Kapal Induk Pesawat Udara

Kapal induk pesawat udara atau kapal pengangkut pesawat (Bahasa Inggeris: aircraft carrier - kapal induk pinjam terjemah Belanda: moederschipcode: nl is deprecated ) ialah kapal perang terbesar yang memainkan peranan untuk melancar dan mendaratkan jet-jet pejuang.

Kapal jenis ini mampu membenarkan pasukan tentera laut untuk meletakkan kuasa udara di jarak jauh tanpa bergantung kepada pangkalan tempatan di darat bagi menyediakan landasan untuk kapal terbang berlepas/mendarat. Tentera laut moden, yang mengendalikan kapal sedemikian menganggap kapal pengangkut pesawat sebagai unit pusat angkatan, peranan yang sebelumnya dimainkan oleh kapal tempur. Pertukaran, sebahagian daripada pertumbuhan kuasa udara sebagai sebahagian kuasa penting dalam perperangan, berlaku ketika Perang Dunia II. Kapal pengangkut pesawat tanpa kapal pengiring dianggap lemah terhadap serangan peluru berpandu dan dengan itu bergerak sebagai sebahagian pasukan tempur kapal induk.

Kapal Induk Pesawat Udara
INS Vikrant
Kapal Induk Pesawat Udara
NAM Atlântico ialah kapal pengangkut pesawat Brazil.

Kapal ini biasanya merupakan kapal terbesar dikendalikan oleh tentera laut; kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz digerakkan dengan menggunakan dua reaktor nuklear dan empat reaktor turbin stim. Ia sepanjang 333 meter (1092 kaki) dan berharga sekitar AS$ 5 bilion. Amerika Syarikat memiliki kebanyakan kapal induk dengan lebih sedozen dalam perkhidmatan, dan kapal pengangkut pesawatnya merupakan batu asas (cornerstone) untuk menunjukkan keupayaan peluncuran kuasa Amerika Syarikat.

Sembilan negara memiliki kapal pengangkut pesawat: Amerika Syarikat, Perancis, India, Rusia, Sepanyol, Brazil, Itali, Thailand, dan United Kingdom. Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China memiliki kapal pengangkut pesawat bekas Kesatuan Soviet Varyag, tetapi kebanyakan pakar analisis percaya mereka tidak berminat mengendalikannya, tetapi menggunakan Varyag untuk mempelajari operasi kapal pengangkut pesawat bagi kapal pengangkut pesawat masa depan China.

Tatarajah asas

Kapal Induk Pesawat Udara 
Carta perbandingan kapal pengangkut pesawat dan helikopter di seluruh dunia

Kapal induk memiliki dua tatarajah. Tatarajah kapal ang paling biasa mempunyai bahagian atas yang rata untuk kawasan pelancaran dan pendaratan kapal terbang. Manjanik kapal terbang berkuasa wap, memecut kapal terbang dengan pecutan penuh, daripada 0 kepada 265 kilometer sejam (165 bsj) dalam tempoh 2 saat semasa berlepas bagi membantu ia mencecah kelajuan berlepas. Untuk mendarat di atas kapal induk, kapal terbang yang mendarat yang bergerak pada kelajuan 240 kilometer sejam (150 bsj) dilengkapkan dengan pencangkuk ekor akan menangkap salah satu daripada empat kabel penahan yang dipasang merentangi dek dan akan menghentikan kapal terbang dalam jarak 100 meter (320 kaki) selepas menangkap kabel tersebut.

Tatarajah kedua dan yang terkini, dimajukan untuk Tentera Laut Diraja British, mempunyai "loncatan ski" di hujung dek rata, yang membantu melancarkan kapal terbang. Susunan ini direka untuk kegunaan dengan pesawat VTOL atau STOVL yang mampu berlepas dan mendarat tanpa pergerakan hadapan atau hanya sedikit. Pesawat ini tidak memerlukan kemudahan manjanik atau kabel penahan untuk direntangkan merentasi dek penerbangan.

Dalam kedua-dua kes ini, kapal induk akan bergerak sehingga 35 knot (65 kilometer sejam) menghadap angin semasa operasi berlepas atau pendaratan agar meningkatkan kelajuan angin sebenar, dengan itu mengurangkan kelajuan yang diperlukan dibandingkan dengan kelajuan kapal.

