Didi Astillah

Dayang Nazilah Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Didi Astillah (Jawi: ديدي اثتللاح; lahir 28 Ogos 1996) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Didi Astillah
Kelahiran
Dayang Nazilah binti Awang Astillah

(1996-08-28) 28 Ogos 1996 (umur 27)
Nama lainDidi Astillah
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara, penari
Tahun aktif1999–kini
Anak-anak2
SaudaraBella Astillah (kakak)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Adik - Adik Mutiara, The BeeSings, Miracle 5, Puteri

Didi bukanlah pendatang baru yang baru berkecimpung dalam dunia seni tetapi sudah memulakan kerjaya seninya seawal usia 3 tahun dan menghabiskan usia remajanya aktif dalam bidang nyanyian. Semakin dikenali ketika menyertai Idola Kecil Musim 1, selepas menyertai idola kecil musim pertama beliau menyertai program Kamilah Bintang di Astro Ceria Didi kini merupakan artis rakaman di bawah naungan Warner Music Malaysia.

Kerjaya

Nyanyian

Bakat seni Didi mula dicungkil ketika berusia 3 tahun apabila Didi bergabung dengan kakaknya, Bella Astillah merakam album kanak-kanak dengan menyanyikan koleksi lagu kanak-kanak seperti Bangau Oh bangau, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam dan sebagainya. Melalui album kanak-kanak ini, Didi dan kakaknya dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara. Bermula dari situ, bakat Didi mula berkembang dan berjaya menghasilkan 10 album.

Didi juga pernah merakamkan album nasyid yang berjudul Jom Beribadat terbitan FMC bersama kumpulan nasyid remaja yang digelarkan Puteri..

Percaya dan yakin dengan bakat yang ada pada dirinya, Didi menyertai rancangan realiti Idola Kecil musim pertama di TV9 pada tahun 2008 dan berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir. Tidak berhenti disitu, pada tahun 2010 Didi menyertai program pencarian bakat Kamilah Bintang musim pertama terbitan Astro Ceria dan berjaya muncul juara pada minggu ketiga.

Atas kecintaannya pada dunia nyanyian, Didi tidak jemu bereksperimentasi dan pernah berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi remaja seusianya, antaranya Didi pernah menganggotai kumpulan pop remaja yang dikenali sebagai Miracle 5 dan kumpulan vokal remaja, The BeeSings. Didi menganggotai Miracle 5 bersama 4 lagi remaja perempuan yang boleh menyanyi dan menari dan mereka telah menyanyikan semula lagu popular Adzrin Adzhar yang bertajuk Pujaan Malaya. Didi menganggotai The BeeSings bersama dengan Fimie Don, Azzam Sham, Haqiem Rusli dan Aida Ross. Kumpulan The BeeSings sempat mengeluarkan dua single yang bertajuk Pentas Dunia dan Luar Biasa dan mendapat sambutan menggalakkan dari peminat-peminat cilik dan remaja tanahair..

Menyedari bakat Didi serta pakej menyeluruh yang boleh ditawarkan oleh Didi, Warner Music Malaysia telah melamar Didi sebagai artis rakamannya pada tahun 2014 dan sekaligus menjadikan Didi buat pertama kalinya, bergerak secara solo dalam dunia seni. Bersama Warner Music Malaysia, Didi muncul dengan album solo pertamanya berjudul Didi Astillah yang menampilkan konsep muzik pop dance. Dalam usaha membawa imej baru sesuai dengan usia Didi yang menginjak dewasa, Didi memastikan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut agar tampil segar dan lebih matang berbanding dengan lagu-lagu yang pernah dirakamnya ketika kecil/remaja..

Didi kini tampil dengan single pertama berjudul Fikirkan Kamu ciptaan Posan Tobing, seorang komposer daripada Indonesia yang pernah menerbitkan lagu popular Sayang nyanyaian Shae..

Pada 28 April 2017, Didi telah mengeluarkan album extended play yang berjudul Satu Bintang. Tajuk album ini juga merupakan salah satu single dalam album tersebut yang mempunyai lima buah lagu. Album EP tersebut diterbitkan di bawah Insictech Musicland Sdn Bhd dan pada 17 Ogos 2018, beliau mengeluarkan satu lagi album EP yang diberi nama Permaisuri. Album ini juga diterbitkan dibawah syarikat label yang sama dan mempunyai 5 buah lagu serta Permaisuri juga merupakan salah satu judul single dalam album ini.

Lakonan

Sebagai seorang anak seni yang dikurniakan pelbagai bakat, Didi juga aktif mengasah bakatnya dalam bidang lakonan yang mana Didi pernah muncul sebagai pelakon cilik/remaja dalam produksi-produksi tempatan.

Didi akan muncul dalam drama Jamu Nesan, arahan penerbit Datuk Rafiena dan akan membawa watak sebagai ketua mafia bernama Madam Zoora.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Skrip 7707 Ros Kecil Filem pertama
2010 Damping Malam Hasni
2024 Nasi Lemak Kimchi Atiqah

