Nabila Razali: Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia

Nur Nabila Mohd Razali (Jawi: نر نبيلة بنت محمة رزالي; lahir 13 November 1992) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Kerjayanya bermula selepas menyertai Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat kelima. Beliau terkenal dengan lagu "Katakan Saja" dan "Cemburu" yang mendapat sambutan, namun lebih dikenali menerusi lagu "Pematah Hati", juga mendapat sambutan positif, sekaligus menjadi penanda aras bagi kerjaya muziknya. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah siri drama televisyen dan telefilem. Antara kredit lakonan beliau ialah Hikayat Cinta Si Pematah Hati (2017), Pesan Pada Hati (2019) dan Seindah Tujuh Warna Pelangi (2020).

Nabila Razali
نبيلة رزالي
Nabila Razali: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Nabila mengadakan persembahan pada Februari 2018.
Kelahiran
Nur Nabila binti Mohd Razali

(1992-11-13) 13 November 1992 (umur 31)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Senibina
Pusat pendidikan
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2013—kini
Ketinggian162 cm (5 ka 4 in)
PasanganNik Iruwan bin Dato' Nik Izani (k. 2023)
Ibu bapaShamsidah Abd Rahman (ibu)
Mohd Razali Mura (bapa)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Seventeen Eleven Music (2016–2020)
Nabila Razali Entertainment (2020–kini)
Pengkarya berkait
The Lomas, Priscilla Abby, Keisya Levronka

Kehidupan awal

Nabila dilahirkan pada 13 November 1992 di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Selayang. Anak kepada pasangan Shamsidah Abd Rahman dan Mohd Razali Mura, beliau merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang. Beliau seterusnya menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Nabila juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.

Kerjaya

Nabila memulakan kerjaya sebagai penyanyi melalui rancangan Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013), sebaris dengan penyanyi seperti Faizul Sany, Hael Husaini, Amira Othman dan Indah Ruhaila. Selepas 10 minggu beraksi di konsert AF2013, beliau berjaya memenangi tempat kelima. Berikut persembahan beliau di AF2013:

  1. Minggu 1: "Gemilang" nyanyian asal Ella
  2. Minggu 2: "Setia Ku Di Sini" nyanyian asal Ziana Zain
  3. Minggu 3: "Berlari" nyanyian asal Tomok
  4. Minggu 4: "Aku Yang Tersakiti" nyanyian asal Judika
  5. Minggu 5: "Wajah Rahsia Hati" nyanyian asal Ogy Ahmad Daud
  6. Minggu 6: "Lovefool" nyanyian asal The Cardigans
  7. Minggu 7: "Keliru" (duet bersama Alif Satar) nyanyian asal Ajai & Nurul
  8. Minggu 8: "Gelombang" nyanyian asal Salamiah Hassan
  9. Minggu 9: "Tentang Rasa" nyanyian asal Astrid dan "Permata Biru" nyanyian asal Ella
  10. Minggu 10: "Seandainya Masih Ada Cinta" nyanyian asal Dayang Nurfaizah dan "Katakan Saja" (lagu baharu) nyanyian sendiri
Nabila Razali: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi 
Nabila ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 26 Ogos 2014.

Menurut beliau dalam temuramah: "Saya suka menyanyi sejak kecil. Di universiti, saya dan rakan-rakan pernah menjadi pemuzik jalanan". Lagu single pertama beliau iaitu "Katakan Saja" mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar. Namun, Nabila mula memperlahankan aktiviti seni beliau kerana masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan. Pada tahun 2015, beliau menggangotai kumpulan The Lomas yang turut disertai oleh Aisyah Aziz, Amira Othman dan Indah Ruhaila. Kumpulan ini telah melancarkan dua single setakat ini, "Bila Larut Malam" dan "Rindu". Selepas menamatkan pengajian, beliau kembali menumpukan ke bidang seni semula apabila mengeluarkan single "Cemburu" yang juga mendapat sambutan hangat dari peminat pada tahun 2016.

