Fauzi Nawawi: Pelakon, pengarah dan penerbit Malaysia

Muhammad Fauzi Mohd Nawawi (lahir 7 Mac 1973) merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia.

Beliau dikenali dengan watak antagonis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff serta peranan ulangan dalam Gerak Khas. Beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2010 menerusi Sebelum Akhirat. Fauzi menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulung arahannya, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.

Fauzi Nawawi
Kelahiran
Muhammad Fauzi bin Mohd Nawawi

(1973-03-07) 7 Mac 1973 (umur 51)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit, ahli seni bela diri
Tahun aktif1998–kini
PasanganLisdawati (k. 2007)
Anak-anak8 (termasuk Fareez Fauzi)
IbuSiti Aminah Chin

Kerjaya

Beliau memulakan langkah dalam bidang seni dengan menjadi pelakon lagak ngeri bagi beberapa produksi drama dan pembikin VCD. Selain itu, beliau turut menjadi krew produksi dan pembantu pengarah drama pada 1998.

Pada tahun 2000, beliau mula mendapat tempat di mata pengarah dengan menjadikan beliau pelakon utama, dengan memegang watak antagonis. Nasib beliau dalam drama cerah apabila mendapat tawaran berlakon dengan pelbagai watak. Rezeki akhirnya menyebelahi beliau apabila beliau dinobat Pelakon Lelaki Terbaik ASK 2010 dan Anugerah Seri Angkasa 2010 menerusi drama Sebelum Akhirat.

Hasil daripada lakonan beliau dalam drama, beliau mendapat tawaran menjadi pelakon utama filem Orang Minyak. Beliau pernah tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Anak Halal.

Beliau mendapat tawaran menjayakan teater Tsunami pada tahun 2007, beliau sekali lagi mendapat tawaran untuk pementasan teater saduran daripada filem arahan Allahyarham P. Ramlee dengan menggunakan tajuk yang sama, iaitu Semerah Padi. Dalam teater arahan Rosdeen Suboh ini, beliau memegang peranan Teruna, yang pernah dibawa oleh Allahyarham Nordin Ahmad.

Beliau mengorak langkah sebagai pengarah filem apabila mengarah filem garapanya sendriri, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017. Fauzi membuka perniagaan hotel bajet pada Julai 2018.

Beliau ditawarkan bekerja dengan sutradara muda Syamsul Yusof menerusi filem Munafik 2 di mana memegang watak sebagai Umar, orang kanan Abu Jar lakonan Nasir Bilal Khan. Untuk filem ini, Fauzi mendapatkan pandangan dan nasihat ibunya untuk mengelakkan sebarang masalah timbul.

Kehidupan peribadi

Fauzi dilahirkan dan dibesarkan Pantai Remis, Perak. Beliau berkahwin dengan pelakon Lisdawati pada 9 September 2007. Pasangan ini dikurniakan 8 anak, Fauzi mempunyai empat anak dari perkahwinan terdahulu.

Anak beliau, Muhammad Fareez Hazwan merupakan peserta Mentor Milenia dan menjadi protege Hazama.

