Amyra Rosli: Pelakon dan pengacara wanita Malaysia

Nur Amira Izzati Rosli (Jawi: نر امرا ازتي بنت رسلي; lahir 24 Ogos 1991) merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2011 menerusi drama Jodoh, kemudiannya memegang watak utama menerusi siri televisyen waktu perdana Tersuka Tanpa Sengaja dan Cik Bunga Encik Sombong di Astro Ria serta watak tajuk dalam drama Nur dan kesinambungannya di TV3. Selain kerjaya lakonan, Amyra menjadi duta kepada produk kosmetik AuraWhite Skin Spa dan jenama aiskrim Baskin-Robbins.

Amyra Rosli
Kelahiran
Nur Amira Izzati binti Rosli

(1991-08-24) 24 Ogos 1991 (umur 32)
PendidikanDiploma Teater
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2009, 2011–kini
Ketinggian5 ft 3 in (1.6 m)
PasanganAmar Baharin (k. 2016)
Anak-anak2

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Nur Amira Izzati binti Rosli pada 24 Ogos 1991 di Shah Alam, Selangor dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Noor Zaridah Ahmad (bekas Pengurus A&R di Warner Music Malaysia) dan Rosli Ahmad. Ibunya, Noor Zaridah pernah bekerja dengan Tony Fernandes semasa Tony memegang jawatan CEO Warner Music Malaysia. Manakala bapanya pula adalah pemuzik dan penggubah lagu. Beliau pernah menetap di London bersama keluarga dan mendapat pendididkan di Camden School for Girls di London selama 6 tahun sebelum pulang ke tanah air apablia urusan kerja bapanya selesai. Beliau merupakan pemegang Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Kerjaya

Amyra memulakan kerjaya awalnya di TV Pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2009 di mana beliau muncul dalam rancangan mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2 - Kata Hampir Sama Makna bersama Amirul Hakim Lokman (kini berkhidmat sebagai penyampai berita TV3) dan Ahmad Fitri Nordin.

Amyra bergiat aktif dalam seni lakonan pada 2011 selepas 2 tahun selepas menyambung pelajarannya di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Lakonan pertamanya di layar kaca ialah menerusi drama Supermak yang dibintangi oleh Nasha Aziz, Azhan Rani dan Zul Yahya. Pada tahun 2013, beliau diberikan watak pembantu dalam siri drama Warkah Cinta yang diadaptasi daripada novel Warkah Cinta Berbau Syurga dan bersiaran di TV AlHijrah. Drama arahan Mior Hashim Manap ini dibintangi oleh Imam Muda Nazrul dan Heliza Helmi. Jadual lakonannya padat sepanjang 2014, drama pertamanya pada tahun itu ialah Kalimah Jiwa yang disiarkan di TV3 menerusi Slot Azalea, drama 20 episod arahan Mohd Fadli ini turut dibintangi oleh Nazim Othman, Bella Dally, Amar Baharin dan Raja Ilya. Drama inilah yang menyaksikan gandingan pertama Amyra bersama Amar.

Amyra kemudiannya diberikan watak utama sebagai Maya dalam siri drama Kristal Maya bersama Shahz Jaszle dan bersiaran di TV3, drama yang turut dibintangi oleh Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin dan Amar ini mengisahkan seorang wanita bernama Maya bekerja di sebuah syarikat iaitu Syarikat Kristal, di Syarikat Kristal itu, Maya ditemukan dengan Ezam (Shahz Jaszle). Ezam seorang bos yang tegas. Tugas Maya membantu Ezam dalam bahagian penerbitan kreatif. Seterusnya, beliau menyertai barisan pelakon utama siri televisyen pendidikan Oh My English! bagi musim ketiga terbitan Red Communications dan bersiaran di Astro TVIQ, Amyra memegang watak sebagai Puteri. Beliau berlakon bersama Nazim Othman dan Emma Maembong dalam siri Astana Cinta Aleesa yang bersiaran di TV9 dan seterusnya bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama Suamiku Encik Sotong di Astro Ria. Amyra kemudiannya menjadi tetamu jemputan untuk kumpulan Virus di pentas Maharaja Lawak Mega 2014.

Beliau kembali ke layar kaca menerusi siri drama Bidadari yang bersiaran di Slot Lestary TV3, ia turut dibintangi oleh Nonny Nadirah dan Shahz Jaszle. Amyra kemudiannya terlibat dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama yang diterbitkan pada 1938, karya sasterawan Indonesia, Hamka. Teater yang dipentaskan di Istana Budaya ini turut dibintangi oleh Amar Baharin dan Saharul Ridzwan, setelah itu, beliau bersama Amar, Emma Maembong dan Hafreez Adam membintangi drama waktu perdana Tersuka Tanpa Sengaja yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk sama.

