Bunga Citra Lestari: Pelakon dan penyanyi wanita Indonesia

Bunga Citra Lestari (lahir 22 Mac 1983), juga dikenali sebagai BCL merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Indonesia.

Memulakan kerjayanya pada 1997, beliau terkenal dengan membawa lagu-lagu genre POP seperti lagu "Cinta Pertama", "Ingkar" dan "Menghapus Jejakmu" yang berduet bersama Ariel Noah serta juga sinetron Bayu Cinta Luna.

Bunga Citra Lestari
Bunga Citra Lestari: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Kelahiran (1983-03-22) 22 Mac 1983 (umur 41)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
Tahun aktif1997–kini
PasanganAshraf Sinclair (k. 2008; m. 2020)
Tiko Aryawardhana (k. 2023)
Anak-anakNoah Aidan Sinclair
Ibu bapa
  • Muchlis Rusli
  • Emmy Syarif
SaudaraIvan Permana (anak saudara)
Intan Ayu Purnama (anak saudara)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman web rasmiwww.bclofficial.com
Tandatangan
Bunga Citra Lestari: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Jakarta kepada pasangan Muchlis Rusli dan Emmy Syarif. BCL menghabiskan zaman persekolahannya di Lhokseumawe Nanggroe Aceh Darussalam.

Kerjaya

Lagu popularnya yang berjudul "Sunny" juga menjadi muzik tema untuk filem Cinta Pertama. Beliau pernah berduet dengan PAS Band yang merupakan awal kerjayanya di dunia muzik.

Antara drama lipur lara lain yang pernah dibintanginya ialah Bukan Perempuan Biasa, ABG dan Senandung Masa Puber.

Beliau juga menceburi dunia muzik. Lagunya yang pernah menjadi popular adalah "Aku Tak Mau Sendiri". Pada tahun 2006, Bunga Citra Lestari telah menghasilkan album Cinta Pertama, dan diikuti dengan album Tentang Kamu pada tahun 2008. Album berikutnya adalah album The Best Of BCL yang dihasilkan pada tahun 2013 dan diikuti dengan album Hit Singles And More pada tahun 2015.

Lagu Cinta Pertama (Sunny) yang merupakan bunyi latar filem Cinta Pertama menjadikan nama Bunga Citra Lestari semakin terkenal. Lagu ciptaan Dewiq ini membuat impian Bunga Citra menjadi penyanyi terhasil. Apalagi setelah album solo perdananya berjaya dijual 75 ribu salinan hanya dalam tempoh dua minggu.

Bagi Bunga Citra, bukan perkara yang mudah meraih impiannya sebagai penyanyi sekaligus sebagai pelakon drama lipur lara. Anag gadis pasangan Muchlis Rusli dan Emmy Syarif ini harus mengorbankan banyak perkara untuk menghasilkan album Cinta Pertama solonya, termasuk berkumpul bersama keluarga.

Gadis yang lebih akrab dipanggil Unge ini menyatakan keseriusannya gai penyanyi, dan mengenepikan anggapan gadis kampung, mengingat dirinya lebih dikenal sebagai pelakon drama lipur lara remaja daripada seorang penyanyi. Sebut saja beberapa wataknya di drama lipur lara Senandung Masa Puber, Dari Temen Jadi Demen, ABG, Penjaga Hati, menjadikan gadis yang suka mengenakan tank top dan celana hipster ini semakin dikenal umum.

Keazaman Unge sebagai penyanyi juga patut dijadikan contoh, kerana dalam usaha membaiki suaranya, gadis yang masih mendaftar sebagai mahasiswi Trisakti jurusan Manajemen ini memutuskan untuk berlatih vokal dengan Elfa Secioria sebelum masuk ke studio rakaman, dan menjadikan vokalnya matang.

Pelakon ini juga terkenal dengan penampilannya bersama Ari Lasso dengan kejayaan Aku dan Dirimu dalam album The Best of Ari Lasso.

Kehidupan peribadi

Nama beliau boleh diterjemahkan sebagai "imej bunga abadi". Beliau juga dikenali sebagai BCL.

Bunga Citra berkahwin dengan Ashraf Sinclair, seorang pelakon Malaysia pada 8 November 2008. Majlis perkahwinan beliau adalah sangat mewah dan diraikan di 2 negara, Indonesia dan Malaysia. Selepas mereka berkahwin, Bunga Citra dan Ashraf Sinclair membintangi dalam filem yang sama, Saus Kacang. Pasangan itu mempunyai anak pertama mereka pada pertengahan September bernama Noah Sinclair.

Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Febuari 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Diskografi

Filemografi

Filem

Televisyen

  • Bukan Perempuan Biasa
  • ABG
  • Senandung Masa Puber
  • Kalo Cinta Mengoda
  • Penjaga Hati
  • Bayu Cinta Luna
  • Berbagi cinta

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Bunga Citra Lestari Kehidupan awalBunga Citra Lestari KerjayaBunga Citra Lestari Kehidupan peribadiBunga Citra Lestari DiskografiBunga Citra Lestari FilemografiBunga Citra Lestari Anugerah dan pencalonanBunga Citra Lestari RujukanBunga Citra Lestari Pautan luarBunga Citra LestariBayu Cinta LunaIndonesia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

TerengganuRemy IshakAisyah Abu BakarSabda KekasihKhawarijSultan PerakJabatan Perangkaan MalaysiaPahangTok JanggutSawiNikah mut'ahPerkara yang dilarang dalam IhramSiti Khadijah HalimSepahtu Reunion LiveRita RudainiJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaSenarai negara mengikut sistem kerajaanSenarai kata pinjaman bahasa MelayuAmyra RosliAzhar SulaimanPendidikan di IndonesiaKata kerja tak transitifOrang YahudiKhairulamingUqasha SenroseBahasa MaduraOlahragaSejarah orang Yahudi di MalaysiaPerlisBoBoiBoyMenteri Kesihatan MalaysiaInfrastrukturSistem sarafMimi LanaDaerah di SabahSarimah IbrahimTanda dan gejalaSerpihan SayangAziz M. OsmanSharifah HusnaSenarai kaum di MalaysiaRukun solatKata adjektifWhatsAppOktovia ManroseKucingFalsafah Pendidikan MalaysiaAdam CorrieKata ganti diriSejarah MelakaSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukIranPuteri KhareezaTengku Zafrul Abdul AzizAllahSolatKelapa sawitQistina KhaledPutri JannahSalahuddin al-AyyubiOne Two JagaKementerian Kesihatan MalaysiaRuhainiesTenaga Nasional BerhadKata tugasMegat SharizalPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalSharifah ShahirahTalbis IblisLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaKerenggaSenarai peribahasa (A–M)UltrabunyiAsia BaratPuteri Balqis🡆 More