Kontroversi

Pada Oktober 2021, Fauzi diselar di Internet berkenaan penceritaan pengalaman penggambarannya dalam filem Anak Halal (2007) di sebuah rancangan televisyen, Rumah No. 107 di Astro Warna. Dalam penceritaannya, Fauzi menceritakan pemggambaran sebuah babak dalam filem itu yang melibatkan perbuatan rogol olehnya terhadap watak Milya (Raja Farah) yang dipotong dalam hasil akhir atas permintaan ibu bapa Farah. Selaran dihamburkan para warganegara tatkala gaya penceritaannya yang disifatkan berterus-terang, berlebih-lebihan dan bersahaja menjadi tular di media sosial; episod rancangan terbabit itu sendiri disiarkan pada Jun. Sejurus selepas itu, Fauzi memohon maaf atas penceritaan itu. Sementara itu, Farah menyatakan bahawa beliau juga memiliki perasaan kurang dihormati selaku seorang isteri berikutan penceritaan itu, dan berasakan perbincangan sebegitu sebagai tidak patut. Kutukan juga dihujahkan oleh pihak pendukung kewanitaan seperti All Women's Action Society, AWAM.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 MX3 Anggota polis Filem pertama
2007 Orang Minyak Malik Kumbo
Anak Halal Jeff
2008 Tipu Kanan Tipu Kiri Zulfiqli
2011 Songlap Chipun
Mayhem Fauzi Filem pendek
2013 Conspirators Zhen Filem Hong Kong
2014 Kelibat Kamal
2015 Chowrasta Jali
2016 Pelepas Saka Ustaz Penampilan khas
Bo-Peng ASP Anwar
2017 Pak Pong Kadir Handsome Juga sebagai pengarah dan penulis
2018 Badang Taiko
Munafik 2 Umar
2020 Tyickoouns Ayah Long Penampilan khas
2022 Renjana Tuan Ramlee
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Jurulatih Jasmani
Seratus Azhar
2023 Memburu Ridzuan
Polis EVO 3 ACP Farouk
Malbatt: Misi Bakara Mejar Osman
Bangkitkan Aku Kembali Bayu Penampilan khas
2024 The Original Gangster Razi Pos-Produksi
TBA 6 Jilake Pos-Produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005 Aku, Dia & Cape Town TV3 Drama pertama
2007 Dewi Cinta TV1
2008 Sari Maya Dali TV9
2008–2009 Laila Majnun Zainal TV3
Puaka Niyang Rapik Ahmad Fathil
2009 Dua Marhalah Amran Astro Oasis
Sari Maya 2 Dali TV9
Cinta Untuk Ain Kamal TV3
Matahari
E-Toyol.com Hamidi
2010 Na O Mei Ayie
Jidin Antar
2011 Ustaz Amirul Salleh
Kemboja Putih Amar
You Saka... Pergi Jauh-Jauh Ibrahim
Jiwa & Lara Jiwa
2012 Saiful Nita Fendi
2013 Janji Shirah Zali
Kerana Sarah Azman
Dia Suamiku Myrza Astro Prima
2014 Miranda Fezrul TV3
Fajar Aiman Suffian
2015 Kifarah Mistik Bono Episod: "Gelandangan"
Ya Solihin TV2
Gerak Khas (Musim 16) Ringgo Episod: "Ops Cantas"
2016 Kerambit Baim
Gerak Khas (Musim 17) Abang Bob Episod: "Abang Bob"
2017 Joni Togo Astro Prima Episod: "Tumpang"
Gerak Khas (Musim 18) Mazlan TV2 Episod: "Aktivis"
2018 Teratai Kemboja Saufi TV3
Bahagia Bukan Bidaan Paksu
Aku Cinta Dia Dr Azhar
2019 4 Penjuru TV1
Iktibar Rosli TV3 Episod: "Taubat Seorang Samseng"
Gerak Khas (Musim 19) TV2 Episod: "Persepsi"
Cemburu Seorang Perempuan Sufian Astro Ria
2019–2021 Black Chief Mazlan Viu
2020 Memoir Karmila Imam Muhardi TV1
2021 Rindu Awak Separuh Nyawa Kasim Astro Ria
Penjara Janji Zulkifli TV3
Budak Tebing 2 Afendi TV3
Malaysian Ghost Stories Hafizullah Astro Ria Episod: “Bomoh Puaka”
2022 Suamiku Lelaki Pendosa Firdaus TV3
Di Sebalik Dia Pak Latif Awesome TV
Luka Di Hati Diya Datuk Mikail TV1
2023 Jangan Ambil Kerja Tuhan TV2
Geng Daddy Daddy Shuk TV3
I Love You, Stupid Tuan Seri Zakaria / Hakimi Viu
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit Dollah Astro Ria
2024 Chiron Dr. Khai Budiman Mediacorp Suria
My Lovely Driver Arif TV3
Khunsa Bakri (50 Tahun) Astro Ria
Hero Seorang Cinderella 2 Ismadi Penampilan khas

