Perang Badar: Perang berkaitan Islam pada Ramadan 2 Hijrah

Perang Badar (Arab: غزوة بدرcode: ar is deprecated ), berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah (2 H) (17 Mac 624 M) di Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab (kini Arab Saudi).

Ia pertempuran Pengepungan Baitulmaqdis (637 M) penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Nabi Muhammad SAW dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah. Pertempuran ini telah diturunkan dalam sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan kepintaran Nabi Muhammad SAW. Walaupun ia salah satu daripada sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan semasa mengenai perang di Badar berasal daripada keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan sirah Nabi Muhammad SAW, ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.

Perang Badar
Sebahagian daripada Perang Muslim-Quraisy
Perang Badar: Perang berkaitan Islam pada Ramadan 2 Hijrah

Lukisan mohor Muhammad
Tarikh17 Ramadhan 2 H
17 Mac 624 M (13 Mac 624 Kalendar Julian)
Lokasi
Badar, 80 batu (130 km) di barat daya Madinah
Keputusan Kemenangan muktamad Muslim
Pihak yang terlibat
Muslim dari Madinah Quraisy dari Makkah
Komandan dan pemimpin
Muhammad Amru bin Hisyam
Kekuatan
313 infantri & kavalri: 2 kuda dan 70 unta 900 infantri & kavalri: 100 kuda dan 170 unta
Kerugian dan korban
14 terbunuh 70 terbunuh
43-70 ditawan

Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil antara pihak Muslim dan Makkah pada lewat tahun 623 M dan awal tahun 624, oleh sebab ghazawāt Muslim menjadi lebih kerap. Walau bagaimanapun Badar merupakan pertempuran skala besar pertama antara dua pihak ini. Selepas mara ke kedudukan pertahanan, sahabat Nabi Muhammad SAWyang berdisiplin kuat berjaya memecahkan barisan puak Makkah dan membunuh beberapa ketua Quraisy termasuk satu daripada musuh utama Nabi Muhammad, Amru bin Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama yang menggambarkan kemungkinan akhirnya mereka dapat mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu daripada kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslim. Kemenangan Muslim juga memberi isyarat kepada suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan juga menguatkan kuasa Muhammad sebagai ketua masyarakat Madinah yang sering bertelagah sebelumnya. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat dengan Muslim dari yathrib

dan dengan demikianlah perkembangan Islam bermula. 

Latar belakang

Muhammad

Pada masa pertempuran, Semenanjung Arab telah bersedikit didiami oleh sebilangan dari orang berpenutur Arab. Sesetengahnya adalah Badwi; nomad kedesaan yang disusun dalam suku; sesetengahnya adalah petani yang tinggal sama ada di oasis di utara atau di kawasan yang lebih subur dan yang tebal diduduki ke selatan (kini Yaman dan Oman). Majoriti dari Arab merupakan penganut dari berbilangan ramai agama politeistik. Terdapat juga suku yang mengikut agama Yahudi, Kristian (termasuk Nestorianisme), dan Zoroastrianisme.

Muhammad dilahirkan di Makkah sekitar 570 M kepada Banū Hāshim dari suku Quraisy. Apabila baginda berumur sekitar empat puluh tahun, baginda telah menerima wahyu Ketuhanan semasa baginda bertakafur dalam gua di luar Makkah. Baginda mula berdakwah kepada saudaranya dahulu secara sembunyi dan kemudian secara terbuka. Sambutan dari dakwah baginda menarik pengikut dan penentang yang lain. Semasa tempoh ini, Muhammad telah dilindungi oleh bapa saudaranya Abū Tālib. Apabila beliau meninggal pada 619, kepimpinan dari Banū Hāshim telah diturunkan kepada salah satu musuh Muhammad, 'Amr ibn Hishām, yang menarik balik perlindungan dan meningkatkan lagi penindasan terhadap komuniti Muslim.

Pada 622, dengan tindakan keganasan terbuka yang dilakukan terhadap Muslim dari beberapa suku anggota Quraisy, Muhammad dan ramai dari pengikutnya berhijrah ke kota jiran iaitu Madinah. Penghijrahan ini menandakan permulaan pemerintahan Muhammad sebagai ketua politik dan juga ketua keagamaan.

