Aiman Hakim Ridza: Penyanyi dan pelakon Malaysia

Aiman Hakim Ridza Abdoh (lahir 17 Januari 1989) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pemain bola sepak lelaki Malaysia.

Beliau mula mencipta nama dalam bidang hiburan tanahair apabila beliau menjadi peserta rancangan realiti TV Mentor kelima di TV3 dan terkenal menerusi lakonannya dalam siri drama Vanila Coklat (2011), Diandra (2013), Projek Memikat Suami (2013), Isteri Separuh Masa (2015), Urusan Hati Cik Drama Queen (2017), Curi-Curi Cinta (2018) dan Bila Cupid Jatuh Cinta (2020). Filem sulung lakonan beliau, Kimchi Untuk Awak ditayangkan pada 30 Mac 2017.

Aiman Hakim Ridza
Aiman Hakim Ridza: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Aiman Hakim di studio MeleTOP pada September 2016.
Kelahiran
Aiman Hakim bin Ridza Abdoh

(1989-01-17) 17 Januari 1989 (umur 35)
Pusat pendidikanUniversiti Sunway
Pekerjaan
Tahun aktif2011–kini
Ketinggian186 cm (6 ka 1 in)
PasanganZahirah MacWilson (k. 2020)
Anak-anak1
SaudaraSofia Suraya Ridza Abdoh (kakak)
Shah Ridza Abdoh (abang)
Ferdaus Ridza Abdoh (adik)
Sports career
Maklumat peribadi
Tahun aktif2001–2005
NegaraMalaysia
SukanBola sepak
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada hari Rabu, 17 Januari 1989 Masihi bersamaan 9 Jumadil Akhir 1409 Hijrah di Johor Bahru, Johor dan beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik dan mempunyai darah campuran Melayu-Arab. Bapanya berketurunan Melayu dan ibunya pula berketurunan Arab. Aiman ​​tinggal di Johor sehingga 1990, kemudian berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 1994 sebelum dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah SS 17 Subang Jaya, beliau kemudiannya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama dan kini menamatkan pelajarannya di Kolej Sunway (kini Universiti Sunway), di mana beliau ​​mengambil kursus dalam bidang perakaunan, untuk menyertai Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) di Kolej Sunway. Sebelum menjadi pelakon dan penyanyi, Aiman merupakan model sepenuh masa. Beliau juga turut terbabit dalam pengiklanan seperti Brylcreem, Celcom, Milo dan McDonalds.

Kerjaya

Bola sepak

Sebelum menyertai bidang seni, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Beliau pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.

Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo.[perlu rujukan] Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.[perlu rujukan]

Muzik dan lakonan

Aiman ​​mengambil bahagian dalam pertandingan bakat Mentor 5 yang dianjurkan oleh TV3 untuk musim kelima pada tahun 2011 dan beliau dibimbing oleh Rahim Maarof, penyanyi dan pemuzik terkenal di Malaysia. Aiman berjaya melepasi ke pusingan keempat sebelum tersingkir.

Aiman menghasilkan nyanyian solo Buatmu Cinta OST untuk drama Astro Ria Projek Memikat Suami dan lagu duet Khalimah Janji bersama Ernie Zakri, ditulis oleh Manusia Putih dan Budhi Hekayat.

Persembahan Mentor

Aiman Hakim Ridza: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi 
Aiman bersama Rahim Maarof di pentas Mentor 5.
Minggu Lagu yang dipersembahkan Penyanyi asal Keputusan #
Pengenalan "Kau dan Aku" Aizat Amdan -
1 "Kesedaran"
"Lizawati" (bersama Rahim Maarof)
Gaya Zakry
Rahim Maarof
4
2 "Ekstravaganza"
"Larut"
"ACKKC"
"Holy Diver"
"Malam Ku Bermimpi" (bersama Ratnah)
"Mercy" (bersama Ratnah)
"Aku dan Dirimu" (bersama Shiha)
Bunkface
Dewa 19
Rahim Maarof
Killswitch Engage
Saloma
Duffy
Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari
5
3 "Noktah Cinta"
"Kau Ratnaku" (bersama Roy)
Hafiz Suip
Roy
5
4 "I'll Be"
"Sesuatu Janji"
Edwin McCain
Taufik Batisah
Tersingkir

Drama pertama Aiman, Vanila Coklat, yang disiarkan di TV3 pada tahun 2011, membawa beliau kembali ke perhatian umum, selepas drama tersebut tamat, Aiman berlakon dalam beberapa siri televisyen dan telefilem.

