Safura Ya'cob

Safura binti Ya'cob (lahir 12 September 1972) adalah seorang penyanyi, pelakon dan usahawan wanita Malaysia.

Beliau merakamkan album yang pertama pada usia 23 tahun menerusi album Sedalam Mana Cintamu pada tahun 1997.

Safura Ya'cob
Kelahiran
Safura binti Ya'cob

(1972-09-12) 12 September 1972 (umur 51)
Pekerjaan
Tahun aktif1996–kini
PasanganHairie Kool (k. 1998; c. 2001)
Sahronizam Noor (k. 2006)
Anak-anak6
IbuNariah Mat Taheri
KeluargaMeerqeen (anak saudara)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
BMG Music (1997–2003)
NAR Records (2004)
Pengkarya berkait

Kerjaya

Nyanyian

Pada awal 1990an, Safura mula menjinakkan diri dalam dunia nyanyian sebagai penyanyi di kelab malam. Hanya pada tahun 1996, beliau mula diikat kontrak oleh BMG Music Malaysia sebagai penyanyi rakaman. Album Sedalam Mana Cintamu terbitan komposer LY menerima nominasi di Anugerah Industri Muzik ke-5 untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik (AIM) dan juga Artis Baru Terbaik. Album itu menjadi hits dan disinambungkan menerusi album susulan berjudul Mencari Mahligai pada tahun 1998. Pada era penghujung 1990an, beliau mempunyai beberapa buah lagu yang menduduki kedudukan nombor satu carta muzik seperti Sedalam Mana Cintamu, Rinduku Semakin Kuat, Jangan Menangis Sayang, Andang Cintaku Menyala dan Dian Asmara. Ketika itu beliau membawakan muzik pop melayu yang mendayu-dayu ciptaan komposer Eddie Hamid. Kerjaya nyanyiannya menjadi pudar apabila beliau tidak lagi berpeluang merakam lagu-lagu baharu setelah tamat kontrak bersama BMG.

Lakonan

Pada tahun 2001 beliau mencuba bakat sebagai pelakon menerusi pementasan Ronggeng Rokiah. Beliau membawakan watak sebagai penari joget bernama Rokiah dan mendapat perhatian ramai. Pada tahun 2003, setelah tamat kontrak bersama BMG, beliau meneruskan karier sebagai pelakon. Lakonan beliau yang pertama adalah menerusi drama bersiri Persatuan Isteri Isteri Tua di RTM2. Puncak kejayaannya sebagai pelakon adalah apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2006 menerusi watak pelacur dalam drama Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan. Pada tahun 2010 beliau membuat persembahan dalam teater muzikal Terima Kasih Cinta.

Kehidupan peribadi

Safura adalah seorang ibu tunggal ketika mula menceburi bidang seni, kemudian beliau berkahwin dengan penyanyi utama Kumpulan Kool, Hairie Yaacob pada 1998 dan dikurniakan anak keduanya. Pada tahun 2001 keduanya berpisah dan membawa haluan sendiri. Pada tahun 2006, Safura bernikah dengan pelakon Sahronizam Noor dan menerusi perkahwinan ini beliau dikurniakan dua orang anak (seorang daripadanya meninggal dunia selepas beberapa hari dilahirkan).

Safura terkenal sebagai seorang artis yang lantang bersuara. Beliau pernah menyaman penyanyi dangdut Ifa Raziah pada tahun 1998 kerana didakwa memfitnahnya sebagai punca penyanyi dangdut itu terkena buatan orang. Kes tersebut selesai selepas lapan tahun.

Safura mula membuat penampilan bertudung litup pada tahun 2008 ketika muncul dalam drama terbitan pelakon komedi Sheila Rusly.

