Didie Alias: Pelawak dan pelakon Malaysia

Fadzilah Mohd Ali (lahir 11 Januari 1972) atau lebih dikenali sebagai Didie Alias merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi wanita Malaysia.

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak 1991. Antara filem terawal lakonannya adalah filem aksi Boss dan Kanta Serigala sebelum aktif di layar kaca TV.

Didie Alias
Kelahiran
Fadzilah binti Mohd Ali

(1972-01-11) 11 Januari 1972 (umur 52)
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, penyanyi
Tahun aktif1990–kini
Pasangan
Anak-anak6
Kerjaya muzik
Syarikat rakaman
Suria Records

Kerjaya

Penglibatan Didie dalam dunia lakonan bermula selepas beliau menempa nama dalam bidang modeling dan komersial. Didie pernah menyertai peringkat bulanan pemilihan Dewi Remaja anjuran Majalah Remaja pada tahun 1990. Beliau kemudian dilamar oleh Berjaya Filem untuk membintangi filem arahan Hussein Abu Hassan berjudul Kanta Serigala bergandingan bersama Rosyam Nor dan Faizal Hussein. Wajah Didie yang mirip Pan-Asian nyata berjaya menarik perhatian ramai.

Sejak itu Didie mula meniti populariti sebagai seorang aktres yang cenderung berlakon filem-filem aksi. Namun ketika popularitinya mula meningkat, Didie mengambil keputusan untuk berkahwin dengan aktor yang sangat popular ketika itu, Ridzuan Hashim pada tahun 1992. Akhirnya Didie terpaksa mengorbankan seketika kerjaya lakonannya untuk memberi perhatian kepada keluarga.

Didie banyak muncul dalam drama TV yang tidak menuntut banyak komitmen berbanding filem. Lakonannya sering mendapat pujian malahan terbukti apabila dua kali dicalonkan di Anugerah Skrin.

Penceraian dan persaraan sementara

Pada tahun 2002, Didie dan Ridzuan memutuskan untuk bercerai dan Didie ketika itu merupakan ibu kepada 5 orang anak. Sejak itu Didie mula menjauhkan diri dari bidang seni ekoran sering ditanya mengenai punca penceraian pasangan artis yang popular itu.

Didie pernah melalui zaman sukar sehinggakan pernah tinggal di ceruk dapur rumah kawannya selepas bercerai. Didie terpaksa menumpang di rumah kawannya yang sekadar menyewa bilik di apartment itu demi mencari rezeki dan meneruskan kehidupan. Berkat pertolongan rakannya itu, Didie berjaya mendapat jawatan sebagai Pegawai Pemasaran. Dengan gaji itulah Didie mula menyara anak-anaknya serta menabung untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Berusaha membesarkan anak-anak seramai lima orang iaitu Nurdania (lahir 1993), Mohd. Danial (1994), Dinie (1996), Danie (1998), dan Diana (1999), Didie bersama adiknya, Farah dan seorang rakan kongsi (Norisham Ismail) mengumpul modal sebanyak RM20,000 membuka syarikat Didie’s Entertainment & Management pada 2003.

Sebagai pengendali dan pengacara majlis, Didie bukan sekadar dapat membesarkan anak-anak tetapi juga memiliki rumah sendiri.

Kembali ke dunia hiburan

Sejak muncul dalam drama Labuna Labuni yang menjalani penggambaran akhir 2004 bersama pelawak Alliza 'Enot' Abdullah, nama Didie mula menjadi sebutan di kalangan rakan-rakan artis terutama ketika dia dicalonkan sebagai Aktres Komedi Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2006 sekaligus meletakkan beliau sebaris dengan nama-nama seperti Jasmin Hamid, Nik Sayyidah Fatihah dan Sheila Rusly. Dan sejak itulah tawaran untuknya berlakon, datang tidak henti-henti.

Ketika itu Didie bukan setakat sibuk berlakon tetapi juga diberi tanggungjawab sebagai penyelaras penggambaran (coordinator) untuk drama Takdir Yang Terindah, drama 30 episod terbitan Suhan Movies serta berkhidmat sebagai pengurus produksi untuk syarikat penerbitan rakan baiknya Sheila Rusly.

Banyak bekerja di belakang tabir untuk drama-drama terbitan Rosyam Nor dan Sheila Rusly, akhirnya Didie mula memberanikan diri untuk berlakon dengan lebih aktif lagi. Kini nama Didie mula kembali meniti bibir peminat malahan sudah mula mencipta nama sebagai aktres komedi yang popular.

