Rusia: Negara berdaulat di Eropah Timur dan Asia Utara

Rusia, (Bahasa Rusia: Россияcode: ru is deprecated , tr.

Persekutuan Rusia
ڤرسكوتوان روسيا
  • Российская Федерация (Rusia)
  • Rossiyskaya Federatsiya
Bendera Rusia
Jata Rusia
Bendera Jata
Lagu kebangsaan
"Gosudarstvennyy Gimn Rossiyskoy Federatsii"
"Lagu Negara Persekutuan Rusia"
Rusia: Etimologi, Sejarah, Politik
Recognized territory of Russia is shown in dark green; claimed and disputed territory is shown in light green.
Rusia: Etimologi, Sejarah, Politik
Lokasi Rusia dengan Krimea dalam hijau muda.
Ibu negara
dan bandar terbesar
Moscow
55°45′N 37°37′E / 55.750°N 37.617°E / 55.750; 37.617
Bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan
Rusia
Bahasa kebangsaan yang diiktirafLihat Bahasa-bahasa Rusia
Kumpulan etnik
(2010)
  • 80.9% Rusia
  • 3.9% Tatar
  • 1.4% Ukraine
  • 1.1% Bashkir
  • 1.0% Chuvash
  • 1.0% Chechen
  • 10.7% lain
Agama
  • 71% Kristian Orthodox
  • 15% Tidak Beragama
  • 4% Islam
  • 10% Lain-lain
DemonimOrang Rusia
KerajaanRepublik berperlembagaan separa presiden parti dominan persekutuan
• Presiden
Vladimir Putin (Владимир Путин)
Mikhail Mishustin (Михаил Мишустин)
• Yang di-Pertua
Majlis Persekutuan
Valentina Matviyenko (Валенти́на Матвие́нко)
• Yang di-Pertua
Duma Negara
Vyacheslav Volodin (Вячеслав Володин)
Vyacheslav Lebedev (Вячеслав Лебедев)
Badan perundanganPerhimpunan Persekutuan
Majlis Persekutuan
Duma Negara
Pembentukan
• Novgorod dibina
862
• Rus' Kiev
879
• Duci Agung Moscow
1283
16 Januari 1547
22 Oktober 1721
15 Mac 1917
• Persekutuan Rusia
8 Disember 1991
12 Disember 1993
• Politi terakhir dimasukkan
18 Mac 2014
• Pindaan terakhir
4 Julai 2020
Keluasan
• Jumlah
17,098,246 km2 (6,601,670 bt2) (tanpa Krimea) (Ke-1)
• Perairan (%)
13 (termasuk kawasan paya)
Populasi
• Perkiraan 2020
  • 146,748,590
  • (termasuk Krimea)
  • 144,386,830
  • (tidak termasuk Krimea)
(ke-9)
8.4/km2 (21.8/sq mi) (ke-225)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$4.519 trillion (ke-5)
$30,819 (ke-50)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$1.657 trillion (ke-11)
$11,305 (ke-61)
Gini (2018)negative increase 37.5
sederhana · ke-98
HDI (2018) 0.824
sangat tinggi · ke-49
Mata wangRubel Rusia (₽)
(RUB)
Zon waktu({{{time_zone}}})
Format tarikhdd.mm.yyyy
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+7
Kod ISO 3166RU
DPT internet

Dengan meliputi kawasan seluas 17,125,200 kilometer persegi (6,612,100 bt2), ia merupakan negara terbesar di dunia mengikut keluasan, merentangi lebih daripada satu perlapan kawasan tanah yang didiami di Bumi, menjangkau sebelas zon masa, dan bersempadan dengan 16 negara berdaulat. Wilayah Rusia meluas dari Laut Baltik di barat ke Lautan Pasifik di Timur, dan dari Lautan Artik di utara ke Laut Hitam dan Caucasus di selatan. Dengan 146.7 juta penduduk tinggal dalam 85 Subjek Persekutuan negara tersebut, Rusia merupakan negara paling ramai penduduk di Eropah dan kesembilan di dunia. Bandar terbesar dan ibu negara Rusia ialah Moscow; kawasan bandar utama yang lain termasuk Saint Petersburg, Novosibirsk, Yekaterinburg, Nizhny Novgorod, Kazan dan Chelyabinsk.

