Puteri Khareeza

Puteri Aszfaryna Khareeza Arif (lahir 17 April 1998) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.

Dilahirkan di Kuala Lumpur, beliau meraih kejayaan selepas dinobatkan sebagai naib juara Idola Kecil musim ketiga pada 2010, dan melancarkan single solo pertamanya, "Duka Sebalik Tawa" pada 2022 sebagai runut bunyi drama Melur Untuk Firdaus. Sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi drama lakonannya seperti Kapten Boleh (2009), Mimpi Sabrina (2019), Alergi Mamat Romantik (2020), Hari Kita Jatuh Cinta (2021) dan Air Mata Allisya (2022).

Puteri Khareeza
Kelahiran
Puteri Aszfaryna Khareeza binti Arif

(1998-04-17) 17 April 1998 (umur 26)
PendidikanIjazah Jurusan Undang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif
  • 2008–2011
  • 2019–kini
PasanganMohd Shukor Kamaruddin (k. 2024)

Kerjaya

Puteri Khareeza mula menunjukkan minatnya terhadap bidang muzik pada usia 7 tahun dan pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Bintang Kecil anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2008. Beliau melancarkan single solo pertamanya, "Duka Sebalik Tawa" pada Jun 2022 dan menjadi rakaman rasmi pertamanya sejak mula bergiat aktif dalam industri muzik. Lagu ini dipilih sebagai runut bunyi untuk drama Melur Untuk Firdaus lakonan Meerqeen dan Anna Jobling. Selain itu, beliau turut bergiat aktif bersama kumpulan Venus yang mana beliau merupakan vokalisnya. Kumpulan ini terkenal menerusi lagu "Sakitnya Hati" dan "Maafkan Aku".

Idola Kecil 3 (2010)

Puteri Khareeza ialah salah seorang daripada 10 peserta Idola Kecil musim ketiga yang turut disertai oleh Harris Alif, Hadi Mazlan dan Elica Paujin. Beliau dinobatkan sebagai naib juara di belakang Harris yang merangkul gelaran juara. Berikut ialah senarai persembahan beliau di Idola Kecil 3:

Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan
Minggu 1 Bebas "Tak Mungkin Kerna Sayang" Alyah TERSELAMAT
Minggu 2 Pop & Balada "Sejujur Hatimu" Adibah Noor TERSELAMAT
Minggu 3 Duet "Matahariku" (duet bersama Angel) Agnez Mo TERSELAMAT
Minggu 4 Indie Rock "Ekstravaganza" Bunkface TERSELAMAT
Minggu 5 Tribute Dato' Siti Nurhaliza "Dialah Di Hati" Dato' Siti Nurhaliza TERSELAMAT
Minggu Separuh Akhir Road to Final "Tic Tac Toe" Ezlynn TERSELAMAT
Minggu Akhir Grand Finale "Kata Mama" Dirinya sendiri NAIB JUARA
"Mencari Konklusi" Hujan

Lagu Cinta Kita 3 (2021)

Pada tahun 2021, Puteri Khareeza digandingkan bersama Pasya Fauzi sebagai pasangan duetnya dalam Lagu Cinta Kita musim ketiga. Mereka dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM20,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau bersama Pasya dalam Lagu Cinta Kita 3:

Konsert Lagu Penyanyi asal Kedudukan
Minggu 1 TIADA
Minggu 2 "Dealova" Once Mekel TERSELAMAT
Minggu 3 "Melompat Lebih Tinggi" Sheila on 7 TERSELAMAT
Minggu 4 "Sumpah" Aina Abdul TERSELAMAT
Minggu 5 "Dirgahayu" Siti Nurhaliza & Faizal Tahir TERSELAMAT
Minggu 6 "Kembali Merindu" Slam TERSELAMAT
Separuh Akhir "Relakan Jiwa" Hazama Azmi TERSELAMAT
Akhir Pusingan 1: "Kejoraku Bersatu"
Pusingan 2: "Cinta Sejati Aku"
Search
Diri mereka sendiri
TEMPAT KETIGA

Big Stage 5 (2023)