Pada tahun 2012, Aiman menjadi sebahagian daripada barisan pelakon utama drama Friday I'm In Love arahan Faizul A. Rashid bersama-sama dengan Qi Razali, Ryzal Jaafar, Zoey Rahman, Nelydia Senrose dan Bella Dally. Aiman memegang watak sebagai Pitt, salah seorang rakan karib Awang yang dilakonkan oleh Qi. Drama 13 episod ini disiarkan di TV9 dari 19 April hingga 18 Julai.

Pada tahun berikutnya, Aiman memegang watak Fareez dalam Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. Beliau berlakon bersama Fasha Sandha dalam siri drama romantik, Selamat Pengantin Madu, memegang watak Zulkifli. Drama ini disiarkan di Slot Lestary TV3. Seterusnya, beliau digandingkan bersama Emma Maembong menerusi drama Projek Memikat Suami dan diikuti oleh Isteri Separuh Masa.

Pada tahun 2016, beliau berlakon bersama Beto Kusyairy dan pelakon Indonesia Tya Arifin dalam telefilem Bidadari arahan Osman Ali yang bersiaran di slot Karya 12 Astro Citra, di mana beliau memegang watak Aditya. Beliau turut merakamkan runut bunyi telefilem itu bersama Tya dengan tajuk sama.

Beliau muncul dengan peranan utama sebagai Fadhlan dalam drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan bersama Scha Al-Yahya. Aiman Hakim membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem Kimchi Untuk Awak arahan sulung Michael Ang, adaptasi dari novel bertajuk sama yang kembali menggandingkan beliau bersama Emma Maembong. Aiman memegang watak sebagai Daniel Lee Jae Hwan, yang berdarah kacukan Melayu dan Korea. Turut membintangi filem ini ialah Janna Nick dan Natasha Elyzza.

Beliau kemudian muncul dalam drama #SisCuba dibintangi oleh Nabila Razali, Syifa Melvin dan Sarah Suhairi.

Dalam tahun 2019, Aiman bersama Zahirah MacWilson memegang watak utama dalam drama adaptasi novel Curi-Curi Cinta, memeganh watak sebagai Daniel Hakim.

Pada Julai 2020, Aiman Hakim memegang watak sebagai Dani dalam Bila Cupid Jatuh Cinta lakonan bersama Oktovia Manrose. Menerusi drama ini, Aiman berlakon bersama bapa mertuanya, Zainol MacWilson.

Beliau berlakon bersama Nabila Razali dalam drama Biar Mereka Cemburu yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 1 Disember 2020. Beliau memegang watak sebagai Tengku Eidil.

Kehidupan peribadi

Aiman Hakim Ridza: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi 
Kulit depan dalam majalah Maskulin Ogos 2012.

Pada Februari 2014, Aiman mendedahkan bahawa beliau telah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan model jelita, Nur Fathia selama setahun. Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada Disember 2015 dan Aiman memilih untuk mendiamkan diri dan enggan mengulas lanjut mengenai perpisahannya dengan Fathia.

Pada Disember 2018, beliau dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Zahirah MacWilson ketika sama-sama membintangi drama Curi-Curi Cinta, dan mengesahkan hubungan mereka. Aiman dan Zahirah bertunang pada 8 Jun 2019 di Perth, Australia. Pasangan ini telah disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020.

Aiman dan Zahirah dikurniakan cahayamata sulung, Isaac Raees.

Diskografi

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Kimchi Untuk Awak Danial Lee Jae Hwan Filem pertama
2022 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Mejar Zafran Abd Rahman / Mantis
2024 Harimau Malaya: The Untold Story Kubin Pos produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Vanila Coklat Amir Asyraf TV3 Drama pertama
Kitab Cinta Daniel TV AlHijrah
Tanah Kubur (Musim 2) Mirul Astro Oasis Episod: "Botoks"
Kiah Mai Pulak Shahir Astro Warna
2012 Friday I'm In Love Pitt TV9
Indera Joned Epol/Indera Joned TV3
Mahabbah Azmi
2013 Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Fareez
Autumn Di Hatiku Zidick Tonton
Diandra Adam Fahmi TV3
Cinta Berkalung Duri 2 Iqbal TV1
Antara Laut Cina Selatan Wan Man TV2
Projek Memikat Suami Zahrain Alimin Astro Ria
2014 7 Suami Ihsan TV9
Selamat Pengantin Madu Zulkifli TV3
Tabir Zulaikha Adam Akhil
2015 Isteri Separuh Masa Nazrin Shah Astro Ria
2016 Sesal Separuh Nyawa Razlan HyppTV
Demi Cinta Ain Alif TV3
2017 Urusan Hati Cik Drama Queen Fadhlan Astro Ria
Black Belt Kaler Pink Al Fadhlani/King Astro Warna
Girlfriend Aku Dari Neraka The Series Rudy
2018 Pelangi Cinta Azril TV3
Amira Rose Rahman
Pengantin 100 Hari Amar
Sunsilk #siscuba Azril
Aku Cinta Dia Affan Kamaruzzaman
2019 Curi-Curi Cinta Daniel Hakim Astro Ria
2020 Bila Cupid Jatuh Cinta Dani TV3
Biar Mereka Cemburu Tengku Eidil Astro Ria
2021 Ahli Bapak Bapak Club Joe
Jangan Menangis Cinta Akif TV1
Semanis Senyumanmu Chef Azim TV3
Disney+ Hotstar
28 Hari Mencari Cinta Faisal TV3
Semanis Senyumanmu Chef Azim Disney+ Hotstar
2022 Nusyuz Berkiblat Cinta Syazwan Astro Ria
She Was Pretty Haniff Viu
Tiada Maaf Buatmu Faiz Iqbal Astro Ria
2023 Haloba Raif TV3
That Cover Girl Darius Prime Video
Entitled Dannial