Gegar Vaganza 5

Pada September 2018, Safura telah membuat kemunculan semula sebagai penyanyi dengan menyertai Gegar Vaganza musim kelima setelah hampir 14 tahun menyepikan diri dari dunia seni muzik tanah air. Ini kerana selama itu beliau aktif sebagai pelakon. Namun rezeki tidak berpihak kepada beliau apabila beliau telah tersingkir di konsert minggu kedua dan sekaligus ia merupakan peserta pertama yang tersingkir daripada program realiti tersebut bagi musim kelima. Berikut persembahan beliau;

Konsert Tema Lagu Ked.
Minggu 1 Oh Dia Ke? "Sedalam Mana Cintamu" nyanyian Safura 9
Minggu 2 Dalam Diam Aku Mencintaimu "Diari Biru" nyanyian Mya Ruslee Tersingkir

Diskografi

Album Studio

Album Kompilasi

  • Best of Safura (2003)
  • The Essential Safura (2011)

Single

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1997 "Sedalam Mana Cintamu" 1 Sedalam Mana Cintamu
"Perutusan Hiba" 4
1998 "Bukan Lupa Tapi Tak Ingat" 6
"Seandainya Kau Jujur"
"Gerimis Mengundang 2"
duet bersama Ukays
Cuma Aku Yang Hidup
"Jangan Menangis Sayang"
duet bersama Oney
Nangis Punya!
"Rinduku Semakin Kuat" 5 Mencari Mahligai
"Kala Cinta Itu Buta" 5
"Dulu Sayang Kini Benci"
1999 "Cinta Tak Perlu Dirahsia"
"Cinta Bersulam Dusta"
"Andang Cintaku Menyala"
duet bersama Ezad Lazim
8 Nangis Punya! 2
"Dian Asmara" Nangis Lagi!
2000 "Gugusan Cinta"
duet bersama Eddie Hamid
Koleksi Terbaik Eddie Hamid
2001 "Kemarau Berpanjangan" 11 Selamanya
"Lagu Sambaria"
"Selamanya"
2004 "Sebelum Ku Mengundur Diri" Dia Milikmu
"Dia Milikmu"

Filemografi

Filem

Telefilem

  • Di Pintu Barzakh (2010)
  • Parit Jawa (2011)
  • Lukisan Kasih (2013)
  • Sebelum Mata Tertutup (2021)
  • 3 Hari (2022)
  • Aida Adha (2022)
  • Itulah Takdirnya (2022)

Drama

Teater

  • Lantai T. Pinkie (2006)
  • Gamat (2009)

Muzik Video

  • Terlalu Memuja (2019)

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Nota
2006 Anugerah Skrin Pelakon Wanita Terbaik Menang Drama Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan
Anugerah Seri Angkasa Pelakon Wanita TV Terbaik Menang Drama Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Safura Ya'cob KerjayaSafura Ya'cob Kehidupan peribadiSafura Ya'cob Gegar Vaganza 5Safura Ya'cob DiskografiSafura Ya'cob FilemografiSafura Ya'cob Anugerah dan pencalonanSafura Ya'cob RujukanSafura Ya'cob Pautan luarSafura Ya'cobMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Zarina ZainoordinUji RashidKugiran MasdoMonokotiledonAaron AzizIsmail Sabri YaakobAdat resam kahwin MelayuBajauLim Kit SiangSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarNabi Ibrahim a.s.Lee Chong WeiDef-Gab-CAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaM.O.BMierul AimanMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakDaerah LangkawiRumah teresPenguinHadisAmy SearchSiti Zailah Mohd YusoffBulanNabi Muhammad SAWPenggunaFrekuensi radio di SabahGeografi JohorSurah al-FatihahNora DanishSophia LianaJohor Darul Ta'zim F.C.Sekolah Henry GurneyTikTokSyiahKhawarijBukan Sekadar LafazArif AimanSabronzoHadha min fadhle RabbiHutan bakauUniversiti Putra MalaysiaPeroduaHubungan seksNegeri-Negeri MelayuSharifah HusnaSimpulan bahasaLaila NasirMuhamad Akmal SalehSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirAzhan RaniJambatan Pulau PinangSukanSukan RTMSel (biologi)Jabatan Kastam Diraja MalaysiaRibaTentera Laut Diraja MalaysiaSifat-sifat AllahRindu Kasih 2AgamaLGBT dalam IslamKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Sarimah IbrahimPeristiwa Bukit KepongSolat subuhBukit JalilMasya-AllahRukun NegaraPasukan bola sepak kebangsaan ChinaIndonesiaDeria bauMenteri Besar JohorZarina ZainuddinMarissa YasminSusunan Keutamaan Persekutuan MalaysiaDaiyan Trisha🡆 More