My Lovely Driver

My Lovely Driver merupakan drama televisyen Malaysia 2024 arahan Ayie Mustafa, dibintangi oleh Trisha Ooi dan Hisyam Hamid.

Siri drama ini akan memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 16 Februari 2024 bagi menggantikan Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah.

My Lovely Driver
GenreDrama
Komedi romantik
Ditulis olehLynnda Sharudin
PengarahAyie Mustafa
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hujung Minggu" — Fid Abdul
Lagu penutup"Hujung Minggu" — Fid Abdul
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Syarikat penerbitan
Sha's Media Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Disney+ Hotstar Malaysia
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 Februari 2024 – 14 Mac 2024
Kronologi
MengikutiCinta Bersemi Di Wadi Safiyyah
Diikuti olehWanita Syurga

Sinopsis

Mengisahkan tentang Adly (Hisyam Hamid) yang masih trauma dengan kejadian kemalangan yang dialaminya lima tahun lepas dan melibatkan kematian seorang wanita. Kejadian ini menyebabkan dia sukar untuk memandu dan menyebabkan Adly menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk kemana-mana sahaja. Ketika Adly ingin menggunakan khidmat pemandu kereta sendiri itu, dia juga telah berkenalan dengan Sam (Trisha Oii).

Sam mempunyai banyak tanggungan di rumah, termasuk tanggungjawab untuk melunaskan hutang arwah ayahnya sehingga dia terpaksa mencari kerja tambahan. Sam tekad untuk menambah pendapatannya dan tidak boleh hanya bergantung kepada perniagaan atas taliannya. Jojo (Sera Melissa) memberi sokongan kepada Sam untuk menjadi pemandu E-hailing sepenuh masa sementara Jojo membantu perniagaannya.

Pertemuan pertama Adly dan Sam sebagai pemandu dan penumpang bagaikan sebuah takdir untuk mereka apabila Adly berasa selesa dengan kehadiran Sam dalam hidupnya. Dia telah mengupah Sam untuk menjadi pemandu peribadinya dan di samping itu Adly juga dapat mempelajari lebih banyak mengenai perniagaan daripada Sam. Adakah akan ada sesuatu di antara mereka? Dapatkah Adly pulih daripada trauma dengan kehadiran Sam?

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

  • Ameerul Asyraf sebagai Mike
  • Izzendra sebagai Aini
  • Amai Kamarudin sebagai Chai
  • Nell Nazry sebagai Dr Azren
  • Ainin Batrisya sebagai Sahara
  • Ikhwan sebagai Hadi
  • Keela Kamarudin sebagai Effa
  • Fauzi Nawawi sebagai Arif
  • Badrul Muhayat sebagai Ayah Azmi Tikus

Rujukan

  1. "Drama My Lovely Driver" MyInfoTaip. Dicapai pada 16 Februari 2024

Tags:

My Lovely Driver SinopsisMy Lovely Driver PelakonMy Lovely Driver RujukanMy Lovely DriverCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahHisyam HamidSlot AkasiaTrisha Ooi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nadia AqilahAisyah Abu BakarEda EzrinMenteri Besar PerlisFrekuensi radio di PerakHari BumiPiala ThomasSejarah IslamDuerra MitildaStadium Nasional Bukit JalilRangka manusiaJangkitanPulau PangkorImam MahdiKedah TuaNabi Isa a.s.Sepahtu Reunion Al-RayaMadinah al-MunawwarahSultan Mizan Zainal AbidinBank Negara MalaysiaFalsafahPelesitRokokFrekuensi radio di JohorIsmail Sabri YaakobKesultanan Melayu MelakaLencana pangkat TLDMSunan AmpelPanglima Tentera LautKementerian Perhubungan Republik IndonesiaSarah SuhairiKerajaan Bani UmaiyahPendidikan di IndonesiaAzlan ManMasyarakat majmukLatAlhamdulillahSiput babiSolat Sunat RawatibKerana Dia SukaSarawakR.A. KartiniKhairy JamaluddinBaju tradisional MelayuAzira ShafinazKanun KeseksaanTimbalan Perdana Menteri MalaysiaKapal terbangNadia BrianLobak merahTentera Laut Diraja MalaysiaTeluk IntanPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaSrivijayaJoe FlizzowRiena DianaAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaHinduismePetaling JayaThe GadysLabuanPitt HanifJenis air untuk bersuci dalam IslamNorman HakimJabatan Imigresen MalaysiaProton Saga (generasi kedua)Senarai pelakon lelaki MalaysiaDaiyan TrishaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuTanda dan gejalaSherry AlhadadTakwim HijrahSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBryan DomaniPemerintahan berajaKesultanan DemakPegawai Waran IIHazama AzmiYang di-Pertuan Agong🡆 More