Zakar Manusia

Zakar manusia atau pelir ialah organ seks luaran lelaki.

Ia adalah organ pembiakan atau organ intromiten yang juga berfungsi sebagai organ perkumuhan.

Zakar manusia
ذکر ماءنوسي
Zakar Manusia
Butiran
PendahuluTuberkel genital
SistemSistem genitourinari
ArteriArteri dorsal zakar, arteri dalam zakar, arteri bulbus uretra
UratVena dorsal zakar
SarafSaraf dorsal zakar
LimfaNodus limfa inguinal superfisial
Pengenalpastian
nama bahasa Latin'penis, penes'
MeSHD010413
TAA09.4.01.001
FMAFMA:9707
Terminologi anatomi

Anatomi

Bahagian

  • Pangkal zakar (radiks): Ia adalah bahagian dilampirkan, yang terdiri daripada bulbus zakar di tengah-tengah dan crus zakar, satu di kedua-dua belah bulbus. Ia terletak di dalam kantung perineum pendek.
  • Badan zakar (korpus): Bahagian zakar yang tergantung. Ia mempunyai dua permukaan, iaitu dorsal (menjadi posterosuperior ketika zakar keras) dan ventral atau uretral (mengarah ke bawah atau ke belakang ketika zakar lembik). Bahagian ventral terdiri daripada alur zakar. Pangkal zakar disokong oleh ligamen suspensori yang bercantum dengan simfisis pubis.
  • Epitelium atau kulit pada zakar terdiri daripada kulit batang zakar, kulup dan mukosa kulup di bahagian dalam kulup serta meliputi kepala zakar. Kulit batang zakar tidak bercantum sepenuhnya dengan batang, supaya ia boleh melungsur secara bebas.

Struktur

Zakar Manusia 
Perbandingan struktur zakar dan kelentit

Zakar manusia terdiri daripada tiga bahagian tisu: dua korpus kavernosum yang terletak di antara satu sama lain di bahagian dorsal dan satu korpus spongiosum yang terletak di antaranya pada bahagian ventral. Korpus kavernosum membentuk sebahagian besar batang sakar yang dipenuhi dengan darah ketika ereksi. Bahagian crus zakar terletak di hujung korpus kavernosum. Korpus spongiosum adalah tisu erektil yang mengelilingi uretra. Bahagian hujung korpus spongiosum membentuk bulbus zakar dan satu hujung lagi membentuk kepala zakar.

Hujung korpus spongiosum membentuk kepala zakar, yang menyokong kulup, atau prepus, kulit yang menutup kepala zakar orang dewasa yang boleh ditarik balik untuk mendedahkan kepala. Bahagian di bahagian bawah zakar, di mana kulup bercantum, dikenali sebagai frenum, atau frenulum. Pangkal berbentuk bulat di bawah kepala zakar dipanggil korona. Alur zakar terdapat di sepanjang bahagian bawah batang zakar.

Zakar Manusia 
Tatarajah anatomi zakar manusia

Bahagian uretra merupakan bahagian terakhir saluran kencing, merentasi korpus spongiosum dan bukaannya, yang dikenali sebagai bukaan uretra luar (lelaki) atau meatus (mulut zakar) dan terletak di hujung kepala zakar. Ia adalah laluan untuk air kencing dan ejakulasi air mani. Sperma dihasilkan dalam testis dan disimpan di dalam epididimis. Semasa ejakulasi, sperma dipecut di sepanjang vas deferens, iaitu dua saluran yang melalui belakang pundi kencing. Cecair ditambah oleh vesikel mani dan vas deferens disusuli dengan saluran pancutan mani, yang bercantum dengan uretra di dalam kelenjar prostat. Rembesan dari kelenjar prostat serta kelenjar bulbourethral ditambahkan kepada cecair mani, dan air mani itu dipancut keluar melalui zakar.

Alur zakar adalah alur diantara sisi ​​bahagian ventral atau bahagian bawah batang zakar. Ia bermula dari meatus dan berterusan di seluruh skrotum kepada perineum (kawasan di antara skrotum dan dubur).