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Afi Dan Abah Fifi Astro Ceria Drama pertama
2010 Selamat Pagi Putera Puteri TV2
Gempur Sindiket Interlet
Tok Teh
Dilema Wanita
Nak Pulang Tak Pulang TV1
2010 Idola Kecil Balik Kampung TV9
2013 Bunga Merah Punya
Kelas Sebelah TV2
2019 Sweet Dreams Melissa Astro Ria
2020 Manis Agnes Jam 5 Mia TV Okey
2021 Malaysian Ghost Stories Marissa Astro Ria Episod: “Ulek Mayang”
Perisik Cinta Tak Diundang Inluencer TV3
2022 Impian Lara Bainun Awesome TV
Sembang Jarak Jauh Nadia TV1
Jamu Nesan Madam Zoora Unifi TV Menggantikan Zizi Kirana
Keluarga Pasar Afina TV Okey
Kinabalu Aku Rindu Fazira
2023 Ku Akad Kau Dengan Bismillah Aqilah TV3
Kami Budak Band Nina
Jaga Aku Selamanya Mia Penampilan khas
Misteri Flat Kirana Pontianak
Scammer Geng Marhaban Shira Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
Misi Aleesya Natasha TV2 Telefilem pertama
Esok Hari Raya TV1
Sketsa Raya TV3
Hasanah TV2
Cinderella Story TV9
Idola Kecil the Muzikal
2008 Potret Aidilfitri TV3
2014 Kemelut Rindu TV2
2018 Kahwin-Kahwin Astro Citra
Kembarku Robot Cikgu Halijah Astro Ceria
2020 Baju Jersi Amar Laura Sweet TV1
Apa Punya Menantu Ilya Unifi TV
2021 Kabut Semalam Angah TV AlHijrah
2023 Pinjamkan Aku Pelangi Munirah (dewasa) TV1
2024 Hello My Netizen TV2

Diskografi

Album

EP

Tahun Album Senarai runut Butiran album Catatan
2014
Didi Astillah
  • Pujaan Hatiku
  • La La La Aku Jatuh Cinta
  • Fikirkan Kamu
  • BFF Ku
  • Stop Mencintaiku
  • I Love You So
2017
Satu Bintang
  • Satu Bintang
  • Cintaku Seadanya
  • Klepek Klepek
  • Pacar Yang Hilang
  • Hujan Ingatkanmu
2018
Permaisuri
  • ‎Permaisuri
  • Kerana Cinta
  • SMS
  • Tuhan Jagakan Dia
  • Dengarlah Bintang Hatiku

Single

Sebagai artis utama

Tahun Tajuk Album Nota
2012 Pentas Dunia
The BeeSings
kumpulan The BeeSings
Luar Biasa
Pujaan Malaya (REMIX) Tiada album single kumpulan Miracle 5, menyanyikan semula lagu asal Adzrin Adzhar versi remix
2014 Fikirkan Kamu
Pujaan Hatiku
Didi Astillah
La La La Aku Jatuh Cinta
Fikirkan Kamu
BFF Ku
Stop Mencintaiku
I Love You So
2017 Satu Bintang Satu Bintang
Cintaku Seadanya
Klepek Klepek
Pacar Yang Hilang cover lagu kumpulan Biru Band
2018 Hujan Ingatkanmu
‎Permaisuri Permaisuri
Kerana Cinta
SMS
Tuhan Jagakan Dia
Dengarlah Bintang Hatiku
Teka Teki Tiada album single menampilkan Luna Tasha
2019 Bersama Di Hari Raya bersama Bella Astillah

Sebagai artis yang ditampilkan

Tahun Tajuk Album Nota
2016 Percaya

(Nawhki menampilkan Didi Astillah)

Tiada album single
Hari Baru

(Eddie G & Didi Astillah)

Kemunculan lain

Tahun Tajuk Album Nota
2012 Hero Bola Tiada album single bersama Haqiem Rusli, OST drama Hero Bola
2013 Embun Pagi bersama Izzue Islam, OST drama Bunga Merah Punya
2016 Kaamatan (Urang Kita) bersama Azmil Karim, Faizul Sany, Mell Sakura, Shalyn Zeita & Sean Vitales, projek khas bagi meraikan pesta Kaamatan.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Didi Astillah KerjayaDidi Astillah FilemografiDidi Astillah DiskografiDidi Astillah RujukanDidi Astillah Pautan luarDidi AstillahTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bahagian di SarawakJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaMarissa YasminWings (kumpulan muzik Malaysia)Frekuensi radio di SelangorSunan KalijagaSikorsky S-61A-4 NuriKata ganti diriOperasi LalangSyafiq KyleBahasa Melayu MalaysiaPegawai WaranRisteena MunimCongkakHaqiem RusliA FamosaShiqin KamalParti Rakyat India MalaysiaBaju tradisional MelayuKhulafa al-RasyidinPeristiwa 13 MeiPerang BadarBig StageSultan Sharafuddin Idris ShahPuyuLaksamana ArmadaPerodua AxiaTentera Laut Diraja MalaysiaEmelda RosmilaYang di-Pertua Negeri SabahRaja Zarith SofiahSenarai parti politik MalaysiaPertubuhan Keselamatan SosialMarsyal TUDMLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaBank Negara MalaysiaLabuanMira FilzahLencana pangkat TLDMPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Mohamed Khaled NordinTulisan JawiPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaSusukPerang Dunia KeduaNorman HakimGajusSejarah MelakaHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMStadium Nasional Bukit JalilAbang Long FadilSudirman (penyanyi)Daerah di SabahNasi kerabuSaleemAstro MalaysiaAmy SearchTunku Abu BakarSuntikanSherry AlhadadSultan SelangorTanam paksaHukuman mati di MalaysiaJabatan Imigresen MalaysiaMenteri Kesihatan MalaysiaAkut (perubatan)KuantanKata kerjaPerikatan NasionalMalaysiaPitt HanifHannah DelishaAmelia HendersonNombor telefon di MalaysiaKucingAlhamdulillahJam 12 jam🡆 More