1 Utama

101°36′41″E / 3.1559303°N 101.611417°E / 3.1559303; 101.611417

1 Utama atau secara tidak rasminya One Utama ialah pusat membeli-belah terkenal di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. 1 Utama dibangunkan dan dikendali oleh Bandar Utama City Centre Sdn Bhd. 1 Utama merupakan pusat beli-belah terbesar di Malaysia dan ke-7 terbesar di dunia pada 2018. Keluasan binaan kasarnya berjumlah 5 juta kaki persegi (465,000 m²) . Sambungan baru pusat ini (dikenali ramai sebagai 'New Wing' iaitu bangunan baru) dibuka pada Disember 2003 dan dirasmikan oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada 2 April 2004.

1 Utama
1 Utama
Pusat Membeli belah 1 Utama
LokasiBandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tarikh pembukaan19 Ogos 1995
PemajuBandar Utama City Centre Sdn Bhd
PemilikBandar Utama City Centre Sdn Bhd
Bil. gedung dan perkhidmatan600+
Bil. penyewa utama3
Keluasan lantai peruncitan465,000 m²
Bil. tingkat6
Laman webhttps://www.1utama.com.my

Pengunjung

Menurut fakta yang diberikan oleh pengurusannya, 1 Utama menerima kira-kira 60,000 hingga 90,000 orang pengunjung setiap hari biasa dan seramai 120,000 orang pada hujung minggu. Bilangan ini lebih tinggi berbanding Centrepoint, sebuah pusat beli-belah pesaing dalam bandar yang sama. Di Mutiara Damansara yang tidak jauh jaraknya dari bandar Utama, terdapat lagi pusat beli-belah seperti The Curve, Ikea, e@Curve dan Ikano Power Centre.

Penyewa

1 Utama 
MR D.I.Y. 1 Utama

Di bangunan lama 1 Utama, kedai-kedai yang menduduki iaitu termasuk gedung beli-belah dan pasaraya ÆON (dahulu di kenali sebagai JUSCO) dengan 3 tingkat. Isetan pula, telah dibuka pada tahun 2012 dengan 3 tingkat. Gedung pakaian dari Jepun iaitu Uniqlo, merupakan yang ketiga gedungnya di Malaysia dan mempunyai 3 tingkat. Manakala butik fasyen pula seperti Bershka, Esprit, Padini Authentics, Hush Puppies, Nichii, Levi's, Dockers, Morgan de Toi, Giordano dan banyak lagi. Popular gedung buku yang terdapat didalam bangunan ini.

Di bangunan baru pula, terdapat gedung beli-belah Parkson dengan 3 tingkat. Tangs gedung pakaian mewah dari Singapura akan dibuka pada 2012 nanti dengan mempunyai 2 tingkat. Cold Storage pula, iaitu pasaraya didalam bangunan ini. Gedung buku MPH dengan 2 tingkat. Butik-butik jenama fasyen pula iaitu French Connection, Coach, Armani Exchange, DKNY, Calvin Klein, Guess, Massimo Dutti, Zara, Pull and Bear, Bebe, Raoul, Charles & Keith, Gap, Top Shop, Top Man, Miss Selfridge, Dorothy Perkins, Laura Ashley, Tommy Hilfiger, Cotton On, Quiksilver, Jaspal, Pierre Cardin, Padini Concept Store, Lacoste, Forever 21, Marks and Spencer dan banyak lagi.

Restoran dan kedai makan yang terdapat didalam kedua-dua bangunan ini seperti TGI Friday's, Chili's Grill & Bar, A&W, Burger King, KFC, McDonald's, Pizza Hut, Long John Silver's, Starbucks, Nando's Pizza Milano, Carl's Jr., Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi.

1 Utama juga merupakan kompleks beli-belah di Malaysia yang menempatkan dua buah pawagam. Yang pertama Pawagam TGV dibangunan lama dengan mempunyai 7 dewan tayangan tetapi ditutup dan menaiktaraf kepada 12 dewan tayangan yang dibuka pada tahun 2012. Pawagam kedua pula dibangunan baru iaitu Pawagam GSC yang mempunyai 13 dewan tayangan dengan 1 dewan tayangan kelas pertama.

