Hari Kebangsaan Malaysia

Hari Kemerdekaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957.

Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, nyanyian, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Hari Kebangsaan Malaysia
Hari Kebangsaan Malaysia
Seorang lelaki dilambung ke udara oleh orang ramai semasa sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 2008
Nama rasmiHari Merdeka
Juga dikenali sebagai
Merdeka, Hari Kebangsaan, Hari Kemerdekaan
Diraikan oleh/di
Malaysia
JenisKebangsaan
KepentinganMenandakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Tarikh31 Ogos
Kekerapantahunan
Hari Kebangsaan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman dibawa menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah Melayu 1958

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Sejarah

Penubuhan Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara/Sabah, Sarawak dan Singapura dijadualkan diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, bersamaan ulang tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum di Borneo Utara dan Sarawak. Bagaimanapun, Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat kemerdekaan daripada British pada 16 September 1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal pada 22 Julai 1963.

Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963, dan disambut sebagai Hari Malaysia. Sambutan kemerdekaan besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos, tarikh asal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi cuti umum di Sabah. Bagaimanapun, mulai 2000-an terdapat sedikit ketidakpuasan hati di Malaysia Timur yang mendakwa sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos terlalu bertumpuan Semenanjung Malaysia. Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa bermula 2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos. Manakala bermula 2015, Menteri Ahmad Shabery Cheek menyatakan sambutan hari kemerdekaan mungkin disambut tanpa menyebut bilangan tahun agar tidak meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak.

Tetamu

Tetamu kehormat luar termasuk:

    Anggota keluarga diraja
    Ketua Kerajaan
    Perwakilan dari jajahan Britain yang lain
  • Gabenor Hong Kong, Sir Alexander Grantham
  • Ketua Menteri Singapura, Lim Yew Hock
  • Sir Gerald Templer (bekas Pesuruhjaya Tinggi Britain di Persekutuan Tanah Melayu) dan Lady Templer
  • Lady Gurney (isteri bekas Pesuruhjaya Tinggi Britain di Persekutuan Tanah Melayu Sir Henry Gurney)
  • Lady Gent (isteri bekas Pesuruhjaya Tinggi Britain di Persekutuan Tanah Melayu Sir Edward Gent)
    Pesuruhjaya Tinggi dari negara-negara Komonwel lain
  • Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Persekutuan Tanah Melayu, Arthur Redpath Menzies
  • Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Persekutuan Tanah Melayu, Tom Critchley
  • Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Persekutuan Tanah Melayu, Foss Shanahan

Tema

Berikut merupakan tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini.

Tahun Tema
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 20 Tahun Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Seni Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kejayaan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Penggerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 1Malaysia Menjana Tranformasi
2011 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
2012 1Malaysia. Janji Ditepati
2013 Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
2014 Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2015-2016 Sehati Sejiwa
2017 Negaraku Sehati Sejiwa
2018 Sayangi Malaysiaku
2019 Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih
2020-2021 Malaysia Prihatin
2022 Keluarga Malaysia, Teguh Bersama
2023 Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Hari Kebangsaan Malaysia SejarahHari Kebangsaan Malaysia TemaHari Kebangsaan Malaysia Lihat jugaHari Kebangsaan Malaysia RujukanHari Kebangsaan Malaysia Pautan luarHari Kebangsaan Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bahasa JawaEkolokasi haiwanOlahragaSeri KembanganHarissa AdlynnKulitNajua NasirCongkakPendidikan di IndonesiaPemerintahan berajaRevolusi KeagunganPteropusTentera Udara Republik Islam IranSenarai negara mengikut sistem kerajaanDia Isteri Luar Biasa (drama)Bola sepakHasmiza binti OthmanSenarai Surah Al-QuranSharnaaz AhmadBaba Ismail SepanjangPuteri KhareezaAmy SearchPuteri BalqisParlimen MalaysiaSerpihan SayangIdolaBuliRahsia (filem 2023)Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanMandi wajibElla (penyanyi)Siksa KuburSarawakSrivijayaOrang India MalaysiaSekularismeJepunOrang JawaSolat subuhFattah AminChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorPertubuhan Keselamatan SosialJam 12 jamUlar Tedung SelarEmpayar UthmaniyahUmar bin Al-KhattabNusantaraLaman UtamaBerlari merentas desaBuayaJam 24 jamRasuahKata hubung (bahasa Melayu)Uthman bin AffanSlot AkasiaSarimah AhmadTanam paksaPuchong, SelangorKata namaKerajaan Bani UmaiyahSumber primerJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaSoffi JikanFrekuensi radio di KedahSenarai raja-raja MelayuJata MalaysiaParameswaraMatahariSyatilla MelvinFahmi FadzilJenis darahKuala LumpurNaim DanielHarris AlifEtnik Melayu🡆 More