Ajai

Mohamad Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu dan penerbit album yang cukup popular di Malaysia.

Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1975 di Masai, Johor Bahru, Johor ini mula membabitkan diri dalam bidang muzik sejak tahun 1991 lagi sebagai pemain keyboard kumpulan Exists untuk empat album pertama mereka. Selepas keluar daripada Exists pada tahun 1998, Ajai kemudianya membina kerjaya sebagai penyanyi duet terkenal bersama isterinya pada ketika itu dengan gelaran Ajai & Nurul.

Ajai
Kelahiran
Mohamad Faizal bin Maas

(1975-03-15) 15 Mac 1975 (umur 49)
WarganegaraMalaysia
Nama lainAjai Exists
PekerjaanKomposer, penyanyi, pemuzik, pelakon
Tahun aktif1991–kini
Pasangan
  • Nourul Depp (k. 1996; c. 2006)
  • Norliza Ilias (k. 2009)
Anak-anak
  • Ayu Nazirah (lahir 1998)
  • Danisha (lahir 2010)
Kerjaya muzik
InstrumenVokal, keyboard, bass, gitar, drum
Syarikat rakaman
Wake The Baby Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait
Exists, Ajai & Nurul
Laman web rasmihttp://instagram.com/byajai

Sepanjang kariernya sebagai penyanyi dan komposer, beliau pernah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular pada tahun 2002 biarpun hanya tampil dengan satu single solo berjudul Bisikan Asmara pada tahun tersebut. Selain itu, beliau juga pernah memenangi anugerah Lagu Terbaik sebanyak tiga kali di Anugerah Industri Muzik.

Kehidupan peribadi

Ajai pernah berkahwin dengan penyanyi Noorulhuda Abdul Wahab atau Nurul yang berasal dari Pulau Pinang pada tahun 1996 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah (lahir 1998). Mereka kemudiannya menjadi pasangan duet terkenal menerusi empat buah album iaitu Sehati Sejiwa (2001), Ajai & Nurul (2002), Seiring Sejalan (2004) dan Serasi Bersama (2006). Namun begitu, perkahwinan ini berakhir dengan perceraian pada tahun 2006 akibat masalah rumahtangga.

Setelah 3 tahun menduda, Ajai kemudiannya berkahwin dengan pengurus artis bernama Norliza Ilias atau Liza yang juga anak jati Pulau Pinang pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Danisha (lahir 2010). Perkahwinan kedua Ajai bersama Liza kekal bertahan sehingga kini.

Populariti Duo Ajai & Nurul

Selepas kejayaan lagu Aku Cinta, Aku Rindu yang diterbitkan pada tahun 1998 untuk album solo isterinya ketika itu, Ajai bereksperimentasi dengan lagu duet kedua berjudul Satukan Kita Berdua dan ternyata sambutan positif terhadap gandingan mereka menyuntik idea untuk bergabung dalam sebuah album studio. Maka pada tahun 2000 lahirlah album sulung pasangan ini berjudul Sehati Sejiwa. Album ini mendapat sambutan hebat dengan 3 buah single menguasai carta muzik iaitu lagu Sehati Sejiwa, Maafkanku & Bila Kau Tiada. Album ini mendapat sentuhan komposer seperti Anang dan Aidit Alfian. Disamping itu Ajai turut menyelitkan single solo sebagai penyeri karier nyanyiannya iaitu menerusi lagu Bisikan Asmara (2001) dan saduran lagu Dewa 19 yang berjudul Aku Milikmu (2002). Populariti Ajai sebagai penyanyi solo terbukti apabila meraih trofi Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 menewaskan Anuar Zain dan Jamal Abdillah.

Menyusul kejayaan album duo pertama mereka meluncurkan album kedua pada tahun 2002 berjudul Ajai & Nurul yang lebih moderate dengan single seperti Keliru ciptaan Aidit Alfian dan Lagu Rindu mendominasi carta muzik. Lagu Keliru mencuri tumpuan umum sehingga meraih anugerah juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu ke-17. Populariti mereka semakin meningkat sehingga mereka digandingkan dalam filem (direct to video) yang berjudul Cinta KLCC pada tahun 2003. Itu merupakan satu-satunya cubaan Ajai sebagai pelakon.

Pada tahun 2004 pasangan ini menerbitkan sebuah album tribut khas kepada pasangan-pasangan duet terdahulu seperti Hail Amir & Uji Rashid, Royston Sta Maria & Francesca Peter dan beberapa lagi. Album berjudul Seiring Sejalan berjaya meraih jualan memberangsangkan sekaligus mengukuhkan lagi nama pasangan ini. Bagaimanapun selepas menerbitkan album kompilasi Serasi Bersama pada tahun 2006, pasangan ini membubarkan kumpulan dan seterusnya bercerai akibat masalah rumahtangga. Duo Ajai & Nurul meninggalkan legasi yang tersendiri kepada penyanyi duet di Malaysia, termasuk pesaing seperti Achik & Nana yang tidak kurang popularnya pada ketika itu.

