Meerqeen

Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam (Jawi: محمد شامر شوقاين صيفول ايزام; lahir 4 Jun 2001) atau lebih dikenali sebagai Meerqeen merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi lelaki Malaysia yang berasal dari Ampang, Selangor.

Kerjayanya bermula apabila beliau dipilih sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2019/2020. Meerqeen mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila beliau membawa watak Haqeem menerusi drama Angkara Cinta.

Meerqeen
Kelahiran
Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam

(2001-06-04) 4 Jun 2001 (umur 22)
Nama lainMeerqeen
PendidikanDiploma Jurusan Insurans
Pusat pendidikanKolej Vokasional Gombak
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2020–kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
KeluargaSafura Yaacob (ibu saudara)

Kerjaya

Meerqeen terpilih sebagai salah seorang daripada 15 peserta Hero Remaja 2019/2020 yang turut disertai oleh Nadhir Nasar dan berjaya memenangi tempat ketiga. Penyertaannya dalam Hero Remaja pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarganya. Selepas tamat pertandingan itu, beliau menerima banyak tawaran pekerjaan termasuk bidang lakonan. Sebelum menyertai Hero Remaja, Meerqeen pernah menghadiri sesi ujibakat semasa menduduki Tingkatan 3, namun hanya menerima satu tawaran sahaja, iaitu membintangi sebuah iklan pada tahun 2017.

Kerjaya lakonan Meerqeen bermula apabila beliau dipilih membintangi filem pertamanya, Kelaster arahan Razif Rashid yang ditayangkan di Astro First dengan memegang watak sebagai Usop. Meerqeen mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan menerusi drama sulung lakonannya, Angkara Cinta lakonan bersama Wanna Ali dan Hun Haqeem yang mana beliau memegang watak sebagai Haqeem. Diadaptasi daripada drama Filipina, Tayong Dalawa terbitan ABS-CBN, Angkara Cinta mencapai kejayaan komersial apabila disambung kepada 45 episod sekaligus memperkenalkan nama Meerqeen kepada perhatian media dan peminat. Beliau kemudiannya berlakon di samping Janna Nick dan Dini Schatzmann menerusi drama adaptasi novel karya Suri Ryana, Marry Me Senorita dengan memegang watak sebagai Ammar. Ia turut dibintangi oleh juara Dewi Remaja 2019/2020, Shaza Bae.

Beliau turut berkecimpung dalam bidang muzik dengan melancarkan single solo pertamanya, "Menunggu" yang dikeluarkan pada Oktober 2021. Beliau paling dikenali menerusi gandingannya bersama Anna Jobling dalam Melur Untuk Firdaus yang disiarkan di TV3 sebanyak 2 musim.

Inspirasi

Salah satu inspirasi beliau dalam bidang seni ialah ibu saudaranya, penyanyi terkenal Safura Ya'cob. Meerqeen mengakui banyak belajar daripada pengalaman dan meminta pandangan, selain berpegang kepada pesanan Safura untuk terus berusaha dan tidak meletakkan harapan tinggi dalam hiburan.

Dalam temu ramahnya bersama Berita Harian, Meerqeen mengatakan: "Saya mahu jadi seperti Hun Haqeem yang disebut-sebut namanya sekarang" sambil menjadikan pelakon senior Bront Palarae sebagai idolanya dalam bidang lakonan.

Kehidupan peribadi

Meerqeen dilahirkan di Ampang, Selangor. Nama pentasnya ialah gabungan daripada nama sebenarnya, Shameer Shauqeen. Beliau ialah anak saudara kepada penyanyi era 1990-an, Safura Yaacob. Meerqeen ialah pelajar jurusan insurans di Kolej Vokasional Gombak.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2020 Kelaster Usop Razif Rashid Filem pertama
2021 Frontliner Pesakit "Kluster Kayangan"
2024 Klepet Wadi Indra Putra
Harimau Malaya: The Untold Journey Rashdan Dato Afdlin Shauki

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Angkara Cinta Haqeem Astro Prima Drama pertama
2021 Marry Me Senorita Ammar Astro Ria
Bila Syaitan Berbisik Wan Episod: “Penunggang Agama”
Malaysian Ghost Stories Akram Episod: “Rumah Sewa RM100”
2022 Melur Untuk Firdaus Firdaus Iskandar TV3
Ash & Aish Ash (Ashrafi) Astro Ria
2023 Melur Untuk Firdaus 2 Firdaus Iskandar TV3
Chinta Wrong Direction Pemuda di Stesen Bas Astro Ria Episod 6; Penampilan khas
My Famous Ex-Boyfriend Rakan Jamie Astro Ria Episod 24; Penampilan khas
2024 Framed Edi Astro Premier
Cinta, Untuk Sekali Lagi Alan (Idlan Zuhairi) Astro Ria

