Allah: Istilah Arab bagi Tuhan

Allah (/ˈælə, ˈɑːlə, əˈlɑː/; Arab: الله, rumi: Allāhcode: ar is deprecated , IPA:   ( dengar)) adalah perkataan umum dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan yang satu.

Perkataan "Allah" telah digunakan oleh masyarakat kafir yang berlainan agama sejak zaman pra-Islam.Lebih khusus lagi, ia telah digunakan sebagai istilah untuk Tuhan oleh orang yang beragama Islam (sama ada Arab dan bukan) dan Kristian Arab.

Allah: Etimologi, Penggunaan, Persoalan tentang Pencipta (Tuhan)
Kata "Allah" dalam kaligrafi

Perkataan Allah berasal dari gabungan Al ilah Ilah bererti Tuhan maka Al dengan Ilah hasilkan perkataan Allah bermaksud Tuhan yang satu. Kata Allah adalah kata ganti nama khas yang khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Esa, yang telah mencipta, mentadbir dan memiliki alam semesta ini beserta isinya. Kata Allah banyak dikenalkan didalam ajaran Islam, namun masyarakat Arab Kristian dan Arab Yahudi juga menggunakannya. Bagaimanapun kini, masyarakat Arab Kristian cuba menjauhkan penggunaan perkataan Allah dalam kitab suci mereka.

Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilaah) memberi erti Tuhan. Bagaimanapun terdapat pendapat yang berbeza dengan menekankan bahawa perkataan "Allah" itu kata khusus dan bukan terbentuk dari "al" dan "ilaah". Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu ialah Tuhan yang Esa.

Mengikut kepercayaan Islam, Allah ialah Tuhan yang satu, yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama yang disembah oleh pengikut Yahudi, Nasrani dan seluruh umat manusia sebelum kedatangan Nabi Muhammad. Islam menolak Tritunggal Tuhan di dalam rupa bentuk manusia atau sesuatu apa jua pun.

Etimologi

Dari segi teknikal linguastik, perkataan Allah adalah jamid iaitu ia unik tidak diambil dari mana-mana perkataan. Perkataan Allah bukan terbina dari "al-ilaah" sebagaimana yang dianggap oleh kebanyakan orang. Kerana itu perkataan Allah adalah khusus dan bebas. Dua abjab pertama iaitu "Al" dalam perkataan "Allah" tidak dapat dipisahkan dengan yang lain. Ia bukan seperti artikel pasti (definite article) "al-" dalam bahasa Arab (yang sama seperti "the" dalam bahasa Inggeris). Menurut tatabahasa Arab, perkataan "Allah" ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki, diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’ adalah bebas dari segi struktur tatabahasa dan maknanya.

Jika "Al" di dalam perkataan Allah adalah awalan tambahan, sebutan biasa "Ya Allah" adalah salah dari segi tatabahasa Arab kerana bentuk "Ya Al-Rahman" atau "Ya Al-Ilah" tidak dibenarkan dalam Bahasa Arab. Lagipun dengan mengatakan "Al-" sebagai awalan bermakna ada banyak tuhan yang berbeza yang boleh dipanggil Alihah (jamak bagi ilah). Ini tidak betul kerana Allah selama-lamanya nama bagi Tuhan yang Esa dan tidak pernah digunakan ke atas sesiapa kecuali Tuhan yang Esa. Arab musyrikin mempunyai banyak ilah atau tuhan tetapi tiada satu pun yang dipanggil Allah.

Penggunaan

Allah: Etimologi, Penggunaan, Persoalan tentang Pencipta (Tuhan) 
Tulisan khat Allah

Contoh kata-kata yang menggunakan kata Allah SWT :

  • Allah hu Akbar (الله أكبر) (Allah Maha Besar)
  • Bismillah (بسم الله ) (Dengan nama Allah)
  • Ya Allah(يا الله) (Wahai Allah)
  • In shaa Allah (إن شاء الله) (Jika dikehendaki Allah)
  • Ma shaa Allah (ما شاء الله) (Apa yang Allah kehendaki)
  • SubhanAllah (سبحان الله) (Maha Suci Allah)
  • Alhamdulillah (الحمد لله) (Pujian bagi Allah)
  • Allahu A`lam (الله أعلم) (Allah lebih mengetahui)
  • Jazaka Allah hu Khairan (جزاك الله خيراً) (Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan)

Orang Islam tidak cuba menggambarkan Allah SWT dalam apa cara sekalipun. Sebaliknya mereka hanya dituntut supaya beriman iaitu percaya dan membenarkan segala nama serta sifat Allah SWT yang dinyatakan dalam nas-nas al-Quran dan Hadith yang jelas tanpa sebarang perincian, pengurangan, penyerupaan atau pengubahsuaian, sebaliknya beriman dengan semua nama dan sifat Allah yang telah dijelaskan sendiri oleh Allah dan RasulNya.