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Setahun Setengah Mencari Cinta Alfi Astro Warna
Ombak Rania Tengku Farid Astro Ria
Rahsia Hati Kas TV9
Vanila Coklat Raya Amir Asyraf TV3
Syawal Aidil & Fitri Adam Fitri TV AlHijrah
Mariam Kampung Putat Danial TV3
2013 Memburu Rindu Amirul
Cinta Di Menara Al-Burj Qazim Astro Prima
Korban Kasih Azlan TV3
Cinta Saadiyat Halim TV AlHijrah
Raya Pak Pak Pong Anas TV3
Bunga-bunga Jodoh Zahir TV9
2014 Hitam Dahri TV3
Halim HD Halim TVi
2015 Girlfriend Aku Dari Neraka Rudy Astro Ria
Lukisan Takdir Razif TV3
Mahar Tanpa Cinta Najmi
Sujud Ibuku Amran TV AlHijrah
Isteri Separuh Masa Raya Nazrin Shah Astro Ria
2016 Crush Next Door Zarif
Bidadari Aditya Astro Citra
Salam Cinta Ustazah Husna Kamarul Astro Oasis
Tumbangkan Masjid Al-Ansar Badrul
Encik Guard Dan Cik Tomboy Shamil TV2
2017 Kamal Kamalia Shah
Dengan Beetle Kami Beraya Lagi Norman TV1
Azrul Bendul Azrul TV9
Apa Dah Jadi Mikail TV2
2018 Rumah Ke-10 Hafiz Astro Citra
Cruise Cinta Lebaran Aizal ntv7
Cucuk Sanggul Seroja Husin Astro Citra
Kilas Amran
Bini Aku Dari... Rudy Astro Warna
Mekah Di Hati Hakim Mediacorp Suria
2019 Damia Reza
2020 Semperit Cinta Zharif TV2
2022 Jangan Masuk Rumahku Afiq Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Bila Bujang Masuk Dapur Pengacara TV9 Bersama Shah Iskandar
2016 MeleTOP Artis jemputan Astro Ria Bersama Michael Ang dan Ayda Jebat
Bersama Jihan Muse dan Nur Qistina
2017 Nona: Segmen Dapur Bonda TV3 Bersama Chef Fikri (2 Julai 2017)
MeleTOP Astro Ria Bersama Scha Al-Yahya
CCTV Bersama Scha Al-Yahya dan Ozlyn Wati
MeleTOP Bersama Michael Ang dan Janna Nick dalam mempromosikan filem Kimchi Untuk Awak
CCTV Bersama Emma Maembong dalam mempromosikan filem Kimchi Untuk Awak
H!Live Special Bersama Emma Maembong, Natasha Elyzza dan Michael Ang dalam mempromosikan filem Kimchi Untuk Awak
CCTV Bersama Aaron Aziz dan Dafi dalam mempromosikan drama Black Belt Kaler Pink
Selera Rasa Seksa Astro Warna Episod 1 bersaing dengan Atu Zero dan dihoskan oleh Chef Wan
Bas Ria Astro Ria Episod 10
Ye Ke? TV3 Episod 13 Ogos bersama Nadia Aqilah, Ungku Ismail Aziz, Fahrin Ahmad, Datuk Jalaluddin Hassan dan Umie Aida
MeleTOP Astro Ria Mempromosikan minggu akhir drama Girlfriend Aku Dari Neraka bersama Sharifah Sakinah

Teater

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Bidasari Tengku Indra Watak utama
Kalung Oh Kalung! Amin
2015 Y Sebuah Muzikal Haikal

Endorsmen

Tahun Produk Catatan
2014 Height Up
Garnier Men
BeeTalk Bersama Hanis Zalikha
2017 Habib Jewel Bersama Maria Farida, Anne Abdullah dan Eyka Farhana

Kedermawanan dan penajaan

Pada April 2012, Aiman bersama-sama dengan Nazim Othman, Fizo Omar, Zoey Rahman, Intan Ladyana dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL). Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni". Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni.