Etimologi

Nama asal negara ini ialah Rus' (Русь), sebuah negara zaman pertengahan yang diduduki oleh kaum Slav Timur. Akan tetapi, nama khas ini lebih menonjol kemudian, maka negara ini mendapat gelaran "Russkaya Zemlya" (Русская Земля), iaitu "Tanah Rus'". Untuk membezakan negara ini daripada negeri-negeri lain yang berasal daripadanya, ia digelar Kievan Rus' dalam kerja historiografi moden.

Nama Rus' ada satu nama Latin lama itu Ruthenia yang lazimnya digunakan untuk kawasan barat dan selatan Rus' yang berdekatan dengan rantau Eropah Katolik. Nama negara ini sekarang, "Rossiya" (Россия), berasal dari nama Rus' versi Yunani iaitu Rosía (Ρωσία) iaitu nama Kievan Rus' dalam Empayar Byzantium.

Sejarah

Sejarah Rusia bermula dengan kisah silam kaum Slav Timur. Tarikh permulaan tradisi sejarah Rusia spesifik adalah penubuhan negara Rus di utara pada tahun 862 yang diperintah oleh Viking. Rus Kiev, negara Slav Timur bersatu yang pertama, ditubuhkan oleh pewaris Rurik, Oleg dari Novgorod pada tahun 882. Negara ini memeluk agama Kristian daripada Empayar Byzantium pada tahun 988, maka bermulanya persepaduan kebudayaan Bizantium dan Slav yang mencorakkan budaya Rusia selama seabad yang seterusnya. Kievan Rus' akhirnya cerai-berai akibat Serangan Mongol terhadap Rus' pada tahun 1237–1240. Ketika itu, munculnya sebilangan kuasa serantau, khususnya Novgorod dan Pskov, yang merebut warisan budaya dan politik Kievan Rus'.

Selepas abad ke-13, Moscow mulai mendominasi bekas pusat kebudayaan itu. Pada tahun 1547, Adipati Agung Ivan Ganas ditabalkan sebagai Tsar pertama Rusia. Menjelang abad ke-18, Duci Agung Moscow berkembang menjadi Empayar Rusia yang terbentang luas dari Komanwel Poland-Lithuania ke arah timur hingga Lautan Pasifik. Peluasan wilayah ke arah barat mencelikkan lagi kefahaman Rusia akan betapa terpisahnya daripada seluruh Eropah, sekaligus memecahkan keterpencilan yang dialaminya pada awal peluasan. Rejim demi rejim yang bersilih-ganti pada abad ke-19 menangani tekanan sedemikian dengan pembaharuan yang tidak bersungguh-sungguh serta penindasan. Perhambaan di Rusia dimansuhkan pada tahun 1861, tetapi pemansuhan itu tercapai atas dasar-dasar yang tidak menyebelahi kaum petani dan terus menghangatkan lagi tekanan untuk berrevolusi. Dari masa pemansuhan perhambaan hingga meletusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, pembaharuan Stolypin, perlembagaan 1906 dan Duma Negara melakukan perubahan ketara pada ekonomi dan politik Rusia,tetapi tsar (maharaja) masih tidak sanggup melepaskan pemerintahan autokrasi atau berkongsi kuasa. Akhirnya, kerakusan kuasa kerabat diraja membawa padah kepada Tsar Nikolai II selaku Maharaja terakhir yang digulingkan di penghujung Perang Dunia Pertama.