Zakar manusia berbeza daripada mamalia lain, kerana ia tidak mempunyai bakulum, atau tulang pucuk, dan bergantung sepenuhnya kepada aliran masuk darah ke dalam zakar untuk ereksi . Ligamen penahan distal menahan kepala zakar dan memainkan peranan penting sebagai serat-rangka zakar; struktur ini dipanggil "analog tulang", suatu istilah yang diwujudkan oleh Geng Long Hsu dalam Encyclopedia of Reproduction Ia adalah saki-baki dari bakulum yang berkemungkinan telah mengalami evolusi disebabkan perubahan cara mengawan.

Zakar manusia tidak boleh ditarik balik ke pangkal paha, dan ia adalah lebih besar daripada kebanyakan haiwan, berdasarkan nisbah saiz kepada jisim badan.

Fungsi fisiologi zakar

Pertumbuhan zakar dan baligh

Ketika mencapat baligh, zakar, skrotum dan buah zakar akan mula berkembang. Dalam proses itu, bulu pubis tumbuh di atas dan di sekeliling zakar. Terdapat satu kajian besar-besaran menilai saiz zakar dalam ribuan lelaki 17-19 tahun. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan dalam saiz zakar purata di kalangan lelaki berusia antara 17 tahun dan 19 tahun, dan dapat disimpulkan bahawa pertumbuhan zakar menjadi lengkap selewat-lewatnya pada usia 17 tahun atau mungkin lebih awal dari itu.

Homologi seksual

Zakar Manusia 
Peringkat-peringkat pembangunan

Semasa perkembangan janin, tuberkel genitalia berkembang menjadi kepala zakar di dalam janin lelaki dan kelentit di dalam janin perempuan; dengan kata lain, kelentit dan kepala zakar adalah homolog dari struktur janin yang sama. Lipatan urogenitalia berkembang menjadi alur zakar di dalam janin lelaki dan labia minora (bibir luar faraj) di dalam janin perempuan. Korpora kavernosa zakar adalah homolog kepada korpora kavernosa kelentit; bulbus zakar adalah homolog kepada bulbus vestibula di dalam bibir luar faraj; skrotum adalah homolog kepada labia majora atau bibir dalam faraj; dan kulup, homolog kepada kulup kelentit.

Ereksi

Zakar Manusia 
Zakar yang sedang menegang, dengan kulup secara beransur-ansur tertarik ke belakang kepala zakar

Ereksi adalah pengembangan dan peningkatan kekerasan zakar yang berlaku semasa rangsangan seksual, walaupun ia juga boleh berlaku dalam situasi bukan seksual. Mekanisme fisiologi utama yang membawa kepada ereksi adalah vasodilasi arteri autonomi yang membekalkan darah untuk zakar.

Vasodilasi membolehkan lebih banyak darah mengisi tiga tisu erektil yang terdapat di sepanjang zakar, menyebabkannya memanjang dan keras. Ia membesar, menekan tisu erektil untuk menghalang urat membawa darah mengalir keluar dari zakar.

Lebih banyak darah memasuki zakar sehingga keseimbangan tercapai di mana jumlah yang sama aliran darah ke dalam arteri diluaskan dan keluar dari kapilari darah; ereksi berterusan dicapai pada keseimbangan ini.

Ereksi memudahkan persetubuhan walaupun ia tidak penting untuk pelbagai aktiviti seks lain.

Arah zakar semasa ereksi

Walaupun kebanyakan zakar menegak ke atas, ia adalah perkara biasa dan normal bagi zakar yang tegang sehingga hampir menegak ke atas atau ke bawah, hampir menegak atau melintang lurus ke hadapan. Kedudukan ini bergantung kepada ereksi daripada ligamen suspensori zakar yang mengekalkannya dalam kedudukan.

