Filem Town Mall: Filem seram Malaysia 2020 arahan Dato' Eizlan Yusof

Town Mall ialah sebuah filem seram Malaysia 2020 arahan pelakon Dato Sri Eizlan Yusof, dibintangi oleh Dato Sri Eizlan sendiri bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel.

Diadaptasi dari novel 2015 bertajuk sama karya Hasrudi Jawawi, filem ini berdasarkan dari satu kisah benar dan ditayangkan pada 26 Jun 2020.

Town Mall
PengarahDato Sri Eizlan Yusof
PenulisSubroto Katimin
BerdasarkanTown Mall oleh Hasrudi Jawawi
Dihasilkan olehZainuddin Mohd Ismail
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Enuja Production Sdn Bhd
Tarikh tayangan
26 Jun 2020
Masa tayangan
85 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis

Mengisahkan tentang projek pembinaan yang telah terbengkalai selama 10 tahun akibat gangguan makhluk halus dan kini sebuah syarikat pembinaan terkenal cuba menyambung semula kerja-kerja dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat beli-belah terkemuka. Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehingga suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Pelakon

Barisan pelakon dan watak diperoleh daripada My Infotaip.

Penerbitan

Town Mall ialah filem pertama arahan Dato Sri Eizlan Yusof, di mana beliau sendiri turut berlakon. Penggambaran filem ini mengambil masa 25 hari untuk disiapkan.

Dato Sri Eizlan dilaporkan mengalami kecederaan di dada ketika melakonkan salah satu babak aksi sambil berkata: "Walaupun filem seram tapi tiada sebarang perkara mistik berlaku semasa penggambaran dijalankan. Cuma dada saya tercedera akibat terhentak ketika melakonkan salah satu babak aksi. Sehingga hari ini rasa sakit itu masih ada,".

Keluaran

Filem ini awalnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 26 Mac 2020, bagaimanapun filem ini dikeluarkan secara rasmi pada 25 Jun 2020 menerusi platform Astro First susulan penutupan pawagam akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 18 Jun 2020.

Sehari selepas tayangan di Astro First, Town Mall mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menduduki tangga pertama carta filem Top 5 Astro First, sekaligus menewaskan Pon Magal Vandhal yang berada di tangga kedua, Syif Malam Raya di tangga ketiga, Ada Apa Dengan Dosa di tangga keempat dan filem Indonesia, Lampor Keranda Terbang menduduki tangga kelima.

Penerbit filem ini, Zainuddin Mohd Ismail meluahkan rasa bangga kerana filem Town Mall terbitan enuja production sdn bhd dapat memuaskan hati penonton.

Beliau berkata: "Saya selaku penerbit bersama barisan kru dan pelakon tidak sabar untuk menunggu reaksi penonton kelak. Sokongan daripada pihak Astro Shaw yang membuka ruang buat penerbit untuk menayangkan filem dalam tempoh sekarang ini, memberikan saya lebih keyakinan dan percaya potensi filem ini untuk mendapat sambutan positif. Saya berharap kehadiran filem ini mampu menjadi pencetus dan mencipta penanda aras baru dalam adaptasi filem daripada novel seram, kerana sebelum ini amat jarang kita lihat naskhah-naskhah novel seram diangkat ke layar perak,".

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Filem Town Mall SinopsisFilem Town Mall PelakonFilem Town Mall PenerbitanFilem Town Mall KeluaranFilem Town Mall RujukanFilem Town Mall Pautan luarFilem Town MallEizlan YusofTown Mall

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Revolusi PerindustrianImam MahdiGunung berapiNeelofaHari Kebangsaan MalaysiaAin EdruceBaju MelayuMuhammad al-FatihKementerian Pendidikan MalaysiaMelakaLemangTakdir Itu Milik AkuAbby AbadiSheriff (filem)Frekuensi radio di Negeri SembilanVAT 69/UTKAl-Masih ad-DajjalJabatan Kastam Diraja MalaysiaSenarai Surah Al-QuranNelydia SenroseRinggitSelangorBumiputera di SabahNadhir NasarHang TuahFacebookKetua Polis Negara MalaysiaDidi & FriendsKhalid Mohamad JiwaKaum DusunPulau PinangJenis darahKota BharuSayu Yang SyukurAmy SearchRiena DianaKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Bandar MaharaniMahatma GandhiYang di-Pertuan AgongMorfologi (linguistik)Sejarah SingapuraSultan Mizan Zainal AbidinPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaDaerah di SabahRangka manusiaKadet Remaja Sekolah MalaysiaUthman bin AffanDurian belandaChin PengAwieHantu Kak LimahBunga rayaKristianSharifah HusnaPiagam MadinahPulau (filem)Sophia LianaSlot LestaryAbdul Razak HusseinSistem pernafasanSenarai model kereta ProtonDayang AreedaCampaKuantanBak kut tehKelantanAmir NafisBatu PahatFarali KhanMeerqeenSemenyihBella AstillahNabi Musa a.s.Kaum-kaum di MalaysiaJohan Raja Lawak🡆 More