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Pendekar: The Movie VCD
2003 Satria Maya Dabov
Igau: Aspirasi Mimpi Fendi
2010 Sebelum Akhirat Mubarak TV3
Taubat Nasuha Syamizi
Sebelum Terlupa
Bagaikan Sumayyah
Abang Mat Salleh Gelap Insp Murad TV1
2011 Sudu & Garpu Andy TV3
Yang Terpuji Ustaz Mokhtar
Pusara Di Lebuh Raya Hakimi
Sebelum Lima Perkara Badri
Rebah Di Hujung Taubat Firman Astro Prima
2012 Ruqyah Rocker Adam Astro Oasis
2013 Takbur Mama Azman TV3
2014 PI (Private Investigator) Razman
Cikgu Bidan Cikgu Roslan
Kemelut Dosa Zainuddin
2015 Kasyaf Inspektor TV1
Adik Tak Tipu TV3
Kaabah Depan Rumah Rashid Astro Oasis
2016 Lari Lagi TV2
Kau Ilhamku Ramzi TV3
Ayah Tak Pernah Kalah Badrul TV9
2017 Mahram Zamarul
Ketupat Buat Nenek Imran
Anak Kerak Sani Astro Citra
2018 Uniknya Cinta Kamil TV3
Qalbu Sazali 'Toyu'
Sayang Suria
Cucu Atuk Zamani
Khalifahkah Aku Datuk Amran
Hanya Sesenggam Setia Bakri Unifi TV
2019 Takkan Gentar Amer TV3
2020 Jihad Ramadan Razali
Baju Merah Jambu Talib TV1
2021 Berbenang PKP Anis Ayah Anis dan Amar TV AlHijrah
2022 Aku Ingin Ke Syurga Amar TV2
2023 Hello Suri Fikri TV3
Selendang Putih Said TV2
Takdir Yang Ditakdirkan Ustaz Takdir Awesome TV

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2019 Masak Apa Tu? Dirinya sendiri bersama isteri TV3
2020 Rumah No. 107 Artis jemputan Astro Warna
Warung Wak Dirinya sendiri bersama isteri (episod 6) Awesome TV
2021 Famili Duo Peserta selebriti bersama anaknya, Fareez Fauzi TV3
Riuh Family 2 Dirinya sendiri bersama keluarga Awesome TV
2023 Mic ON! Selebriti Peserta
Relax! Jangan Gaduh Dirinya sendiri bersama isteri

Teater

Tahun Tajuk Watak
2011 Semerah Padi Taruna

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Anugerah Skrin 2010 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Menang
Anugerah Seri Angkasa 2010 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Fauzi Nawawi KerjayaFauzi Nawawi Kehidupan peribadiFauzi Nawawi KontroversiFauzi Nawawi FilemografiFauzi Nawawi Anugerah dan pencalonanFauzi Nawawi RujukanFauzi Nawawi Pautan luarFauzi NawawiAnak HalalAnugerah Skrin 2010Gerak KhasPak Pong

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pilihan raya umum Malaysia 2022Khalid Mohamad JiwaJuventusSunan MuriaKementerian Kesihatan MalaysiaEtnik MelayuBani IsraelSenarai kata pinjaman bahasa MelayuSukan OlimpikHun HaqeemTrisha OoiMohd Safee Mohd SaliPerayaan QingmingKulitJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaPeringkat magnitud (jisim)Zakat fitrahTikTokMuftiMalaysiaSel (biologi)PeroduaMedia sosialBella DallyPutrajayaJenayah kolar biruPiala Dunia B-20 FIFA 2019BismillahLionel MessiAdat resam kahwin MelayuNabi Isa a.s.Syariat IslamRita NadiraAerofonWan Junaidi Tuanku JaafarSyahadahPulau PinangOrang Melayu MalaysiaSayu Yang SyukurPetronasSonu SoodSelangorSarimah IbrahimAzazilProton SagaNabi Saleh a.s.Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuJasmine Suraya ChinIzzue IslamMyKadNombor perdanaFarajFadhli MasootPangsapuriDemografi MalaysiaLelaki ItuBaksoAstrolabKontroversi stoking kalimah Allah 2024Batu Bersurat TerengganuUngku Ismail AzizMy Lovely DriverKebudayaan MalaysiaPerang Dunia PertamaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaFrekuensi radio di KedahUlar Tedung SelarNajua NasirLiga Super Malaysia 2024–25Muhamad Akmal SalehAdnan bin SaidiNegara-Negara KomanwelInfrastrukturJustin BieberPiala Dunia FIFA 2010Razarudin HusainKuantanTakwim HijrahAhli Sunah Waljamaah🡆 More