Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja (Tulisan Jawi: مجليس راج٢, nama bahasa Inggeris dipakai: Conference of Rulers) merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang.

Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Majlis Raja-Raja
مجليس راج٢
Majlis Raja-Raja
Kerajaan Malaysia
Majlis Raja-Raja
Intisari agensi
Dibentuk1948; 76 tahun yang lalu (1948)
Agensi terdahulu
  • Majlis Raja-raja Melayu (Durbar)
Bidang kuasa
Majlis Raja-Raja Kerajaan Persekutuan Malaysia
Ibu pejabatPejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, 482, Jalan Bukit Petaling 50682 Kuala Lumpur
Eksekutif Agensi
Laman sesawang
www.majlisraja-raja.gov.my



Majlis Raja-Raja
Lambang Majlis Raja-Raja tertera di pintu pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Sejarah

Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 - 17 Julai 1897 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Durbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).

Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (pengerusi mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah, Sarawak dan Singapura (1963-1965) apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis. Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-125 pula diadakan pada 15 - 16 Oktober 2008 di Terengganu.

Fungsi Majlis Raja-Raja Melayu

Fungsi dan tugas majlis raja-raja melayu adalah seperti berikut:

  • Memilih Yang Dipertuan Agong dan Timbalan Yang Dipertuan Agong
  • Mempersetujui dan tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan
  • Melantik anggota-anggota Makhamah Khas
  • Memberi ampun,tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan,menggantung atau meringankan hukuman-hukuman ke atas seseorang.
  • Melantik seorang wakil untuk menganggotai Majlis Angkatan Tentera dan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kedudukan Majlis Raja-raja

Sila rujuk Gambar di bawah :

Majlis Raja-Raja 
Kedudukan Majlis Raja-raja di dalam Negara Malaysia

Kuasa Majlis Raja-Raja

Pada 1983, pindaan untuk memindahkan kuasa mengisytiharkan darurat diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun pindaan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Sebagai komprominya, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang undang-undang ke Dewan Rakyat untuk dipertimbangkan semula. Pindaan Perlembagaan 1994 juga tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Kuasa raja melantik menteri besar merupakan kuasa formal sahaja. Tetapi dalam keadaan tidak menentu seperti di Perlis dan Perak pada 2008, kuasa raja akan menjadi sangat signifikan. Begitu juga di Terengganu dalam perlantikan Menteri Besar Terengganu 2008.

Anugerah Pelajaran DiRaja

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-145 (Hari Yang Kedua) pada 6 November 1988, telah bersetuju mewujudkan satu Anugerah Pelajaran DiRaja yang dikenali sebagai Pingat Jaya Cemerlang. Tujuan anugerah ini ialah untuk memberi pengiktirafan yang tertinggi dan dianugerahkan kepada seseorang graduan yang mana mutu dan hasil pencapaian akademiknya adalah yang terbaik dan memenuhi kriteria berikut:-

  • Keputusan peperiksaan keseluruhan;
  • Aktiviti kokurikulum;
  • Hadiah lain yang telah diperolehi;
  • Perakuan dan laporan dari Dekan Fakulti yang berkenaan;
  • Berkelakuan baik

Pingat Jaya Cemerlang ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 untuk tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu dua orang graduan bagi tiap-tiap IPTA terdiri seorang Bumiputera dan seorang bukan Bumiputera Penerima anugerah adalah layak menerima:-

  • Sebuah pingat emas bernilai RM1,000;
  • Wang tunai RM1,000; dan
  • Sijil

Kadar bayaran wang tunai telah dinaikkan kepada RM2,500 seorang mulai tahun 1995 dan RM5,000 seorang mulai tahun 2009.

Pada tahun 2016, Tham Kuen Wei and Sofea Ghani dari Universiti Malaya menerima anugerah tersebut daripada Sultan Negeri Perak, Sultan Nazrin Shah yang juga merupakan Canselor Universiti terulung Malaysia tersebut. Sehingga kini, hanya terdapat kurang daripada 600 penerima anugerah tersebut, di mana bilangannya lebih rendah daripada gelaran "Tan Sri" yang mempunyai 886 penerima pada tahun 2015.