Jadual berikut menunjukkan pelbagai sudut ereksi untuk lelaki berdiri, yang diambil daripada sampel 1564 orang lelaki berumur 20 tahun sehingga 69 tahun. Sifar darjah menunjuk lurus selari dengan perut, 90 darjah adalah mendatar dan menunjuk lurus ke hadapan, manakala 180 darjah akan menunjuk lurus ke kaki. Sudut menunjuk ke atas adalah yang paling biasa.

Arah ereksi
sudut (º)
dari menegak ke atas
Peratus
lelaki
0–30 5
30–60 30
60–85 31
85–95 10
95–120 20
120–180 5

Pancutan mani

Pancutan mani atau ejakulasi adalah pemancutan keluar air mani dari zakar, dan biasanya ditemani oleh puncak syahwat. Turutan pengecutan otot mengeluarkan air mani, yang mengandungi gamet lelaki dikenali sebagai sel sperma atau spermatozoa, dari zakar. Ejakulasi biasanya berlaku disebabkan oleh rangsangan seksual, walaupun penyakit prostat juga boleh menyebabkan ejakulasi. Ejakulasi juga boleh berlaku secara spontan semasa tidur (dikenali sebagai mimpi basah). Anejakulasi adalah keadaan di mana seseorang tidak dapat memancutkan mani.

Ejakulasi mempunyai dua fasa: 'pelepasan dan ejakulasi nyata'. Refleks ejakulasi semasa fasa pelepasan adalah dikawal oleh sistem saraf simpatetik, manakala fasa ejakulasi nyata adalah di bawah kawalan sebuah refleks tunjang pada saraf tunjang S2-4 melalui saraf pudendal. Tempoh refraktori menyusul selepas ejakulasi.

Variasi biasa

  • Papula zakar berbintik adalah butiran kecil yang berwarna pucat di sekeliling pangkal kepala zakar yang biasanya terbentuk pada lelaki berumur 20-40 tahun. Ia mungkin disalahertikan dengan ketuat, tetapi tidak berbahaya atau berjangkit dan tidak memerlukan rawatan.
  • Tompokan Fordyce adalah tompokan kecil yang timbul, berwarna putih kekuningan yang berukuran 1-2 mm yang mungkin muncul pada zakar. Ia juga adalah biasa dan tidak berjangkit.
  • Bonjolan berminyak juga kelihatan sama dengan tompokan Fordyce pada batang zakar. Ia terletak pada kelenjar sebum zakar dan adalah normal.
  • Fimosis adalah ketidakupayaan untuk menarik balik kulup sepenuhnya. Ia tidak berbahaya ketika bayi dan sebelum baligh. Ia berlaku dalam kira-kira 8% daripada kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun. Menurut Persatuan Perubatan Britain, rawatan (krim steroid dan/atau regangan manual) tidak perlu diperlukan sehingga mereka berumur 19 tahun.
  • Lengkungan: Hanya sebilangan zakar yang benar-benar lurus. Zakar melengkung biasa dilihat dalam semua arah (atas, bawah, kiri, kanan). Kadang-kadang lengkung adalah sangat penting tetapi jarang sekali mengganggu dalam hubungan seks. Lengkungan sebesar 30° dianggap biasa dan rawatan perubatan jarang dipertimbangkan kecuali sudut melebihi 45°. Perubahan kepada lengkungan zakar boleh disebabkan oleh penyakit Peyronie.