Kristian

Para penutur bahasa Arab dari kesemua agama Ibrahimiah, termasuk orang Kristian dan Yahudi, menggunakan perkataan "Allah" bermaksud "Tuhan". Orang Arab Kristian hari ini tiada perkataan lain untuk "Tuhan" selain "Allah". Serupa, perkataan bahasa Aramia bagi "Tuhan" dalam bahasa Kristian Assyria ialah ʼĔlāhā, atau Alaha. (Turut bahasa Malta dari Malta yang turunan bahasa Arab, yang penduduknya hampir keseluruhannya Katolik, menggunakan Alla bagi "Tuhan".) Orang Arab Kristian, contohnya, menggunakan kata Allāh al-ab (الله الأب) bagi Tuhan Bapa, Allāh al-ibn (الله الابن) bagi Tuhan Anak, dan Allāh ar-rūḥ al-quds (الله الروح القدس) bagi Tuhan Roh Kudus. (Lihat Tuhan dalam Kristian bagi konsep Tuhan dalam agama Kristian.)

Persoalan tentang Pencipta (Tuhan)

Apabila kita melihat kepada segala sesuatu yang bersifat terbatas, akan kita simpulkan bahawa semuanya tidak azali. Sebab bila bersifat azali (tidak berawal dan tidak berakhir), tentu tidak mempunyai keterbatasan. Dengan demikian jelaslah bahawa segala yang terbatas pasti diciptakan oleh sesuatu yang lain. Sesuatu yang lain inilah yang disebut Al-Khaliq. Dialah yang menciptakan manusia, hidup, dan alam semesta.

Dalam menentukan keberadaan Pencipta ini akan kita dapati tiga kemungkinan.

  • Pertama, Ia diciptakan oleh yang lain.
  • Kedua, Ia menciptakan diri-Nya sendiri.
  • Ketiga, Ia bersifat azali dan wajibul wujud.

Kemungkinan pertama bahawa Ia diciptakan oleh yang lain adalah kemungkinan yang bathil, tidak dapat diterima oleh akal. Kerana, bila benar demikian, tentu Ia bersifat terbatas. Begitu pula dengan kemungkinan kedua, yang menyatakan bahawa Ia menciptakan diri-Nya sendiri. Jika memang demikian bererti Dia sebagai makhluk dan Khaliq pada saat yang bersamaan. Suatu perkara yang jelas-jelas tidak dapat diterima. Oleh kerana itu, Al-Khaliq harus bersifat azali dan wajibul wujud. Dialah Allah SWT.

Tauhid dan Keesaan Allah SWT

Beriman kepada Allah SWT adalah Rukun Iman yang pertama. Beriman kepada Allah SWT tiga aspek keimanan iaitu:

  • Tauhid Ar-Rububiyyah
  • Tauhid Al-Uluhiyyah
  • Tauhid Al-Asma' Was-Sifat

Tauhid Ar-Rububiyyah

Ia ialah pengesaan Allah SWT dengan penciptaan, kerajaan dan pentadbiran; firman Allah SWT : "Adakah lagi pencipta selain daripada Allah SWT ? Dia memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tidak ada Tuhan melainkan Dia" [Fatir: 3], dan berfirman Allah SWT : "Maka adakah sesiapa yang mencipta sama seperti sesiapa yang tidak mencipta? Maka tidakkah kamu semua ingat?" [An-Nahl: 17]

Tauhid Al-Uluhiyyah

Ia ialah pengesaan Allah SWT dengan penyembahan [`ibadah], dengan hendaklah manusia tidak mengambil bersama Allah SWT sesuatu pun yang disembahnya dan didekati kepadanya, sebagaimana dia menyembah Allah SWT dan dia mendekat kepada-Nya, dan jenis inilah daripada tauhid yang orang-orang musyrikun telah sesat padanya, yang Nabi telah memerangi mereka dan menawan wanita-wanita, zuriat, harta, tanah dan negeri mereka, dan inilah tauhid yang dibangkitkan dengannya para rasul, dan diturunkan dengannya kitab-kitab.