Revolusi Rusia pada tahun 1917 dicetuskan oleh keruntuhan ekonomi, kelelahan daripada berperang, dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem kerajaan autokratik, sehingga pemerintahan beraja diganti oleh kerajaan sementara campuran liberal dan sosialis sederhana, tetapi kegagalan dasar-dasar mereka menyebabkan pada 25 Oktober, tampuk pemerintahan negara ini jatuh di tangan Bolshevik Komunis yang memerintah secara sistem satu parti mulai tahun 1918. Pada tahun 1922, Rusia bersama beberapa republik lain di Eropah Timur yang memeluk fahaman sosialis membentuk Kesatuan Soviet, sebuah negara berasaskan ideologi komunisme yang kemudiannya disertai oleh beberapa lagi republik sosialis yang berjiran dengannya di Eropah Timur dan Asia Barat dan Tengah. Bagaimanapun, pendekatan sosialisme yang diamalkan oleh Kesatuan Soviet berbeza-beza dari zaman ke zaman, bermula dengan ekonomi campuran dan kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan pada tahun 1920-an yang digantikan oleh ekonomi perancangan pusat dan kezaliman zaman Joseph Stalin hingga "zaman genangan" pada 1980-an. Di sebalik keperitan itu, Kesatuan Soviet tetap melakar detik-detik terpenting dalam sejarah manusia, misalnya menyertai Pihak Berikat yang menjadi pihak yang menang dalam Perang Dunia Kedua (1937–1945) ke atas ancaman Kuasa Paksi (Jerman Nazi dan Empayar Jepun), cuba meluaskan ideologi dan pengaruh Komunisme ke seluruh dunia hingga membimbangkan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain lalu mencetuskan Perang Dingin yang berlarutan sejak akhir Perang Dunia hingga akhir 1980-an; melancarkan satelit buatan manusia pertama serta menghantar manusia pertama, Yuri Gagarin, ke angkasa lepas. Pada akhir 1980-an, akibat kelemahan struktur ekonomi dan politik yang makin meruncing, kepimpinan Komunis melakukan pembaharuan besar-besaran yang menyebabkan tumbangnya Kesatuan Soviet.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1991, Persekutuan Rusia diakui sebagai pewaris sah kepada Kesatuan Soviet di mata dunia. Bagaimanapun, Rusia kehilangan taraf kuasa terbesarnya kerana berdepan dengan cabaran getir dalam usahanya untuk membentuk sistem politik dan ekonomi pasca-Soviet yang baru. Dengan menggugurkan ekonomi terancang sosialis dan pemiliknegaraan harta dari zaman Soviet, Rusia cuba membina ekonomi yang berunsur kapitalisme pasaran tetapi tidak kurang mendapat hasil yang memilukan. Sehingga hari ini, Rusia mewarisi banyak kesinambungan budaya politik dan struktur sosialnya daripada zaman silam tsar dan Soviet.

Politik

Pemerintahan

Rusia: Etimologi, Sejarah, Politik  Rusia: Etimologi, Sejarah, Politik 
Vladimir Putin
Rusia: Etimologi, Sejarah, Politik  Presiden
Mikhail Mishustin
Rusia: Etimologi, Sejarah, Politik  Perdana Menteri

Menurut Perlembagaan Rusia, negara ini merupakan sebuah persekutuan asimetrik dan republik separa presiden. Presiden ialah ketua negara dan Perdana Menteri ialah ketua kerajaan. Persekutuan Rusia pada dasarnya berstruktur demokrasi berperwakilan berbilang parti, dengan kerajaan persekutuan yang terdiri daripada tiga cabang:

  • Perundangan: Perhimpunan Persekutuan dwidewan yang terdiri daripada Duma Negara (450 ahli) dan Majlis Persekutuan (170 ahli), menerima undang-undang persekutuan, mengisytiharkan perang, meluluskan perjanjian, mengawal perbelanjaan dan berkuasa mendakwa Presiden.
  • Eksekutif: Presiden ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, boleh membatalkan rang undang-undang sebelum dijadikan undang-undang, serta melantik Jemaah Menteri dan pegawai-pegawai lain yang mentadbir dan menguatkuasa undang-undang dan dasar-dasar persekutuan.
  • Kehakiman: Mahkamah Perlembagaan, Mahkamah Agung dan makhamah-makhamah persekutuan rendah. Para hakim mahkamah-mahkamah tersebut dilantik oleh Majlis Persekutuan atas nasihat Presiden, mentafsir undang-undang dan membatalkan undang-undang yang didapati bercanggah dengan perlembagaan.