Pertempuran

Perang Badar: Perang berkaitan Islam pada Ramadan 2 Hijrah 
Peta Perang Badar

Pada musim salji 624 M, Nabi Muhammad menerima khabar bahawa kafilah dagangan yang diketuai Abu Sufyan dan dikawal oleh 30-40 orang, telah bertolak dari Syria kembali ke Makkah. Kafilah tersebut didana dengan duit yang ditinggalkan kaum Muslimin ketika berhijrah ke Madinah. Pihak Quraisy menjual semua barangan mereka dan menggunakan duit tersebut untuk menaja kafilah tersebut untuk mempermain-mainkan pihak Muslimin. Muhammad mengumpulkan kekuatan seramai 313 orang(82 Muhajirin dan 231 ansar), kumpulan tentera yang paling ramai yang pernah pihak Muslimin kumpulkan ketika itu.

Berarak ke Badar

Muhammad sendiri mengetuai tenteranya dan membawa sebanyak mungkin panglima utama, termasuklah Hamzah dan bakal Khalifah, Abu Bakar, Umar dan Ali. Mereka juga membawa beberapa ekor unta dan tiga ekor kuda, yang bermakna mereka berjalan atau memuatkan tiga hingga empat orang setiap unta. Walau bagaimanapun, kebanyakan sumber Muslim, termasuk Qur'an, menunjukkan bahawa diagak yang pertarungan kali ini tidak serius, dan Uthman tinggal untuk menjaga isterinya yang sakit.

Apabila kafilah menghampiri Madinah, Abu Sufyan mula mendengar dari pengembara dan musafir tentang rancangan penyerangan Muhammad. Dia menghantar seorang utusan bernama Damdam bin Amru al-Ghafari ke Makkah untuk memberi amaran kepada puak Quraisy dan mendapatkan bantuan. Setelah mengetahuinya, pihak Quraisy mengumpulkan tentera seramai 900-1000 orang untuk menyelamatkan kafilah tersebut. Kebanyakan bangsawan Quraisy, termasuklah Amr ibn Hishām, Walid ibn Utba, Shaiba, dan Umaiyyah bin Khalaf, menyertai tentera tersebut. Sebabnya adalah pelbagai: sesetengahnya untuk melindungi bahagian harta mereka; ada pula yang ingin membalas dendam untuk Ibn al-Hadrami, pengawal yang terbunuh di Nakhlah; akhirnya, beberapa yang lain menyertai kerana menyangka mereka akan menang mudah menentang tentera Muslim. Amr ibn Hishām dikatakn telah memujuk sekurang-kurangnya seorang bangsawan, Umaiyyah bin Khalaf, menyertai ekspedisi itu.

Ketika itu, tentera Muhammad telah tiba di telaga iaitu tempat dicadangkan untuk menahan kafilah, di Badar, sepanjang jalan dagang Syria iaitu tepat jangkaan kafilah akan berhenti. Walau bagaimanapun, beberapa orang Muslim ditemui oleh orang dari kafilah tersebut dan Abu Sufyan melencong ke Yanbu.

Rancangan Muslimin

Perang Badar: Perang berkaitan Islam pada Ramadan 2 Hijrah 
Gambaran pelukis Iran dari 1314 tentang majlis perang yang diadakan pihak Muslim.

Ketika ini, perkhabaran tiba kepada tentera Muslim tentang kedatangan tentera Makkah. Nabi Muhammad segera menyeru majlis perang, memandangkan masih terdapat masa untuk berundur dan disebabkan kebanyakan tentera mereka adalah baru sahaja memeluk Islam (dipanggil Ansar atau "Penolong" untuk membezakan dengan Muslim Quraisy), yang cuma bersumpah untuk melindungi Madinah. Di bawah fasa Piagam Madinah, adalah hak mereka untuk tidak berperang atau meninggalkan tentera yang lain. Walau bagaimanapun, mengikut riwayat, mereka berjanji untuk berjuang juga, dengan Sa'ad bin 'Ubada berkata, "Jika kamu [Muhammad] mengarahkan kami mencampakkan kuda kami ke laut, nescaya kami akan lakukan." Walau bagaimanapun, pihak Muslimin masih berharap utuk mengelakkan pertarungan yang sengit dan terus mara ke Badar.

