Intan Najuwa: Pelakon wanita Malaysia

Datin Intan Najuwa Abdul Wahid (lahir 18 Ogos 1997) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.

Beliau mula bergiat di dalam bidang lakonan menerusi wataknya sebagai Abby di dalam drama Hantu Punya Bos dan mula dikenali menerusi wataknya sebagai Hanan Khaira di dalam drama popular Kekasih Paksa Rela. Selain itu, beliau juga dikenali menerusi drama Tuan Danial sebagai Tengku Ismahanim dan drama Setelah Ku Dimiliki sebagai Sarra. Sebelumnya beliau juga merupakan seorang blogger.


Intan Najuwa
Kelahiran
Intan Najuwa binti Abdul Wahid

(1997-08-18) 18 Ogos 1997 (umur 26)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
BAC College (Singapore)
PekerjaanPelakon, model, blogger
Tahun aktif2016–kini
PasanganDato' Ahmad Azraf Azman
(k. 2023)

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures. Pada tahun 2016, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi watak sebagai Abby dalam drama adaptasi novel karya Dekna Lee, Hantu Punya Bos, bergandingan dengan pelakon Shukri Yahaya. Pada tahun 2017, beliau berlakon dengan pelakon senior Remy Ishak dalam drama Kekasih Paksa Rela, memegang watak sebagai Hanan Khaira.

Kehidupan peribadi

Intan Najuwa merupakan anak yang kedua daripada 3 orang adik-beradik perempuan kepada pasangan Abdul Wahid Ismail dan Nafizah Mohd Sahid. Kakak sulungnya bernama Intan Najiha dan adik bongsunya bernama Intan Nerina. Kedua-dua ibu bapanya merupakan pesara penjawat awam.

Pada 18 Ogos 2023, beliau sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Yang Hormat Dato’ Ahmad Azraf Azman. Majlis perkahwinan mereka berlangsung di sebuah resort di Desaru Coast, Bandar Penawar, Johor.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) iaitu Dato’ Dr. Nooh Gadut.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Hantu Punya Bos Abby TV3
2017 Khabar Dari Casablanca Sharina TV2
Kekasih Paksa Rela Hanan Khaira TV3
2018 Gantung The Series Tasha Astro First
Kenyalang I'm In Love Sutera TV3
2019 Suamiku Mr. Blind Wani Unifi TV
Ajak Oh Ijal Amani TV3
Semua Salahku Mira
Tuan Danial Tengku Ismahanim
Setelah Ku Dimiliki Sarra
2020 Ironi Kasih Kasih
Pink Smile Rysa
2021 Tak Sempurna Mencintaimu Siratul
Kisah Rumah Tangga Ameera Astro Ria Episod 1-5: "Mencantum Cinta"
Budak Intern Izzy TV9
Tikam Akma Astro Ria
Saat Kau Takluk Cinta Ini Melissa Haira TV3
2022 Bunga Hati Dilaila Astro Ria
Jodohku Babysitter Adelia Faranisa
Wanita Milik Tuan Putra Bunga Zinnirah TV3
Jesnita Jesnita Astro Prima
2023 Pemburu Rahsia Alia TV3
2024 Racun Rihanna Rihanna TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Cinta Sesungguhnya Farisha TV3
Mana Ada Hantu Malam Raya Sarah TV2
2020 Pemuja Rahsia Hawa TV3
Nurul Najwa Fatin TV1
2022 Sempurna Mencintaimu Siratul TV3

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Remy Ishak) Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Intan Najuwa KerjayaIntan Najuwa Kehidupan peribadiIntan Najuwa FilemografiIntan Najuwa Anugerah dan pencalonanIntan Najuwa RujukanIntan Najuwa Pautan luarIntan NajuwaDatinHantu Punya BosKekasih Paksa RelaSetelah Ku DimilikiTuan Danial

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KelantanMalaysia MadaniMisteri DilailaKasih Iris LeonaPetaling JayaSabronzoSenarai negara berdaulatUthman bin AffanGerakan Aceh MerdekaBank Negara MalaysiaPeribahasa MelayuNora DanishBaju kurungSenarai gunung berapi di IndonesiaGayatri Su-Lin PillaiPasukan bola sepak kebangsaan IraqDini SchatzmannTatabahasa bahasa MelayuSenarai raja-raja MelayuPutrajayaHari GawaiAbang Long FadilChinaKaum-kaum di MalaysiaCarles PuigdemontAzhar SulaimanOrang Asli di MalaysiaSistem pembiakan perempuanNeelofaMunafikSenarai buahNepenthesSlot SamarindaProton SagaLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaPontianak Harum Sundal MalamPerjanjian HudaibiyahKhir RahmanBahasa MelayuKepimpinanSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahAisyah Abu BakarKetupat palasHannah DelishaSejarah Pulau PinangBahasa CinaMahkamah MalaysiaShah AlamJenis air untuk bersuci dalam IslamRasuahKelapa sawitSrivijayaSenarai saluran AstroKesultanan Johor-RiauWanita SyurgaKesultanan Melayu MelakaKata sendi (bahasa Melayu)WudukPahamin RajabShaharuddin ThambySenarai negara mengikut sistem kerajaanMalang Si PuteriKomunikasiKhalid bin al-WalidSabahHalim RadziHukum madMata anginShiqin KamalAndai Itu TakdirnyaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiHukum Kanun MelakaNadia AqilahAstro ShawBuah kerasMia Sara ShaukiSarah SuhairiRejimen Askar Melayu DiRaja🡆 More