Penyakit

  • Parafimosis adalah ketidakmampuan untuk menarik kulup ke hadapan kepala zakar. Ia boleh disebabkan oleh cecair yang terperangkap dalam kulup yang dibiarkan ditarik ke belakang, mungkin selepas pemeriksaan perubatan, atau pengumpulan cecair di dalam kulup kerana geseran semasa aktiviti seksual yang kasar.
  • Penyakit Peyronie adalah keadaan di mana tisu parut tumbuh di tisu lembut zakar, menyebabkan pembentukan lengkungan. Kes-kes yang teruk boleh dirawat dengan pembedahan.
  • Trombosis atau pembekuan darah boleh berlaku semasa aktiviti seks yang panjangan, terutamanya ketika fellatio. Ia biasanya tidak berbahaya dan akan hilang dalam masa beberapa minggu.
  • Herpes boleh berlaku selepas hubungan seks dengan pembawa yang dijangkiti; ianya boleh membawa kepada kudis herpes.
  • Balanitis adalah keradangan pada zakar.
  • Saraf Pudendal terperangkap adalah keadaan yang disifatkan dengan kesakitan ketika duduk dan kehilangan sensasi pada zakar (atau klitoris) dan semasa puncak syahwat. Dalam sesetengah kes, berlaku kehilangan sepenuhnya sensasi dan puncak syahwat. Saraf pudendal boleh mengalami kecederaan disebabkan kerusi basikal yang kecil dan keras dan kemalangan.
  • Patah zakar boleh berlaku sekiranya zakar yang tegang dibengkokkan secara berlebihan. Bunyi pop atau retak dan kesakitan adalah biasanya dikaitkan dengan perkara ini. Bantuan perubatan kecemasan harus diberikan secepat mungkin. Rawatan segera dapat mengurangkan kebarangkalian zakar melengkung secara kekal.
  • Diabetes; keadaan neuropati periferal boleh menyebabkan kesemutan pada kulit zakar dan mungkin mengurangkan atau menghilangkan sensasi pada kulit sepenuhnya. Sensasi yang berkurangan ini boleh menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua pasangan dan menjadikannya sukar bagi mereka untuk menikmati kepuasan seks melalui rangsangan zakar. Disebabkan masalah ini berpunca dari kerosakan saraf kekal, rawatan pencegahan yang utama adalah melalui kawalan diabetes yang baik. Beberapa pemulihan yang terhad boleh dicapai melalui kawalan diabetes.
  • Disfungsi ereksi adalah ketidakupayaan untuk menghasilkan dan mengekalkan ereksi yang cukup tegang untuk prestasi seksual yang memuaskan. Diabetes adalah punca utama, diikuti dengan peningkatan usia. Pelbagai jenis rawatan wujud, termasuk ubat perencat fosfodiesterase jenis 5, contohnya sildenafil sitrat (dipasarkan sebagai Viagra), yang berfungsi sebagai pemvasodilatan.
  • Priapisme adalah suatu kondisi perubatan yang menyakitkan dan berpotensi berbahaya perubatan di mana ereksi zakar tidak kembali kepada keadaan lembik. Sekiranya berlarutan melebihi 4 jam, rawatan kecemasan diperlukan. Mekanisme penyebab priapisme masih kurang difahami tetapi melibatkan faktor neurologi dan vaskular yang rumit. Komplikasi yang terlibat termasuklah iskemia, trombosis, dan mati pucuk. Dalam kes-kes serius, ia boleh menyebabkan gangren, yang mungkin memerlukan pemotongan zakar. Keadaan ini telah dikaitkan dengan ubat tertentu seperti prostaglandin tetapi sildenafil (Viagra) tidak akan menyebabkan keadaan ini.
  • Limfangiosklerosis adalah salur limfa yang menjadi keras, walaupun ia boleh dirasakan seperti vena yang keras dan berkalsit. Ia dapat dirasai sebagai ketulan atau vena yang keras walaupun zakar dalam keadaan lembik, dan lebih ketara semasa ereksi. Ia dianggap sebagai kondisi fizikal benigna. Ia adalah perkara biasa dan boleh berlaku semasa aktiviti seks yang kerap pada lelaki. Ia akan sembuh jika zakar diberi masa untuk berehat atau menggunakan pelincir.
  • Karsinoma zakar jarang berlaku; kebarangkaliannya adalah dalam kadar seorang dalam 100,000 di negara maju. Menurut sesetengah sumber, berkhatan dikatakan mencegah penyakit ini tetapi tanggapan ini masih dianggap kontroversi.