Komposer Terkemuka

Ajai mula mencipta nama sebagai komposer apabila karya ciptaannya dinyanyikan oleh penyanyi Rem dalam album Semua Orang Tahu (1997). Sejak itu beliau mula mencipta lagu untuk artis-artis bernama besar seperti Saleem, Sheila Majid, Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza. Bersama Siti, Ajai terlibat menerusi 3 buah album iaitu Pancawarna (1999), Safa (2001) dan E.M.A.S (2003) di mana gandingan ini berjaya menghasilkan hits unggul seperti Kau Kekasihku dan Percayalah. Ajai bagaimanapun diingati kerana terlibat dalam usaha menjenamakan semula dua penyanyi berbakat iaitu Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura. Bersama Dayang, Ajai menerbitkan album dan lagu berjudul Seandainya Masih Ada Cinta yang menjadi fenomena pada tahun 2001 sekaligus melonjakkan nama Ajai ke peringkat yang lebih tinggi. Ajai juga menghasilkan dua buah hits utama untuk album "comeback" Ning yang berjudul Selagi Ada pada tahun 2003. Kerjasama bersama dua penyanyi ini membuahkan hasil apabila Ajai menerima anugerah Lagu Terbaik AIM buat kali kedua dan ketiga pada tahun 2002 dan 2004. Ajai bertanggungjawab mempopularkan dua penyanyi soul iaitu Deja Moss dan Sarah Raisuddin. Album debut Sarah yang diterbitkan beliau pada tahun 2002 telah memenangi tiga anugerah utama di AIM.

Pada tahun 2004 Ajai terlibat dalam pembikinan lagu runut bunyi untuk filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) di mana menyaksikan beliau bekerjasama dengan penyanyi pop terkenal Misha Omar. Kesemua lagu ciptaan Ajai untuk Misha menjadi hits kerana digunakan sebagai lagu asal filem. Lagu Pulangkan dan Ku Seru menghiasi kronologi filem seram PHSM serta lagu Riwayat Cinta untuk filem Gerak Khas 3. Ajai seterusnya menghasilkan runut bunyi untuk filem-filem seperti Kayangan, Waris Jari Hantu dan 1957 : Hati Malaya , kesemuanya diterbitkan pada 2007. Lagu-lagu seperti Kayangan, Kasih Tercipta, Perlu Kamu dan Menanti Pasti menghiasi filem-filem ini. Pada tahun 2008 hingga 2009 Ajai menyertai barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim keenam dan ketujuh sebagai Penasihat Muzik dan Vokal di bawah pengawasan pengetua Tiara Jacquelina dan Amy Search. Menerusi AF7, Ajai menemui bakat baru bernama Hafiz Suip yang mana beliau berjaya dengan kerjasama lagu-lagu popular seperti Noktah Cinta dan Ku Akui pada tahun 2010.

Ajai mempunyai syarikat rakaman bernama Wake The Baby yang dibuka pada tahun 2002.

Diskografi

Single lagu Solo

  • Bisikan Asmara (2001)
  • Rindu Di Aidilfitri (2002)
  • Sentuhan Listrikmu (2004)
  • Syair Buat Najiha (2006)
  • Redupan Kayangan (2007)
  • Maafkanlah Cinta (2009)
  • Aduh (2014)
  • Gara Diriku (2014)
  • Salam Sesuci (2014)
  • Aku Mahu (2017)
  • Eksperimen Cinta (2017)

Lain-Lain Lagu Duet

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Tokan Tuan Gan Filem pertama, penampilan khas

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Mentor Legend Mentor TV3 Kumpulan A
2015 Ye Ke? Bintang Tamu Episode 13
2016-2017 3 Juara
2016 Ye Ke? Episode 19
2019 I Can See Your Voice Malaysia Bintang Tamu Minggu 11
Big Stage Juri Jemputan Astro Ria Minggu 3
2020–2023 Juri Tetap
2020 MeleTOP Bintang Tamu Astro Ria
2022 Sepahtu Reunion Live Cameo Astro Warna Episod: "Amanah Dikhianati"
MeleTOP Bintang Tamu Astro Ria
All Together Now Malaysia (musim 2) Juri Tetap
2022-2023 The Masked Singer Malaysia (musim 3) Peserta Astro Warna Sebagai Mr. Parrot
2020-2021 Lagu Cinta Kita Juri Tetap TV3

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Industri Muzik

Menang

  • Lagu Terbaik AIM6/1999 - Aku Cinta Aku Rindu - Ajai & Nurul, lirik oleh Nurul Wahab
  • Lagu Terbaik AIM9/2002 - Seandainya Masih Ada Cinta - Dayang Nurfaizah, lirik oleh Syed ENV
  • Album Terbaik AIM10/2003 - Sarah - Sarah Raisuddin, sebagai penerbit
  • Album Pop Terbaik AIM10/2003 - Sarah - Sarah Raisuddin, sebagai penerbit
  • Lagu Terbaik AIM 11/2004 - Selagi Ada Cinta - Ning Baizura, lirik oleh Nurul Wahab
  • Album Terbaik AIM11/2004 - E.M.A.S - Siti Nurhaliza, sebagai penerbit
  • Album Pop Terbaik AIM11/2004 - E.M.A.S - Siti Nurhaliza, sebagai penerbit

