Raja Farah: Pelakon dan model wanita Malaysia

Yang Mulia Raja Farah binti Raja Aziz (lahir 5 Julai 1988) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia.


Raja Farah
Kelahiran
YM Raja Farah binti Raja Aziz

(1988-07-05) 5 Julai 1988 (umur 35)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2001–kini
Pasangan
  • Megat Bashirun Qhuyum Zakaria (k. 2010; c. 2015)
  • Iskandar Ismail (k. 2015)
Anak-anak3

Di kenali menerusi iklan TV sejak umur 13 tahun lagi. Komersial TV pertamanya Beras Floral. Wajah eksotik miliknya itu menjadi pilihan syarikat pengiklanan apabila berpeluang menjayakan puluhan iklan komersial TV, antaranya ialah Vanilla Coke, Eveready, Johnson & Johnson, Celcom dan F&N Orange.

Mula menceburi lakonan pada 2003 menerusi sitkom Ah-Ha bersama Harith Iskander dan Afdlin Shauki. Farah turut mencuba bakatnya sebagai pengacara TV dan berpeluang mengendalikan program MangoTV, Game Time, VoiceOut dan Suara Emas Bintang RTM 2007.

Pada tahun 2010 beliau telah menerima nominasi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi lakonan mantapnya sebagai gadis sosialis dalam filem "Haq" di Festival Filem Malaysia ke-23.

Kehidupan awal

Beliau di lahirkan pada 5 Julai 1988 di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak ketiga dari empat beradik. Beliau berasal dari susur galur kerabat Raja Jembal dari Kelantan.

Farah mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

Kehidupan peribadi

Farah telah bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun 2010 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Akhirnya pada Mei 2015, Farah sah bercerai talak satu dengan suami beliau. Mereka tidak mempunyai zuriat sepanjang hasil perkahwinan mereka.

Pada 6 September 2015, Farah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Iskandar Ismail dengan sekali lafaz. Beliau turut menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara sederhana di Masjid Ampuan Jemaah, di sini dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah dengan disaksikan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal. Mereka sebelum ini telah bertunang pada 9 Ogos 2015.

Raja Farah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 3.55 pagi, Rabu 10 Ogos 2016. Berita gembira ini diberitahu menerusi Instagram miliknya memaklumkan bayi seberat 3.16 kilogram itu dilahirkan secara normal dan diberi nama Imran Iskandar.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Senario XX Tetamu Jemputan Filem pertama, pelakon tambahan
Salon Luna
2007 Anak Halal Milya
2008 Apa Kata Hati Elly
2009 Maut Baby
2010 Lagenda Budak Setan Suzana
Aku Masih Dara Sofea
2011 Haq Aina
2023 Syaitan Munafik

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005–2007 Impian Illyana Anita TV3 Drama pertama
2006 Misi XX-Ray Marini
2007 Durrani Durrani Astro Ria
Cinta Medik TV9
2008–2009 Mertua Vs Menantu Astro Prima
2010 Na O Mei Arina TV3
Manjalara Kiki
Tipah Vavavoom Maya
2008 Gadis Dari Bintang Nur Astro Ria
2009 Kau & Aku Farah
Segalanya Ku Terima Amira TV3
2010 Kau & Aku 2 Farah Astro Ria
2013 Firdausi Cinta Ros TV1
2014 Kifarah (Musim 2) Effa TV3 Episod: "Al-Amin"

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007 Sangga Saadah Farhani TV3
2011 Orang Minyak - 3 Cerita 3 Sutradara Astro Citra
Pelamin Di Pusara Suraya TV1
2014 Seindah Maharku TV AlHijrah
2015 Sesejuk Coconut Shake TV1
2016 Hati Yang Musafir Safinah

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2003 Ah-Ha TV3 Sitkom, pelakon undangan
2007 MangoTV Pengacara
Game Time
VoiceOut
Suara Emas Bintang RTM TV2
2013 Rasa Halal Antarabangsa (Musim 2) Astro Oasis bersama Akhtar Sahari
2017–2021 Assalammualaikum TV AlHijrah
2024 Karpet Merah Malam Anugerah KNKV Viral Award 2024 TV2 mengacara bersama Ryan Deedat

Iklan

Tajuk
Vanilla Coke
Eveready
Johnson & Johnson
Celcom
F&N Orange

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Raja Farah Kehidupan awalRaja Farah Kehidupan peribadiRaja Farah FilemografiRaja Farah RujukanRaja Farah Pautan luarRaja FarahMalaysiaRujukan kehormat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sistem SuriaPerceraian dalam IslamAkta Dadah Berbahaya 1952Syarikat swastaSenarai poskod di MalaysiaIsteri-isteri Nabi MuhammadPeristiwa 13 MeiGolongan kata (bahasa Melayu)Zambry Abdul KadirTunku Abdul RahmanNabi Lut a.s.SelangorSekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang SemangDasar Pembangunan NasionalThe Original GangsterHannah DelishaRuhainiesSarimah IbrahimMohd Shuhaily Mohd ZainNajis dalam IslamKarbon dioksidaNabi Adam a.s.Lelaki ItuPegawai memerintahIzzue IslamAshraf SinclairSenarai bank di MalaysiaMeerqeenMenteri Pendidikan MalaysiaPenjajahan Jepun di Tanah MelayuPulau PinangRukun IslamPerempuan Itu (drama)MetodologiRazarudin HusainKemalangan helikopter Lumut 2024Kerajaan Persekutuan MalaysiaSi TanggangPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaAmir AhnafPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaSenarai penduduk dan keluasan negeri-negeri MalaysiaMaktab Rendah Sains MARAJabatan Kemajuan MasyarakatMaria OzawaSenarai nahas dan kejadian pesawat komersilKerajaan SalakanagaraSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaBuliWan Junaidi Tuanku JaafarLee Kee HiongJohor Darul Ta'zim F.C.Dewan Undangan Negeri SabahMelur Untuk Firdaus (musim 2)Laskar MudaTerapi fizikalPulau PangkorSofia JanePerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Yang di-Pertua Negeri SarawakSlot MegaDramaNombor perdanaSyamsul YusofKata adjektifNabil AhmadNazim OthmanLee Chong WeiSenarai pelakon lelaki MalaysiaKucing pasirKhadijah binti KhuwailidHun HaqeemKomanderSari YantiZahirah MacWilsonNasrizal NgasriPerubahan iklimHari Alam SekitarTakbir🡆 More