Kapal Terbang

Kapal terbang (Tulisan Jawi: كاڤل تربڠ) ialah kenderaan pesawat udara dengan sayap tetap dan kuasa yang bergerak ke hadapan oleh tujahan daripada enjin jet, kipas atau enjin roket agar dapat berkeupayaan terbang.

Kapal terbang terdiri daripada pelbagai saiz, bentuk dan tatarajah sayap.

Kapal Terbang
06 Mac 2011, sebuah kapal terbang yang moden

Kenderaan ini digunakan secara meluas dalam segenap tujuan termasuklah untuk rekreasi, pengangkutan orang dan barangan, ketenteraan dan penyelidikan. Lebih daripada empat bilion orang penumpang diterbangkan secara komersial setahun dengan kapal terbang penumpang seluruh dunia dan mengangkut lebih daripada 200 bilion tan-kilometer kargo setahun, iaitu kurang daripada 1% daripada pergerakan kargo sedunia.

Kebanyakan kapal terbang diterbangkan oleh juruterbang, tetapi terdapat beberapa jenis kapal terbang yang boleh dikawal secara jauh atau komputer.

Sejarah

Kapal Terbang 
17 Disember 1903, kapal terbang Wright Flyer dengan penciptanya Orville Wright dan Wilbur Wright

Kenderaan pesawat udara ini berkembang dengan penerbangan pertama yang telah dijalankan oleh adik-beradik Orville Wright dan Wilbur Wright dengan kapal terbang mereka pada tahun 1903.

Wright bersaudara telah menggunakan kapal terbang yang telah diciptakan oleh mereka sendiri dan dinama sebagai Wright Flyer.

Penerbangan pertama bagi kapal terbang tersebut telah dijalankan pada 17 Disember 1903, jam 10:35 pagi di Kill Devil Hills, Carolina Utara, Amerika Syarikat.

Prinsip penerbangan

Sayap

Kapal Terbang 
27 Mei 2016, pemandangan dari bawah kepada sebuah kapal terbang yang sedang terbang di atas langit

Sebuah kapal terbang perlu menjana tujahan sendiri agar dapat melepasi permukaan tanah yang umumnya disebabkan peralihan menyeimbangkan tekanan udara.

Sayap kapal terbang direka khusus dengan bentuk ahagian atasnya yang melengkung lalu angin dapat mengalir lebih cepat di atas sayap berbanding angin di bawah sayap lalu menyebabkan tekanan udara lebih rendah di atas sayap.

Perbezaan ini seterusnya akan menciptakan tujahan pada sayap.

Aerodinamik

Kapal Terbang 
F-35 Lightning II terbang di atas pantai timur England

Pada prinsipnya, terdapat 4 gaya utama yang bertindak dalam penerbangan sesebuah kapal terbang yakni daya dorong (thrust T), daya hambat (drag D), daya tujaht (lift L), dan berat pesawat (weight, W).

Ketika kapal pesawat sedang menjelajah (cruise) pada kelajuan dan ketinggian yang malar, keempat-empat daya ini berada dalam keseimbangan:

Kapal Terbang  dan L = W.

Sedangkan pada saat pesawat lepas landas dan mendarat, terjadi pecutan dan nyahpecutan yang dapat dijelaskan menggunakan Hukum Newton Kedua (total gaya adalah sama dengan jisim dikalikan dengan pelajuan).

Kapal yang berlepas dari landasan (take-off) mengalami pemecutan dalam arah mengufuk dan mendatarl. Pada saat ini, L harus lebih besar dari W, demikian juga T lebih besar dari D. Dengan hal demikian, daya mesin yang besar diperlukan saat melepasi landasan. Pelepasan ini boleh gagal disebabkan kurangnya daya mesin (atas berbagai fakor: kerosakan mekanikal, ralat perbuatan manusia, gangguan persekitaran dan sebagainya), atau gangguan pada sistem kawalan pesawat.

Rujukan

Bibliografi

  • Blatner, David. The Flying Book: Everything You've Ever Wondered About Flying On Airplanes. ISBN 0-8027-7691-4

Tags:

Kapal Terbang SejarahKapal Terbang Prinsip penerbanganKapal Terbang RujukanKapal Terbang BibliografiKapal TerbangEnjin jetKenderaanPenerbanganPesawat udaraTujahanTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bunga rayaTentera Darat MalaysiaSherry AlhadadRamli M. S.BoBoiBoyTabbyNelissa NizamBola jaringNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaEmpayar UthmaniyahYang di-Pertuan AgongNabi Lut a.s.Kelantan F.C.WahabiPerang BadarSumpahan JeruneiZakar manusiaSenarai poskod di MalaysiaAyob Khan Mydin PitchayJohor BahruPerodua AxiaNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaGambir Sarawak2024 di MalaysiaAllahMata anginRizky NazarBola tamparGoogleTok JanggutPertubuhan Keselamatan SosialEyka FarhanaIslam di MalaysiaNegarakuNelydia SenroseJohorYusof HaslamTimbalan Perdana Menteri MalaysiaSunan DrajatCinta FatamorganaRangka manusiaNike ArdillaJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaEda EzrinSenarai raja-raja MelayuNasi lemakAiman Hakim RidzaMenteri Besar PerlisGunung JeraiEtikaMaria OzawaProton SatriaPlayboy Itu Suami AkuAb Rauf YusohSex and the CityMarie AntoinetteJata MalaysiaSeks oralMegat SharizalLoloqPasir GudangSenarai negara mengikut sistem kerajaanSenarai gunung di MalaysiaGersang (kumpulan muzik)Panglima Angkatan TenteraFarajPiala Sumbangsih 2024AsmidarHari WesakFrekuensi radio di Negeri SembilanBismillahSlot MegaDramaMalariaKabungMenara Berkembar PetronasDaiyan TrishaNorman Hakim🡆 More