Bront Palarae: Pelakon lelaki Malaysia

Nasrul Suhaimin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae (lahir 27 September 1978) ialah seorang pelakon, pengarah filem, penulis dan pengacara televisyen Malaysia.

Bront memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Mat Nor Kusyairi and the Velveboys (2001) dan peranan pembantu dalam Dengan Nama Cinta (2003), kemudian mendapat peranan utama dalam Cinta Tsunami (2005). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi watak sampingan dalam filem Lang Buana (2003), serta telah membintangi beberapa filem terkenal yang menerima pengiktirafan kritis termasuk Castello dan Tipah Tertipu The Movie (kedua-duanya 2006), Anak Halal (2007), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), V3 Samseng Jalanan dan Belukar (2010), Ombak Rindu (2011), Bunohan dan Jiwa Taiko (2012), PSIKO: Pencuri Hati (2013), Sejoli: Misi Cantas Cinta (2014) dan Terbaik dari Langit (2014), Ola Bola (2016), Kau Takdirku (2017) dan MALBATT: Misi Bakara (2023).

Bront Palarae
Bront Palarae: Kehidupan awal, Kerjaya, Aktiviti kemanusiaan
Kelahiran
Nasrul Suhaimin bin Saifuddin

(1978-09-27) 27 September 1978 (umur 45)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit, pengacara
Tahun aktif2001–kini
PasanganRozi Izma (k. 2013)
Anak-anak1

Bront memulakan kerjaya antarabangsanya pada tahun 2015 menerusi filem Jepun, Redemption Night, seterusnya muncul dalam filem Indonesia, Headshot (2016). Sebagai krew filem, beliau telah mengarahkan beberapa filem termasuk Kolumpo (2013) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit. Bront telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23 pada 2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global. Beliau juga aktif mencipta nama sebagai pelakon di negara jiran, Indonesia.

Kehidupan awal

Bront dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau berketurunan Melayu, Punjabi/Pakistan (bapa) dan Siam (ibu). Pada tahun 2005, beliau menerima biasiswa daripada kerajaan Itali untuk menghadiri kursus pendek dalam Bahasa & Budaya di Universiti Untuk Orang Asing Perugia, Itali. Beliau tinggal melebihi tempoh dan melawat negara itu dalam tempoh empat bulan.

Kerjaya

2001–2008: Kerjaya awal dan kejayaan

Biarpun beliau telah memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2001 menerusi siri drama TV Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys, hanya pada tahun 2005 nama Bront menjadi sebutan apabila beliau muncul dalam drama bersiri Cinta Tsunami di saluran TV3. Sejak itu, Bront muncul dalam banyak produksi terutama filem melalui watak-watak pembantu. Antara lakonan beliau yang paling menjadi perhatian adalah menerusi watak pemain kugiran dalam filem Man Laksa (2005), anak jalanan Anak Halal (2007) dan pembunuh upahan psiko Setem (2009).

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.

Bront juga pernah bergandingan bersama pelakon Dynas pada tahun 2004 untuk mengacarakan program Beat TV sebanyak 2 musim sebelum beliau mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian dalam bidang lakonan dan penulisan. Pada tahun 2005 juga beliau menerima tawaran biasiswa daripada kerajaan Itali untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam jurusan Bahasa & Budaya di University of Foreigners, Perugia Itali. Beliau meninggalkan seketika bidang seni selama setengah tahun untuk menyempurnakan kursus tersebut.

Pada tahun 2008 nama Bront mula meniti bibir peminat apabila muncul dalam siri TV Sindarela arahan Shahrulezad Mohameddin dengan memegang watak Tengku Hussein, seorang putera raya yang bekerja sebagai mekanik. Gandingan beliau bersama Sharifah Amani ternyata menimbulkan fenomena tersendiri. Keserasian Bront dan Amani kemudian diperpanjangkan lagi dalam siri TV Rona Roni Makaroni juga arahan Shahrulezad pada tahun 2009.