Tauhid Al-Asma' Was-Sifat

    Lihat juga Asmaul Husna
    Lihat juga Sifat-sifat Allah

Ia ialah pengesaan Allah SWT dengan apa-apa yang dinamakan-Nya diri-Nya dengannya, dan disifatkan-Nya diri-Nya dengannya di dalam kitab-Nya, atau di atas lisan Nabi Muhammad; dan hal itu ialah dengan mengisbatkan [mensabitkan, mengesahkan, berpegang dengan] apa-apa yang Allah SWT sabitkannya untuk diri-Nya dengan tanpa pengubahsuaian dan tanpa pengabaian, dan dengan tanpa pindaan dan tanpa penyerupaan ini adalah metode yang di gunakan oleh ulamak slafusoleh dan boleh juga di Takwil mengikut metode yang di gunakan oleh ulamak Khalaf.

Aqidah tauhid (monotheism) adalah aqidah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul termasuklah Nabi Nuh, Ibrahim, Daud, Sulaiman, Musa dan Isa. Manakala Nabi Muhammad adalah rasul terakhir yang menyempurnakan risalah aqidah tersebut kepada semua kalangan manusia tanpa mengira keturunan, bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit.

Sifat-sifat Allah SWT yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui. Sifat Allah SWT ini bukan sesuatu yang baharu atau di ciptakan oleh ulamak mutakallimin. Ia sudah terkandung dalam Quran dan Hadith dan juga Ulamak tabien Imam Abu Hanifah dalam kitab fiqhul Akhbar menyatakan 13 sifat bagi Allah.

Kontroversi penggunaan kalimah Allah

Bagi umat Kristian di tanah Arab tidak ada perkataan lain untuk 'Tuhan' selain 'Allah'.

Arab Kristian misalnya menggunakan istilah-istilah Allāh al-ab (الله الآب) bermakna Tuhan yang Bapa, Allāh al-ibn (الله الابن) bermakna Tuhan yang Anak, dan Allāh al-rūḥ al qudus (الله الروح القدس) bermakna Tuhan yang Roh Kudus. Lihat Tuhan dalam agama Kristian untuk konsep Tuhan Kristian. Bagaimanapun di kalangan masyarakat Kristian Arab sendiri, mereka mula mengelakkan diri daripada menggunakan "Allah" bagi merujuk tuhan dan menggantikannya dengan "Al-Ilaah" untuk Tuhan dan "Rabb" untuk Pemilik.

Penganut Kristian di negara barat pula menganggap tidak wajar memanggil nama Tuhan Kristian dengan nama "Allah" kerana doktrin keagamaan yang berbeza di antara orang Islam dan Kristian boleh membawa kepada kekeliruan. Malah sesetengah mereka mendakwa "Allah" berasal daripada Tuhan masyarakat pagan Arab (musyrikin Arab).

Terjemahan ke dalam kitab agama lain

Para penterjemah kitab Bible dan mubaligh Kristian terutama di dalam masyarakat yang majoritinya beragama Islam menggunakan perkataan "Allah" untuk merujuk kepada tuhan. Tindakan ini dipercayai untuk memudahkan penyebaran agama Kristian dan pemahaman di kalangan masyarakat tempatan. Seterusnya memurtadkan umat Islam di dalam masyarakat tersebut. Kes penukaran nama tuhan Kristian kepada nama-nama tuhan bahasa tempatan juga pernah berlaku apabila William Carey, seorang paderi menterjemah Bible bahasa Inggeris kepada bahasa Benggali, dengan menggunakan nama Tuhan Yang Maha Agung Hindu, Ishwar merujuk 'God'.

Indonesia

Di Indonesia, terjemahan Kitab Bible dalam bahasa tempatan menggunakan perkataan "Allah Bapa" bagi menggambarkan God the Father dan "Anak Allah" bagi Yesus, walaupun dalam pengucapan seharian mereka lebih gemar menggunakan perkataan "Tuhan", "Lord" atau "God".

Dalam bahasa Indonesia umum, kata "Tuhan" dipakai untuk Yang Mahakuasa, Mahaperkasa. Untuk Allah pula, Tuhan Yang Maha Esa, termasuk Kitab Perjanjian Baru kecuali petikan Perjanjian Lama.

Malaysia

Di Malaysia, terdapat cubaan menggunakan perkataan "Allah" sebagai ganti kepada perkataan Bahasa Inggeris "God" di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu. Ia masih lagi diperdebatkan. Impak jangka panjang jika ini dibenarkan adalah sangat besar dari apa yang sesetengah orang jangkakan, kerana terjemahan lain seperti the Pagan gods atau Zeus, King of the God boleh diterjemahkan sebagai allah-allah Pagan juga Zeus, Raja Segala Allah.