Jenis asas

Terdapat beberapa jenis asas kapal induk, sesetengahnya telah lapuk penggunaannya:

  • Kapal pengangkut kapal terbang laut, seperti HMS Engadine (1911), tidak lagi digunakan selepas 1950an.
  • Kapal induk armada, seperti USS Essex (CV-9), biasanya 20,000 hingga 65,000 tan.
  • Kapal induk pengiring, seperti USS Barnes (CVE-20), dibina hanya semasa Perang Dunia II, dan digunakan oleh Tentera Laut Diraja dan Tentera Laut A.S.
  • Kapal induk ringan, seperti USS Independence (CVL-22), direka khas untuk membawa kapal terbang pejuang sahaja.
  • Kapal CAM, seperti SS Michael E, kapal pembawa kargo yang mampu melancarkan kapal terbang pejuang tetapi tidak mampu mendaratkan kapal terbang. Kapal ini merupakan langkah kecermasan semasa Perang Dunia II.
  • Kapal induk dagang, seperti MV Empire MacAlpine, satu lagi langkah kecermasan yang mana kapal dagang kargo dilengkapkan dengan dek penerbangan.
  • Kapal serangan amfibia, seperti USS Tarawa, yang turut bertindak untuk tujuan membawa dan mendaratkan tentera.
  • Kapal induk pertempuran anti-kapal selam, seperti HMS Invincible, juga dikenali sebagai "kapal pembawa helikopter."
  • Kapal pengangkut pesawat super, seperti USS Nimitz, biasanya seberat melebihi 75,000 tan.

Kapal pengangkut biasanya disertai oleh beberapa kapal lain, bertujuan memberikan perlindungan untuk kapal induk yang sukar dikendali, untuk membawa bekalan, dan memberikan keupayaan menyerang tambahan. Ia sering diistilah sebagai kumpulan perang (battle group) atau kumpulan kapal induk (carrier group), kadangkala sebagai kumpulan tempur kapal induk (carrier battle group).

Penjajap dan kapal perang utama semasa tahun-tahun antara-perang sering membawa manjanik bagi melancarkan kapal terbang laut bagi tujuan peninjauan. Ia dilancarkan menggunakan manjanik dan diambil dengan menggunakan kren selepas mendarat. Ini kebanyakannya dibuang semasa Perang Dunia II.

Kebanyakan kapal tempur moden mempunyai keupayaan mengendalikan helikopter dan helikopter penyerang sebagai mewakili bentuk baru kapal pengangkut.

Armada-armada negara di dunia

Kapal Induk Pesawat Udara 
Kapal pengangkut pesawat China Shandong

Sejumlah 20 buah kapal induk berada dalam khidmat aktif dengan 10 buah tentera laut di dunia. Selain itu, tentera laut Australia, Brazil, China, Perancis, India, Itali, Jepun, Korea Selatan, Sepanyol, Thailand dan Amerika Syarikat juga mengoperasikan kapal-kapal yang boleh membawa dan mengoperasikan helikopter dan pesawat STOVL.

Australia

Kapal pembawa helikopter kelas Canberra dibina berdasarkan kapal kapal serangan amfibia kelas Juan Carlos I, yang mana terdiri daripada dua buah kapal. Kapal kelas ini dibina oleh Navantia dan BAE Systems Australia. Canberra merupakan kapal terbesar yang telah dibina untuk Tentera Laut Diraja Australia. Canberra melakukan ujian dilaut pada akhir tahun 2013 dan ditauliahkan pada tahun 2014.

Kapal kedua daripada kelas Canberra, HMAS Adelaide, telah ditauliahkan pada bulan Disember 2015. Versi milik Australia mengekalkan lompatan ski daripada rekabentuk Juan Carlos I, meskipun Australia tidak membeli sebarang pesawat kepak kaku yang berpangkalan di atas kapal pengangkut.

Brazil

Sebuah kapal pengangkut jenis CATOBAR kelas São Paulo asalnya ialah kapal kelas Clemenceau yang kini berkhidmat dengan Tentera Laut Brazil. São Paulo telah ditauliahkan pada tahun 1963 oleh Tentera Laut Perancis sebagai Foch dan dijual kepada Brazil pada tahun 2000, di mana ia menjadi kapal induk baru bagi Tentera Laut Brazil. Semasa tempoh 2005–2010, São Paulo menjalani pemodenan ekstensif. Pada akhir tahun 2010, ujian laut dimulakan, dan setakat 2011 São Paulo telah dinilai oleh CIASA (Inspection Commission and Training Advisory). Ia dijangka akan memasuki armada pada akhir tahun 2013, tetapi terlibat di dalam kebakaran besar pada tahun 2012.