Presiden dipilih oleh rakyat mengundi untuk penggal enam tahun (layak hingga dua penggal sahaja, tetapi bukan penggal ketiga berturut-turut). Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan timbalan-timbalan, menteri-menteri, dan individu-individu lain yang terpilih; kesemua mereka dilantik oleh Presiden atas nasihat Perdana Menteri (sementara pelantikan Perdana Menteri memerlukan persetujuan Duma Negara). Parti-parti politik utama di Rusia termasuk Rusia Bersatu, the Parti Komunis, the Parti Demokratik Liberal Rusia, dan Rusia Adil. Pada tahun 2019, Rusia diletakkan di tempat ke-134 daripada 167 negara dalam Indeks Demokrasi, yang disusun oleh Unit Perisikan The Economist, sementara Projek Keadilan Dunia, setakat tahun 2014, meletakkan Rusia di tempat ke-80 daripada 99 negara ditinjau dari segi peraturan perundangan.

Bahagian politik

Rusia: Etimologi, Sejarah, Politik 
Rusia: Etimologi, Sejarah, Politik 
Bangunan Duma Bandar Raya Rostov-on-Don
Rusia: Etimologi, Sejarah, Politik 
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Akhmad Kadyrov, bekas pemberontak dan ketua Republik Chechen, 2000
Rusia: Etimologi, Sejarah, Politik 
Presiden Rusia Dmitry Medvedev dan Presiden Tatarstan Mintimer Shaimiyev di Kazan, ibu kota Tatarstan, 2011
    Subjek persekutuan

Mengikut Perlembagaan, negara tersebut terdiri daripada lapan puluh lima subjek persekutuan, termasuk Republik Krimea dan bandar raya persekutuan Sevastopol yang dipertikai. Pada tahun 1993, apabila Perlembagaan diguna pakai, terdapat lapan puluh sembilan subjek persekutuan yang disenaraikan, tetapi kemudian ada sesetengah daripada mereka digabungkan. Subjek-subjek tersebut mempunyai perwakilan sama rata—dua wakil untuk setiap subjek—dalam Majlis Persekutuan. Bagaimanapun, subjek-subjek ini berbeza dari segi tahap autonomi yang dinikmati.

  • 46 oblast (wilayah): jenis subjek persekutuan yang terbanyak, dengan gabenor lantikan persekutuan dan perundangan lantikan setempat.
  • 22 republik: berautonomi atas nama; setiap satu mempunyai perlembagaan, presiden dan parliment sendiri. Republik dibenarkan menetapkan bahasa rasmi sendiri di samping bahasa Rusia tetapi diwakili oleh kerajaan persekutuan dalam hal-ehwal luar negara. Republik dimaksudkan sebagai tanah air kelompok etnik minoriti tertentu.
  • 9 krai (jajahan): pokoknya sama dengan oblast. Nama "krai" adalah bersejarah, asalnya diberikan kepada kawasan sempadan dan juga bahagian pentadbiran yang terdiri daripada okrug berautonomi atau oblast berautonomi.
  • 4 okrug (negeri autonomi): asalnya entiti berautonomi dalam oblast dan krai yang dibentuk untuk kelompok minoriti etnik, tarafnya dinaikkan kepada subjek persekutuan pada 1990-an. Semua pentadbiran okrug berautonomi masih tertakluk kepada krai atau oblast yang dianggotainya kecuali Negeri autonomi Chukotka.
  • 1 oblast autonomi (Wilayah autonomi Yahudi): asalnya oblast berautonomi selaku unit pentadbiran di bawah taklukan krai. Pada tahun 1990, semuanya kecuali WA Yahudi dinaik taraf kepada republik.
  • 3 bandar persekutuan (Moscow, St. Petersburg dan Sevastopol): bandaraya besar yang berfungsi sebagai kawasan berasingan.
    Daerah persekutuan

