna di dalam sistem kerajaan moden pada masa kini.

Melihat pada sejarah krisis kehakiman yang berlaku pada tahun 1988 yang telah ditandai dengan pelbagai keputusan kes-kes perundangan yang hangat dan kontroversi sehingga mendorong kepada kemuncak yang menarik badan kehakiman dengan perlucutan jawatan Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas dan dua hakim kanan yang lain. Jika dilihat semula kejadian yang telah berlaku di dalam krisis kehakiman 1988 ini, dapat kita sedari bahawa kebebasan badan kehakiman sebenarnya adalah satu konsep yang terbatas dan masih lagi rapuh dalam sistem di mana meresapi kuasa pentadbiran dan eksekutif serta kawalan semua cabang kerajaan. Maka, apabila wujudnya tindakan menyerang oleh badan eksekutif dan badan perundangan (legislatif) terhadap badan kehakiman maka secara automatiknya keyakinan terhadap institusi kehakiman ini akan menghilang beserta konsep kebebasan kehakiman yang menjadi lemah dan pudar.

Oleh itu, penting untuk kita fahami konsep kebebasan kehakiman yang merujuk kepada prinsip bahawa sistem peradilan harus bebas dari campur tangan dan pengaruh dari pihak-pihak dalaman, termasuk pemerintah, autoriti politik, dan pihak-pihak yang berkepentingan. Ini adalah prinsip fundamental dalam sistem hukum yang demokratik, yang menjamin bahawa setiap individu memiliki hak untuk mendapatkan perlakuan yang adil dan setara di hadapan hakim.

Aspek Penting dalam Konsep Kebebasan Kehakiman

Bagi melahirkan sistem perlembagaan yang lancar, kita perlu memastikan prinsip pengasingan kuasa ini dikuasai dengan baik. Maka, dalam memelihara doktrin pengasingan kuasa dalam perlembagaan di Malaysia, ada beberapa aspek yang boleh dititik beratkan bagi mengelakkan krisis kehakiman 1988 yang telah mencabuli konsep pengasingan kuasa. Dalam aspek kemadirian, kehakiaman harus beroperasi secara sendiri dari kekuatan pentadbiran dan parlimen. Seterusnya, dalam aspek nutralisasi pula, hakim haruslah neutral dan tidak memihak kepada pihak manapun yang terlibat dalam proses peradilan. Dalam aspek penilaian pula, sifat imparsial adalah penting dan hakim harus bebas dari prasangka atau konflik kepentingan yang dapat mempengaruhi kemampuannya untuk membuat keputusan yang adil tanpa melibatkan faktor agama, gender ataupun status. Setiap individu harus memiliki akses yang sama terhadap sistem peradilan tanpa memandang status sosial atau kekuatan politik. Kehakiman juga perlu melindungi hak asasi manusia dan kebebasan individu. Oleh itu, kebebasan kehakiman adalah prinsip yang penting dalam menjaga supremasi hukum, memastikan perlakuan yang adil bagi semua individu, dan menjaga keseimbangan kekuasaan anatara pemerintah dan warganegara. Ini juga merupakan landasan yang signifikan dalam mencapai demokrasi yang kuat dan masyarakat yang berkeadilan.

Pengasingan Kuasa dan Konsep Kebebasan Kehakiman

Pengasingan kuasa dan konsep kebebasan kehakiman adalah dua prinsip yang saling berkaitan dalam konteks perlembagaan Malaysia. Perkaitan ini penting untuk memastikan kestabilan dan integriti sistem pemerintahan negara. Pengasingan kuasa merujuk kepada prinsip bahawa kekuasaan negara perlu dibahagikan, iaitu eksekutif, legislatif, dan kehakiman. Prinsip ini bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mencegah tindakan sewenang-wenang oleh mana-mana pihak kerajaan. Konsep kebebeasan kehakiman, di sisi lain adalah prinsip yang menjamin bahawa sistem kehakiman harus beroperasi secara bebas dan tidak terpengaruh oleh pengaruh politik atau tekanan dari cabang kerajaan lain. Kebebasan kehakiman ini membolehkan hakim menjalankan tugas mereka dengan adil, objektif, dan independen tanpa campur tangan.

