Zizi Kirana: Penyanyi Malaysia dari Sabah

Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil (dilahirkan pada 23 Januari 1985) atau lebih dikenali sebagai Zizi Kirana ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.

Zizi Kirana
Zizi Kirana: Kerjaya muzik, Kehidupan peribadi, Anugerah Juara Lagu
Zizi; 2024
Kelahiran
Nur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil

(1985-01-23) 23 Januari 1985 (umur 39)
Nama lainZizi AF7, Zizi The Fabulous Cats , Zizi Kirana
PekerjaanPenyanyi, pelakon, duta produk, pengacara
Tahun aktif2009–kini
PasanganYusuf Bahrin (k. 2021)
Ibu bapa
  • Mad Tahil (bapa)
  • Fatimah Kassim (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Mixology Music
Pengkarya berkait
The Fabulous Cats, Nukilan, Hael Husaini, Ifa Raziah, Bella Astillah, Malique, Benzooloo, Sandra Dianne, AVDR, Haqiem Rusli, Fynn Jamal, Kaka Azraff

Beliau merupakan bekas peserta Akademi Fantasia pada 2009. Selain itu, beliau juga menyertai rancangan televisyen realiti Indonesia, D'Academy Asia musim kedua di mana beliau mewakili Malaysia.

Kerjaya muzik

Kerjaya nyanyian Zizi bermula setelah beliau menyertai Akademi Fantasia musim ketujuh. Namun perjalanan beliau di AF7 terhenti di konsert minggu keempat apabila beliau tersingkir berikutan undian SMS yang tidak menyebelahi kepada beliau ketika itu. Selepas tamat AF7, Zizi menyertai kumpulan The Fabulous Cats yang dipelopori oleh Cat Farish, Adeep Nahar dan Wangi Julianda. Bersama kumpulan itu, beliau merakamkan beberapa single termasuk "Cinta Kosmik" dan "Pergilah Ayu" serta album Fabulousity. Namun jodoh beliau dengan The Fabulous Cats tidak berkekalan apabila kumpulan itu dibubarkan.

Zizi kemudian menyertai kumpulan Nukilan, semasa bersama Nukilan, beliau mengalunkan rap dengan cekap. Bagaimanapun, jodoh Zizi dengan kumpulan itu juga tidak kekal lama apabila mereka dibubarkan. Zizi kemudian menyertai sebuah pertandingan TV realiti Indonesia, D'Academy Asia musim kedua, bermula dari rancangan inilah beliau dikenali peminat sama ada di Malaysia, mahupun Indonesia.

Akademi Fantasia 7

Pada tahun 2009, Zizi berjaya terpilih sebagai salah seorang daripada 14 pelajar yang diterima masuk ke dalam AF7. Namun perjalanan beliau terhenti di konsert minggu keempat bersama seorang lagi pelajar yang berasal dari negeri yang sama dengannya, iaitu Rubisa. Berikut persembahan beliau di dalam akademi :

Konsert Lagu & Penyanyi asal #
Minggu 1 "Molek" nyanyian Elyana Ke-5
Minggu 2 "Sembilu" nyanyian Ella /
"Wonder Women" nyanyian Mulan Jameela
Ke-6
Minggu 3 "Ini Rindu" nyanyian Farid Harja Ke-7
Minggu 4 "Aku Dah Bosan" nyanyian Amy Search Tersingkir

D'Academy Asia 2

Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Top 36 "Hujan" Erie Suzan Selamat
"Bumi Semakin Panas" Cucu Cahyati
Top 24 "Wassini" Waheeda Selamat
"Akhir Sebuah Cerita" Evie Tamala
Top 18 "Maling" Nita Thalia Tersingkir
"Kun Anta" Humood Alkhuder

Kehidupan peribadi

Perkahwinan

Zizi telah menamatkan zaman gadisnya dengan pelakon popular Yusuf Bahrin pada 19 September 2021.

Anugerah Juara Lagu

Pada penghujung tahun 2020, lagu "Eh" nyanyian beliau akhirnya berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35, walaupun pada awalnya ramai pihak yang mempertikaikan kelayakan lagu "Eh" ke pentas anugerah berprestij tersebut. Ini adalah merupakan kemunculan pertama beliau di pentas AJL setelah hampir 11 tahun menjadi anak seni.