Pada tahun 2016, Amyra membintangi drama keagamaan Sayap Jibril lakonan Zahiril Adzim yang bersiaran di Astro Oasis, beliau memegang watak sebagai Salbiah dalam episod ke-10 drama ini, "Susu". Selepas menjayakan Sayap Jibril, Amyra bergandingan bersama Saharul Ridzwan dan Redza Rosli dalam satu lagi drama adaptasi novel, Seindah Takdir Cinta di Slot Akasia TV3, beliau melakonkan watak sebagai Mia Karmila, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Ustaz Shariman (lakonan Saharul) telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Beliau kemudiannya memegang watak Seroja Irdina dalam drama Isteri Tuan Ihsan bersama Aaron Aziz yang bersiaran di Astro Ria. Pada tahun 2017, Amyra menjadi pengacara terbaharu bagi program Muzik Muzik yang ke-32. Beliau mengacara bersama Hefny Sahad dan Zooey.

Ia telah diumumkan pada Julai 2021 bahawa beliau telah menjadi pengacara baru Nona bagi menggantikan Mira Filzah yang telah tamat kontrak selepas 3 tahun mengacarakan rancangan itu.

Kehidupan peribadi

Amyra berkahwin dengan pelakon gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amar Baharin pada 11 November 2016. Sebelum ini, Amyra pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Dazrin Kamarudin namun akhirnya memutuskan pertunangan. Selain itu, beliau juga memiliki wajah seiras ahli Blackpink, Lisa dengan dua pelakon wanita Indonesia, Nia Ramadhani dan Raline Shah.

Pada 15 Oktober 2017, Amyra dan Amar dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi Amar. Pada November 2019, beliau mula bertudung. Pada 1 Februari 2020, mereka dikurniakan anak kedua, iaitu seorang anak perempuan bernama Ayra Aryssa.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Kau Yang Satu Normah Filem pertama
2022 Seratus Penampilan khas
TBA Projek: Kahar Pra-produksi
Musytari Adila Dalam perancangan
Nur Nur
Vektor Miriam
Farid

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Supermak Alina TV3 Drama pertama
2012 Warkah Cinta Balqis TV AlHijrah
2013 Jodoh Anna Astro Ria
Cinta Dan Wahyu Balqis TV AlHijrah
Ku Cinta Kau Seorang Batrisya TV3
Cinta Pandang Kedua Julie TV9
2014 Kalimah Jiwa Aireen TV3
Kifarah 2 Fida Episod: "Sakat"
Kristal Maya Maya
Oh My English! (Musim 3) Putri Astro TVIQ
Astana Cinta Aleesa Zaleha TV9
Suamiku Encik Sotong Erica Soffea Astro Ria
2015 Bidadari Suria TV3
Dhia Sofea Dhia Sofea
Cik Bunga Encik Sombong Intan Asnidar Astro Prima
Tersuka Tanpa Sengaja Katrina Astro Ria
2016 Sayap Jibril: Susu Salbiah Astro Oasis
Seindah Takdir Cinta Mia Karmila TV3
Isteri Tuan Ihsan Seroja Irdina Astro Ria
2017 Jadikan Aku Yang Kedua Nuha Saqeena Astro Oasis
Cinta Di Langit Cardiff Tasha TV2
2018 Nur Nur TV3
Kan Ku Kejar Cinta Kamu Alma Hakim Astro Ria
2019 Nur 2 Nur TV3
Serikan Hatimu Mira
Cemburu Seorang Perempuan Dhiya Astro Ria
2020 Sang Pewaris Zara Aireena TV3
2021 Sabarlah Duhai Hati Fira
Serikan Hatimu (Musim 3) Mira
2022 Jangan Menangis Cinta Riyana Nordin Astro Ria
2023 Kerasnya Takdir Intan Najeha @ Jeha TV3
TBA Bunga Salju Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Cinta Kun Fayakun Fatimah Az-Zahra TV AlHijrah Telefilem pertama
Chef Jelita Diana TV9
2014 Setulus Kasih Zulaikha TV3
30 Hari Cinta Emylia TV1
Suami Muda Mira TV2
Sayang Saranghae Alana TV1
Cikgu Bidan Cikgu Anis TV3
Cinta Ramadan Aishah
Baju Raya Yaya Mimi
Ala-Ala Manja
Syah Syahdu Mira
Kereta Kita Mira
Mr. Istikharah Aishah
2015 Ibu Mummy Mama Nana TV1
Annyeong Aidilfitri Aryanna
Cik Bunga Encik Sombong Beraya Bertiga Intan Asnidar Astro Prima
Sawan Mira TV3
Pengantin 3 Jam Dhia Astro Ria
Hai Lah Menantu Aminah / Brader Amin TV3
2016 Janji Sandora Sandora TV1
Ayah Untuk Disewa Chah Astro Prima
Tersuka Tanpa Sengaja Raya Katrina Astro Ria
Siapa Diriku Amyra Astro Prima
2017 Famili Tuan Ihsan Seroja Irdina Astro Ria
2018 Jodoh Hak Milik Allah Marissa Astro First Eksklusif
Daffodil Lara Lara TV2
2019 Kan Kukejar Cinta Kamu Raya Alma Hakim Astro Ria
2021 Kari Ayam Mama Nia TV9
2022 Kompas Cinta Anis TV Okey