Dalam perlembagaan Malaysia, terdapat beberapa ketetapan yang memperkuatkan pengasingan kuasa dan menjaga kebebasan kehakiman. Sebagai contoh, Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menegaskan bahawa kuasa kehakiman terletak pada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan mahkamah-mahkamah yang ditubuhkan di bawah perlembagaan. Ini menunjukkan bahawa kuasa kehakiman berada di bawah bidang kuasa mereka sendiri dan tidak boleh diganggu gugat oleh pihak lain. Selain itu, terdapat juga beberapa mekanisme dalam perlembagaan yang menyokong kebebasan kehakiman. Sebagai contoh, hakim di Malaysia dilindungi oleh jaminan tetap dalam melaksanakan tugas mereka. Mereka tidak boleh diberhentikan, kecuali atas alasan-alasan yang ditetapkan secara jelas dalam perlembagaan. Ini memastikan bahawa hakim tidak boleh digugat atau diancam dengan tindakan yang boleh mempengaruhi keputusan mereka.

Dalam konteks ini, pengasingan kuasa membantu memastikan bahawa cabang kehakiman dapat berfungsi secara bebas dan tidak terpengaruh oleh cabang eksekutif atau legislatif. Ini memastikan bahawa keputusan dan keadilan dijaga dengan sewajarnya, serta menghindari penyalahgunaan kuasa politik dalam sistem kehakiman. Oleh itu, pengasingan kuasa dan konsep kebebasan kehakiman adalah aspek penting dalam perlembagaan Malaysia. Mereka bekerjasama untuk memastikan perlaksanaan yang adil, teratur, dan bebas dari campur tangan politik dalam sistem kehakiman negara.

Pengasingan Kuasa Dalam Perlembagaan Malaysia 
Mahkamah Putrajaya

Rujukan

Tags:

Pengasingan Kuasa Dalam Perlembagaan Malaysia Doktrin Pengasingan Kuasa di MalaysiaPengasingan Kuasa Dalam Perlembagaan Malaysia Isu dan Cabaran Pengasingan Kuasa di MalaysiaPengasingan Kuasa Dalam Perlembagaan Malaysia Aspek Penting dalam Konsep Kebebasan KehakimanPengasingan Kuasa Dalam Perlembagaan Malaysia Pengasingan Kuasa dan Konsep Kebebasan KehakimanPengasingan Kuasa Dalam Perlembagaan Malaysia RujukanPengasingan Kuasa Dalam Perlembagaan Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kaum-kaum di MalaysiaNombor perdanaFahrin AhmadLee Kee HiongAliff AzizAliff Syukri KamarzamanRawang, SelangorPulau RedangMalariaForest CityCinema (Slot TV3)Adab menyambut kelahiran bayi menurut IslamSenarai pelakon lelaki MalaysiaHanez SurayaKata sendi (bahasa Melayu)Sheikh Muszaphar ShukorHantu Kak LimahErysha EmyraPulau PinangAmar BaharinZainol MacWilsonKetumTV3Naim DanielJohorBola tamparNabila RazaliRizky NazarSepupuTikTokChacha MaembongCiri-ciri orang munafikHari Raya AidiladhaMohd Noor Helmy Abdul HalemPerodua AxiaLimau purutP. RamleeShahrulezad MohameddinKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaKerenggaRiena DianaKuantanMalaysia MadaniArab SaudiAhli Sunah WaljamaahSeks oralBoBoiBoyAwieFrancissca PeterTuanku Abdul RahmanZizan RazakSandrinna MichelleMaktab MahmudMalang Si PuteriDidi AstillahKanun KeseksaanBadarawuhi Di Desa PenariSabrina AliWanita SyurgaEmelda RosmilaIslamNadhir NasarRaja berperlembagaanRacun RihannaPuaka Cuti SemesterAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaKebudayaan MalaysiaCerita Rakyat MalaysiaAerofonHubungan seksDataran MerdekaPiala Thomas & Uber 2024Universiti Utara MalaysiaNadia BrianErra FaziraJalaluddin HassanNur (drama)🡆 More