2009–2014: Cabaran, hala tuju kerjaya dan Terbaik Dari Langit

Tidak mahu terlalu selesa dengan hala tuju kerjaya lakonannya, Bront mengambil keputusan untuk mengejar cita-cita di layar perak. Biarpun dikenali sebagai aktor yang kurang mendapat publisiti media namun kemunculannya dalam filem arahan teman baiknya, pelakon Farid Kamil iaitu V3: Samseng Jalanan (2010) ternyata membuahkan hasil apabila filem tersebut mengaut kutipan pecah panggung lebih daripada RM 4 juta. Menerusi watak Brett dalam filem tersebut, Bront dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu di Festival Filem Malaysia ke-23.

Bront Palarae: Kehidupan awal, Kerjaya, Aktiviti kemanusiaan 
Ketika membintangi filem Belukar bersama Daphne Iking

Seterusnya Bront muncul dalam filem Belukar arahan Jason Chong. Menerusi watak penyiasat insurans dalam filem tersebut, nasib Bront mula menyinar apabila dicalonkan dan seterusnya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23 menewaskan nama-nama hebat seperti Esma Daniel, Farid Kamil dan Zul Huzaimy. Bront juga mengulangi kejayaan sama di Anugerah Skrin 2010 dengan menewaskan pemenang FFM 22, Afdlin Shauki yang cemerlang menerusi filem Papadom.

Bront muncul dalam filem Hanyut arahan pengarah berkaliber U-Wei Hj Saari menerusi watak Syed Rasyed. Filem tersebut merupakan adaptasi daripada novel tulisan Joseph Conrad berjudul Almayer's Folly. Sebuah lagi filem karya adaptasi berjudul Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashaari juga bakal menampilkan Bront sebagai Ismail. Beliau juga berganding bersama pemenang Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama di FFM 23 iaitu Lisa Surihani dalam filem Sekali Lagi arahan Hashim Rejab. Antara judul filem lain yang akan menampilkan figuran Bront ialah Bunga Lalang arahan Dain Iskandar Said dan Jiwa Taiko (Osman Ali).

Pada tahun 2010 juga, Bront telah mengasaskan produksi filem Otto Films yang akan menjadi platform untuk beliau meneroka bidang penerbitan filem dan melalui syarikat itu, beliau mengarah, menulis dan mengarahkan bersama filem Kolumpo, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 2013. Beliau juga pernah berkhidmat di Camwerk Studios sebagai Perunding Kreatif untuk membantu membangunkan Penculikan Ammar Affendi dan terjamin bersama tawaran penerbitan dengan RexMedia (US) di Marche Du Film di Festival De Cannes pada tahun yang sama. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Duta Jenama untuk Edwin Denim Malaysia dan juga wajah pereka fesyen tempatan Fairuz Ramdhan.

2015–kini: Halfworlds dan melangkah serantau

Bront Palarae: Kehidupan awal, Kerjaya, Aktiviti kemanusiaan 
Bront pada 2013.

Pada Januari 2016, Bront membintangi filem drama sukan Ola Bola, arahan Chiu Keng Guan selepas memecah rekod yang dipegang oleh The Journey. Bukan itu sahaja filem yang mengutip RM15.85 juta dan menjadi filem Malaysia dengan kutipan tertinggi kelima sepanjang masa, Bront juga memenangi Anugerah Pilihan Pengkritik Kuala Lumpur 2016 dalam kategori Penyokong, kerana peranannya dalam filem itu.

Selepas memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk Terbaik dari Langit di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015), beliau turut membantu dalam siri bertajuk Halfworlds di HBO Asia diarahkan oleh pembikin filem Indonesia, Joko Anwar. Beliau kemudiannya menyertai Mo Brothers pada filem terkini Headshot, yang dibintangi oleh Iko Uwais. Bront menyertai barisan pelakon filem komedi My Stupid Boss lakonan Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian sebagai kerjasama dengan lain pembikin filem Indonesia, Upi Avianto.

Pada Februari 2016, Bront dijangka merancang untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan kisah benar kejayaan ahli politik, Tan Sri Khalid Ibrahim ‘merampas’ syarikat perladangan terbesar daripada British dalam tempoh dua jam. Filem bertajuk Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen yang mana kini dalam proses pembangunan di studio produksinya Pixel Play. Skrip bagi filem itu ditulis oleh Redza Minhat bersama dengan Chew Kin Wah.'

Di Anugerah Televisyen Asia 2016, Bront telah dicalonkan untuk peranannya dalam telefilem Eropah, Here I Am menerusi kategori "Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Peranan Utama".

