Nasi lemak (Jawi: ناسي لمقcode: ms is deprecated ) merupakan makanan tradisi orang Melayu yang terdapat di semua bahagian Malaysia, Singapura dan Brunei.
Sajian ini merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala, daun pandan wangi dimasukkan semasa nasi dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak | |
---|---|
Jenis | Hidangan nasi |
Jenis sajian | Hidangan utama, lazimnya untuk sarapan |
Tempat asal | Semenanjung Malaysia |
Masakan berkaitan | Malaysia |
Suhu penghidangan | Suhu bilik atau suhu panas |
Bahan utama | Beras dimasak dalam santan dengan daun Pandan dan dihidangkan dengan pes ikan bilis cili tradisional, timun, dan pelbagai hidangan sampingan |
Bahan yang biasa digunakan | Beras, Pandan wangi, daun serai, santan, telur ayam, Bilis, kacang tanah, bawang merah, bawang putih, Cili |
sunting · sunting di Wikidata |
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur rebus, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Tetapi, kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).
Bahan-bahan untuk membuat Nasi Lemak juga mudah didapati. Sebagai contoh daun pandan, halia, serai dan halba boleh dibeli daripada kedai runcit atau pasar awam. Ikan bilis dan telur boleh dibeli di pasar raya.
Richard Olof Winstedt telah menulis mengenai hidangan ini seperti yang ada di Tanah Melayu pada tahun 1909 dalam bukunya The Circumstances of Malay Life (Keadaan Kehidupan Melayu).
Nasi lemak used to be hidangan yang mudah dan ringkas. Hidangannya lengkap berasaskan nasi yang berlemak santan kelapa ditambah rasa pedas sambal, kerangupan ikan bilis, kepejalan telur rebus dan ditawarkan pedasnya dengan timun. Namun begitu, nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan/bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh sebab nasi lemak mempunyai jumlah kalori/tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan harian untuk santapan mereka selepas membanting keringat.
Masyarakat India lebih gemar memakan nasi lemak bersama pelbagai jenis kari baik dari ayam, ikan atau daging kambing; masyarakat Cina pula lebih menggemari nasi ini bersama lauk rendang dan sosej berasaskan daging babi.
Sambal dihidangkan di SIngapura cenderung mempunyai rasa lebih manis dan kurang pedas agar dapat lebih dirasakan lemak santan nasi. Nasi lemak Singapura juga ada diwarnakan hijau daripada daun pandan. Masyarakat Cina Singapura khususnya mempunyai pelbagai lauk khusus digandingkan termasuk sosej, kek ikan, kari sayur dan daging luncheon.
Masyarakat kepulauan Riau menghidangkan nasi lemak serupa dengan lauk-pauk berasaskan makanan laut selain ikan bilis termasuk ikan selar kuning, sotong/cumi-cumi dan udang sepertimana yang ada di seberang selat. Sambal ikan tamban merupakan lauk khusus didapati di bersama nasi lemak Riau, begitu juga dengan bawang goreng. Di kota Pekanbaru pula, ikan-ikan jenis air tawar seperti ikan selais dan ikan patin menjadi lauk pilihan digandingkan, sama ada dimasak lada hijau Minang atau di-perkedel-kan.
Nasi lemak dihidangkan di kota Medan boleh didapati di "rumah-rumah makan" khusus digandingkan dengan lauk rendang atau balado serta kepingan telur dadar, kripik kentang balado, tempe orek dan emping belinjo. Ia juga sering dijual bersama Lontong Medan. Nasi ini sering bertindih nama dengan nasi gurih yang hampir sama cara pembuatannya terdapat di Aceh.
Hidangan nasi lemak di luar kawasan-kawasan asal Indonesia seperti Riau dan Sumatera dipopularkan dalam negara tersebut melalui para pekerja dan mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.
Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan.
Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.
Pada 2011, timbul cadangan agar nasi lemak dihadkan jualannya pada dua kali seminggu. Cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Langkah ini diambil sebagai satu usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat pada kalangan rakyat, terutama kanak-kanak.
Pada 22 Mac 2016, nasi lemak telah dipilih oleh majalah terkenal iaitu majalah TIME yang menulis mengenai nasi lemak dan diiktiraf sebagai 10 hidangan sarapan antarabangsa paling sihat di dunia. Menurut majalah itu, walaupun nasi lemak sering dilabel sebagai makanan berlemak ia mengandungi pelbagai pemakanan yang paling diperlukan tubuh.[perlu rujukan]
“Memang ia mengandungi kandungan lemak lebih daripada apa yang kita perlukan (kurangkan pengambilan nasi) tetapi makanan ini adalah sarapan yang seimbang kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi termasuk manganese, protein dan karbohidrat."
“Kandungan cili dalam sambal (nasi lemak) boleh membantu meningkatkan metabolisme,” majalah TIME memetik sumber itu sebagai berkata.[perlu rujukan]
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Nasi lemak |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Nasi lemak, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.