Sultan Selangor: Raja pemerintah Selangor

Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya merupakan gelaran raja berperlembagaan di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Sultan Selangor merupakan ketua agama Islam di negeri baginda. Baginda juga merupakan Kapten Yang di-Pertuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Sultan Dan Yang di-Pertuan Bagi
Negeri Selangor Darul Ehsan Serta
Segala Daerah Takluknya
Wilayah/Negeri
Sultan Selangor: Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi Selatan, Senarai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Lihat juga
Penjawat kini
Sultan Selangor: Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi Selatan, Senarai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Lihat juga
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni
Almarhum Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah Al-Haj

sejak 22 November 2001
kemahkotaan 8 Mac 2003
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaTengku Amir Shah
Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj

Raja Muda Selangor

Pewaris Takhta Pertama Kesultanan Selangor Darul Ehsan
Raja pertamaSultan Salahuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak


Sultan Selangor
Wangsa
Diraja Bugis Luwu

Opu Daeng Chelak
Pembentukan1743; 281 tahun yang lalu (1743)
PersemayamanIstana Alam Shah, Klang
Laman sesawangwww.selangor.gov.my/index.php/pages/view/125
Sultan Selangor: Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi Selatan, Senarai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Lihat juga
Istana Sultan Selangor di Klang
Sultan Selangor: Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi Selatan, Senarai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Lihat juga
Panji peribadi Sultan Selangor

Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi Selatan

Sultan Selangor yang pertama (Raja Lumu) adalah dari keturunan Melayu Bugis, yang mengaku keturunan dari penguasa Luwu di bahagian selatan Sulawesi. Bangsawan dari keturunan ini terlibat dalam perselisihan Kesultanan Johor-Riau pada awal abad ke-18, akhirnya meletakkan sokongan penuh mereka kepada Sultan Abdul Jalil dari wangsa Bendahara terhadap penuntut yang mengaku waris dari keturunan Malaka-Johor, iaitu Raja Kecil. Untuk alasan ini, para penguasa Bendahara Johor-Riau menjalin hubungan erat dengan para bangsawan Bugis, memberikan mereka gelaran dan kawalan ke atas banyak daerah di dalam kerajaan, termasuk Selangor. Putera Daeng Chelak, Raja Lumu tiba di Selangor dan menubuhkan kerajaan baru di Kuala Selangor di tahun 1766. Ia dinobatkan oleh Sultan Perak sebagai Sultan Salehuddin Shah, dan menjadi Sultan pertama dari Selangor.

Senarai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Berikut merupakan senarai sultan Selangor dari permulaan Kesultanan Selangor sehingga kini :

Sultan Selangor: Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi Selatan, Senarai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Lihat juga 
Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
Sultan Selangor: Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi Selatan, Senarai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Lihat juga 
Tengkolok Sultan Selangor
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Selangor
Bilangan Yang di-Pertuan Besar Selangor Pemerintahan
1 Yamtuan Besar Selangor I Raja Lumu ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak 1743 - 1766
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Bilangan Sultan Selangor Pemerintahan
1 Sultan Salahuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak

Dikenali sebagai Yamtuan Besar Selangor I Raja Lumu

1766 - 1782
2 Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah 1782 - 1826
3 Sultan Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah 1826 - 1857
4 Sultan Sir Abdul Samad Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Selangor Raja Abdullah 1857 - 1898
5 Sultan Sri Alauddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Selangor Raja Haji Musa 1898 - 1938
6 Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Suleiman Shah 1938 - 1942 (kemahkotaan pertama)
1945 - 1960 (kemahkotaan kedua)
7 Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah 1942 - 1945
8 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj 1960 - 2001
9 Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj 2001 - kini

Lihat juga

Rujukan

  • J.M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9679948102.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki

Tags:

Sultan Selangor Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi SelatanSultan Selangor Senarai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Lihat jugaSultan Selangor RujukanSultan Selangor Nota kakiSultan SelangorMalaysiaSelangorTentera Laut Diraja Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bahasa Melayu BruneiWadi AnnuarWak DoyokWan MaimunahPulau RedangQistina RaisahAgama BuddhaBaju tradisional MelayuMunafikA FamosaBiokepelbagaianTulisan JawiErma FatimaParti Islam Se-MalaysiaPetaling JayaAmir AhnafPiala Asia B-23 AFC 2024Muhammad al-FatihIsrak dan MikrajPerkhidmatan awam di MalaysiaDe FamZiana ZainCik ManggisKes liwat Anwar Ibrahim IAstro MalaysiaRukun NegaraIsmail Sabri YaakobJenis darahP. RamleeFrekuensi radio di Negeri SembilanJangkitanNombor telefon di MalaysiaKuala Kubu BharuDaerah LangkawiProton Saga (generasi kedua)Nabi Nuh a.s.Iman TroyeHinduismeHari DeepavaliSherry AlhadadNasi kerabuKaloiSophia AlbarakbahSarafHantu Kak Limah Balik RumahUniversiti Utara MalaysiaPerodua KancilSlot CempakaMuhammad bin Idris al-SyafiiElizabeth TanFasha SandhaRejimen Renjer DirajaPiagam MadinahSiti HariesaOrang India MalaysiaJudiTakwim HijrahArab SaudiYandexMalang Si PuteriDaerah di MalaysiaJam 24 jamBola tamparPeristiwa Bukit KepongKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahKesultanan Johor-RiauPuteri KhareezaSim Chee KeongIsteri-isteri Nabi MuhammadSenarai model kereta ProtonIslamNegara PalestinBumiputera di SabahMenteri Besar SelangorNasi lemakNabi Lut a.s.Sawi🡆 More