Penyakit genetik

  • Hipospadia adalah penyakit genetik di mana meatus berada pada kedudukan yang salah semasa kelahiran. Hipospadia juga boleh berlaku secara iatrogenik ketika kateter dimasukkan ke dalam uretra dan menyebabkan tekanan ke bawah zakar. Ia biasanya dirawat melalui pembedahan. Persatuan Interseks Amerika Utara mengklasifikasikan hipospadia sebagai syarat interseks.
  • Mikropenis adalah zakar yang sangat kecil yang disebabkan oleh masalah semasa perkembangan janin.
  • Dwizakar, atau zakar berganda (PD), adalah keadaan di mana seseorang mempunyai dua zakar. Walau bagaimanapun, penyakit ini amat jarang berlaku.

Penyakit Psikologi

  • Koro; suatu khayalan di mana zakar mengecut dan masuk kembali ke dalam badan. Ia terhad kepada budaya tertentu dan dilaporkan di Ghana, Sudan, Malaysia, Jepun, Asia Tenggara, dan Afrika Barat.
  • Pada bulan April, 2008, pihak polis di Kinshasa, Republik Demokratik Congo, Afrika Barat telah menahan 14 mangsa yang disyaki diragut zakar dan ahli sihir yang dituduh menggunakan ilmu hitam atau sihir untuk mencuri (menghilangkan) atau mengecilkan zakar lelaki serta memeras wang tunai untuk disembuhkan. Tangkapan dibuat dalam usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah, seperti yang pernah berlaku di Ghana 10 tahun sebelum itu, apabila 12 "peragut zakar" dipukul hingga mati oleh perusuh.
  • Iri hati kepada zakar; kepercayaan Freud di mana semua wanita iri hati dengan lelaki kerana mempunyai zakar.

Mengubah kemaluan

Zakar kadangkala dicucuk atau dihiasi dengan lain badan seni. Selain berkhatan, perubahan kemaluan hampir universal elektif dan biasanya untuk tujuan estetika atau kepekaan meningkat. Piercings zakar termasuk Putera Albert, yang apadravya, yang ampallang, yang dydoe, dan frenum menindik. Kulup pemulihan atau regangan adalah satu bentuk lagi badan pengubahsuaian, serta implan di bawah batang zakar.

Lelaki dan wanita transeksual s yang menjalani seks tugas kembali pembedahan, mempunyai zakar mereka melalui pembedahan diubahsuai menjadi sebuah neovagina. Wanita transeksual lelaki mungkin mempunyai phalloplasty.

Amalan lain yang akan mengubah zakar juga dilakukan, walaupun ia jarang berlaku dalam masyarakat Barat tanpa keadaan perubatan didiagnosis. Selain dari penectomy, mungkin yang paling radikal ini adalah subincision, di mana uretra adalah perpecahan di sepanjang bahagian bawah zakar. Subincision berasal antara Orang Asli Australia s, walaupun ia kini dilakukan oleh sesetengah di Amerika Syarikat dan Eropah.

Zakar penyingkiran adalah satu lagi bentuk perubahan yang dilakukan ke zakar. Lihat Senarai kes-kes pembuangan zakar.

Khatan

Bentuk yang paling biasa adalah perubahan kemaluan berkhatan: penyingkiran sebahagian atau semua kulup atas sebab-sebab budaya, agama, dan lebih jarang pelbagai perubatan. Untuk berkhatan bayi, alat-alat moden seperti Gomco pengapit, Plastibell, dan pengapit Mogen boleh didapati.

Dengan semua alat-alat moden prosedur asas yang sama diikuti. Pertama, jumlah kulup perlu dikeluarkan dianggarkan. Kulup itu kemudiannya dibuka melalui orifis preputial mendedahkan kelenjar di bawah dan memastikan bahawa ia adalah perkara biasa. Lapisan dalaman kulup (epitelium preputial) kemudiannya dipisahkan daripada lampiran kepada kelenjar itu. Peranti akan ditempatkan (ini kadang-kadang memerlukan celah punggung) dan kekal di sana sehingga aliran darah telah berhenti. Akhirnya, bahagian, atau semua, kulit khatan itu kemudian dibuang.