Pada 15 Mac kedua-dua angkatan tentera masih berada kira-kira sehari perjalanan dari Badar. Beberapa pahlawan Muslim (termasuk Ali menurut sesetengah sumber) yang telah menunggang di hadapan angkatan utama menangkap dua orang pembawa air Makkah di telaga Badar. Menyangkakan mereka bersama dengan kafilah perdangan, para pejuang Muslim terkejut apabila mereka mengatakan mereka bersama dengan angkatan tentera Quraisy utama. Sesetengah riwayat turut mengatakan apabila Nabi Muhammad mendengar nama semua bangsawan Quraisy yang mengiringi angkatan tersebut, baginda berseru "Makkah telah melempar kepada kamu cebisan terbaik hatinya." Keeesokan harinya, baginda memerintah bergerak ke Badar dan tiba di sana sebelum angkatan Makkah.

Kumpulan telaga Badar terletak di cerun landai di bahagian timur lembah bernama "Yalyal". Bahagian baratnya pula dikelilingi oleh sebuah bukit besar bernama 'Aqanqal. Apabila tentera Muslim tiba dari timur, Nabi Muhammad pada mulanya memilih untuk berhenti di telaga pertama yang ditemuinya, tetapi baginda tampaknya kemudian diyakinkan oleh seorang askarnya untuk bergerak lagi ke barat dan menduduki telaga yang terdekat dengan tentera Quraisy. Baginda kemudian memerintahkan semua telaga lain ditimbus, supaya tentera Makkah terpaksa menyerang mereka untuk mendapatkan satu-satunya sumber air yang tinggal.

Rancangan Musyrikin Makkah

Tidak banyak yang diketahui tentang perkembangan tentera Quraisy sejak mereka meninggalkan kota Makkah sehingga ketibaan mereka di pinggir Badar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang berguna untuk diketahui: walaupun kebanyakan tentera Arab akan membawa isteri dan anak semasa peperangan untuk mendorong semangat dan menjaga tentera, kaum Musyrikin tidak melakukan begitu. Juga, puak Quraisy tidak melakukan sebarang usaha untuk berpakat dengan puak Badwi yang berserakan di Hijaz. Kedua-dua fakta tersebut mencadangkan bahawa pihak Quraisy kekurangan masa untuk bersiap sedia untuk peperangan tersebut dalam usaha mempertahankan kafilah mereka. Malah, dipercayai bahawa apabila mereka tahu mereka lebih ramai, mereka menjangkakan kemenangan mudah.

Apabila pihak Quraisy tiba di Juhfah, di selatan Badar, mereka menerima pesanan daripada Abu Sufyan yang memberitahu mereka bahawa kafilah telah selamat di belakang mereka, dan mereka boleh pulang ke Makkah. Pada ketika ini, menurut Karen Armstrong, terdapat percanggahan antara tentera Makkah. Amr ibn Hishām mahu meneruskan juga peperangan, tetapi beberapa kabilah yang ada, termasuk Bani Zuhrah dan Bani Adi, ingin pulang. Armstrong mencadangkan mereka memikirkan kuasa yang akan Amru bin Hisyam dapat jika memenangi Muslim. Rombongan Bani Hashim, yang berdegil untuk melawan puak mereka sendiri, juga pergi bersama mereka. Walaupun dengan kekurangan tersebut, Amr ibn Hishām masih berdegil untuk berlawan, mengatakan "Kita takkan pulang sehingga kita tiba di Badar." Pada ketika ini, Abu Sufyan dan beberapa orang lain dari kafilah dagang menyertai bala tentera mereka.

Hari pertarungan

Pada tengah malam 17 Mac, tentera Quraisy siap berkemas dan mula bertolak ke lembah Badar. Setelah hujan pada hari sebelumnya, mereka terpaksa bekerja lebih untuk mengalihkan kuda dan unta mereka ke bukit 'Aqanqal (sumber mengatakan matahari telah terbit apabila mereka tiba di puncak bukit). Selepas mereka turun dari 'Aqanqal, tentera Makkah mendirikan perkhemahan di lembah. Ketika mereka berehat, mereka menghantar pengintip, Umayr ibn Wahb untuk melihat barisan tentera Muslim. Umayr melaporkan yang tentera Muhammad adalah kecil bilangannya, dan tiada pasukan Muslim lain yang akan menyertai peperangan itu. Walau bagaimanapun, dia juga meramalkan kecederaan teruk pada tentera Quraisy dalam serangan itu nanti (satu hadis merujuk dia melihat "unta-unta [Madinah] sarat dengan kematian"). Ini kemudiannya meruntuhkan semangat puak Quraish, kerana peperangan orang Arab lazimnya tidak begitu mencederakan hingga parah. Ini menyebabkan satu lagi pertengkaran antara pemimpin Quraisy.

