Risteena Munim: Pelakon wanita Malaysia

Nur Risteena Munim Zainul Ilyas (Jawi: نر رثتنا مونيم بنت زينل اليس; lahir 19 November 1989) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau mula dikenali umum dalam bidang seni lakonan tanahair menerusi drama waktu perdana Playboy Itu Suami Aku yang disiarkan di Slot Akasia TV3 di mana beliau memegang peranan utama sebagai Afina Aulia.

Nur Risteena
Kelahiran
Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas

(1989-11-19) 19 November 1989 (umur 34)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, jurucakap produk
Tahun aktif2012–kini
PasanganIsa Khan (k. 2021)
Ibu bapa
  • Zainul Ilyas Zainul Abidin (bapa)
  • Che Bunga Salleh (ibu)
Saudara
  • Rahimah Sadrina (kakak)
  • Ruhainies Farehah (adik)
  • Riesha Sharmin (adik)
  • Nul Aiman (adik)

Kehidupan awal

Risteena dilahirkan pada Ahad, 19 November 1989 Masihi bersamaan 19 Rabitul Akhir 1410 Hijrah di Kepala Batas, Pulau Pinang dan beliau merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin dan Che Bunga Salleh. Adiknya, Ruhainies Farehah juga seorang pelakon yang mencipta nama menerusi drama Hello, Mr. Perfect! bersama Fattah Amin. Beliau lebih mesra dengan panggilan Ris dikalangan keluarganya. Risteena merupakan lulusan dalam bidang komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Lendu, Melaka.

Kerjaya

Bermula sebagai pelakon tambahan dan model sambilan pada usia belasan tahun. Risteena mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2012 apabila beliau memegang peranan tambahan dalam siri drama Friday I'm In Love, bersama-sama dengan pelakon utamanya—Qi Razali, Ryzal Jaafar, Aiman Hakim Ridza, Zoey Rahman, Bella Dally dan Nelydia Senrose.

Dalam tahun 2013, Risteena berlakon dalam empat drama dan dua telefilem. Beliau memegang watak pembantu dalam siri drama Karlos bersama-sama dengan pelakon utamanya, Johan As'ari dan Syazwan Zulkifli. Seterusnya beliau muncul dalam siri drama Menjinak Ombak dan bergandingan bersama Fattah Amin dalam siri drama Playboy Itu Suami Aku, beliau memegang watak utama sebagai Afina Aulia. Didalam drama itu beliau dikritik kerana lakonannya yang mengjengkelkan. Beliau turut berlakon dalam siri drama Diandra, bersama pelakon utamanya, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza. Antara telefilem lakonannya ialah Bukan Cinta Monyet dan Di Bawah Satu Langit.

Pada 2014, beliau berlakon dalam siri drama aksi, Plan B bersama-sama dengan Shukri Yahaya, Beto Kusyairy dan Mikail Andre. Selain itu, beliau turut melebarkan sayapnya ke layar lebar apabila beliau berlakon dalam filem pertamanya, Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin, bersama-sama dengan pelakon utamanya, Shaheizy Sam. Filem ini ditayangkan pada 28 Ogos 2014. Selepas tamatnya Plan B, Risteena berehat seketika daripada bidang lakonan kerana menyambung pelajarannya. Beliau seterusnya melakonkan watak aksi seorang pelacur dalam filem yang tidak diketahui tajuknya yang akan menjalani penggambarannya di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat. Pada 2015, Risteena bergandingan dengan pelakon Keith Foo menerusi filem, Girlfriend Kontrak arahan pengarah filem Australia, Virginia Kennedy, beliau memegang watak sebagai Alisa. Filem ini ditayangkan pada 24 September 2015 dan diterbitkan oleh Grand Brilliance.

Pada 2016, beliau berlakon dalam siri drama Cinta Teruna Kimchi bersama-sama dengan Johan As'ari, Niena Baharun dan Nazim Othman dan seterusnya muncul dalam filem Chowrasta arahan Profesor Datuk Abdul Razak Mohaideen. Seterusnya, Risteena memegang watak utama sebagai Ain dalam siri melodrama Demi Cinta Ain yang bersiaran di TV3, drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson dan Nazrief Nazri. Pada Julai, beliau muncul dalam filem keempat lakonannya, Anak Mami Nasi Kandaq arahan Prof Madya Abdul Razak Mohaideen, dengan memegang watak sebagai Fitri.

