Abby Abadi: Penyanyi, pengacara dan pelakon Malaysia

Arbaiyah binti Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi (lahir 1 Disember 1977) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik ketika berusia 15 tahun melalui Kumpulan Alpha. Setelah kumpulan itu bubar, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada ahli Elite yang meraih kejayaan pada pertengahan dekad 1990-an. Beliau menjadi ahli asal kumpulan itu yang pertama mengundurkan dirinya pada 1997. Beliau pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim. Kerjaya lakonannya bermula dengan memegang watak sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan di TV2 sebagai salah seorang daripada enam pelakon asalnya sejak drama ini mula diperkenalkan.

Abby Abadi
Kelahiran
Arbaiyah binti Abdul Manan

(1977-12-01) 1 Disember 1977 (umur 46)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif1995 - kini
Ketinggian165 cm (5 ka 5 in)
PasanganNorman Hakim (k. 2002; c. 2008)
Muhammad Noor Farhan (k. 2013; c. 2014)
Muhammad Faizal Zakaria (k. 2015)
Anak-anak3

Kehidupan peribadi

Abby Abadi merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim. Mereka mempunyai 3 orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Pada 2009, mereka telah disahkan bercerai. Hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Abby Abadi selaku ibu.

Kontroversi

Abby Abadi pasca-hijrah aktif bergiat dalam aktiviti politik dan dalam pada masa yang sama mendalami Islam. Beliau telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Twitter miliknya berhubung ibadah korban yang mendapat perhatian ramai terutamanya di blog. Kenyataan beliau yang menyebut "Jika tidak mahu berkorban untuk memperjuangkan agama tetapi melakukan korban untuk lembu dan sebagainya, itu tidak dikira korban, itu dikira membunuh binatang."

Politik PAS

Setelah berhijrah memakai tudung pada 2012, beliau sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka. Pada 19 Julai 2012, beliau menyerahkan sendiri borang keahlian kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Ekoran itu tugas beliau sebagai duta tudung syarikat AlHumaira Contemporary (AHC) ditamatkan dengan alasan 'tidak menepati sasaran'. Tindakan beliau bertudung dan berpaling kepada PAS dan menyahut cabaran debat AC Mizal mengundang sindiran dan kecaman beberapa pihak.

Gerakan Bersenjata Pemuda PAS ke Gaza

Abby Abadi juga dikatakan telah menempelak kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan penyokong-penyokong PAS membawa senjata semata-mata untuk tujuan berjihad di Gaza. Sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 singkatan (HKR112). Abby Abadi sangat teruja menjadi antara sejuta rakyat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka

Isu-isu lain

Sejak Abby Abadi menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup, beliau mendapat banyak jemputan dari parti politik PAS ke majlis-majlis mereka. Itu adalah salah satu perubahan besar yang dapat dilihat setelah beliau menyertai PAS berbanding artis sebelumnya, Aishah yang dilihat semakin kurang sambutan dan tidak mendapat permintaan sehangat Abby Abadi. Abby Abadi juga pernah ditegur oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan pertanyaannya tentang isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama di sebuah program agama. Abby dikatakan kelihatan terasa hati dan Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya ya. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz.

Pada awal tahun 2017, Abby Abadi telah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dan menyokong perjuangan Pakatan Harapan.[1][2]

Diskografi

Album

  • Alpha (Alpha) 1993
  • Catwalk (Elite) 1996
  • Tamparan Wanita (Elite) 1998
  • Idola (Elite) 1999
  • Merbahaya (Elite) 2000
  • Soundtrack Gerak Khas

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2000 Pasrah Fiza Filem pertama
2001 Gerak Khas The Movie Inspektor Aleeza
2002 Gerak Khas The Movie II
2005 GK3 The Movie
Sembilu 2005 Cikgu Abby
2009 Skrip 7707 Liza
2010 Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami Sarah

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1999–2011
2019–2021
Gerak Khas DSP Aleeza TV1, TV2, TV3
2000 Maria Mariana The Series Maria TV3
2007 Manjalara Zaza Abdullah
2008 Vice Versa Norin
2008–2010 Hikayat Putera Shazlan Mak Som Astro Ceria
2009 Julia Juli Permaisuri Balqis TV3
Segalanya Ku Terima Sofea
2010 Ilusi Kak Lia
Habil & Qabil Intan
2012 Pelangi Kasih Maimon

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1998 Egois
1999 Merentas Pelangi
2000 Kesatria 7
2003 Garisan Terakhir
Neon Perempuan Gila VCD
2005 Menantu Mak Dara TV3
2006 Labuna Labuni Astro Ria
2021 Dolla Watch Me Glow Dirinya sendiri Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1998 Roda Impian Pengacara Astro Ria bersama Halim Othman

Anugerah dan pencalonan

Dicalonkan untuk kategori sama pada 2004, 2005, 2006 & 2008

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Abby Abadi Kehidupan peribadiAbby Abadi KontroversiAbby Abadi DiskografiAbby Abadi FilemografiAbby Abadi Anugerah dan pencalonanAbby Abadi RujukanAbby Abadi Pautan luarAbby AbadiElite (kumpulan)Gerak KhasHalim OthmanRoda ImpianTV2

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Asia TenggaraProton Holdings BerhadNabila RazaliSekolah Berasrama PenuhTikTokSharnaaz AhmadAsia BaratSenarai saluran AstroQue HaidarJangkitanJohorLembah KlangSenarai bank di MalaysiaXPDCAgama BuddhaReen RahimNegeri SembilanSifat-sifat AllahAgama di MalaysiaJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaUndang-Undang Laut MelakaSenario The MovieKasih Iris LeonaMelurSalamiah Mohd NorMuhamad Akmal SalehBahasa MelayuTok JanggutYouTubeKerajaan Bani UmaiyahKementerian Pendidikan MalaysiaZizie EzetteBeto KusyairyKementerianAngel (penyanyi)Pilihan raya umum Malaysia 2022Pulau PinangKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Zainal Rashid AhmadPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 UzbekistanMuhammad al-FatihTentang Hati DiaArthur Joseph KurupGua NiahMatlamat Pembangunan Mampan 15Solat Sunat RawatibMia KhalifaLee Chong WeiLan Pet PetZakar manusiaMahkamah MalaysiaSijil Pelajaran MalaysiaKhadijah binti KhuwailidSyasyaSenarai Kementerian di MalaysiaUqasha SenroseNabi Sulaiman a.s.Penjajahan Jepun di Tanah MelayuEropah2024 di MalaysiaPuteri BalqisBola tamparIsraelTengkolokPerang Dunia KeduaTengku Permaisuri NorashikinSlot AkasiaKlangNicol Ann DavidHasmiza binti OthmanMata anginKelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024Rukun IslamPedofiliaOrang LampungMamat Khalid🡆 More