Pengkhatanan dewasa sering dilakukan tanpa pengapit dan memerlukan 4 hingga 6 minggu dari menjauhi melancap atau hubungan selepas pembedahan untuk membenarkan luka sembuh. Di sesetengah negara Afrika, berkhatan lelaki sering dilakukan oleh kakitangan bukan perubatan di bawah syarat-syarat yang tidak tandus. After hospital circumcision, the foreskin may be used in biomedical research, consumer skin-care products, skin grafts, or β-interferon-based drugs. Di bahagian-bahagian Afrika, kulup mungkin merosot di brendi dan dimakan oleh pesakit, dimakan oleh tukang sunat, atau diberi makan kepada haiwan. Menurut undang-undang Yahudi, selepas Brit Milah, kulup harus dikebumikan.

Terdapat sunat kontroversi sekitarnya. Peguambela sunat berhujah, misalnya, bahawa ia memberi kelebihan kesihatan yang penting yang melebihi risiko, tidak mempunyai kesan yang besar pada fungsi seksual, mempunyai kadar komplikasi rendah apabila dijalankan oleh doktor yang berpengalaman dan terbaik dilakukan dalam tempoh neonatal. Penentang berkhatan berhujah, misalnya, bahawa ia adalah satu amalan yang sejarah telah dan terus menjadi, dipertahankan melalui penggunaan pelbagai mitos; bahawa ia mengganggu fungsi seksual yang normal; amat menyakitkan ; dan, apabila dilakukan pada bayi dan kanak-kanak, melanggar individu hak asasi manusia.

Persatuan Perubatan Amerika yang dinyatakan pada tahun 1999: "Hampir semua kenyataan dasar semasa dari masyarakat khusus dan organisasi perubatan tidak mencadangkan berkhatan neonatal rutin, dan menyokong penyediaan maklumat yang tepat dan tidak berat sebelah kepada ibu bapa untuk memberitahu pilihan mereka."

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO; 2007), Bersama Program Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai HIV/AIDS (UNAIDS; 2007), dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC; 2008) menyatakan bahawa bukti yang menunjukkan berkhatan lelaki ketara mengurangkan risiko HIV perolehan oleh lelaki semasa hubungan seks zakar-faraj, tetapi juga menyatakan bahawa berkhatan hanya memberikan perlindungan sebahagian dan tidak perlu menggantikan campur tangan lain untuk mencegah jangkitan HIV. Di samping itu, beberapa doktor telah menyatakan kebimbangan mengenai dasar dan data yang menyokongnya.

Penggantian pembedahan

Zakar yang berjaya pertama allotransplant pembedahan dilakukan pada September 2005 di sebuah hospital tentera di Guangzhou, China. Seorang lelaki pada usia 44 tahun berterusan kecederaan selepas kemalangan dan zakarnya telah terputus; kencing menjadi sukar kerana uretra beliau sebahagiannya disekat. Seorang lelaki baru-baru ini otak-mati, berumur 23 tahun, telah dipilih untuk pemindahan. Walaupun [atrofi []] saluran darah dan saraf, yang arteri, urat, saraf dan spongiosa korpora telah berjaya dipadankan. Tetapi, pada 19 September (selepas dua minggu), pembedahan itu diterbalikkan kerana yang teruk psikologi masalah (penolakan) oleh penerima dan isterinya.

Pada tahun 2009 penyelidik Chen, Eberli, Yoo dan Atala telah menghasilkan bioengineered zakar dan ditanam mereka pada arnab. Haiwan-haiwan itu boleh mendapatkan ketegangan dan kahwin, dengan 10 daripada 12 arnab mencapai pancutan mani. Kajian ini menunjukkan bahawa pada masa akan datang ia mungkin mustahil untuk menghasilkan zakar tiruan untuk pembedahan penggantian atau falloplasti.

Saiz

Zakar Manusia 
Keputusan daripada kajian saiz zakar gaya hidup pengeluar kondom itu, dipaparkan dalam inci. Data disenaraikan oleh persentil (iaitu lelaki dengan zakar 6 in (15.24 cm) adalah lebih panjang daripada 70 peratus daripada mereka diukur.)