Pada tahun 2023, Puteri Khareeza terpilih sebagai salah seorang daripada 13 peserta Big Stage musim kelima. Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan
Minggu 1 Menifesto "Duka Sebalik Tawa" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Flex Your Beat "Ayang" Nabila Maharani TERSELAMAT
Minggu 3 Asmaraloka "Satu" Dewa 19 TERSELAMAT
Minggu 4 Hari Jiwa Galau "Saat Hilang Cintamu" Siti Sarah TERSELAMAT
Minggu 5 High School Crush "Never Say Never" Justin Bieber ft. Jaden TERSELAMAT
Minggu 6 Wow-Wa What's Next "Sangkar Cinta" Ziana Zain TERSELAMAT
Minggu 7 Selebriti Memilih "Skyfall (dipilih oleh Ernie Zakri)" Adele TERSELAMAT
Minggu 8 (Suku Akhir) Juri Pulak Memilih "Dokter Cinta" Dewi Dewi TERSELAMAT
Minggu 9 (Separuh Akhir) BBNU Pun Nak Pilih Jugak "Bangun (duet bersama Sophia Liana)" Aman RA TERSELAMAT
Minggu 10 (Akhir) Ultimatum & Battle Mashup "Pelukan Angkasa" Sekumpulan Orang Gila ft. Shila Amzah TEMPAT KEENAM
"Toxic & Titanium" (battle Aufahanie) Britney Spears & David Guetta ft. Sia

Kehidupan peribadi

Puteri Khareeza dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada 3 beradik. Beliau ialah pemegang ijazah jurusan Undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Kapten Boleh Fatin Astro Ceria Drama pertama
2019 Anugerah Cinta Aisyah Salena TV Okey
Diari Ramadhan Rafique Reunion Zara TV3
Mimpi Sabrina Cat
2020 Alergi Mamat Romantik TV Okey Alergi Mamat Romantik Karya Ezza Maysara
2021 Hari Kita Jatuh Cinta Aishah Awesome TV Hari Kita Jatuh Cinta Karya Shera Zulghafar
2022 Air Mata Allisya Maria TV9 Adaptasi Novel Air Mata Allisya Karya Ain Zanowi
Cinta Hilang Kata Farah Astro Prima Diadaptasi Dari Novel Cinta Hilang Kata Karya Lily Haslina Nasir
2022–2023 Kerana Cinta Itu Ada Dahlia Rizwani TV3
2023 Kau? C.E.O Aku? Hanim TV1
4 Musim Cinta Erin TV Okey
Segenap Takdir Azlin TV3
Melastik Ke Hatimu 2 Syasya
Nak Dengar Cerita Hantu? Aira DEGUP
2024 Wanita Syurga Leanne TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Kampung Arena Panggang Faezah Astro Warna Telefilem pertama
2023 Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa Che Dah (20an) TV3
2024 Pelangi Yang Hilang Sara

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2010 Idola Kecil (musim 3) Peserta TV9
2022 Wanita Hari Ini Artis jemputan TV3
2023 Big Stage (musim 5) Peserta Astro Ria

Diskografi

Lagu

Tahun Tajuk Catatan
2022
"Duka Sebalik Tawa"
OST Melur Untuk Firdaus
2023
"Helah"
OST Haloba
"Murka Atau Cinta"
OST Anak Perjanjian Syaitan 2

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Puteri Khareeza KerjayaPuteri Khareeza Kehidupan peribadiPuteri Khareeza FilemografiPuteri Khareeza DiskografiPuteri Khareeza Anugerah dan pencalonanPuteri Khareeza RujukanPuteri Khareeza Pautan luarPuteri KhareezaAir Mata AllisyaAlergi Mamat RomantikHari Kita Jatuh CintaIdola KecilIdola Kecil (musim 3)Kuala LumpurMelur Untuk FirdausMimpi Sabrina

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaSistem pernafasanWanna AliSyerifPeribahasa MelayuSejarah MelakaPerodua KancilBendera MalaysiaPeristiwa 13 MeiKata adjektifCiri-ciri orang munafikSlot SakuraPolis EVOBade Hj. AzmiUmar bin Al-KhattabPakatan HarapanJean Retno AryaniPendidikan di MalaysiaTunku Abu BakarAsiaEyka FarhanaLencana pangkat TLDMUsia BumiMustapha KamalPontianak Harum Sundal MalamNasionalisme Melayu awalAsmidarAn-Nuayman bin AmrOktovia ManroseJangan Menangis Cinta (drama)Mohamad bin HasanSharifah HanimBumiPulau PangkorMs PuiyiLGBT dalam IslamPerkara yang dilarang dalam IhramSlot LestaryProton ExoraNegeri SembilanGajahNadia AqilahSepahtu Reunion LiveHentaiGunung RuangTalasemiaHang TuahKota KinabaluPahangHutan hujan AmazonMuhammad bin Idris al-SyafiiMahathir MohamadPuchong, SelangorGunung berapiNasionalismeAngeline TanAbdul Taib MahmudKalki 2898 ADPiagam MadinahPilihan raya umum Malaysia 2022Tanah Melayu BritishPronoIntan NajuwaBumiputeraPneumoniaBank Negara MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSusukSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiSandakanKhalid Mohamad JiwaPuteri BalqisUlar rusuk kerbauPerikatan NasionalChinaKerana Dia SukaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia🡆 More