Pada Julai 2013, TV3 melantik Aiman ​​bersama-sama dengan Ady Putra, Nora Danish, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Neelofa sebagai duta untuk Anugerah Syawal 2013. Menurut TV3, "Pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal".

Pada Januari 2014, Aiman ​​dan Zara Zya telah dilantik sebagai Duta Promosi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan DFKL 2014 melalui laman rangkaian sosial, mengambil bahagian dalam pameran bergerak, bengkel dan Anugerah DFKL 2014.

Pada Jun 2017, Aiman bersama Maria Farida, Eyka Farhana dan Anne Abdullah dilantik sebagai Duta Habib Jewel Syawal. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan barang kemas Habib sempena Hari Raya Aidilfitri.

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2012
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–26
Artis Baru Lelaki Popular Menang
Gandingan Serasi di Layar (bersama Izara Aishah) Vanila Coklat Tercalon
2013 Astro On the Go Fan Choice Awards Favourite Fuyooo Actor Projek Memikat Suami Tercalon
EH! Magazine EH! Top 20 Menang
2014 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 Pelakon Lelaki Pilihan Diandra Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Tercalon
Pasangan Hero & Heroin Pilihan (bersama Nur Fathia) Tercalon
2015 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 Pelakon Lelaki Pilihan Selamat Pengantin Madu Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Menang
2017
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2018 Anugerah Telenovela 2018 Pelakon Lelaki Filem Popular Kimchi Untuk Awak Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Scha Alyahya) Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Emma Maembong) Tercalon
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Pelakon MeleTOP Tercalon

Catatan

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Aiman Hakim Ridza, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Aiman Hakim Ridza Kehidupan awalAiman Hakim Ridza KerjayaAiman Hakim Ridza Kehidupan peribadiAiman Hakim Ridza DiskografiAiman Hakim Ridza FilemografiAiman Hakim Ridza EndorsmenAiman Hakim Ridza Kedermawanan dan penajaanAiman Hakim Ridza Anugerah dan pencalonanAiman Hakim Ridza CatatanAiman Hakim Ridza RujukanAiman Hakim Ridza Pautan luarAiman Hakim RidzaBila Cupid Jatuh CintaCuri-Curi CintaDiandraIsteri Separuh MasaKimchi Untuk AwakMentor (musim 5)Projek Memikat SuamiTV3Urusan Hati Cik Drama QueenVanila Coklat (drama)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Johor Darul Ta'zim F.C.Alor SetarMelur Untuk FirdausJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaEmma MaembongMega Movie (Slot TV3)PerakNajua NasirKata adjektifMikroplastikKodi RasheedTalbis IblisPenebangan hutanSekali Lagi Cinta KembaliNabi Lut a.s.Orang Cina MalaysiaPerlisKasih Iris LeonaBaju MelayuHalim RadziCik Siti Wan KembangTalasemiaSejarah SingapuraMichael (malaikat utama)Penunggang AgamaSiti Khadijah HalimParti Rakyat India MalaysiaMilo (minuman)Proton Saga (generasi kedua)Hutan hujan tropikaSejarah IslamIsmail Mohamed SaidFardu AinNatasya MahyanBatu Bersurat TerengganuAkta Dadah Berbahaya 1952Dasar Ekonomi BaruProton ExoraRisteena MunimVaksin tetanusJ RevolusiSejarah Pulau PinangHang TuahHari WesakBuah kerasParameswaraTulisan JawiKata kerja tak transitifKitab suci IslamAbu Bakar BasyirEropahPontianak Harum Sundal MalamCerita Rakyat MalaysiaNasha AzizGerak KhasGunung RuangBadmintonChacha MaembongKalki 2898 ADAmir MasdiYang di-Pertuan AgongHadha min fadhle RabbiSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukSlot AkasiaSlot SamarindaSunan MuriaPerang PadriJadual berkalaIman TroyeMona FandeyKadazan-DusunTempoh haram puasaAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaRukun NegaraOne Cent Thief🡆 More