Sementara keputusan berbeza di seluruh kajian, konsensus adalah bahawa zakar manusia tegang purata adalah lebih kurang 12.9–15 cm (5.1–5.9 in) panjang dengan 95% daripada lelaki dewasa yang termasuk dalam tempoh (10.7 sm, 19.1 sm) atau (4.23 in, 7.53 in). Lilitan biasa atau lilitan adalah lebih kurang 12.3 cm (4.84 in) apabila tegang sepenuhnya. The [aritmetik [bermakna | purata]] saiz zakar adalah lebih besar sedikit daripada median saiz (iaitu, kebanyakan zakar adalah di bawah purata saiz).

Satu projek penyelidikan, ringkasan puluhan kajian yang telah diterbitkan yang dijalankan oleh pakar-pakar perubatan dari negara yang berbeza, menunjukkan bahawa, di seluruh dunia, saiz purata zakar tegang-berbeza-beza antara 9.6 dan 16 cm (3.8 dan 6.3 in). Ia telah mencadangkan bahawa perbezaan ini adalah disebabkan bukan sahaja oleh genetik tetapi juga oleh faktor-faktor alam sekitar seperti budaya, diet , pendedahan kimia/pencemaran, dsb. Gangguan endokrin akibat pendedahan bahan kimia telah dikaitkan dengan perubahan bentuk kemaluan dalam kedua-dua jantina (antara banyak masalah lain).

Terpanjang didokumenkan secara rasmi zakar manusia ditemui oleh Doktor Robert Latou Dickinson. Ia 34.3 cm (13.5 in) panjang dan 15.9 cm (6.26 in) sekitar.

Aspek budaya

  • Aesthetic, e.g., Modifikasi badan
  • Di humor, yang dianggap tidak senonoh atau tidak benar-benar pantang dalam pelbagai budaya
  • Pemujaan agama, lihat Gereja St Priapus

Rujukan


Maklumat berkaitan

Templat:Anatomy Templat:Sex Templat:Male reproductive system

Tags:

Zakar Manusia AnatomiZakar Manusia Fungsi fisiologi zakarZakar Manusia Aspek budayaZakar Manusia RujukanZakar Manusia Pautan luarZakar Manusia Maklumat berkaitanZakar ManusiaLelakiPembiakan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sekolah Kebangsaan Raja BaharMelakaPerang Dunia KeduaAbdul Razak HusseinPokok MambuKerenggaJabatan Perangkaan MalaysiaSimpulan bahasaPemboleh ubahCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahDuerra MitildaPerodua KelisaKata kerjaUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaSenario (kumpulan muzik)Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu BakarSultan Iskandar ibni Sultan IsmailFrekuensi radio di MelakaAstro MalaysiaTarian MelayuPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Muhyiddin YassinSabri YunusJangan Menangis Cinta (drama)Peribahasa MelayuElizabeth TanAmelia HendersonKota BharuSenarai raja-raja MelayuNabi Ibrahim a.s.Geografi JohorKL GangsterUmar bin Al-KhattabMenteri Kesihatan MalaysiaBima SaktiFrekuensi radio di PahangBaba Ismail SepanjangAgama BuddhaSyafiq YusofGrup Gerak KhasFattah AminWudukKata ganti diriZizan RazakVaksin tetanusPASKAL (filem)PerpaduanSumbang mahramBahasa MelayuKota KinabaluHari Kebangsaan MalaysiaRukun IslamBahasa Melayu MalaysiaMelurUniversiti Teknologi MARASingapura dalam MalaysiaSharisa HarisSenarai saluran Astro NJOISekali Lagi Cinta KembaliMerdeka 118Frekuensi radio di JohorSetelah Cinta Itu PergiSultanah Nur ZahirahPolitik MalaysiaNazim OthmanKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaMandi wajibMimi LanaSyamsul YusofPadiMata anginHidroterapiKL Gangster 2Peraturan bola jaringOzlynn WatyKetumBangladeshOrang India MalaysiaMarie Antoinette🡆 More