Persahabatan dengan Erra Fazira

Ketika membintangi telefilem Pontianak Kampung Batu pada tahun 2010, Didie membuka rahsia mengenai persahabatannya dengan primadona filem Melayu Erra Fazira yang telah terjalin sejak aktres itu mula-mula berkecimpung dalam dunia perfileman. Didie yang teruja kerana berganding bersama Erra dalam drama tersebut menceritakan suatu ketika dahulu, beliau dan Erra sering berkongsi cerita dan masalah malah hubungan mereka yang sebaya itu akrab sekali. Namun, sejak aktres itu meraih populariti sebagai pelakon paling popular di Malaysia manakala Didie meneruskan kehidupan sebagai isteri dan kemudian bergelar ibu tunggal; masing-masing membawa haluan sendiri.

Didie bagaimanapun menafikan wujud perselisihan faham antara mereka sebaliknya mengatakan persahabatan itu renggang tanpa mereka sedari kerana suatu ketika kedua-duanya meniti jalan yang berbeza dalam karier. Hubungan Didie dan Erra kini kembali rapat semenjak Didie kembali aktif di pentas lakonan. Kini Didie kembali bersahabat dengan Erra Fazira selepas membintangi drama Kelas Kau Maria arahan Michael Ang.

Kehidupan peribadi

Didie kembali bergelar isteri apabila disunting bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail pada 8 Mei 2009. Kesahihan berita itu yang pada awalnya diragui bagaimanapun terjawab apabila wartawan hiburan berjaya mendapatkan pengakuan Didie pada penghujung Jun 2009, lengkap dengan gambar percutian romantiknya di Jakarta seminggu selepas bernikah.

Majlis pernikahan ringkas Didie dan Norisham yang berlangsung di Pejabat Agama Keramat itu hanya dihadiri keluarga, anak-anak dan teman rapat. Kesuntukan masa serta jadual yang sangat padat menyebabkan pasangan ini terpaksa mengambil keputusan melaksanakan yang wajib saja, malah media tidak dimaklumkan mengenai berita gembira itu.

Didie sebenarnya banyak bekerjasama dengan Norisham menguruskan kerja produksi drama pendek Mangsa dan Pemburu untuk program realiti Pilih Kasih terbitan Rosyam Nor. Pasangan yang turut berkongsi modal untuk memajukan syarikat pengurusan acara yang diusahakan sejak 2003 ini berkata, perkenalan mereka diatur teman rapat. Keserasian mula dirasai selepas beberapa bulan mengenali hati masing-masing. Meskipun tidak mampu meminggirkan perasaan bimbang dan fobia andai terluka lagi, Didie akhirnya akur dengan keikhlasan suaminya yang muda 3 tahun daripadanya.

Didie dan Norisham menyertai program realiti Sehati Berdansa Musim ke-3 pada tahun 2009 dan meraih tempat ketiga. Program TV tersebut menyaksikan pasangan selebriti menari untuk mendapatkan dana untuk badan kebajikan.

Populariti duo 1 vs 0

Gandingan Didie yang kurus bersama Enot yang gempal mencipta fenomena tersendiri. Kedua-dua pelawak ini sering muncul bersama dalam banyak drama komedi selepas kejayaan Labuna Labuni. Kedua-dua mereka menjadi sahabat baik selepas seringkali berlakon bersama. Terbaru, Didie dan Enot digandingkan pula sebagai hos dalam game show terbaru Astro Warna (saluran 132) iaitu Kalau Berani 1 VS 0 yang memulakan siarannya 16 Julai 2009.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1991 Boss Clara Filem pertama
Kanta Serigala Dania
1995 Pesona Cinta
1997 Ghazal Untuk Rabiah Imah
2011 Aku Bukan Tomboy Puan Sri Elina
2013 Oh Mak Kau! Embun
2020 Bulan dan Pria Terhebat Madam
2021 Mat Bond Malaya Ejen 6 Penampilan khas
Kampung Latah Kena Kuarantin Mak Juanita
2022 Tilam Perca Salbiah
TBA Musytari Dalam perancangan
Dendam Dari Pusara

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1992 Sempadan Kasih
1995 Masih Ada Harapan
1996 MoU
2006 Labuna Labuni Astro Ria
2009 Aku Anak Artis
Diva-diva Pencen
Geng Raya Zizan Mak Som
Namaku Bukan Setsuko Ibu Tijah TV1
2010 Dalil Cinta
Zamara Tamara
Kum Kum Astro Ria
2011 Pontianak Kampung Batu
Hantu Susu
Biar Mimpi Sampai Ke Bintang
Balasan Mak Tiri Mak Iti Astro Prima
2013 Bibik Aku Nak Kahwin Astro Ria
2016 Pergilah Air Mata Ramadan Puan Sri TV9
2019 Mak Cik Acapella Jijah TV3
2020 Tanah Kubur Hasnah Astro Citra
2022 Misteri Lain Macam Mawar TV3
2023 Gadis KOL Tok Sameah Astro Citra
Sumpahan Peti Ais Kiah Astro Ria