Anugerah Juara Lagu

Penyertaan sebagai Komposer

Tahun Kategori Judul Lagu Keputusan Lirik Penyanyi
1998 Balada "Juwita" Tercalon A. Zaman Saleem
2000 Balada "Kau Kekasihku" Menang Alam Maya Siti Nurhaliza
2001 Balada "Percayalah" Tercalon Siti Nurhaliza Siti Nurhaliza
"Seandainya Masih Ada Cinta" Menang Syed ENV Dayang Nurfaizah
Pop Rock "Maafkanku" Tercalon Dicipta bersama Aidit Alfian Ajai & Nurul
"Bahagia" Tercalon Syed ENV Dayang Nurfaizah
2003 Balada "Selagi Ada Cinta" Tercalon Nurul Wahab Ning Baizura
2004 Balada "Pulangkan" Menang Habsah Hassan & Shuhaimi Baba Misha Omar
Pop Rock "Simbiosis (Cinta Padamu)" Tercalon Ad Samad Ella
2006 Balada "Ku Seru" Tercalon Habsah Hassan & Shuhaimi Baba Misha Omar
2007 Balada "Kasih Tercipta" Tercalon Shuhaimi Baba Faizal Tahir
diganti oleh Bob Yusrizam
2008 Etnik Kreatif "Doa Dalam Lagu" Tercalon Rosli Khamis Mawi & Heliza Helmi
Mawi diganti oleh Zahid Baharuddin
2009 Terbuka "Tak Mungkin Kerana Sayang" Tercalon Habsah Hassan Alyah
2010 Terbuka "Noktah Cinta" Menang Sheikh Qalam Hafiz Suip
2012 Terbuka "Ku Akui" Menang Ajai Hafiz Suip
2014 Terbuka "Matahari" Tercalon Ajai Hafiz Suip
2015 Terbuka "Mana Mungkin" Tercalon Ajai Black Hanifah
2016 Terbuka "Terimaku Seadanya" Menang Ajai Hafiz Suip & Misha Omar
"Di Amaran Mama" Tercalon Ad Samad Hazama Azmi

Penyertaan sebagai Artis
Lagu yang ditebalkan adalah juara keseluruhan

Tahun Kategori Judul Lagu Keputusan Lagu & Lirik Penyertai sebagai
1992 Pop Rock "Untukmu Ibu" Tercalon Rahim Othman / Megat Ismail kumpulan Exists
1994 Pop Rock "Anugerah" Tercalon G. Nola / Baiduri kumpulan Exists
2001 Pop Rock "Maafkanku" Tercalon Aidit Alfian / Ajai Ajai & Nurul
2002 Pop Rock "Keliru" Menang Aidit Alfian Ajai & Nurul

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Ajai Kehidupan peribadiAjai Populariti Duo & NurulAjai Komposer TerkemukaAjai DiskografiAjai FilemografiAjai Anugerah dan pencalonanAjai RujukanAjai Pautan luarAjaiAjai & NurulExistsJohorJohor BahruKeyboardMalaysiaMasai

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaRicheese FactoryNombor perdanaP. RamleeZaman air batuNasi kerabuPolis Diraja MalaysiaPendidikan di IndonesiaTalbis IblisLee Chong WeiBank Negara MalaysiaHang TuahRukun IslamOrang JawaTanda-tanda KiamatAmir AhnafDewan Negara MalaysiaProton SagaIpohMasjid al-AqsaSenarai pelakon lelaki MalaysiaHari DeepavaliPenyalahgunaan bahanProton Holdings BerhadMimi LanaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaRevolusi PerindustrianProton SatriaMustapha KamalOrang BanjarSenarai negara mengikut sistem kerajaanIbanSenarai negara berdaulatSenarai buahMelayuMahsuriPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalKuala Kubu BharuBajauKata namaSultan PerakSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarTalasemiaSemenanjung MalaysiaMydinNegara PalestinAnna JoblingKadazan-DusunSistem pembiakan manusiaTunku Abdul Rahman ibni Sultan IbrahimCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahNeelofaHari WesakMegat SharizalDubaiSenarai syarikat MalaysiaZul AriffinRangka manusiaPerkhidmatan awam di MalaysiaLee Kee HiongSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiAdi PutraPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Parti Rakyat India MalaysiaNa’im BrundageKetua Polis Negara MalaysiaAisyah AzizRita RudainiJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaZahirah MacWilsonSyafiq KyleKata ganti diriSuruhanjaya Syarikat MalaysiaNegarakuPersekutuan Pengakap MalaysiaPerikatan NasionalNadia BrianSultan Mizan Zainal Abidin🡆 More