Bront membintangi filem seram Pengabdi Setan arahan Joko, sebuah pembikinan semula filem seram Indonesia 1980 dengan judul sama arahan Sisworo Gautama Putra. Ia menjadi kolaborasi keduanya bersama Joko selepas siri Halfworlds di HBO Asia. Pada 21 Disember 2017, Bront bersama pelakon jelita Fazura membintangi filem drama keagamaan Indonesia, Ayat-Ayat Cinta 2 arahan Guntur Soerhardjanto. Dalam filem ini yang merupakan kesinambungan filem pertama yang ditayangkan pada 2008, Bront memegang watak Baruch, seorang bekas tentera Yahudi yang panas baran, merawat ibu tirinya. Filem ini ditayangkan di pawagam Malaysia pada 11 Januari 2018.

Bront bersama-sama dengan Nam Ron, Zahiril Adzim, Syamsul Yusof, Chew Kin Wah, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.

Pada Februari 2019, Bront telah dipilih menjadi duta Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFEST) dan Anugerah Global Emas Malaysia (MGGA) yang bermula pada Julai, memperkenalkan Bront sebagai duta baru yang akan menyertai duta semasa Angelica Lee, pelakon pemenang anugerah antarabangsa.

Bront bersiap untuk menjayakan peranannya dalam projek filem terbarunya bertajuk What Comes Around, yang diarahkan oleh Zahir Omar. Beliau juga sedang menyiapkan filem terbaru arahannya bertajuk The Intern. Bront memegang watak sebagai Ponthaliwat dalam filem Bikers Kental 2 yang ditayangkan pada 14 Mac 2019.

Bront bersama Shaheizy Sam berlakon bersama pelakon Ireland, Jonathan Rhys Meyers dalam filem epik Hollywood pertama Malaysia, White Rajah (tajuk ditukar sebagai Edge of the World), yang berdasarkan dari kisah Raja Putih Borneo, James Brooke.

Aktiviti kemanusiaan

Pada tahun 2012, Bront menyertai percutian Bantuan Kecemasan AQSA2Gaza11 untuk Gaza yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang memberi tumpuan kepada membantu rakyat Palestin yang terjejas oleh konflik Gaza-Israel yang berlaku pada tahun itu.

Beliau merupakan duta muhibah untuk kempen My Promise To Children anjuran UNICEF bagi memperjuangkan hak-hak kanak-kanak di Malaysia.

Kehidupan peribadi

Bront dan kenalan lamanya, Rozi Izma sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 31 Ogos 2013, iaitu bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56. Bront dan isteri berkenalan pada tahun 1999 dan mula menjalin hubungan pada tahun 2003. Beliau yang membuat pengakuan yang statusnya kini ialah seorang suami kepada kenalan lama, berkata:

"Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja. Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami. Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu. Banyak pengalaman pahit manis yang telah kami lalui bersama sehinggakan pada satu fasa dalam perhubungan iaitu kira-kira lapan tahun kemudian, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing. Saya amat gembira yang perkahwinan ini adalah titik permulaan untuk sebuah pengakhiran."

Bront juga berkongsi rasa bahagianya apabila kini sudah bergelar bapa kepada cahayamata pertamanya, Adeena Imani.