Diskografi

Single solo

Tahun Lagu Album
2017 "Rahsia Hati" Single
2018 "Siapa Yang Bap Bap"
"NakKeTakNak"
"Boleh Jalan"
"Biar"
2019 "Gasoline"
"Eh"
2021 "Tentu"
2022 "Pijak"

Single kolaborasi

Tahun Lagu Kolaborasi bersama Single
2016 "Levitasi" Fynn Jamal & Kaka Azraff Single
2018 "Terkemuka" Benzooloo & Sandra Dianne Single
2019 "Yang Legit, Yang Legend" Hael Husaini Lagu Tema MeleTOP 2019
"Starlela" Ifa Raziah & Bella Astillah Single
"Mintak Lagi" AVDR Single
"Khatulistiwa" Haqiem Rusli Lagu Tema iklan RTM

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan
2010 Cuti-Cuti Cinta Faustina
2011 Hantu Bonceng Mimi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Jamu Nesan Madam Zoora Unifi TV

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Pian Kenan Balik Raya Lydia Astro Warna
2020 Bujang Raya Bersama Tunang Eddy TV1, TV2, TV Okey

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Akademi Fantasia (musim 7) Peserta Astro Ria Tersingkir Konsert Minggu 4
2016 D'Academy Asia (musim 2) Peserta mewakili Malaysia Indosiar Tersingkir di konsert Top 18
2020 Shuk Nak Tanya Artis jemputan Awesome TV Tetamu jemputan episod 9
2021 Tok Kata Artis Jemputan
2022 The Last Trio Standing Pengacara Astro Ria Bersama Awal Ashaari
2023 The Masked Singer Malaysia (musim 3) Perserta Astro Warna Sebagai Bertih Jagung

Muzik video

Tahun Lagu Catatan
2017 "Rahsia Hati"
2018 "Siapa Yang Bap Bap"
"NakKeTakNak"
"Boleh Jalan"
2019 "Yang Legit, Yang Legend"
"Starlela"
"Eh"
2021 "Tentu"
2022 "Pijak"

Pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Karya yang dicalonkan Keputusan
2020 Anugerah Juara Lagu ke-35 Persembahan Terbaik "Eh" Menang

Kontroversi

Isu langgar kontrak
Pada Oktober 2021, nama Zizi Kirana hangat diperkatakan apabila pengarah dan penerbit drama Jamu Nesan iaitu Dato' Rafiena Ezanee Ramli mendakwa bahawa Zizi telah melanggar kontrak dengan mengenakan hijab sebelum selesai proses penggambaran drama tersebut. Tindakan drastik yang dibuat oleh Zizi Kirana membuatkan Dato' Rafiena mendakwa telah menanggung kerugian dan beliau terpaksa mengugurkan nama Zizi sebagai pelakon utama drama tersebut dan menggantikannya dengan Didi Astillah. Bagaimanapun Zizi kemudian tampil menjelaskan bahawa beliau ada meminta pandangan dan pendapat mufti berkenaan hukum memakai rambut palsu bagi menjayakan watak tersebut dan mufti tersebut telah menjelaskan bahawa ianya adalah haram meskipun dilakukan atas dasar kerja. Ini disebabkan sebelum ini Dato' Rafiena ada mencadangkan agar Zizi memakai rambut palsu bagi menjayakan watak sebagai ketua mafia dan sekaligus ingin menyiapkan proses penggambaran drama tersebut.

Namun sekali lagi Dato' Rafiena tampil menjelaskan bahawa beliau bakal menyaman pihak Zizi Kirana disebabkan kelewatan Zizi memberi respon terhadap beliau sebelum ini sama ada ingin meneruskan penggambaran atau tidak. Bagaimanapun Zizi Kirana ada membuat rayuan agar Dato' Rafiena tidak menyaman beliau dan memahami keadaannya yang kini sudah berhijab.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Zizi Kirana Kerjaya muzikZizi Kirana Kehidupan peribadiZizi Kirana Anugerah Juara LaguZizi Kirana DiskografiZizi Kirana FilemografiZizi Kirana PencapaianZizi Kirana KontroversiZizi Kirana RujukanZizi Kirana Pautan luarZizi KiranaMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ali bin Abi TalibGerak KhasHari GawaiIbrahim Shah Abu ShahSaifuddin Nasution IsmailKata tugasKhalid Mohamad JiwaGayatri Su-Lin PillaiAbdul Rahman AhmadKata ganti nama (bahasa Melayu)Rozita Che WanSenario The MoviePeristiwa 13 MeiJepunRevolusi PerancisAndai Itu TakdirnyaEmelda RosmilaPolitik MalaysiaMaya KarinPenjodoh bilangan bahasa MelayuPekanbaruAwie2024 di MalaysiaAbdul Taib MahmudProton Holdings BerhadSenarai saluran AstroPahamin RajabKelapa sawitKaedah arkeologiBurasRukun NegaraBryan DomaniZizie EzetteAzhar IdrusDia Isteri Luar Biasa (drama)AsiaIntan LadyanaBunga rayaKata adjektifAl Nassr FCNadhir NasarKhulafa al-RasyidinIslamSolat sunatMuhamad Akmal SalehZainal Rashid AhmadSenarai haiwanNadia BrianTeduhan KasihSharisa HarisJam 12 jamKata sendi (bahasa Melayu)RasuahKucingPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Sarah SuhairiUnifi TVFC Bayern MunichAzira ShafinazFunanCiri-ciri orang munafikBadarawuhi Di Desa PenariJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaParti Islam Se-MalaysiaHarimauImudaBajauAhli Sunah WaljamaahXPDCSarimah AhmadDemokrasiSingapuraProton SagaSekularismeIpohZUS CoffeeHududAedy AshrafSyiah🡆 More