Senarai sembilan Yang di-Pertuan Agong/Raja negeri-negeri Melayu

Bendera Jata negeri Nama Ibu negeri Bandar diraja Kotaraya terbesar Lagu negeri
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Johor Darul Takzim Johor Bahru Bandar Maharani Johor Bahru Lagu Bangsa Johor
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Kedah Darul Aman Alor Setar Anak Bukit Sungai Petani Allah Selamatkan Sultan Mahkota
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Kelantan Darul Naim Kota Bharu Kubang Kerian Kota Bharu Selamat Sultan
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Negeri Sembilan Darul Khusus Seremban Seri Menanti Seremban Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Pahang Darul Makmur Kuantan Pekan Kuantan Lagu Negeri Pahang
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Perak Darul Ridzuan Ipoh Kuala Kangsar Ipoh Allah Lanjutkan Usia Sultan
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Perlis Indera Kayangan Kangar Arau Kangar Amin Amin Ya Rabaljalil
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Selangor Darul Ehsan Shah Alam Klang Shah Alam Duli Yang Maha Mulia
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Terengganu Darul Iman Kuala Terengganu Kuala Terengganu Kuala Terengganu Lagu Kebangsaan Terengganu

Senerai sembilan bendera Yang di-Pertuan Agong/Raja negeri-negeri Melayu

Bendera Tarikh (abad) Kegunaan Perihal
Majlis Raja-Raja  sejak 1870 Bendera negeri Perlis Indera Kayangan. Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat.

Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda.

Majlis Raja-Raja  sejak 1912 Bendera negeri Kedah Darul Aman. Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun.

Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

Majlis Raja-Raja  sejak 1879 Bendera negeri Perak Darul Ridzuan. Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.

Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Majlis Raja-Raja  sejak 1923 Bendera negeri Kelantan Darul Naim. Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.
Majlis Raja-Raja  sejak 1947 Bendera negeri Terengganu Darul Iman. Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
Majlis Raja-Raja  sejak 1903 Bendera negeri Pahang Darul Makmur. Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah.

Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

Majlis Raja-Raja  sejak 1965 Bendera negeri Selangor Darul Ehsan. Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.
Majlis Raja-Raja  sejak 1895 Bendera negeri Negeri Sembilan Darul Khusus. Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
Majlis Raja-Raja  sejak 1871 Bendera negeri Johor Darul Takzim. Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.

Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

Senerai sembilan jata Yang di-Pertuan Agong/Raja negeri-negeri Melayu

Jata Tarikh digunapakai Penggunaan Keterangan atau jabaran
Majlis Raja-Raja  19-- Jata negeri Perlis Indera Kayangan Perisai hijau yang mengandungi bunga kuning beras dan "Perlis" yang ditulis dalam Jawi, menyelubungi oleh bunga daripada dua batang padi hijau.
Majlis Raja-Raja  1975 Jata negeri Kedah Darul Aman Perisai kuning yang mengandungi "Negeri Kedah" ditulis dalam Jawi, dengan bulan sabit hijau di bawah, kedua-dua menyelubungi oleh bunga daripada dua batang padi kuning.
Majlis Raja-Raja  19-- Identiti Perak Darul Ridzuan
Majlis Raja-Raja  1916 Jata negeri Kelantan Darul Naim Bintang dan bulan sabit disokong oleh pasang lembing, keris dan meriam, semua yang sedang mendahului dengan mahkota kecil yang disokong oleh sepasang munjak dan membawa kitab yang mengandungi "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan" yang ditulis dalam Jawi.
Majlis Raja-Raja  1932 Jata Terengganu Darul Iman Meterai bertitik mengandungi mahkota kecil, pedang, keris panjang, dua buku dan selendang, dengan "Terengganu" yang ditulis dalam tulisan Jawi di bahagian bawah dan mendahului dengan bintang dan bulan sabit, semua menyelubungi oleh garis bujur.
Majlis Raja-Raja  19-- Jata negeri Pahang Darul Makmur Ketua lembing berpalang oleh dua bahagian teks yang ditulis di Jawi, disokong oleh sepasang gading dan berdasarkan tatal yang mengandungi "Negeri Pahang" yang ditulis dalam Rumi dan Jawi.
Majlis Raja-Raja  19-- Jata negeri Selangor Darul Ehsan
Majlis Raja-Raja  1895-