Nabila juga menjinakkan diri dalam bidang lakonan melalui dua telefilem iaitu Bibik Aku Nak Berak (2013) dan Ustaz Baru Nak Start (2016). Pada tahun 2017, Nabila mengembangkan sayapnya melalui drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati lakonan bersama Alif Satar. Menggalas watak utama Wafeen Wardah, lakonannya mendapat reaksi positif dari peminat. Pada November 2017, Nabila telah mengeluarkan single terbaru berjudul "Pematah Hati" dan menjadi kejayaan komersial. Muzik videonya diarahkan oleh The Storytellrs dan menampilkan Aedy Ashraf, Yaya Zahir dan Adriana Adnan.

Pada tahun 2018, beliau bersama selebriti YouTube kelahiran Sarawak, Priscilla Abby menyanyikan lagu tema filem biopik 2018, Lee Chong Wei: Rise of the Legend yang bertajuk "Cahaya Juara". Rakaman lagu ini dijalankan pada 13 Februari 2018 di Kuala Lumpur, Malaysia dan Bangkok, Thailand.

Pada Januari 2019, Nabila melancarkan single terbarunya, "Vroom Vroom" dengan muzik videonya menampilkan pelakon Fendy Bakry. Ia menerima lebih sejuta tontonan selepas empat hari dilancarkan dan turut menduduki tangga kedua sohor kini Malaysia dengan 38,000 tanda suka.

Pada tahun 2020, Nabila muncul dengan single terbaharu "Peluang Kedua" dengan menampilkan MK dari kumpulan K-Clique. Video muzik yang dimuatnaik ke YouTube ini meraih satu juta tontonan dalam sehari, yang dianggap berjaya kerana menampilkan alunan rap MK dalam video itu.

Pada November 2020, Nabila mengumumkan telah menarik diri daripada Separuh Akhir Muzik Muzik 35 berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya. Bagaimanapun, lagu "Peluang Kedua" nyanyiannya dipersembahkan oleh Hael Husaini di SFMM35. Dan pada Disember 2020, Hael mengumumkan di Twitter bahawa Nabila bakal beraksi di Anugerah Juara Lagu ke-35 pada 7 Februari 2021.

Beliau berlakon bersama Aiman Hakim Ridza dalam drama rantaian Biar Mereka Cemburu yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 1 Disember 2020. Beliau memegang watak utama sebagai Nadia.

Beliau juga telah dilantik sebagai duta jenama kecantikan Siti Nurhaliza, Beautessence dan duta produk minuman BeFine. Single terbaharu beliau, "Putus" dikeluarkan pada November 2021.

Beliau turut berkecimpung dalam bidang penulisan apabila melancarkan novel Kerana Cinta Itu Ada. Dilancarkan pada 16 Mac 2022, ia merupakan karya pertamanya bersama penulis novel, Sopphilea.

Kehidupan peribadi

Nabila ialah seorang pencinta alam sekitar dan aktif mengitar semula barangan terpakai.

Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta, Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023, selepas 3 bulan bertunang.

Diskografi

Single
Tahun Tajuk Catatan
2013
"Katakan Saja"
2016
"Cemburu"
Lagu runut drama Arluna
2017 Lagu Tema drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati
2018 Duet bersama Priscilla Abby
OST Lee Chong Wei: Rise of the Legend
2019
2020 Lagu Tema drama Seindah Tujuh Warna Pelangi
2021
"Putus"
2022
"Tak Ingin Usai"
Duet bersama Keisya Levronka
"Aku Terluka"
2023
"Selagi Ku Ada"
Duet bersama Khai Bahar

Lagu runut drama Kerana Cinta Itu Ada

"Tulus"
Duet bersama Adi Priyo
"Cerita Kita"
Duet bersama Insomniacks

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Keluarga Iskandar The Movie Linda Filem pertama, pelakon undangan
2023 Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong Pah

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Hikayat Cinta Si Pematah Hati Wafeen Wardah Astro Ria Drama pertama
2018 Cintaku di Bumi Izmir Fara Unifi TV
Matahari Cerah Lagi Suha TV Okey
Sunsilk #SISCUBA Mawar TV3 Drama pendek
Cik Reen & Encik Ngok Ngek Siti Astro Ria
2019 Pesan Pada Hati Zulaika TV3
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Aira Tihani
Kebaya Kasut Kanvas Suria Juliana
Biar Mereka Cemburu Nadia Astro Ria
2021 Keluarga Epik Syamira TV3
SMK (Musim 3) Cikgu Izara Astro Ceria Pelakon undangan
2022 Mem & Bibik Bibik Bibik Dr. Adzira TV3
Wan Senja Liya
Lockdown 2 Shasha Astro Ria
Kerana Cinta Itu Ada Nabila Aulia TV3
2023 Luruhnya Bunga Cinta Mysara
2024 Luruhnya Bunga Cinta 2