Rujuk senarai penuh penyewa 1 Utama Diarkibkan 2007-04-30 di Wayback Machine.

Perhentian bas

Hab bas Bandar Utama juga terletak dalam lingkungan sekitar 1 Utama.

Nama

Ramai orang mempertikai sama ada nama pusat ini dieja "One Utama" atau "1 Utama". Satu keluaran akhbar terkini oleh pihak pengurusan (Bandar Utama City Centre Sdn. Bhd.) menyatakan bahawa nama rasminya ialah 1 Utama Shopping Centre dan bukannya "One Utama" atau "1-Utama". Langkah ini bertujuan menguruangkan rasa keliru atas namanya, namun mana-mana nama pun mudah difaahmi dan tidak wajar dikelirukan kerana maksudnya yang sama.

1 Utama juga dikenali ramai dengan singkatan "One U" atau kadang-kadangnya "O U".

Anugerah

1 Utama dinamakan "Shopping Complex of the Year" pada Retail World Excellence Awards 2006/07. Seperti pada tahun 2006, sebuah menara pejabat korporat 20 tingkat (diduduki oleh IBM dan KPMG) telah disiapkan dan sebuah hotel 428 bilik yang bertaraf 5 bintang yang dihubungkan pada pusat beli-belah pada tahun 2007.

Terdapat juga perkhidmatan bas pengantara percuma dari beberapa kawasan seperti stesen LRT Kelana Jaya dan Sunrise Mont Kiara bagi meningkatkan akses orang ramai ke pusat ini. Selain itu, 1 Utama juga mempunyai perkhidmatan pengantara pergi balik dari Cyberjaya, namun perkhidmatan ini berbayar iaitu berharga RM3 setiap perjalanan (kupon perlu dibeli di Kaunter Maklumat Pelanggan 1 Utama).Kini stesen MRT Bandar Utama sudah mula beroperasi sepenuhnya dan ini memudahkan akses untuk ke pusat membeli-belah ini.

Nota dan rujukan

Pautan luar

Tags:

1 Utama Pengunjung1 Utama Penyewa1 Utama Perhentian bas1 Utama Nama1 Utama Anugerah1 Utama Nota dan rujukan1 Utama Pautan luar1 UtamaSistem koordinat geografi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

From Saga With LoveWadi AnnuarAkikahSolat Sunat Tahiyyatul MasjidAzhar SulaimanPolis Diraja MalaysiaPentaksiran Tingkatan TigaKota KinabaluAmar BaharinAb Rauf YusohAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaAhmad Zahid HamidiUniversiti Sains MalaysiaRawang, SelangorAsmidarTabbySalomaCapriceKelantan Darul Naim F.C.Abdul Razak HusseinStadium Petaling JayaAnna JoblingNegarakuNabila HudaRemy Ishak4U2CAstro ShawAliff Syukri KamarzamanSenarai peribahasa (A–M)Tauhid RububiyahKKN di Desa Penari (filem)Aisyah AzizHantu Kak Limah Balik RumahNaim DanielShah IskandarSharifah AmaniHael HusainiOrang BanjarJam 24 jamLee Kee HiongKota DamansaraSolat Sunat RawatibZahirah MacWilsonJudiTentera Darat MalaysiaBuletin UtamaAnak Jalanan (sinetron)Arena LieyaErra FaziraSurah Al-InsyirahNusantaraSyiahShahrulezad MohameddinAziz HarunKelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024Nabi Sulaiman a.s.Sultan Nazrin Muizzuddin ShahSenarai kata pinjaman bahasa MelayuMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahIsteri-isteri Nabi MuhammadAllahQarinAstro MalaysiaTeluk IntanDollaJalaluddin HassanMaktab Rendah Sains MARA Sungai BesarAdnan bin SaidiTracie SinidolHasmiza binti OthmanAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamKiblatPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaBukit Tinggi, PahangSlot SamarindaKamal Affandi Hashim🡆 More