Subjek-subjek persekutuan dikumpulkan kepada lapan daerah persekutuan, setiap satunya ditadbir oleh seorang duta lantikan Presiden Rusia. Berbeza dengan subjek persekutuan, daerah persekutuan ini bukan peringkat kerajaan subnasional, sebaliknya merupakan tahap pentadbiran dalam kerajaan persekutuan. Duta daerah persekutuan berkhidmat sebagai penghubung antara subjek-subjek dan kerajaan persekutuan, dan bertanggungjawab terutamanya untuk memantau kepatuhan subjek-subjek dengan undang-undang persekutuan.

Rusia: Etimologi, Sejarah, Politik 
Vladimir Putin bertemu Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad di Putrajaya, 5 Ogos 2003

Geografi

Rusia: Etimologi, Sejarah, Politik 
Jenis iklim Köppen Rusia

Rusia merupakan negara terbesar di dunia; jumlah keluasannya ialah 17,075,200 kilometer persegi (6,592,800 bt2). Hal ini menjadikannya lebih besar daripada benua Oceania, Eropah dan Antartika. Ia terletak di antara latitud 41° dengan 82° U, dan longitud 19° T ke 169° B.

Perkembangan wilayah Rusia adalah sebahagian besar dicapai pada akhir abad ke-16 di bawah Cossack Yermak Timofeyevich semasa pemerintahan Ivan Ganas, pada suatu masa apabila negara kota yang bersaing di kawasan barat Rusia berkumpul bersama untuk membentuk sebuah negara. Yermak mengumpulkan sebuah pasukan tentera dan menolaknya ke timur. Beliau menawan hampir kesemua tanah yang pernah dimiliki Orang Mongol, menewaskan pemerintah mereka, Khan Kuchum.

Rusia mempunyai sebuah tapak sumber asli yang luas, termasuk deposit utama kayu balak, petroleum, gas asli, batu arang, bijih dan sumber mineral yang lain.

Ekonomi

Ekonomi Rusia merupakan sebuah ekonomi pendapatan tengah atas campuran dan peralihan. Ia merupakan ekonomi negara terbesar kelima di Eropah, KDNK nominal terbesar kesebelas di dunia, dan ekonomi negara terbesar kelima di dunia mengikut pariti kuasa beli.

Minyak, gas asli, logam dan kayu merangkumi 80% eksport Rusia. Sejak 2003, eksport barang mentah mula berkurang seiring dengan membaiknya pasar dalam negeri. Meskipun dengan harga tenaga yang tinggi, petroleum dan gas asli hanya menyumbang dalam 5.7% KDNK Rusia. Pendapatan minyak membolehkan Rusia meningkatkan rizab luar negara dari $12 bilion pada 1999 menjadi $597.3 juga pada 2008 - ketiga terbesar di dunia. Di bawah Menteri Kewangan Alexei Kudrin, pendapatan yang berlebih disimpan ke dalam Dana Penstabilan Rusia. Pada 2006, Rusia membayar hampir semua hutang utamanya, menjadilan Rusia sebagai salah satu negara-negara dengan hutang luar negeri terendah dalam kalangan negara-negara utama dunia. Tabung dana ini membantu Rusia keluar dari krisis kewangan global dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada yang anggapan pemerhati kewangan.