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2009 Bahasa Melayu Tingkatan 2: Kata Sama Hampir Makna Pengacara EduwebTV bersama Amirulhakim Lokman & Ahmad Fitri Nordin
2016 Bintang RTM 2016 TV2 bersama Muaz Mohamed
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 TV3 bersama Fattah Amin & Fizie
2017 Muzik Muzik bersama Hefny Sahad & Zooey Teo
2021–kini Nona

Teater

Tahun Tajuk Watak
2015 Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Khadijah

Model Klip

Endorsmen

Tahun Produk Catatan
2015 AuraWhite Skincare Sebagai jurucakap/duta bersama Ayda Jebat
2016 Baskin-Robbins Sebagai jurucakap/duta
2021 Supercube Icon Supercube

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Rujukan
2015
Anugerah MeleTOP Era ke–2
Artis Baharu MeleTOP Suamiku Encik Sotong Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–2
Pelakon Drama Wanita Pilihan Kristal Maya Menang
Hero & Heroin Drama Pilihan (bersama Shahz Jaszle) Tercalon
Barisan Pelakon Drama Pilihan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–28
Artis Baharu Wanita Popular Suamiku Encik Sotong Tercalon
Anugerah Lawak Warna ke–3
Artis Lawak Wanita Paling Popular Cik Bunga Encik Sombong Tercalon
Majalah EH!
EH! Top 20 Menang
Artis Pilihan hlive & Glam Gempak Menang
2016
Anugerah MeleTOP Era ke–3
Pelakon MeleTOP Cik Bunga Encik Sombong Tercalon
Anugerah Stail EH!
Selebriti Harapan Pilihan Tercalon
Anugerah Melodi ke–3
Personaliti Drama Melodi Tercalon
Anugerah Telenovela
Pelakon Wanita Popular Cik Bunga Encik Sombong Tercalon
Pelakon Baru Wanita Paling Popular Menang
2017
Anugerah Throwbaek Drama
Heroin Throwbaek Isteri Tuan Ihsan Tercalon
Anugerah MeleTOP Era ke–4
Couple MeleTOP (bersama Amar Baharin) Tercalon
Anugerah Stail EH!
Pasangan Selebriti Pilihan (bersama Amar Baharin) Tercalon
2018
Anugerah MeleTOP Era ke–5
Couple MeleTOP (bersama Amar Baharin) Tercalon
Anugerah Skrin ke–22
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Nur Menang
2019
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–6
Aktres Pilihan Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Syafiq Kyle) Menang
Anugerah Skrin ke–23
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Nur 2 Tercalon
Anugerah Telenovela ke–4
Pelakon Wanita Popular – Telenovela Nur, Kan Kukejar Cinta Kamu Tercalon
Pelakon Wanita Popular – Filem Jodoh Hak Milik Allah Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Amyra Rosli Kehidupan awalAmyra Rosli KerjayaAmyra Rosli Kehidupan peribadiAmyra Rosli FilemografiAmyra Rosli EndorsmenAmyra Rosli Anugerah dan pencalonanAmyra Rosli RujukanAmyra Rosli Pautan luarAmyra RosliAstro RiaBaskin-RobbinsCik Bunga Encik SombongJodohNur (drama)Nur 2TV3Tersuka Tanpa SengajaTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Aedy AshrafPelesitTapah, PerakDini SchatzmannHusin, Mon dan Jin Pakai ToncitIsteri Separuh MasaSolat jamakSejarah orang Yahudi di MalaysiaIntan NajuwaZodiakKelurZombi Kampung PisangMimi LanaPerkahwinan menurut IslamOne Cent ThiefHemoroidAisyah Abu BakarPerodua AxiaSingapuraProton Saga (generasi kedua)Shah AlamSenarai jajahan di KelantanPenjajahan Jepun di Tanah MelayuSosialSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaSiti FazurinaProgram nuklear IranKuala TerengganuHang TuahFikry IbrahimSekali Lagi Cinta KembaliAl Nassr FCCongkakNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaGambir SarawakJambatan Angkat Kuala TerengganuSharifah HusnaSumpahan JeruneiRujukan kehormatTeknologiJam 24 jamWikipediaFarid KamilFarali KhanAlam MelayuRevolusi AmerikaHari Raya AidilfitriBunga rayaRejimen Askar Melayu DiRajaSiti Khadijah HalimSejarah MalaysiaFunanAbby AbadiM. Hitler ZamiLebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanAzhar SulaimanPukimakTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahTeluk IntanNabil AqilDidie AliasSilatHairi SafwanRaja EmaJulia RaisLagi-Lagi SenarioUtusan MalaysiaPutrajayaArab SaudiPerang Dunia PertamaKhulafa al-RasyidinFrekuensi radio di PahangPerdana Menteri MalaysiaSepupuPenggunaBrondongAzad JasminHero Remaja🡆 More