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Lang Buana Perdana Filem pertama
2006 Man Laksa Mat Topoi
Castello Chet Penampilan khas
Bilut Rosli
Tipah Tertipu The Movie Penjahat Juga sebagai penulis lakonlayar bersama Mamat Khalid
2007 1957: Hati Malaya Muzaffar
Anak Halal Danny
Apa Khabar Orang Kampung Pelakon Radio
2008 Akhirat Ramon Penampilan khas
Kala Malam Bulan Mengambang Mahinder Singh
Antoo Fighter: Amukan Drakulat Rambo
2009 Setem Abu Bakar/'Burn'
15Malaysia Lelaki Pedofilia Episod: "Lolipop", antologi filem pendek
2010 V3 Samseng Jalanan Brett
Belukar Nik
2011 Vote! Video pendek
Jalan Pintas Lelaki Gelandangan
Quattro Hongkong 2 Segmen: "Open Verdict"
Kongsi Kempedu
Sekali Lagi Haris
Ombak Rindu Ismail
2012 Bunohan Deng
Jiwa Taiko Pinto
Lagenda Budak Setan 2: Katerina Hisyam
2013 Juvana Warden Raja Khairul Penampilan khas
Bikers Kental Ponthaliwat
PSIKO: Pencuri Hati O. Sidi
Kolumpo Pegawai Polis A Juga sebagai pengarah dan penulis skrip
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Jo
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Hisyam
Pintu Neraka Norzain
Anak Jantan Somchai
Dollah Superstar Dirinya sendiri Penampilan kameo
Terbaik dari Langit Berg
2015 Redemption Night Rahman Filem Jepun
Jwanita Farhan
Girlfriend Kontrak Zain
2016 Ola Bola Rahman
Headshot Ali Filem Indonesia
My Stupid Boss Adrian
Hanyut Sayed Rashid
Art Through Our Eyes The Stranger Segmen: "Aku"
2017 Kau Takdirku Harris
Pengabdi Setan Bahri Suwono Filem Indonesia
Ayat-Ayat Cinta 2 Baruch
2018 Dukun Shah
One Two Jaga Pegawai Penyiasat Sebagai penerbit, dan watak kameo
2019 Bikers Kental 2 Ponthaliwat Penampilan khas
Fly By Night Inspektor Kamal
KL Vampires Dirinya sendiri Pencerita pembukaan filem
Wira Leftenan Kolonel Izzar Penampilan kameo
Gundala Pengkor Filem Indonesia
2020 Motel Acacia Bront Filem Filipina
Tyickoouns Long
Prebet Sapu Toompang Broker
2021 Edge of the World Pengiran Indera Mahkota Penampilan pertama untuk filem Hollywood
Zombitopia Dr. Rahman
Belenggu Adnan
Proksi Sam
2022 Stone Turtle Samad
Pengabdi Setan 2: Communion Bahri Suwono Filem Indonesia
Seratus Penumpang Lif Penampilan khas
2023 Harum Malam Norman
Eraser Juri 1 Penampilan khas
Sumpahan Jerunei Dr. Sani
Malbatt: Misi Bakara Mejar Adnan
Sleep Call Tommy Filem Indonesia
Wow+ Dr. Zaman Khan Filem pendek
Abang Adik Kamarul Pelakon sampingan
2024 The Cursed Land Filem Thailand, Pos-produksi
TBA Sabung Pos-produksi
Safari Mall Dirinya sendiri Pos-produksi
The Lies I Tell Iskandar Sebagai pengarah dan penerbit, Pos-produksi
Serangan Subuh Desa Pachi Sebagai pengarah dan penerbit, Pra-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Dengan Nama Cinta ntv7 Drama pertama
2004 Rumah itu Duniaku Husni TV1
Garisan Takdir Mediacorp Suria
Cinta Tsunami Amran / Rangsit TV3
2007 Cinta Secangkir Kopi Ammar TV9
2008 Sindarela Hussein TV3
Rona Roni Makaroni Roni Astro Ria
2009 Tower 13 Adam / Johan Ariff TV3
Tangkai Besi Astro Citra
2010 Ibn Battuta: The Animated Series TV2 Suara
2011 Juvana Warden Encik Raja / Balaji TV3
Hajar Aswad Asrul Aswad TV9
2012 Pulau Azri
Projek Pop 8TV Penampilan khas
I Eat KL Unifi TV
2015 Halfworlds (Musim 1) Gusti HBO Asia
2016 Dark Triptych 1 episod
2018 Doors: A Philippines Horror Anthology BOO Episod: "Daddy's Home"
Folklore MP HBO Asia Episod: "Toyol"
2018–2020 The Bridge Megat Jamil HBO Asia/Viu
2023 Katarsis Dr. Alfons Vidio
TBA Dendam Seorang Isteri 2 Penjahat / Pembunuh Perogol / Shahrul Astro Ria Episod 51-65

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2001 Mat Nor Kusyairi & The Velvet Boys Mat Topoi ntv7
2003 Neon Kawan Ringgo VCD
2004 Zon 606 Fariz
2009 Rompakan Kabinet Fit Astro Ria
Senandung Malam Astro Prima
2010 Bunga Rampai Musim Tengkujuh Jamal TV1
2012 Kasih Bumi Bumi TV9
Darah Daging Astro Prima
2013 New York Cinta Seth Astro First Eksklusif
Sebenarnya Khaliff TV3
2015 3 Nota Atoi Astro Prima
2016 Eropah, Here I AM Bukhari Astro Citra
2017 Kekasih Elektrik Amri Rohaizad Fan
2018 Janji Zehan - Lahzeya Bi Payan Faizal Astro First Eksklusif