Pertempuran bermula dengan perwira kedua tentera bersemuka untuk bertarung. Tiga orang Ansar muncul dari barisan Muslim, tetapi ditolak Musyrikin Makkah, yang tidak mahu memulakan persengketaan tidak perlu dan cuma mahu berlawan dengan Muhajirin Makkah. Lalu keluarlah Ali, Ubaidah dan Hamzah. Mereka berjaya menewaskan wakil Quraisy dalam perlawanan tiga-lawan-tiga, walaupun Ubaidah cedera membawa maut.

Kini, kedua-dua pihak memulakan serangan panah terhadap satu sama lain. Dua orang Musilm dan beberapa orang Quraisy telah terbunuh. Sebelum serangan bermula, Muhammad telah mengeluarkan arahan kepada tentera Muslim untuk menyerang dengan senjata jarak jauh, dan hanya berhadapan dengan tentera Quraisy dengan senjata tangan apabila mereka mara. Kini, baginda mengarahkan untuk menyerang, dengan membaling segenggam batu kerikil kepada tentera Makkah yang mungkin perlakuan lazim orang Arab sembil meneriak "Cacatlah muka itu!" Tentera Muslim turut menjerit (يا منصور أمت!) "Yā manṣūr amit!" dan mara ke barisan tentera Quraisy. Ketegangan serangan pihak Muslim boleh dilihat dalam beberapa ayat Qur'an, yang merujuk ribuan malaikat turun dari langit ke Badar untuk mengalahkan Quraisy. Harus diperhatikan yang sumber awal Islam mengambilnya secara harfiah, dan terdapat beberapa hadis yang baginda Nabi Muhammad membincangkan Malaikat Jibril dan peranannya dalam peperangan itu. Bagi pihak Musyrikin Makkah, kekurangan kekuatan dan tidak bersemangat untuk berperang menyebabkan mereka berpecah dan bertempiaran lari. Peperangan hanya berlangsung selama beberapa jam dan tamat menjelang awal tengah hari.

Selepas pertempuran

Korban dan tawanan perang

Imam al-Bukhari menyenaraikan kerugian Quraisy seramai 70 terbunuh dan 70 orang menjadi tawanan. Jumlah ini merupakan 15%–16% kekuatan tentera Quraisy. Sayidina Ali sahaja menewaskan 18 orang yang maut. Korban Muslim sering kali dinyatakn sebagai 14 orang syahid, lebih kurang 4% kekuatan mereka. Sumber-sumber tidak menyatakan jumlah yang tercedera kedua belah pihak.

Sewaktu pertempuran, pihak Muslim menawan beberapa orang Quraisy. Nasib mereka mencetuskan kontroversi di kalangan tentera Islam. Kerisauan awal adalah kemungkinan tentera Makkah berkumpul semula dan menyerang; tentera Islam tidak mampu menugaskan pejuangnya untuk mengawal tawanan perang. Sa'eed and Sayidina Umar cenderung membunuh para tawanan akan tetapi Sayidina Abu Bakar berhujah agar mereka dilepaskan daripada hukuman bunuh. Nabi Muhammad akhirnya memilih pandangan Abu Bakar dan kebanyakan tawanan dibiarkan hidup dengan harapan mereka memeluk Islam (malah, ada yang melakukan sedemikian). Sejurus sebelum baginda meninggalkan Badr, Nabi juga memerintahkan agar lebih 20 orang Quraisy yang terbunuh ditanam di dalam telaga di Badr. Beberapa hadis merujuk kepada perbuatan ini yang dikatakan mendatangkan kemarahan orang Quraisy Makkah. Tidak lama kemudian, beberapa orang Muslim yang ditawan sekutu Quraisy di bawa ke Makkah dan dibunuh sebagai balas dendam terhadap kekalahan.

