Famili Duo

Famili Duo ialah sebuah rancangan televisyen realiti Malaysia yang disiarkan di TV3.

Berdasarkan daripada rancangan Family Singing Show di 8TV, ia menampilkan selebriti popular tanah air bersama ahli keluarga dan saudara-mara menonjolkan bakat nyanyian masing-masing di mana setiap persembahan mereka akan dinilai oleh juri profesional. Musim pertama siri ini disiarkan dari 14 Februari 2021 sehingga 11 April 2021 dan dihoskan oleh Uyaina Arshad, manakala musim kedua memulakan tayangan perdana bermula 18 Disember 2022 dan dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee. Musim ketiganya disiarkan pada 15 Oktober 2023 dan dihoskan oleh Janna dan Izzue Islam. Ia telah diiktiraf sebagai rancangan TV realiti nyanyian keluarga pertama di Malaysia.

Famili Duo
Berdasarkan daripada
Family Singing Show oleh 8TV
FormatPertandingan nyanyian
Televisyen realiti
Ditulis olehAyu Nadhirah
Pengarah
  • Mohd Jamira Ramli
  • Muhd Suffian Isa
Pengacara
Juri
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Nurhul Huda Khalid
  • Muhd Suffian Isa
Penerbit
  • Mohd Jamira Ramli
  • Noradillah Adeed Abdullah
Pemasangan kamera
Tetapan multi kamera
Tempoh siaran90–110 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 Februari 2021 – kini
Pautan luar
Laman sesawang

Konsep

Famili Duo merupakan terbitan turunan kepada rancangan TV realiti Family Singing Show yang disiarkan di 8TV. Ia menampilkan selebriti popular Malaysia yang bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.

Setiap episod menampilkan lima pasangan selebriti yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Mereka perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu lagu saduran dan satu nyanyian di pentas. Di pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur akan menentukan lagu saduran untuk menghasilkan sebuah video muzik. Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio.

Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo. Setiap persembahan dan permarkahan akan dinilai sepenuhnya oleh Didie Alias dan Mark Adam selaku juri tetap dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai.

Terdapat perubahan besar untuk musim kedua apabila ia menampilkan format baharu yang lebih diperkemas dengan hanya persembahan pentas ditampilkan dan tiada persembahan di studio sebagaimana dalam musim terdahulu. Untuk musim ini, ia menampilkan 7 pasangan selebriti berbanding musim pertama yang menampilkan 40 pasangan selebriti, berentap pada setiap minggu yang membawakan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan. Pemarkahan ditentukan oleh juri tetap (80%) dan undian atas talian oleh penonton (20%).

Pengacara dan juri

Uyaina Arshad berkhidmat sebagai pengacara untuk Famili Duo musim pertama, dengan Mark Adam dan Didie Alias menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap. Untuk musim kedua dan ketiga, Janna Nick dan Sean Lee berkhidmat sebagai pengacara dengan Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap.

Ringkasan musim

Musim Bil. peserta Bil. episod Siaran asal
Tarikh siaran pertama Tarikh siaran terakhir
1 40 8 14 Februari 2021 11 April 2021
2 7 8 18 Disember 2022 5 Februari 2023
3 6 8 15 Oktober 2023
4 10 8 TBA TBA

Sambutan dan kritikan

Famili Duo mendapat sambutan positif daripada penonton dan warganet, yang rata-ratanya memuji persembahan pasangan selebriti, terutamanya persembahan daripada Amyza Aznan dan anaknya, Adrian Adam. Adrian pada mulanya menolak untuk membuat persembahan kerana malu dengan penonton, namun berjaya berbuat demikian selepas dipujuk oleh Amyza.

Sharifah Shahirah dan anaknya, Tallisya menjadi subjek perbualan warganet selepas mereka menyanyikan lagu "Standing in the Eyes of the World" nyanyian asal Ella yang disifatkan amat menghiburkan umpama ‘macam buat konsert sendiri’.

Uyaina Arshad menerima kritikan negatif di media sosial terhadap gaya pengacaraanya dalam Famili Duo sehingga terdetik untuk menarik diri sebagai pengacaranya, namun kritikan itu tidak mematahkan semangatnya, malah terus kekal sebagai pengacara rancangan itu.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Famili Duo KonsepFamili Duo Pengacara dan juriFamili Duo Ringkasan musimFamili Duo Sambutan dan kritikanFamili Duo Lihat jugaFamili Duo RujukanFamili Duo Pautan luarFamili Duo8TVFamili Duo (musim 1)Famili Duo (musim 2)Famili Duo (musim 3)Izzue IslamJanna NickSean LeeTV3Uyaina Arshad

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

HidroterapiAmyra RosliKalki 2898 ADSunan Gunung JatiEmpayar UthmaniyahKuantanSyafiq YusofMandi wajibKementerian Pertahanan MalaysiaTanah Melayu BritishOlahragaSharifah ShahirahPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaHael HusainiPegawai Waran IIKerajaan MataramSekolah Dato' Abdul RazakRevolusi PerindustrianAmir AhnafKerana Dia SukaSelangorHassanal BolkiahDatuk (gelaran)Senarai peribahasa (A–M)Abby AbadiTasik KenyirSyed Mokhtar Al-BukharySepahtu Reunion Al-RayaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiNazim OthmanParti Islam Se-MalaysiaSumbang mahramSekolah Berasrama PenuhMat KilauPanglima Tentera LautTahun Baru CinaSiti HariesaSultan Nazrin Muizzuddin ShahNorman HakimMajlis Raja-RajaJabatan Alam SekitarSekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang SemangNabi Nuh a.s.Marsyal TUDMYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanAngel (penyanyi)Laskar Udara IKerenggaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahUniversiti Teknologi MARAAdnan bin SaidiMasjid Sri SendayanJabatan Kastam Diraja MalaysiaAbdullah bin Ahmad BadawiKemalangan helikopter Lumut 2024Pasukan Gerakan AmJohan GhazaliKesultanan Johor-RiauKodi RasheedNabi Sulaiman a.s.Nadhir NasarPembentukan MalaysiaMelur Untuk Firdaus (musim 2)Janna NickJabatan Kemajuan MasyarakatRangka manusiaTentang Hati DiaJenis darahGunung KinabaluAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamMaya KarinCinema (Slot TV3)Ab Rauf YusohNegeri-Negeri SelatEmelda RosmilaMega Movie (Slot TV3)🡆 More