Pereka Martin Cooper

Martin Cooper (lahir pada 1928 di Chicago, Illinois) diiktiraf sebagai bapa telefon bimbit (berbeza dari telefn kereta).

Cooper merupakan CEO dan pengasas ArrayComm, syarikat yang terlibat dalam kerja-kerja menyelidik teknologi antena pintar dan memperbaik rangkaian tanpa wayar. Cooper juga merupakan Pengarah Korporat Penyelidikan dan Pembangunan Motorola. Martin Cooper menerima ijazah sarjana muda (Bachelor) dalam Kejuruteraan Elektrik pada 1950 dan ijazah sarjana (Master) pada 1957 dari Institut Teknologi Illinois.

Pereka Martin Cooper
Martin Cooper telah dijemput untuk menyertai Forum COMPUTEX Taipei 2007 e21.

Pada 1995, Cooper menerima Anugerah Wharton Infosys Business Transformation atas sumbangan beliau dalam bidang rekacipta dan kommunikasi. Cooper juga merupakan seorang ahli Mensa.

Martin Cooper juga tersenarai dalam 10 Majikan Terbaik oleh majalah Red Herring.

Panggilan telefon bimbit pertama dunia

Paten "Radio telephone system" (sistem radio telefon) difailkan atas name Cooper pada 17 Oktober 1973.

Beliau diiktiraf sebagai pereka telefon bimbit pertama dan juga orang pertama yang membuat panggilan telefon bimbit yang mengagumkan orang awam di New York pada 3 April 1973. Panggilan tersebut ditujukan kepada pesaing beliau, ketua penyelidikan, Dr. Joel S. Engel, Bell Labs, sekaligus membuka mata pelbagai pihak dan menyebabkan peralihan pasaran fundamental teknologi dan komunikasi. Ini adalah kerana visi beliau untuk mewujudkan komunikasi peribadi tanpa wayar, berbeza dengan telefon selular kereta pada masa itu. Cooper kemudiannya mendedahkan bahawa beliau telah memperoleh inspirasi untuk melakukan penyelidikan telefon bimbit itu menerusi watak Captain Kirk yang menggunakan alat komunikasi yang dipanggil "communicator" dalam rancangan televisyen terkenal Star Trek.

Rujukan

Tags:

Chicago, IllinoisMotorolaTelefon bimbit

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

ManatiShuib SepahtuRuminah SidekTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahRangka manusiaLiwatPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalSiti ElizadDewi SandraNajib RazakBahasa ArabKhairulamingAzira ShafinazMarga SangirLiga HansaArab SaudiHari Paskah BesarMenara Berkembar PetronasTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahIpohAsbab al-nuzulReading, BerkshireWhatsAppIbanNegeri SembilanPerodua VivaWudukKumpulan Wang Simpanan PekerjaUniversiti Teknologi MalaysiaWanna AliNegeri-negeri Melayu BersekutuKelapa sawitSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaGajahKongkekSejarah MelakaNajua NasirNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaMuhammad al-FatihLapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou XiaoshanSumber primerSunan MuriaPembenihan awan16 PuasaEtnik MelayuUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaKhamis PutihThe Original GangsterAzhan RaniSaleemKawasan bandarSolat subuhPaskah YahudiHari Kebangsaan MalaysiaLaura AnnaOnn JaafarTracie SinidolSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirHalim RadziPerseikatanTenaga Nasional BerhadFalsafahBubur lambukBiendaEmma MaembongPerang UhudDataran MerdekaSultan Nazrin Muizzuddin ShahKonfusianismeSayu Yang SyukurLee Chong WeiKKN di Desa Penari (filem)Jamal AbdillahErra FaziraSyahadahSurah al-AlaqHadha min fadhle RabbiWarna liturgi🡆 More