Mengikut lunas-lunas kesumat berdarah tradisi Arab, mana-mana orang Makkah yang kehilangan ahli keluarga mereka di Badar seharusnya membalas dendam terhadap anggota puak yang membunuh saudara mereka. Di pihak Muslim, juga terdapat keinginan membalas dendam di atas kezaliman yang dilakukan terhadap mereka selama bertahun-tahun. Namun, selepas pertempuran, tawanan perang ditumpangkan dengan keluarga orang Islam dan diberi layanan baik.

Kesan

Peperangan Badar sangat berpengaruh dalam kenaikan dua individu yang dalam sejarah Arabia. Individu pertama ialah Nabi Muhammad, yang bertukar daripada seorang dalam buangan kepada seorang pemimpin. Marshall Hodgson menambah bahawa Badar memaksa orang Arab lain "menganggap orang Islam sebagai pencabar dan mungkin pewaris martabat dan peranan politik Quraisy." Sejenak selepas Badar, Nabi Muhammad mengusir Banu Qaynuqa, satu daripada suku Yahudi yang melanggar syarat-syarat perjanjian dengan orang Islam kerana menggunakan kekerasan terhadap seorang wanita Muslim. Suku ini juga mengancam kedudukan politik baginda. Pada masa yang sama kedudukan Abdullah bin Ubayy, musuh utama Nabi Muhammad menjadi lemah, dan semenjak Badar hanya mampu membuat cabaran kecil-kecilan terhadap Nabi.

Orang kedua yang meraih manfaat daripada Perang Badar ialah Abu Sufyan. Kematian Amru bin Hisyam, dan beberapa pembesar Quraisy lain memberi peluang, dengan cara hampir automatik, kepada Abu Sufyan menjadi ketua Quraisy. Ekoran itu, Abu Sufyan menjadi perunding utama bagi pihak Quraisy apabila Nabi Muhammad membuka Makkah enam tahun kemudian. Abu Sufyan kemudiannya menjadi pegawai tinggi dalam Empayar Islam dan anaknya Muawiyyah menjadi pengasas Kekhalifahan Umayyah.

Pada hari-hari kemudian, penglibatan sebagai pejuang di Badar menjadi penting sehinggakan Ibn Ishaq memuatkan senarai nama pejuang satu persatu dalam karya sirahnya. Nama syahid Badar terdapat dalam banyak hadis, dan mereka juga mungkin mendapat gaji Veteran Badar terakhir meninggal dunia dalam Perang saudara Islam Pertama

Seperti diringkaskan Paul K. Davis, "Kemenangan Mohammed mengesahkan kuasanya sebagai ketua Islam; dengan menarik hati suku-suku Arab yang menyertai beliau, bermulalah pengembangan Islam."

Sumber sejarah

Kebanyakan maklumat tentang Perang Badar datang sama ada kisah tradisional Islam, al-Qur'an atau Hadis. Dalam alam bahasa Inggeris, tidak diketahui sama ada terdapat rekod bertulis selain daripada kisah tradisional Islam kerana pada masa itu di Hijaz, bahasa Arab merupakan bahasa lisan dan kebanyakan rekod dalam bentuk perceritaan lisan.

Badar dalam Al-Qur'an

Perang Badar adalah salah satu peperangan dengan jelas ditunjukkan dalam Qur'an. Ia dihuraikan dalam Surah Al-i-'Imran (3:123), sebagai sebahagian daripada perbandingan dengan Perang Uhud.

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”[al-Quran 3:123-125 (Basmeih)]

Di Badar, tentera Islam menunjukkan disiplin tinggi, semetara di Uhud, mereka meninggalkan barisan dan mengejar pasukan Quraisy dang dengan itu membenarkan pasukan berkuda Makkah bergerak melalui rusuk dan hampir mengalahkan mereka.

Perang Badar juga digunakan sebagai satu Tanda pertolongan dan Pengajaran Allah dalam Surah yang sama:

“Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).”[al-Quran 3:13 (Basmeih)]

Badar juga menjadi tajuk Surah Al-Anfal, yang memperincikan pelaksaan serta kelakuan dalam peperangan. 'Al-Anfal' bermaksud harta rampasan perang dan merujuk kepada perbincangan orang Islam pasca-pertempuran tentang bagaimana mahu membahagikan harta rampasan perang. Mahupun Surah Al-Anfal tidak menamakan Badar, ia memerikan beberapa pertempuran dalamnya dan beberapa Ayatnya dari atau diWahyukan sejurus selepas Perang.