Setakat September 2016, kapal ini masih dibaiki; komander Tentera Laut Brazil, Laksamana Eduardo Leal Ferreira, berkata rancangan telah dibuat untuk memperbaharui sistem pendorongannya. Sistem manjanik kapal juga dilaporkan mengalami masalah. Pada 14 Februari 2017, pihak tentera laut mengumumkan bahawa kapal ini akan dilucut tauliah, memetik kos yang tidak ekonomik untuk membuat pembaikan lebih lanjut.

China

Sebuah pengangkut jenis STOBAR iaitu Liaoning asalnya dibina sebagai kapal kelas Laksamana Kuznetsov seberat 57,000 tan yang diberi nama Varyag dan kemudian dibeli dalam bentuk ceraian oleh China pada tahun 1998 dengan alasan akan digunakan sebagai sebuah kasino terapung, kemudian dibina semula secara separa dan ditunda ke China untuk disudahkan. Liaoning telah ditauliahkan pada 25 September 2012, dan mula digunakan dalama ujian dan latihan. Pada 24 atau 25 November 2012, Liaoning berjaya melancarkan dan menerima beberapa buah pesawat Shenyang J-15. Kapal ini dikelaskan sebagai sebuah kapal latihan, bertujuan untuk memberi latihan kepada tentera laut berlatih di atas kapal pengangkut. Pada 26 Disember 2012, akhbar People's Daily melaporkan bahawa Liaoning akan mengambil masa selama 4-5 tahun untuk mencapai keupayaan penuh, di sebabkan latihan dan koordinasi oleh Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat akan memerlukan sejumlah besar masa kerana ini merupakan kapal pengangkut pesawat pertama milik mereka. Oleh kerana statusnya sebagai kapal latihan, Liaoning tidak ditugaskan ke mana-mana operasi armada China.

Mesir

Mesir telah menandatangani satu kontrak dengan pembuat kapal Perancis DCNS untuk membeli dua buah kapal pengangkut helikopter kelas Mistral sekitar 950 juta Euro. Kapal-kapal ini asalnya telah dibeli oleh Rusia, akan tetapi perjanjian telah dibatalkan oleh Perancis di sebabkan penglibatkan Rusia dalam konflik di Ukraine. Kapal-kapal ini dijangka akan diserahkan pada tahun 2016.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Kapal Induk Pesawat Udara Tatarajah asasKapal Induk Pesawat Udara Jenis asasKapal Induk Pesawat Udara Armada-armada negara di duniaKapal Induk Pesawat Udara RujukanKapal Induk Pesawat Udara Pautan luarKapal Induk Pesawat UdaraBahasa BelandaBahasa InggerisKapal tempurPeluru berpanduPerang Dunia II

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

PelesitSepahtu Reunion Al-RayaHarimauAdnan Abu Hassan (ahli politik)Eurocopter FennecTentera Udara Diraja MalaysiaBendera ThailandAl Nassr FCPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuBunga rayaKecerdasan buatanDini SchatzmannParti Islam Se-MalaysiaKetumBatu PahatMalaysia MadaniKetupatMohd Shuhaily Mohd ZainHinduismeGabenor Bank Negara MalaysiaSepupuAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaBaba dan NyonyaMenteri Pertahanan MalaysiaPerodua KancilPeribahasa MelayuJamal AbdillahTauhid RububiyahSejarah MelakaTabbyPutri JannahAnwar IbrahimFrekuensi radio di KedahOrang JawaSistem pembiakan perempuanKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Bukit TaburWikipediaJanna NickNabi Yusuf a.s.KuchingSenarai negara berdaulatPegawai Waran Udara IIBendera dan jata PerakTentera Laut Diraja MalaysiaRespirasi selHaqimi Azim RosliKota BharuIslamFrekuensi radio di KelantanAyob Khan Mydin PitchayR.A. KartiniSelawatDasar Ekonomi BaruMahligai PermataAmerika SyarikatCinta FatamorganaHantu rayaMimi LanaGunung KinabaluMahathir MohamadBaju MelayuEyka FarhanaKetua Polis Negara MalaysiaNorman HakimTengku Permaisuri NorashikinPuteri KhareezaPolitik balas budiRedza RosliBintara MudaZul AriffinProton WajaNegeri-negeri Melayu BersekutuPersekutuan Pengakap MalaysiaSolat jamakMasya-AllahAl-Quran🡆 More