1908 1977- Kini

Jata Negeri Sembilan Darul Khusus Perisai mengungguli oleh kakitangan didepani oleh pedang merah dan sarung merah; perisai itu mengandungi tiga band pepenjuru berwarna kuning, hitam dan merah, tala yang mengandungi "Negeri Sembilan" yang ditulis di Jawi yang memegang sembilan batang beras, dan bintang sembilan-bawah.
Majlis Raja-Raja  1860 Jata Johor Darul Takzim Perisai mengandungi Bulan sabit dan bintang dan empat bintang, mendahului dengan mahkota kecil yang disokong oleh dua harimau dan berdasarkan petak dan kitab yang mengandungi "Kepada Allah Berserah" yang ditulis dalam Jawi.

Senerai sembilan lagu negeri Yang di-Pertuan Agong/Raja negeri-negeri Melayu

Bendera Jata negeri Nama Lagu negeri
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Johor Darul Takzim Lagu Bangsa Johor
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Kedah Darul Aman Allah Selamatkan Sultan Mahkota
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Kelantan Darul Naim Selamat Sultan
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Negeri Sembilan Darul Khusus Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Pahang Darul Makmur Allah Selamatkan Sultan Kami
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Perak Darul Ridzuan Allah Lanjutkan Usia Sultan
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Perlis Indera Kayangan Amin Amin Ya Rabaljalil
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Selangor Darul Ehsan Duli Yang Maha Mulia
Majlis Raja-Raja 
Majlis Raja-Raja 
Terengganu Darul Iman Lagu Selamat Sultan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Majlis Raja-Raja SejarahMajlis Raja-Raja Fungsi Majlis Raja-Raja MelayuMajlis Raja-Raja Kedudukan Majlis Raja-rajaMajlis Raja-Raja Kuasa Majlis Raja-Raja Anugerah Pelajaran DiRajaMajlis Raja-Raja Senarai sembilan Yang di-Pertuan AgongRaja negeri-negeri MelayuMajlis Raja-Raja RujukanMajlis Raja-Raja Pautan luarMajlis Raja-RajaBahasa InggerisIslamPerlembagaan MalaysiaTulisan JawiYang di-Pertuan Agong

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu KikirAssalamualaikumAdnan bin SaidiJenis darahSenarai kata pinjaman bahasa MelayuSenarai syarikat MalaysiaAnna JoblingTalasemiaAndai Itu TakdirnyaMelitha SidabutarAhli Sunah WaljamaahSenarai peribahasa (A–M)Sekolah Berasrama PenuhBendera ThailandKelapa sawitMenteri Pendidikan MalaysiaSenarai Yang di-Pertuan AgongUqasha SenroseNabi Lut a.s.Senarai SBP di MalaysiaKL Gangster 2PneumoniaDe FamBendera MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarYang di-Pertuan AgongFardu AinPasukan Gerakan AmHari Raya AidiladhaJohan GhazaliKata hubung (bahasa Melayu)Senarai lagu yang bertemakan Hari RayaSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalTaufik HidayatIsmail Mohamed SaidRisteena MunimAbu Bakar BasyirAlhamdulillahElla (penyanyi)Sofia JaneMalang Si PuteriSenarai Sultan Empayar UthmaniyahPolitik balas budiUlar rusuk kerbauAzhar SulaimanAlor SetarTadau KaamatanSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahPASKAL (filem)Amir MasdiAtmosfera planetOrang Asli di MalaysiaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahPrivate BodyguardSusukIranRita NadiraSyafiq YusofN. SurendranAdat resam kahwin MelayuNabi Isa a.s.MeerqeenMyKadKL GangsterSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiJangan Menangis Cinta (drama)P. RamleeMohd Ghazali Che MatMinal 'Aidin wal-FaizinJam 24 jamJoseph KurupMakam PahlawanPilihan raya umum Malaysia 2022Upin & IpinTerengganuCabang dan mazhab Islam🡆 More