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Bibik Aku Nak Kahwin Sofea Astro Ria
2016 Ustaz Baru Nak Start Nabila
2018 Pengantin Lari Culik Artis Fammy Astro Citra
2019 Lelaki Kelas Sebelah Nona TV3
Nana Dan Jam Atok Cikgu Liza
Cik Reen & Encik Ngok Ngek Raya Siti Astro Ria
2020 Cik Petir Putrajaya Sapeah TV3
2022 Hantu Karaoke Cumi
2023 Rombongan Cik Kiah Ke AJL Mira tonton

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Akademi Fantasia (musim 10) Peserta Astro Ria
2016 Hot TV Artis Pilihan TV9 Akustik Hot
2017 Wanita Hari Ini Tetamu Jemputan TV3
Bismillah Ad-Dhuha Astro Oasis & Astro Maya HD
2018 Ketuk-Ketuk Ramadan TV1
2019 Senang Terhibur Artis Jemputan TV3
O KIDS Pengacara Astro Ceria
2022 Lazada: Super Party TV3
Ronda-Ronda Ramadan Artis Jemputan TV2
Pandai Masak Ke Tu? TV9
Jenaka Kampung Kalut (Musim 6) Natasha TV3 Episod: "Wali"
Dapur Panas Artis Jemputan
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta (Teratai) Astro Warna

Iklan

Tahun Iklan Catatan
2018 Nivea: Langkah Berkeyakinan
2021 Wonder Dewi Catz Series
2022 Lazada Raya: Bertambah-tambah di Hati Bersama Syafiq Kyle & Nora Danish
KFC Raya: Makanan Rasmi Balik Kampung
Raya Keluarga Malaysia Bersama Jalil Hamid, Wan Maimunah, Hasnul Rahmat sebagai Uda

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) Pesan Pada Hati Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Nabila Razali Kehidupan awalNabila Razali KerjayaNabila Razali Kehidupan peribadiNabila Razali DiskografiNabila Razali FilemografiNabila Razali Anugerah dan pencalonanNabila Razali RujukanNabila Razali Pautan luarNabila RazaliAkademi Fantasia (musim 10)Hikayat Cinta Si Pematah HatiPematah HatiPesan Pada HatiSeindah Tujuh Warna Pelangi (drama)Tulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Gunung JeraiFarajBruneiMusa HitamNabi Lut a.s.Grup Gerak KhasSyamim FaridFarali KhanIsraelMamat KhalidAbdullah HussainKamal AshaariSosialismeRozita Che WanMohamad Fuzi HarunLemangMajapahitShah RezzaRujukan kehormatHarvey NormanRukun NegaraPasukan Khas LautSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiChinta Wrong DirectionProton ExoraMenteri Kesihatan MalaysiaPuasa (Islam)Erma FatimaBaba dan NyonyaKhunsa (siri TV)Bahasa Melayu MalaysiaAbdullah bin Ahmad BadawiMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahCarles PuigdemontGanjaPerkahwinan menurut IslamMandi wajibAliff Syukri KamarzamanSlot AkasiaNabi Yusuf a.s.Bak kut tehIdahMohammed Hanif OmarOrang JawaAmerika SyarikatSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahOrang Asli di MalaysiaTulisan JawiLuruhnya Bunga CintaShaheizy SamPiala Asia B-23 AFC 2024Senarai pelakon lelaki MalaysiaMasjid Sri SendayanRamli M. S.Proton TiaraPenjodoh bilangan bahasa MelayuSekolah Kluster KecemerlanganSenarai saluran AstroFaizal HusseinFacebookAman ShahIsmail OmarKuala Krau (kawasan persekutuan)Nabila RazaliSejarah MelakaQarinRevolusi KeagunganHarimauMuaz ZabirAzhar SulaimanDubaiSalahuddin al-AyyubiQueen of TearsPerkara yang dilarang dalam IhramTaufik HidayatBangunan Sultan Abdul SamadHarris AlifMenteri Besar Selangor🡆 More