Alyssa Dezek

Aryanna Alyssa Dezek (lahir 24 April 2008) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan selebriti internet Malaysia.

Beliau telah mencipta sejarah sebagai selebriti internet termuda negara yang berjaya tersenarai dalam carta 5 Teratas YouTube Malaysia. Alyssa telah mengumpulkan sebanyak 4.7 juta pengikut di saluran YouTube beliau, yang mana beliau menyanyikan lagu saduran Malaysia .

Alyssa Dezek
Kelahiran
Aryanna Alyssa Dezek

(2008-04-24) 24 April 2008 (umur 15)
PekerjaanPelakon, penyanyi, selebriti internet
Tahun aktif2015–kini
SaudaraAaron Dezek (adik)
Maklumat YouTube
Saluran
GenreMuzik
Pelanggan4.66 juta
Jumlah tontonan748 juta
Alyssa Dezek 1,000,000 pelanggan 2020
Dikemaskini pada 3 Julai 2021

Kerjaya

Kerjaya hiburan Alyssa Dezek bermula apabila videonya menyanyikan lagu "Kun Anta" nyanyian asal Humood Alkhuder, sambil bermain ukulele menjadi tular di YouTube.

Beliau membuat penampilan televisyen pertamanya menerusi rancangan Ceria All-Star di Astro Ceria ketika baru berusia tujuh tahun. Pada tahun 2018, beliau tersenarai sebagai salah seorang peserta Ceria Megastar. Alyssa juga pernah muncul dalam rancangan televisyen kanak-kanak Chiki Boom terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM),

Penampilan sulungnya dalam bidang lakonan ialah menerusi drama Patahnya Sebelah Sayap yang dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera, seterusnya memegang watak pesakit leukemia bernama Zai dalam telefilem Ana Anak Ibu lakonan bersama Puteri Balqis. Sebagai penyanyi, Alyssa muncul dengan single "Lagu Untuk Kamu" yang dikeluarkan pada November 2019 di bawah label Xeno Music. Lagu tersebut telah memperoleh 253 juta tontonan di YouTube dengan 2.3 juta tanda suka, sekaligus direkodkan sebagai video dengan tontonan terbanyak di YouTube Malaysia. Lagu lain beliau termasuk "Ma dan Pa", "Bintang" dan "Duniaku".

YouTube

Kerjaya YouTube Alyssa bermula pada 2012 apabila ibu beliau, Suzanne Dezek memuat naik klip video beliau menyanyikan lagu saduran ketika beliau hanya berusia 4 tahun. Hasil pendapatan beliau daripada saluran YouTube beliau, di mana beliau telah mengumpulkan 3 juta pengikut dengan videonya telah meraih 300 juta tontonan. Menurut kajian oleh laman penjejak media sosial Social Blade, dianggarkan bahawa pendapatan Alyssa dari YouTube mencecah sebanyak RM29,942 hingga RM427,250.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia, saluran YouTube Alyssa menerima jumlah langganan paling tertinggi. Alyssa mencipta rekod sebagai satu-satunya selebriti Malaysia yang tersenarai dalam carta 10 Teratas YouTube Malaysia dengan menduduki tangga ke-9.

Cover terbaharunya bersama Armand ezra di YouTube memainkan lagi love story disukai peminat kerana gelagat merekat yang Manis

Merekat selalu bersama-sama pergi kemana sahaja, sebagai contohnya di sambutan Hari Jadi, mechamato, duet dan video tiktok yang manis

Kehidupan peribadi

Alyssa Dezek dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Suzanne Sahri Dezek dan Hafidz Dezek, adik lelakinya ialah Aaron Dezek. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Danau Kota, Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga berkemahiran bermain gitar, ukulele dan biola.

Pada November 2018, Alyssa dimasukkan ke hospital selama lima hari akibat penyakit apendiks selepas mengadu sakit perut. Beliau diberi rehat daripada penggambaran dua drama lakonannya.

