101°37′31″E / 3.15056°N 101.62528°E / 3.15056; 101.62528
Taman Tun Dr. Ismail (atau TTDI) ialah sebuah kawasan perbandaran utama yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia berhampiran dengan sempadan Selangor, iaitu berhampiran Bandar Utama, Damansara Utama dan Mutiara Damansara (kawasan subbandar terbangun di Petaling Jaya, Selangor). Taman Tun Dr. Ismail juga bersebelahan dengan Bukit Kiara dan Sri Hartamas dan juga dekat sekali dengan Bangsar dan Damansara Heights. Perbandaran ini terletak dalam lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dinaungi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Taman Tun Dr. Ismail banyak diduduki oleh golongan menengah atas dan juga menikmati pembangunan komersil.
Taman Tun Dr. Ismail | |
---|---|
Bandar | |
Nama panggilan: Taman Tun, TTDI | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Kawasan | Segambut |
Pentadbiran | |
• Pihak Berkuasa Setempat | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur |
• Mayor | Ahmad Fuad Ismail |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 60000 |
Kod dail | +60 377 |
Polis | Taman Tun Dr. Ismail, Brickfields (HQ) |
Bomba | Taman Tun Dr. Ismail |
Perbandaran ini dinamakan sempena Tun Dr. Ismail, duta pertama Malaysia ke Amerika Syarikat dan seorang wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebelum menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1970. Taman Tun Dr. Ismail sering digelar dengan singkatan "Taman Tun" atau "TTDI".
Sebilangan besar jalan di Taman Tun Dr. Ismail telah dinamakan sempena tokoh kepimpinan tersohor Malaysia:
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Taman Tun Dr. Ismail, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.