Hukuman bunuh

Selepas pertempuran Nabi Muhammad menerima Perintah bagaimana membahagikan harta rampasan perang, dan mengikut penulis Sirah, Saifur Rahman al Mubarakpuri, satu Ayat juga memerintahkan hukuman bunuh ke atas Nbin Harith, pembawa panji-panji Quraisy dalam Perang Badar. Dilaporakan Nbin Harith menjalani hukuman bunuh di tangan Sayidina Ali. Buku yang sama juga menyatakan Uqba bin Abu Muayt juga dihukum bunuh dan dia dipancung oleh Asim Bin Thabit Ansari (beberapa sumber menyatakan hukuman dilaksanakan Sayidina Ali).

Zaman moden

'Badar' sudah menjadi popular di kalangan angkatan tentera dan pertubuhan separa tentera Islam moden. Operasi Bmenjadi nama operasi Mesir menentang Israel dalam Peperangan Yom Kippur dan juga gerakan Pakistan dalam operasi dalam Perang Kargil dalam tahun 1999. Dalam perang Iran-Iraq, tentera Iran juga menggunakan nama Badar dalam operasinya. Dan semasa Perang saudara Libya pada tahun 2011, para pemimpin pasukan pemberontak menyatakan bahawa mereka memilih hari serangan ke atas Tripoli sebagai 20 Ramadan, sempena hari Perang Badar.

Perang Badar juga ditayangkan dalam filem The Message, dan filem animasi tahun 2004, Muhammad: The Last Prophet.

Lihat juga

Nota

Rujukan

Buku dan artikel

  • Armstrong, Karen (1992). Muhmmad: Biography of the Prophet. HarperCollins. ISBN 0-06-250886-5.
  • Crone, Patricia (1987). Meccan Trade and the Rise of Islam. Blackwell.
  • Hodgson, Marshall (1974). The Venture of Islam: The Classical Age of Islam. University of Chicago Press. ISBN 0-226-34683-8.
  • Nicolle, David (1993). Armies of the Muslim Conquest. Osprey Publishing. ISBN 1-85532-279-X.
  • Watt, W. Montgomery (1956). Muhammad at Medina. Oxford University Press.

Web

Pautan luar

23°44′N 38°46′E / 23.733°N 38.767°E / 23.733; 38.767

Tags:

17 Mac17 Ramadan624Al-Qur'anArab SaudiBadarBahasa ArabHadisHijazHijrahIslamKitab suciMakkahMasihiMuhammadPengepungan Baitulmaqdis (637 M)QuraisySejarah IslamSemenanjung Arab

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sekolah vokasionalPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Penanda wacanaYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanOrang Cina MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan LubnanAbdul Razak HusseinPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuPaolo MaldiniFrekuensi radio di KelantanMelanauSerpihan SayangUmar bin Al-KhattabRukun NegaraGeografi JohorPandelela RinongI.D.Senarai buahUndang-undang MalaysiaBumiputera di SabahPerceraian dalam IslamBendaharaSenarai Kementerian di MalaysiaSlot AkasiaKecerdasan buatanDewan Rakyat MalaysiaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026Jumaat AgungLayang Layang PerkahwinanKhairy JamaluddinPukimakInflasiAlam MelayuIsrafilSenarai peribahasa (N–Z)Masya-AllahOrang Asli di MalaysiaKadet Remaja Sekolah MalaysiaEtnik MelayuAmyra RosliMediaMelayuHari Paskah BesarKelurNadhir NasarAlat kebesaran diraja MalaysiaArif AimanSabahWings (kumpulan muzik Malaysia)MajapahitPasukan bola sepak kebangsaan bawah-20 OmanWikipediaSukan RTMPertubuhan Kerjasama IslamShaheizy SamPeroduaZakar manusiaMalaysiaKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Bahasa Melayu KunoKota BharuAbu Bakar as-SiddiqHarissa AdlynnTunku Aminah Maimunah IskandariahJanna NickKata pinjamanAdnan bin SaidiHuruf syamsiah dan qamariahFrekuensi radio di KedahKadazan-DusunRedza RosliParti Komunis MalayaSarimah IbrahimSenarai saluran AstroUndang-Undang Laut MelakaPasukan bola sepak kebangsaan Taipei Cina🡆 More