The Gadys

The Gadys ialah sebuah kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2021, dianggotai oleh dua ahli asal, Ayunie Rizal dan Aznie Azmi serta ahli baru, Thamiera Chan.

Bekas ahli kumpulan ini terdiri daripada Nelissa Nizam dan Faa Zaini. Kumpulan ini menikmati kejayaan komersial menerusi single sulung mereka, "Gadys Raya", yang merupakan single Raya pertama mereka.

The Gadys
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2021–kini
Syarikat rakaman
Ahli
  • Ayunie Rizal
  • Aznie Azmi
  • Thamiera Chan
Bekas ahli

Sejarah

Keempat-empat ahli kumpulan The Gadys ialah rakan dan kenalan dalam industri seni dan sama-sama menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Hubungan mereka mula akrab selepas mengambil bahagian dalam pertandingan The Next My Star pada tahun 2020, sekaligus membawa kepada penubuhan The Gadys setahun kemudian.

Kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Valient Music dan Universal Music Malaysia dan muncul bersama single sulung mereka, "Gadys Raya" ciptaan Romeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim. Dikeluarkan pada 8 April 2022 sebagai single pra-penampilan mereka, lagu ini berkisarkan pengalaman ahli The Gadys sendiri yang tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan lebaran akibat pandemik COVID-19.

Pada 9 September 2022, The Gadys muncul dengan single "Gelek Jambu" yang menggabungkan genre reggaeton, rock dan tradisional. Mereka kemudian merakamkan semula lagu "Gadis dan Bunga" nyanyian asal Rahimah Rahim, yang dikeluarkan pada Mac 2023. Ini merupakan muzik video pertama The Gadys sebagai trio selepas pengunduran seketika salah seorang ahlinya, Faa Zaini pada November 2022 akibat masalah kesihatan.

Pada tahun 2023, The Gadys mengumumkan pengunduran dua ahli asalnya, Nelissa dan Faa sekaligus meninggalkan Aznie dan Ayuni sebagai ahli asal dan mengambil ahli baru, Thamiera Chan yang merupakan anak saudara penyanyi, Stacy Anam. Pada masa yang sama, kumpulan ini muncul dengan single baru, "Gagal Cinta" yang merupakan rakaman rasmi pertama The Gadys tanpa Nelissa dan yang kedua tanpa Faa serta yang pertama bersama Thamiera sebagai ahli baru.

Ahli kumpulan

Ahli terkini

  • Ayunie Rizal (2021-kini)
  • Aznie Azmi (2021-kini)
  • Thamiera Chan (2023-kini)

Bekas ahli

Diskografi

Single

Senarai single, dengan kedudukan carta terpilih
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta
Era Hot FM Suria
"Gadys Raya" 2022
"Gelek Jambu"
"Gadis dan Bunga" 2023
"Gagal Cinta"
"Cuti Raya" 2024
"—" menunjukkan lagu yang tiada dalam carta, atau tidak dikeluarkan di wilayah tersebut.

Rujukan

Pautan laur

Tags:

The Gadys SejarahThe Gadys Ahli kumpulanThe Gadys DiskografiThe Gadys RujukanThe Gadys Pautan laurThe GadysNelissa Nizam

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Razarudin HusainKamal AdliAlyssa DezekPiala ThomasMyKadSultan PerakSunan Gunung JatiNasha AzizKesultanan Melayu MelakaTengku Amir ShahTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahPulau TiomanMegat SharizalHukum Kanun MelakaPiala Asia AFCIpohRita NadiraBaju tradisional MelayuPerpaduanTimbalan Perdana Menteri MalaysiaGanjaSijil Pelajaran MalaysiaBatu CavesQistina KhaledPolis Diraja MalaysiaNabi Sulaiman a.s.Kadet Remaja Sekolah MalaysiaSekularismeBiduanita NegaraKhir RahmanBukit TaburSarah SuhairiVaksin tetanusTunku Abdul RahmanSepahtu Reunion Al-RayaIsrak dan MikrajPerodua KancilKerisIntegritiLaskar MudaIslamPutri JannahSejarahKebudayaan MalaysiaNazim OthmanSarimah IbrahimPerang AhzabWan RajaLencana pangkat TLDMMenteri Pendidikan MalaysiaMimi LanaFuckSlot LestaryAn-Nuayman bin AmrProton SagaMohd Shukri RamliBig StageMuhammad Haziq Bin NadzliKL GangsterPegawai Waran IJohan GhazaliSepupuHadis MutawatirInna lillahi wa inna ilaihi raji'unDadahSultan Muhammad VSalahuddin al-AyyubiPerakAbang Long Fadil 3Google ScholarAfdlin ShaukiKhulafa al-RasyidinOh My Ceria!Universiti MalayaDaerah LangkawiKelurRiena DianaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaProno🡆 More