Bekerja di bawah arahan Ahmad Idham, Risteena memegang watak Dr. Azira, seorang pakar psikologi dalam filem komedi seram Hantu Wangan yang ditayangkan pada 22 Mac 2018, turut dibintangi oleh Achey Bocey dan Cat Farish.

Pada 19 April 2018, Risteena menerima Anugerah Ikon Usahawan Tahunan Kosmetik & Pakaian di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2018 anjuran Niaga Times. Beliau kemudian muncul dalam drama Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung bersama Hafidz Roshdi yang mana beliau memegang watak sebagai Aisyah.

Imej umum

Sejak kemunculannya dalam bidang seni, Risteena sering dilihat menghiasi drama dan telefilem di stesen televisyen, terutamanya di TV3. Bermula dengan telefilem Karlos, diikuti Playboy Itu Suami Aku, Menjinak Ombak, Pilihan Rozana dan, Dosa Kelmarin, beliau mula dilabel sebagai 'anak emas' di rangkaian televisyen popular itu. Menafikan akan perkara tersebut, beliau berkata, peluang itu adalah satu rezeki dan kepercayaan yang bermakna buat dirinya.

Di awal kerjayanya sebagai pelakon, Risteena pernah dikritik hebat gara-gara lakonannya menerusi Playboy Itu Suami Aku dikatakan agak kaku dan ‘kayu’.

Kehidupan peribadi

Risteena merupakan lulusan jurusan Komunikasi Massa dari UiTM. Namun, khabar angin mula timbul mengatakan beliau tidak pernah menghabiskan pengajian di UiTM dan mengaku dirinya memiliki segulung ijazah adalah palsu dan dusta semata-mata. Bagaimanapun, dalam temuramah dengan Harian Metro, Risteena menjelaskan bahawa beliau bukanlah berhenti atau diberhentikan, sebaliknya menangguhkan pengajiannya sementara mendapat banyak tawaran berlakon.

Risteena turut mengakui tidak mencemburui adiknya, Ruhainies yang lebih popular dan menganggap kejayaan adiknya membuatkan beliau lebih bekerja keras. Mengakui tidak pernah bercinta, Risteena berkata dalam temuramah bersama Harian Metro pada Februari 2014:

"Dari darjah satu sehinggalah tingkatan lima, saya belajar di sekolah perempuan. Hanya apabila masuk UiTM, barulah saya bercampur dengan lelaki. Saya memang tiada pengalaman bercinta".

Beliau bertunang dengan pelakon Isa Khan pada 23 November 2019. Beliau sebelum ini pernah bertunang dengan Ikhwan Khairuddin, namun pertunangan berakhir pada Ogos 2019. Beliau berkahwin dengan Isa pada 12 Mac 2021.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan Sumber
2013 KL Zombi Dirinya sendiri Penampilan khas
2014 Mamak Cupcake Hana
2015 Girlfriend Kontrak Alisa
Chowrasta Zahara
2016 Anak Mami Nasi Kandaq Fitri
2017 Pak Pong Rohayu Pelakon undangan
2018 Hantu Wangan Dr. Azira
Qhaliq Qhalisya
Blok 404 Misha
2022 Roh 100 Hari Maria
Seratus Penampilan khas

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Friday I'm In Love Dirinya sendiri TV9 Pelakon tambahan, peranan kecil
2013 Sahara Astro Prima
Karlos Ikin TV3 Pelakon pembantu, hanya episode 2, 7 episode 8(tidak dikreditkan).
Diandra Fida
Playboy Itu Suami Aku?! Afina Aulia Adaptasi novel Playboy Itu Suami Aku?! karya Suri Ryana.
Menjinak Ombak Sakinah
2014 Kifarah: Bisikan Qarin Nur Rahimah
Kifarah 2: Taksub Noni
PLAN B Iris
2015 Cermin Kasih Amira TV2
Alaa Bib.. Habibah TV3
Kifarah Mistik: Malar Hitam Maya
Lara
2016 Cinta Teruna Kimchi Suraya
Demi Cinta Ain Ain
Sein dan Luna Dahlia
2017 Gaduh-Gaduh Sayang Syazana TV1 Adaptasi novel Gaduh-Gaduh Sayang karya Immaz Huda
Kisah Dari Mekah Jaja Astro Oasis
2018 Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung Aisyah TV3
2019 Ajari Playboy Itu Niki
Lelaki Itu Untukku Orked Harlina TV2
2020 Lelaki Itu Untukku 2
Manuskrip Cinta Nian TV Okey
Bulan Di Kota Langit Munirah
Setiaku Di Sini Aleesa Salam HD
Rahsia Hati Tengku Dania TV1