Drama Web

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian Catatan
2022 Modus Operandi Ben BANK BRI Drama Indonesia
Runway In Seoul Dirinya sendiri Viu Bersama Nadhir Nasar
2023 Nenek Bongkok Tiga Adi
2024 Strong Girl Adaptasi Drama Korea, Strong Girl Bong-soon

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2024 Overnight Wali Joey Astro Ria

Videografi

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi Catatan
2021 "Menunggu" Meerqeen
2023 "Tak Berharap Lagi" Raisa

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Hero Remaja 2019/2020 Peserta Astro Ria
2021 Ceria Xtra #DudukRumah Kapten Astro Ceria
2022 Lazada: Super Party Artis jemputan TV3
Brownis Trans TV Bersama Anna Jobling
Ketawa Itu Berkah
Lapor Pak! Trans7
MeleTOP Astro Ria
Terpaling Juara TV3
2023 Anugerah Ikon Sukan Harian Metro Penyampai anugerah TV9 Bersama Datuk Leong Mun Yee
Gempak Most Wanted Awards 2022 Penyampai anugerah Astro Ria Bersama Hun Haqeem
Anugerah Drama Sangat 2023 Penyampai anugerah TV3 Bersama Anna Jobling
Nona Artis jemputan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyampai anugerah Bersama Sherry Alhadad & Siti Hariesa
2024 Gempak Most Wanted Awards 2023 Penyampai anugerah Astro Ria Bersama Zul Ariffin & Elizabeth Tan

Diskografi

Single

Tajuk Tahun Album Label
"Menunggu" 2021 Indigital Music

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2020 Hero Remaja 2019/20 Tercalon
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 Artis Baharu Lelaki Popular Tercalon
2022 Anugerah MeleTOP Era 2021 Artis Baharu Meletop Tercalon
Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Bergaya Tercalon
2023 Gempak Most Wanted Awards 2022 Video Trending Tergempak Swipe Challenge (TikTok) Menang
Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Lelaki Popular Melur Untuk Firdaus Tercalon
Pasangan Drama Terbaik Meerqeen & Anna Jobling Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 Aktor TV Popular Melur Untuk Firdaus Menang
Couple TV Popular Meerqeen & Anna Jobling Menang
Anugerah Telenovela Ke-9 Bintang Telenovela Menang
Pelakon Lelaki Popular Melur Untuk Firdaus Menang
Pasangan Serasi Popular Meerqeen & Anna Jobling Tercalon
2024 Gempak Most Wanted Awards 2023 Selebriti Digital Tergempak Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Meerqeen KerjayaMeerqeen InspirasiMeerqeen Kehidupan peribadiMeerqeen FilemografiMeerqeen DiskografiMeerqeen Anugerah dan pencalonanMeerqeen RujukanMeerqeen Pautan luarMeerqeenAmpangAngkara CintaHero RemajaSelangorTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nabi Muhammad SAWErry PutraBunga rayaRejimen Askar Melayu DiRajaFrekuensi radio di PahangIsrak dan MikrajProton WiraTunku Abdul RahmanPandemik COVID-19 di MalaysiaShahrulezad MohameddinKawasan pilihan raya di MalaysiaHarris AlifMira FilzahSenarai saluran AstroKerajaan Persekutuan MalaysiaSlot AkasiaAmyra RosliAzira ShafinazKaum-kaum di MalaysiaBangladeshSultan Mizan Zainal AbidinPerang UhudMohammed Hanif OmarBuah pelagaFarajKL Gangster 2LiberalismeMelanauMelur Untuk Firdaus (musim 2)Senarai negara mengikut sistem kerajaanSurah al-BaqarahKerisPanglima Angkatan TenteraAdnan Abu Hassan (ahli politik)Laluan Kelana JayaPrabowo SubiantoJangkitanMustaqim BahadonAyat kursiSiksa NerakaKementerian Perhubungan Republik IndonesiaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahNasi kerabuTabbySyafiq YusofBola jaringDini SchatzmannSlot MegaDramaSenarai peribahasa (A–M)KelantanEda EzrinPerikatan NasionalWan Azizah Wan IsmailNegara PalestinAfdlin ShaukiSalomaHadisFuckDaun salamHulu LangatSekularismeOrang Kampung Otak KimiaFalsafah Pendidikan MalaysiaSheriffShaheizy SamSaifuddin Nasution IsmailLee Kee HiongSenarai kaum di MalaysiaKaum DusunPukimakTayamumPolis Diraja MalaysiaSheila RuslyIwan SyahmanAdnan bin SaidiVirusUniversiti Teknologi Malaysia🡆 More