Pada penghujung tahun 2012, isu penggunaan nama Allah di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu kembali timbul apabila ia dibangkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sebagai mesej Krismas beliau kepada kerajaan BN. Perkara ini mendapat tentangan kuat daripada beberapa NGO Islam di Malaysia. Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) misalnya telah menerbitkan sebuah makalah ilmiah yang menghujahkan aspek bahasa dan sejarah tentang kekeliruan dalam tuntutan penggunaan kata nama Allah untuk terjemahan Bible.

Berikutan hal ini, Sultan Selangor mentitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk umat Islam sahaja dan mana-mana pihak yang cuba mengingkari akan ditahan. Walau bagaimanapun, kerajaan Selangor terus dengan pendirian mereka bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan muslim selagi ia tidak disalah gunakan. Manakala, Majlis Gereja Malaysia tetap berkeras ingin menggunakan nama "Allah" atas alasan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu " agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan". Parti MCA menyokong kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam dengan alasan agama lain seperti Sikh dan Hindu juga mengandungi kalimah Allah. Walau bagaimanapun pendapat ini telah disanggah oleh Aidil Khalid dalam sebuah artikel yang menghujahkan bahawa kalimah Allah dalam kitab suci agama Sikh adalah merujuk kepada Allah seperti mana yang difahami oleh orang Islam, manakala tidak terdapat sebarang bukti bagi menunjukkan bahawa kalimah tersebut terkandung dalam kitab suci agama Hindu.

Berlaku juga konflik di dalam parti PAS apabila presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan bukan Islam boleh guna kalimah Allah tetapi dengan syarat ia tidak disalahgunakan. Dan ia disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila beliau bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam asalkan ia tidak disalahguna. Namun di pihak Dewan Ulama PAS pula tidak bersetuju penggunaannya bagi bukan Islam. Mereka berpendapat istilah terbaik untuk 'God' adalah tuhan sebagaimana ia difahami oleh penganut Kristian manakala nama Allah khusus untuk Islam. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidaksenangan antara penganut agama Islam dan Kristian di Malaysia.

Pada 14 Oktober 2013, Makhamah Rayuan Malaysia telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar The Herald. Hal ini mendapat pelbagai reaksi di kalangan muslim dan bukan muslim di Malaysia. Namun, rayuan oleh Kerajaan Malaysia selepas itu telah diterima oleh mahkamah.

Penggunaan perkataan Allah dalam Al-Quran

Di dalam Al-Quran, Allah dengan tegas menjelaskan bahawa :=

    "Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah satu (oknum) daripada yang tiga (oknum triniti)", padahal sekali-kali tidak ada tuhan selain dari Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih." (Surah Al-Ma’idah: 73)

Rujukan

Tags:

Allah EtimologiAllah PenggunaanAllah Persoalan tentang Pencipta (Tuhan)Allah Tauhid dan Keesaan SWTAllah Kontroversi penggunaan kalimah Allah Penggunaan perkataan dalam Al-QuranAllah RujukanAllahAr-Allah.ogaArab pra-IslamBahasa ArabBantuan:IPA/EnglishIslamMedia:Ar-allah.oggen:Wikipedia:IPA for Arabic

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sungai BulohJam 12 jamZodiakSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahPerang BadarSejarah MelakaNombor dalam budaya CinaPukimakAzhar IdrusAzhar SulaimanAnwar IbrahimCampaBerlari merentas desaPertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuNabi Adam a.s.Fadillah YusofShahrulezad MohameddinVAT 69/UTKCuti umum di MalaysiaRevolusi KeagunganSultan Iskandar ibni Sultan IsmailJenis-jenis ayat bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unFarajProton SagaUnifi TVTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahMarissa YasminLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia@Kementerian Pendidikan MalaysiaJam 24 jamAngka RumiBatik Air MalaysiaPandelela RinongSeks oralKesejahteraanSlot ChamsarangPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaDollaKesan rumah hijauAnna JoblingBandar TaipingBendera MalaysiaThailandSultan PahangAlor SetarBugisMedia sosialDia Isteri Luar Biasa (drama)Kumpulan Wang Simpanan PekerjaAstro MalaysiaKucingTakbirKata kerja tak transitifNabi Nuh a.s.KL GangsterJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaSenarai saluran Astro NJOIYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanNasrizal NgasriTuanku MuhrizIndiaWanita SyurgaD J DaveAbdul Hadi AwangPeribahasa MelayuTempoh haram puasaSepupuSurah al-BaqarahHari Raya AidilfitriFauzi NawawiRinggitNasi lemakUndang-Undang Laut MelakaShaheizy SamRukun NegaraKerajaan Salakanagara🡆 More