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Bukan Cinta Monyet Nurul Suhana
Di Bawah Satu Langit Lys TV3
Bini Aku Hantu Langsuir Saleha TV9
2014 Terpaku Pontianak Seri
Haji Tak Mabrur TV3
Pilihan Rozana
2015 Hantu Botox
Pilihan Rozana Rozana
Romantika Bulan Madu Iris TV3
2016 Bila Artis Balik Kampung Beraya Wati Astro Prima
Baju Berkancing Peniti Cik Om TV3
Kecoh Mami Jarum Beraya Rita
2017 Cikgu Manik Urai Cikgu Shahirah TV2
Pintu No.9 Masjid Nabawi Astro Citra
Cinta Latah Zana TV2
Kakak Iparku Memang Win Siti TV9
2018 Personal Shopper Amani Astro Ria
2019 Atas Satu Janji Maria TV3
Izinkan Aku Pulang TV2
Salam Manis
Puisi Wan Malini Wan Malini TV1
2020 Rinding Yana TV3
Reda Ku TV Okey
Waiduri Di Sebalik Pintu Waiduri TV1
Tebus Elly TV2
2021 Selumbar Azrina TV1
2022 Isa dan Bella Isa Awesome TV
2023 Gergasi Aishah TV2

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Ketuk-Ketuk Ramadan Dirinya sendiri TV1
2017 Perang Bibir Dirinya sendiri TV9
2021 Cer Teka? Dirinya sendiri Awesome TV

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2015 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 Pelakon Drama Wanita Pilihan Dirinya sendiri Tercalon
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2023 Anugerah Telenovela Ke-8 Pasangan Serasi Telenovela Popular 2019 Bersama Azam Pitt menerusi drama "Lelaki Itu Untukku". Tercalon

Rujukan

Tags:

Risteena Munim Kehidupan awalRisteena Munim KerjayaRisteena Munim Imej umumRisteena Munim Kehidupan peribadiRisteena Munim FilemografiRisteena Munim Anugerah dan pencalonanRisteena Munim RujukanRisteena Munim Pautan luarRisteena MunimPlayboy Itu Suami AkuSlot AkasiaTV3Tulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kata hubung (bahasa Melayu)Senarai mukim di PerakUpin & IpinRevolusi KeagunganJam 24 jamPontianak Harum Sundal Malam IIJ RevolusiKanun KeseksaanRedza RosliMahkamah MalaysiaPerodua KelisaIstinjakFrekuensi radio di SelangorNasi kandarNur FazuraNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaIpohRosyam NorUniversiti Kuala LumpurPasukan Gerakan AmYusof HaslamAn-Nuayman bin AmrAli bin Abi TalibDe FamAziz SattarUqasha SenroseHari GawaiFahmi FadzilShah Rukh KhanJawatankuasa Hubungan Antara KaumSenarai raja-raja MelayuMenteri Kesihatan MalaysiaEtnik MelayuMelur Untuk FirdausTaman Tasik TitiwangsaPertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuKelurShaharuddin ThambySabronzoR.A. KartiniNabi Isa a.s.EropahAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamPeroduaBendera MalaysiaSenarai jajahan di KelantanKata ganti diriPerlembagaan MalaysiaPerubahan iklimAmyra RosliFalsafahVaksin tetanusTabbyIsmail Mohamed SaidSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaAtikah SuhaimeKerajaan Bani UmaiyahRita NadiraBajauKonfrontasi Indonesia–MalaysiaAwiePembentukan MalaysiaPerodua KancilZul AriffinFrekuensi radio di TerengganuNadia AqilahFrekuensi radio di MelakaMona FandeySistem SuriaTeknologi hijauAliff Syukri Kamarzaman2024 di MalaysiaProton Saga (generasi kedua)Proton SagaMira Filzah🡆 More