Alyssa telah memiliki kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dibelinya pada harga RM250,000, hasil dari pendapatannya sebagai selebriti YouTube.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Patahnya Sebelah Sayap TV3 Pelakon tambahan
2018–2019 Selafaz Cinta Astro Prima
2019 Jodoh-Jodoh Annisa Sofea
2021 Ganjil Nabila kecil Viu
2022 Skuad Detektif KBAT Trisha Astro Ceria Pelakon utama
2023–2024 W: Two Worlds Adik Aliff Viu

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Kasut Bola Pink Adik Rafiq Astro First Eksklusif
Ana Anak Ibu Zai Astro Citra
Lambor Kanan Belakang Dewan Astro Prima Dikreditkan sebagai Aryanna Alyssa
Jangan Sembelih Merah Saerah TV3
2018 Ghahim Takut Nak Azan Shagifah Ghosmilah
Vlog Laura NTV7
Mimpi Sumi
Senarai Raya Papa TV3
Bebel TV1
2019 Raya Kali Ini TV3
2022 Raya Kali Ini Alyssa Astro Warna
Sejenis Raya Senariounion

Televisyen

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Ceria All-Star Dirinya sendiri/peserta Astro Ceria
2016 Wanita Hari Ini Dirinya sendiri/tetamu jemputan TV3
2017 Motif Viral Astro Ria
Meja Bulat Sepahtu Astro Warna
2018 Ceria Ministar Dirinya sendiri/peserta Astro Ceria
2019 Chiki Boom Dirinya sendiri TV2

Diskografi

Single
Tahun Tajuk Catatan
2017
"Ma dan Pa"
"Bintang"
OST Ana Anak Ibu
"Duniaku"
OST Jangan Sembelih Merah
2019
"Lagu Untuk Kamu"
2020
"Let It Flow"
2023
"Faham Tak"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon
2021 Anugerah MeleTOP Era 2021 BBNU Meletop Menang N/A

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Alyssa Dezek KerjayaAlyssa Dezek Kehidupan peribadiAlyssa Dezek FilemografiAlyssa Dezek DiskografiAlyssa Dezek Anugerah dan pencalonanAlyssa Dezek RujukanAlyssa Dezek Pautan luarAlyssa DezekMalaysiaSelebriti internetYouTube

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Adab menyambut kelahiran bayi menurut IslamSalasilah keturunan Nabi MuhammadArab SaudiTeduhan KasihBeto KusyairySejarah SingapuraPeraturan bola jaringKulitMalayan UnionNabi Yusuf a.s.Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi ShahPiagam MadinahBurasZizan RazakOne Two JagaErysha EmyraElly MazleinPitt HanifKata sendi (bahasa Melayu)Perang Dunia KeduaMenteri Pendidikan MalaysiaRukun NegaraElektroterapiBadarawuhi Di Desa PenariSrivijayaAmerika SyarikatOzlynn WatyBaby ShimaKuala PilahBismillahHun HaqeemBatu PutehPenanda wacanaMajlis Raja-Raja7 Hari Mencintaiku (musim 3)GasingPenggunaAngkorMokhtar DahariBaju MelayuJenis-jenis ayat bahasa MelayuAhmad Farhan FauziLimau nipisAl Nassr FCGabenor Bank Negara MalaysiaSainsSheriffAyob Khan Mydin PitchayPerang BadarHannah DelishaSalamiah Mohd NorGeografi MalaysiaTentang Hati DiaTakdir Itu Milik AkuSolat sunatDataran MerdekaKecerdasan buatanLelaki ItuPerdana Menteri MalaysiaSifat-sifat AllahUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaPantang larang MelayuSumber primerZakar manusiaAsmidarPuasa (Islam)Aisha RetnoIslamSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaHubungan seksCristiano RonaldoSekolah Berasrama PenuhKesan rumah hijauHalim RadziSaifuddin Nasution IsmailMatahari🡆 More