Demografi

Rusia memiliki jumlah penduduk sebanyak 142.8 juta orang berdasarkan bancian rasmi 2010 dan meningkat kepada 145.5 juta orang (anggaran Januari 2022). Ini ialah negara dengan jumlah penduduk terbanyak di Eropah serta kesembilan terbesar di dunia dengan kepadatan sembilan orang per kilometer persegi. Jangka hayat purata penduduk Rusia ialah 73.2 tahun (lelaki: 68.2 tahun, wanita: 78.0 tahun).

Penduduk Rusia terdiri daripada 193 kelompok etnik di seluruh negara. Dalam bancian 2010, kira-kira 81% penduduk ialah golongan etnik Rusia, dan selebihnya tergolong dalam etnik-etnik minoriti, dengan lebih empat per lima penduduk adalah berketurunan Eropah, kebanyakannya golongan Slav, dengan minoriti ketara warga Finnik dan Jermanik. Jumlah imigran Rusia ialah lebih 11.6 juta orang, ketiga terbesar dunia, dengan kebanyakan daripada mereka datang dari bekas wilayah Soviet.

Bahasa

Bahasa Rusia ialah satu-satunya bahasa rasmi negara, tetapi republik-republik Rusia turut menetapkan bahasa tempatan mereka sebagai bahasa rasmi di samping bahasa Rusia. Abjad Cyril pula merupakan bentuk tulisan rasmi negara. Bahasa Rusia juga merupakan bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; kebanyakan buku di dunia ditulis dalam bahasa Inggris dan Bahasa Rusia. Ada lebih 100 bahasa minoriti yang ditutur di Rusia.

Kebudayaan

Rusia ialah sebuah negara multibudaya yang dipengaruhi oleh aneka macam budaya. Budaya dominan Rusia adalah budaya Gereja Ortodoks Yunani yang telah meresap ke dalam kehidupan rakyat Rusia. Kebudayaan Slav Ortodoks, orang Tatar yang berasaskan Islam, suku Buryat bercirikan nomad dan paganisme di Timur Jauh menambah lagi keragaman budaya di Rusia.

Lihat juga

  • Garis kasar Rusia
  • Indeks rencana berkaitan Kesatuan Soviet

Nota

Rujukan

Pautan luar

    Kerajaan
    Maklumat am
    Lain-lain

Tags:

Rusia EtimologiRusia SejarahRusia PolitikRusia GeografiRusia EkonomiRusia DemografiRusia KebudayaanRusia Lihat jugaRusia NotaRusia RujukanRusia Pautan luarRusia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Shuib SepahtuNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuZizan RazakMustapha KamalLaman UtamaPerubahan iklimPuthanduTeluk IntanIkan bayanLayang Layang PerkahwinanFrekuensi radio di MelakaPeluru berpandu balistikPerang Dunia KeduaSaiful ApekPulau TiomanNeelofaBaju MelayuIntan LadyanaDaerah LangkawiNasrizal NgasriJunainah M. AminFrekuensi radio di KedahOne Cent ThiefLebuh Raya Pantai TimurAgama YahudiMakkahBendaharaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unKanun KeseksaanWanita SyurgaSekali Lagi Cinta KembaliAisyah Abu BakarRoti canaiOgy Ahmad DaudJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahTanjung KarangFrekuensi radio di SarawakSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaBahasa MelayuPolis EVO 2TerengganuKaum-kaum di MalaysiaProton PersonaKulaiBesutSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaAl Nassr FCTanah Melayu BritishBukan Kahwin PaksaNadia AqilahSerembanÆON BiGMira FilzahFauziah NawiAb Rauf YusohRemy IshakPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSyed Danial Syed AhmadXPDCIslamIslam di IranKerisikPerjanjian PangkorPerang Iran-IraqJepunNam RonLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurBank Negara MalaysiaArab SaudiZombi Kampung PisangPembentukan MalaysiaTawauWikipediaLebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanNorish KarmanLencana pangkat Angkatan Tentera Malaysia🡆 More