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2003 Beat TV Astro Ria Beliau mengacarakannya bersama Dynas

Iklan

Tahun Iklan Catatan
2006 Hotlink bersama Sari Yanti
2008 Visit Singapore

Videografi

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2012 "Menunggu" Akim Ahmad
2017 "Kembali" Kaka Azraff

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2010 Anugerah Skrin ke-14 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Belukar Menang
Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik V3: Samseng Jalanan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 Pelakon Filem Lelaki Popular Bront Palarae Tercalon
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2012 Anugerah Skrin ke-16 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Jiwa Taiko Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Pelakon Filem Lelaki Popular Bront Palarae Tercalon
Watak Jahat dalam Filem atau Drama Popular Tercalon
2013 Anugerah Blokbuster 2 Anugerah Watak Penjahat Terhebat Jiwa Taiko Tercalon
2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Bergaya Bront Palarae Tercalon
Selebriti Lelaki Paling Seksi Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Sejoli Menang
Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Lelaki Terbaik Psiko Pencuri Hati Tercalon
Anugerah Skrin ke-18 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Menang
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era 2 Bintang Filem MeleTOP Bront Palarae Tercalon
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 Pelakon Lelaki Terbaik Terbaik dari Langit Menang
2016 Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Ola Bola Menang
Anugerah Melodi 2016 Personaliti Filem Melodi Bront Palarae Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Lelaki Popular Bront Palarae Tercalon
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Kau Takdirku Tercalon

Rujukan

Tags:

Bront Palarae Kehidupan awalBront Palarae KerjayaBront Palarae Aktiviti kemanusiaanBront Palarae Kehidupan peribadiBront Palarae FilemografiBront Palarae VideografiBront Palarae Anugerah dan pencalonanBront Palarae RujukanBront Palarae Pautan luarBront PalaraeAnak HalalBelukar (filem)Bunohan (filem)CastelloJiwa TaikoKala Malam Bulan MengambangKau TakdirkuLang BuanaMalbatt: Misi BakaraOla BolaOmbak Rindu (filem)PSIKO: Pencuri HatiSejoli: Misi Cantas CintaTerbaik dari LangitTipah Tertipu The MovieV3 Samseng Jalanan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai lagu yang bertemakan Hari RayaSenarai perbandingan pangkat tenteraSelangorSyiahBendera PalestinHemoroidSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahWan RajaSejarahKata hubung (bahasa Melayu)Kementerian Komunikasi MalaysiaAprena ManroseGeografi IndonesiaHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007SusukMelur Untuk Firdaus (musim 2)LiberalismeIntan NajuwaUniversiti Teknologi MARASuntikanRuhainiesHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMSkizofreniaSiksa KuburPenjajahan Jepun di Tanah MelayuHukum Kanun MelakaPegawai Waran IKerana Dia SukaBella DallyUniversiti Teknologi MalaysiaPerkhidmatan awam di MalaysiaBiduanita NegaraOrang Cina MalaysiaIbanKuala LumpurKata kerja transitifSenarai peribahasa (A–M)SarawakTengku Amir ShahJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaMimi LanaIwan SyahmanSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiSyed Mokhtar Al-BukharyUjian dadahKomanderKedahFardu KifayahSultan PerakCarles PuigdemontRedza RosliSungai PetaniFrekuensi radio di PerakZul AriffinUnifi TVKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPeta GoogleTanam paksaPerang Dunia KeduaSenarai Yang di-Pertuan AgongBatu CavesAbdullah bin Ahmad BadawiSenarai stesen televisyen di MalaysiaAzizulhasni AwangBandaraya MelakaGajahRespirasi selKristianMira FilzahSiri Modenas KrissMenteri Pendidikan MalaysiaProton Holdings BerhadLeftenan KomanderMakkahSemenanjung MalaysiaPetaling JayaDidi AstillahBatu PahatPolis EVO 3🡆 More