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Natasha TV3
2007 Pak Pandir Moden TV9
2008 Cinta Gila Astro Prima
Ta'in TV3
2009 Si Luncai Moden Kuntum TV9
2010 Kum Kum: The Series Astro Ria
2011 Dalam Hati Ada Taman Ibu Randy
Kelas Kau Maria!
2012 Friday I'm In Love Aunty Berlian TV9
Tanah Kubur (Musim 5) Sharifah Astro Oasis Episod: "Pena Fitnah"
2013 Benci Vs Cinta Mak Kiah Astro Ria
Rumah Kedai Mak Oyah TV3
2014 Tanah Kubur (Musim 10) Kamalia Astro Oasis Episod: "Rabiatul Adawiyah"
2017 Mr. Hijab Datin Lela TV3
2018 Mencari Qiblat Mama
2019 Plan Cinta Rahmah
Iktibar Mami Maria Episod: "Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi"
2020 Maaf Tak Indah Safiah
2021 The Maid Warden Penjara Astro Ria
Takdir Yang Tertulis Che Salmah TV3
Cukup Derita Itu Mak Yek
Seram Tak Seram TV9
Scammer Lina Astro Ria
Malaysian Ghost Stories Kak Som Episod: “Bidan Nek Nah”
Bomoh Episod: “Buka Hijab”
2022 Menantu Mek Barber Mek TV3
Imamku Okey Mak Yam TV Okey
Sembang Jarak Jauh Tipah TV1
Nenda Tok Ma TV3
PolkaDot Julia SukeTV
Fantasia Inn Madam Trivola TV Okey
Cina Buta Puan Sri Astro Ria
2023 Jangan Ambil Kerja Tuhan TV2 Episod: "Selain Bidadari"
Episod: "Syurga Bukan Syurga"
Presiden Kampung Morten Kiambang Tonton
2024 Boleh Saya Bantu TV3 Penampilan khas
2024 Perempuan Ilmu Hitam Mbah Nira Tonton
TBA Maaf Tak Indah 2 Safiah TV3
Laksa Cik Siti Hajah Kamsiah

Televisyen

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Sehati Berdansa Peserta Astro Ria
2009–2011 1 vs O Pengacara Astro Warna
2011 Anugerah Planet Muzik 2011 Pengacara Astro Ria
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Pengacara TV3
Maharaja Lawak Mega 2011 Peserta Astro Warna bersama Enot & Yassin Yahya
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 Peserta bersama Along Cham (Raja Lawak 2) & Soya
2021 Famili Duo Juri TV3
Ohsem!!! Artis Jemputan Awesome TV
Lahar Net Pengacara
Havoc Nak Raya Artis Jemputan TV3
2022 The Masked Singer Malaysia (musim 3) Juri Astro Warna
2023 Aunty Reporting For Duty! Dirinya sendiri

Diskografi

Single
Tahun Tajuk Album Label
2021 "Tap Tap Love" Single SRC

Anugerah dan pencalonan

Catatan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Didie Alias KerjayaDidie Alias Kehidupan peribadiDidie Alias Populariti duo 1 vs 0Didie Alias FilemografiDidie Alias DiskografiDidie Alias Anugerah dan pencalonanDidie Alias CatatanDidie Alias RujukanDidie Alias Pautan luarDidie AliasBossKanta Serigala

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sultan Abdul Halim Mu’adzam ShahYasmin AhmadNadhir NasarKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Abdullah bin Ahmad BadawiPerang Dunia KeduaMelioidosisNasi kandarAsmidarKesultanan Johor-RiauSurah Al-InsyirahSolat Sunat RawatibPneumoniaUniversiti MalayaSyahadahPilihan raya umum Malaysia 2022Arab SaudiHari WesakElizabeth TanSenarai bank di MalaysiaNegeri SembilanDasar Ekonomi BaruIsrafilYang di-Pertuan AgongMalang Si PuteriLovely RunnerArcaLee Kee HiongSultan Mizan Zainal AbidinNabi Saleh a.s.Jabatan Kastam Diraja MalaysiaMasjid al-AqsaShiqin KamalAnugerah AidilfitriHadha min fadhle RabbiAku Tahu Kapan Kamu MatiSukanSenarai negara berdaulatKL GangsterAllahJangkitanKadet Remaja Sekolah MalaysiaSlot SakuraMisteri DilailaWudukKitab suci IslamSekali Lagi Cinta KembaliTeluk IntanKelurKata namaNegeri-Negeri SelatTatabahasa bahasa MelayuQueen of TearsNabi Ibrahim a.s.KKN di Desa Penari (filem)Rukun ImanUndang-Undang Laut MelakaBadarawuhi Di Desa PenariAli bin Abi TalibDewan Negeri PerakSiti Hasmah Mohamad AliSenarai negara mengikut keluasanInna lillahi wa inna ilaihi raji'unBumiputera di SabahDe FamChempaka Emalin PahaminBandaraya MelakaSultan Muhammad VSejarah MelakaBahasa CinaSungai BulohP. RamleeJean Retno AryaniBatu PahatIstinjakTuanku Abdul RahmanFadillah Yusof🡆 More